Walaupun fizikalnya begini pemuda ini kekal tabah untuk mencari hasil titik peluh sendiri. Dan tak sangka dia mampu jana sebanyak ini selama seminggu.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

“SETAKAT ini penerimaan pelanggan amat baik, cuma majoritinya akan bertanya bagaimana saya menunggang motosikal dengan tangan kudung. Mungkin mereka tidak menyangka saya boleh melakukannya,” kata Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin, 24 .

Syed Mohd Syahrain mendapat pujian warganet selepas seorang pengguna Twitter berkongsi rasa kagumnya terhadap pemuda berkenaan yang memperoleh pendapatan RM600 hingga RM800 seminggu hanya dengan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa

Bagaimana Kejadian Kehilangan Tangan Diceritakan

Lebih menarik perhatian apabila Syed Mohd Syahrain dapat melakukan pekerjaan itu walaupun kedua-dua tangannya kudung selepas terkena bom di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor ketika berumur sembilan tahun pada 2003. “Ketika itu saya bermain di hadapan kawasan Penjara Sungai Buloh dan menemui satu objek. Saya tidak sangka ia adalah bom yang masih aktif. Saya pegang objek berkenaan dan ia meletup menyebabkan kedua-dua tangan saya hancur,” katanya.

Menurutnya, dia bekerja dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda sejak tiga minggu lalu dan bersyukur kerana diterima baik majikan serta rakan sekerja walaupun mempunyai kekurangan fizikal. Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penghantar alat tukar ganti kenderaan, tetapi nekad berhenti selepas enam tahun melakukan pekerjaan itu kerana mahukan kerjaya yang memberi pendapatan lebih baik.

“Ketika dipanggil untuk sesi temu duga, saya agak keberatan untuk hadir kerana bimbang jika tidak diterima bekerja. Malah, saya turut menceritakan keadaan sebenar kepada majikan untuk makluman mereka dan mujurlah syarikat terbuka menerima saya sebagai kakitangan walaupun berstatus orang kurang upaya. Setakat ini saya tiada masalah menghantar makanan kepada pelanggan kerana sudah biasa menunggang motosikal, malah seronok kerana mendapat gaji mingguan sehingga RM800 dalam seminggu,” katanya yang menetap di Kampung Merbau Indah, Sungai Buloh, Selangor.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, peluang dan kepercayaan diberi majikan tidak akan disia-siakan sebaliknya dia berazam bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Saya bersekolah sehingga tingkatan empat saja dan selepas berhenti, saya mula berdikari dengan bekerja sebagai pencuci kereta selama dua tahun sebelum menjadi penghantar alat ganti kenderaan dan kini penghantar makanan. Semua itu dilakukan kerana saya mahu mendapatkan duit dengan hasil titik peluh sendiri supaya dapat meringankan beban keluarga terutama nenek, Ramlah Anang yang membesarkan saya. Tak sangka pula apa saya lakukan ini mendapat perhatian warganet dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Saya harap ia memberi inspirasi kepada masyarakat terutama komuniti Orang Kurang Upaya di luar sana,” katanya.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.

Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *