Cipta alat penyembur disinfeksi automatik untuk dipasang di masjid dan surau. 2 individu ini terpilih sebagai wira menerusi satu kempen

Kehidupan

Baru baru ini,Kathy dan Norazam antara 30 individu yang terpilih sebagai wira menerusi kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes yang dianjurkan oleh Sime Darby Property Berhad. Selepas sahaja mengeathui kerajaan bakal menguatkuasakan PKP bagi mengekang penularan viru Covid19 pada pertengahan Mac tahun lalu,Norazam Sulaiman cepat sahaja memikirkan idea untuk membantu masyarakat dalam mendepani ituasi yang sukar ketika itu.

Memahami kesulitan yang ditanggung sebahagian besar rakyat yang terkesan dari segi pendapatan lantaran kehilangan pekerjaan, Norazam yang juga seorang konsultan di sebuah syarikat swasta, terfikir untuk membekalkan ikan dengan harga yang rendah bagi meringankan beban golongan ini.”Ketika itu bekalan ikan terlalu banyak, jadi saya order ikan dengan rakan di Alor Setar dan saya jual dengan harga yang sangat murah di sini. Malah saya buat sendiri perkhidmatan penghantaran sekitar Semenyih, Kajang, Beranang dan sebagainya.

“Kita faham masa tu bukan saja susah nak keluar, malah keadaan kewangan juga sempit. Sebahagian besar stok ikan saya itu juga disedekahkan kepada rumah anak yatim, warga emas dan ibu tunggal.”Mula-mula ini inisiatif sendiri saja… namun selepas itu apabila ramai yang tahu, mereka pun nak sama-sama bantu memberi sumbangan,” katanya yang menetap di Bandar Sri Permaisuri, Selangor.

Norazam mencipta alat penyembur disinfeksi automatik untuk dipasang di masjid dan surau bagi memastikan kebersihan jemaah yang hadir ketika pandemic Covid-19.Tidak sekadar itu, pada masa sama bekas kontraktor berusia 54 tahun ini juga tampil dengan idea bernas, iaitu mencipta alat penyembur disinfeksi automatik untuk dipasang di masjid dan surau bagi memastikan kebersihan jemaah yang hadir.

“Masa pandemik, kebanyakan surau dan masjid ditutup… jadi saya fikir, mengapa tidak saya usahakan sesuatu untuk sanitize masjid atau surau. Kebetulan saya pun banyak terlibat dalam bidang pembinaan serta keselamatan.”Jadi saya pun buat proposal… tapi timbul pula kekangan dari sudut kewangan. Nak sanitize masjid selalu, akan libatkan kos yang besar. Jadi saya terfikir konsep tunnel di mana jemaah yang lalu akan disembur seluruh tubuh mereka dengan cecair nyahkuman secara automatik.

“Kosnya lebih rendah. Tapi tak terfikir pun untuk tujuan komersial, sebaliknya untuk pastikan kebersihan jemaah saja. Alhamdulillah, tiga masjid berjaya dipasangkan alatan tersebut,” ujarnya.Namun siapa sangka, usaha murni Norazam mendapat perhatian masyarakat walaupun dirinya bukanlah individu yang dikenali ramai.

Hasil usahanya itu membolehkan Norazam terpilih sebagai salah seorang wira menerusi kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes anjuran pemaju hartanah terkemuka, Sime Darby Property Berhad.Kathy menunjukkan dedikasi sebagai salah seorang frontliner yang dalam masa sama merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Kempen yang dilancarkan bermula awal Disember 2020 itu bertujuan untuk memberi penghormatan dan penghargaan terhadap individu istimewa yang layak diangkat sebagai wira di atas pengorbanan dan sumbangan mereka ketika negara dilanda pandemik Covid-19.Tambah Norazam lagi, beliau langsung tidak tahu mengenai kempen berkenaan dan lebih istimewa apabila pencalonannya datang daripada salah seorang stafnya.

“Saya benar-benar gembira kerana dicalonkan dan dipilih sebagai salah seorang wira BERSAMA.”Saya selalu percaya bahawa saya dapat membuat perbezaan kepada mereka yang memerlukan dan amat berbangga dapat menyumbang kepada masyarakat.”Pengiktirafan ini akan mendorong saya untuk menyumbang lebih lagi dan juga memberikan teladan yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain Norazam, seorang juru x-ray di bahagian Pengimejan Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kathy Wui juga diangkat sebagai wira dek komitmen serta dedikasinya mencurahkan bakti kepada masyarakat sekalipun turut terikat dengan tugas sebagai ibu kepada dua cahaya mata.Terharu dengan penghargaan yang diterima, Khaty melihat inisiatif kempen #BERSAMA2.0 Spotlight on Heroes sebagai platform yang sangat bagus untuk menyebarkan aura positif.

“Ini dapat memberikan dorongan positif dan mempengaruhi seluruh komuniti agar sentiasa bersikap baik dan menyayangi komuniti di sekeliling kita kerana kita semua boleh melakukannya bersama,” katanya yang berusia 37 tahun.Sementara itu seorang lagi wira yang terpilih, Subramaniam Krishnan tidak menyangka diberi penghargaan yang sungguh bermakna tambahan pula dirinya tidak pernah mengharapkan balasan selama lebih 30 tahun terlibat dalam kerja sukarelawan.

Subramaniam mencurahkan bakti dengan menjalankan kerja sukarelawan ketika pandemik Covid-19 iaitu menyalurkan bantuan makanan serta barangan keperluan kepada golongan yang terjejas.Subramaniam, 56, banyak menghabiskan masanya dengan membekalkan barangan keperluan berupa makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk gelandangan sewaktu pandemik Covid-19.

“Ini merupakan penghargaan dan sokongan bagi saya kerana tak pernah dalam lebih 30 tahun buat kebajikan, saya menerimanya. Saya memang suka terlibat dengan kerja kebajikan sejak kecil.”Saya buka pusat untuk mengumpul barangan untuk diagihkan kepada insan kurang bernasib baik. Usah kita buang barangan yang tak diperlukan sedangkan ramai lagi insan memerlukannya,” katanya.

Ini hanyalah tiga kisah wira daripada beratus-ratus pencalonan yang diterima penganjur.Untuk rekod, sejak kempen ini diwar-warkan, ia mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat berbilang kaum dan bangsa.Buktinya, lihat saja pada platform digital karya bersama (co-creation), dtoIDEAS, di mana pelbagai kisah penuh inspirasi dikongsikan di halaman ini.

Ada yang mencalonkan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran mahupun pemimpin masyarakat untuk diangkat sebagai wira kerana sumbangan serta bakti individu ini ketika rata-ratanya sedang berdepan dengan tempoh yang sukar sewaktu pandemik Covid-19. Pengarah Urusan Sime Darby Property Group, Datuk Azmir Merican turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diterima menerusi kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes.

Kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes telah memilih seramai 30 individu bertuah sebagai wira untuk memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan. Penganjur juga telah memperkenalkan kategori khas iaitu BERSAMA Golden Pass Heroes kepada wira yang terpilih.Pengarah Urusan Sime Darby Property Group, Datuk Azmir Merican, turut melahirkan rasa gembira dan teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima menerusi kempen ini.

Menurutnya, pelbagai kisah penuh inpirasi, jujur dan begitu menyentuh hati dikongsi oleh masyarakat menerusi kempen ini.”Kami memulakan kempen ini untuk meraikan individu-individu luar biasa yang menyerlahkan sikap baik hati, tidak kira seberapa besar atau kecil, namun yang pastinya ia telah mempengaruhi kehidupan orang-orang di sekeliling mereka yang terjejas ketika waktu sukar ini.

“Sudah tentu kami gembira kerana kempen ini mendapat sokongan luar biasa orang ramai. Kisah-kisah yang kami terima begitu jujur, penuh inspirasi dan sangat menghargai individu yang memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan,” ujarnya.Dalam pada itu, Azmir turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua yang mengambil bahagian dalam mencalonkan dan berkongsi kisah wira masing-masing sekaligus memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Bagaimanapun tambah beliau, majlis gilang gemilang untuk meraikan wira terpilih sebagaimana yang dijadualkan berlangsung akhir Januari di Kuala Lumpur Golf and Country Club Resort (KLGCC) terpaksa dibatalkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19.”Bagaimanapun sesuatu yang istimewa tetap menanti para wira yang terpilih. Saya berharap pemenang dapat menikmati hadiah istimewa kami, yang sebahagiannya ditaja khas oleh Auto Bavaria (BMW) dan MST Golf.

“Ucapan terima kasih juga buat penaja, Auto Bavaria (BMW) dan MST Golf, dan rakan media kami Star Media Group Bhd kerana telah membantu dalam memenuhi hasrat kami untuk menghargai individu yang memberi inspirasi di negara ini.”Kami di Sime Darby Property berharap dapat bekerjasama dengan rakyat Malaysia dalam kempen yang lain pada masa depan yang akan memberi inspirasi kepada negara, membangunkan harapan dan menyebarkan kebaikan di negara ini,” katanya lagi.

Kantoi Ambil Kool Fever Dan Kek Serta Sosej. Tindakan ACP Nik Ezanee Dipuji Orang Ramai Setelah Membantu Keluarga Yang Dalam Kesusahan

Ambil tanpa izin adalah satu kesalahan dan sepatutnya perlu diambil tindakan,namun mungkin ada sudut yang kita perlu perhalusi,susulan perlaksannaan PKP kali kedua ini, sudah semestinya ia memberikan kesan kepada sesetengah golongan.

Mungkin ada niat disebaliknya dia melakukan perkara tersebut, mungkin pelaku itu kini dalam kesusahan, itulah yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah ini.Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain”

Semalam, difahamkan beliau menerima satu laporan dimana seorang suri rumah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.Menurutnya, barang itu merupakan kool fever, kek dan sosej. Ia membuatkan ACP Nik Ezanee terpanggil untuk memberikan bantuan kerana beliau yakin bahawa ibu tersebut ada masalah tersendiri.

“Semalam saya menerima laporan dikatakan ada wanita ditahn mengambil kek, kool fever. Saya rasa terpanggil untuk pergi berjumpa lah, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam tu.” Katanya menerusi video daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan, suami wanita ini tak bekerja akibat pandemik Covid-19. Mereka terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Pasaraya itu buat laporan mengenai kejadian itu.Disebabkan itu ACP Nik Ezanee datang ke rumah wanita tersebut, bukan untuk diambil tindakan, sebaliknya atas dasar belas ehsan, beliau bersama IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan barangan makanan dan harian kepada si ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Barang yang diberikan termasuklah barang-barang yang dikatakan diambil di pasaraya tersebut“Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain. Jadi saya nak sampaikan sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berikan kool fever buat anaknya.Sikap murni ACP Nik Ezanee ini telah mendapat perhatian warganet termasuklah di Twitter, mereka begitu kagum dengan kemuliaan beliau. Dalam masa yang sama, beliau juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor,ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021.”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.

Dimaklumkan Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepatkan Dan Dikreditkan Mulai 21 Januari Ini. Ini Maklumat Lanjut Berkenaan BPN 2.0

PUTRAJAYA, 13 Jan – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Bagi penerima B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Jan ini, manakala bagi penerima M40, turut sama dikreditkan ke dalam akaun bank pada 25 Jan berikutnya.“Bagi penerima tanpa akaun bank pula, pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

“Manakala bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat mulai awal Februai sehingga 1 April di lokasi-lokasi pengeluaran yang akan diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.Semakan kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini.

Pembayaran Fasa Kedua Beserta Bayaran Kepada Permohonan Baharu Dan Rayuan Yang Lulus Akan Dibuat Dalam Bulan Januari. Ini Penjelasan Lanjut Tentang BPN

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Anda akan menerima baki jumlah pembayaran, sila rujuk di bawah.Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300. Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200.Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150.Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.Sumber : BHARIAN ONLINE

Masih dalam proses

KUALA LUMPUR – Proses semakan permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sedang dijalankan dan pembayaran bagi mereka yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), beliau berkata, setakat 4 Disember 2020, seramai 10.13 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pembayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan jumlah RM4.6 bilion, atau 97 peratus daripada RM4.8 bilion yang telah diluluskan bagi fasa pertama.

Proses pembayaran melalui BSN juga masih diteruskan sejak 26 Oktober lepas.“Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, setakat 4 Disember, sejumlah RM856.9 juta telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun 285,626 PKS Mikro yang telah diluluskan. Proses rayuan juga telah dibuka dari 7 Disember hingga 21 Disember lepas.

“Kesemua rayuan akan melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam pembentangannya mengenai laporan Laksana Ke-34, laporan terakhir untuk 2020, melalui laman Facebook beliau pada Rabu.

Di bawah pakej Kita Prihatin untuk Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, sebanyak RM239.73 juta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja.“Majikan yang memerlukan PSU 2.0 masih boleh memohon sehingga 31 Disember ini,” kata Tengku Zafrul.

Pakej Kita Prihatin yang diumumkan pada September adalah bernilai RM10 bilion.Tengku Zafrul berkata, laporan Laksana telah menjadi medium penting untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dan apabila digandingkan dengan data raya, kerajaan mampu menambah baik atau melanjutkan inisiatif tertentu.

“Contohnya, penambahan bagi Bantuan Prihatin Nasional daripada RM11.5 bilion kepada RM18 bilion, Geran Khas Prihatin daripada RM1.64 bilion kepada RM2.55 bilion, subsidi bil elektrik kepada lebih RM2 bilion, program subsidi upah daripada RM10 bilion kepada lebih RM17 bilion dan pelbagai lagi – semua ini adalah antara lain, hasil pemantauan berterusan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat dan perniagaan,” katanya.

Katanya, inisiatif Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan sudah mencapai kadar penyaluran sekitar 94 peratus bagi program jangka pendek seperti BPN dan GKP, diikuti pencapaian sekitar 89 peratus bagi program jangka sederhana seperti PSU dan skim pengekalan pekerjaan.

“Bagi program jangka panjang, kadar pengambilan masih rendah seperti program pembiayaan sekuriti makanan pada kadar 31 peratus dan ada yang tinggi seperti program pinjaman mikro kredit Tekun pada kadar 99.8 peratus.“Bagi pakej Penjana, bantuan jangka pendek sudah mencapai penyaluran 76 peratus, diikuti pencapaian antara 77 peratus dan 90 peratus bagi bantuan jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Menjelang 2021, Tengku Zafrul berkata, dalam negara terus berhadapan dengan situasi Covid-19, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, termasuk pakej Penjana dan Kita Prihatin yang masih berterusan serta inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal dilaksanakan.“Ini termasuk fasa kedua BPN 2.0 berjumlah RM2.2 bilion yang akan disalurkan pada Januari 2021, dan program i-Sinar KWSP,” katanya.

Selain itu, pelbagai program untuk golongan mudah terjejas, PKS dan perusahaan mikro, serta pekerja sambilan yang memerlukan pembiayaan juga telah dirancang di bawah Belanjawan 2021.Bagi PKS, bantuan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) boleh diakses melalui laman web BNM. Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/index_bm.html.

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya akan terus memastikan pelaksanaan inisiatif yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi yang berdaya tahan.“Agensi Laksana akan terus memantau 32 inisiatif di bawah pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang masih diteruskan, bersama dengan sekurang-kurangnya 21 inisiatif di bawah belanjawan yang akan bermula seawal Januari 2021,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *