Suami sebak bila isteri sanggup lakukan ini bersama dengannya. Sekali dia harapkan dapat beli sesuatu ini untuk isterinya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Memiliki pasangan hidup yang saling memahami antara satu sama adalah satu impian setiap pasangan yang berumahtangga. Pasangan yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kebendaan atau kemewahan, kadang-kala cukup semuanya serba sederhana dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Kejayaan seorang suami kerana berdirinya seorang wanita yang kuat dibelakang suaminya tanpa henti memberikan sepenuh dorongan dan sokongan demi masa depan yang cerah. Walaupun ada segelintir yang mementingkan kebendaan, namun jika pasangan anda dapat sama-sama mengharungi kesusahan hidup untuk bersama dengan anda ia juga merupakan salah satu rezeki yang tidak ternilai.

Tidak semua pasangan mahu dilimpahi kemewahan

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mohd Najib Amin di aplikasi TikTok. Menerusi aplikasi berkenaan, lelaki ini berk0ngsi satu rakaman video mengapa dia begitu sayang akan isterinya.

Kenapa aku sayang isteri aku sorang nie

Gelagat isteri naikkan cermin secara manual sebakkan suami

Video berkenaan memaparkan gelagat suami isteri ini di dalam sebuah kenderaan dan memperlihatkan isterinya yang sedang menaikkan cermin van manual mereka. Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan wanita berkenaan tidak pernah merungut dan mengeluh dengan kehidupan mereka sedang lalui bersama ketika ini.

Sanggup hidup susah mula dari bawah

Apa yang menyentuh hati adalah, isterinya yang dikenali dengan nama Fara Dila sanggup hidup susah dan menjalani pahit manis bersamanya sebagai suami isteri. Malah, lelaki ini turut berjanji untuk bekerja dengan lebih keras lagi supaya dapat membeli kereta yang diidamkan oleh isterinya suatu hari nanti.

Kereta idaman isterinya.

Moga suami dapat penuhi impian isteri suatu hari nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan terharu dengan kisah pasangan ini. Mereka turut kagum dengan cara lelaki ini menghargai isterinya dan berharap semoga dia dapat menghargai isterinya serta bahagia hingga ke jannah.

Hampir 300,000 tont0nan setelah dimuat naik

Rakaman video yang dikongsikan oleh saudara Mohd Najib Amin ini telah berjaya mendapat tontonan hampir 300,000 selepas dimuat naik. Semoga kisah ini menjadi contoh untuk kita semua supaya lebih menghargai pasangan dan berusaha untuk membahagiakan pasangan kita di masa hadapan.

Anak Pak Guard Beri Laptop Untuk Membantu Pelajar Yang Kurang Kemampuan. Disebabkan Terinspirasi Dengan Syed Saddiq Selepas Pernah Bersusah Payah Sebelum Ini.

Alia bersama sijil Anugerah Dekan ketika belajar di UTeM. Antara komputer riba terpakai di kedai Alia. Masihramai pelajar yang tidak mempunyai peranti seperti komputer riba bagi menjalani sesi pembelajaran dalam talian susulan pandemik Covid-19. Menyedari hakikat itu, seorang gadis terdetik untuk menyumbangkan sejumlah komputer riba secara percuma kepada sekumpulan pelajar yang terpilih.

“Ya Allah, nak nangis. Mungkin ni betul-betul peluang aku nak bantu orang. RT (ulang kicau) tweet dan join grup bawah (aplikasi Telegram), aku bagi laptop (komputer riba) percuma untuk pelajar! Ya percuma,” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau 7,000 kali.

Gadis berkenaan, Najwa Alia Rusli berkata, dia mula memikirkan inisiatif itu apabila melihatkan adik-adiknya yang berusia antara 11 dan 20 tahun memerlukan peranti itu untuk kegunaan pembelajaran di rumah dan membuat kerja sekolah pada masa ini.

Perkongsian Alia mengenai komputer riba secara percuma untuk pelajar mendapat perhatian.

Selain itu, anak muda berusia 24 tahun itu turut mendapat inspirasi daripada inisiatif Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantu menyumbangkan komputer riba kepada pelajar-pelajar di kawasan parlimennya, baru-baru ini.

“Saya dapat inspirasi daripada YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq. Tapi beliau hanya melakukan sumbangan itu di kawasan Muar sahaja. Di tempat saya dan banyak kawasan lain yang memerlukan komputer riba. Jadi, inspirasi beliau itu saya keluarkan inisiatif untuk pemberian komputer riba terpakai secara percuma kepada pelajar yang betul-betul memerlukan,” katanya kepada mStar.

Siapa sangka pada usia muda, gadis yang lebih mesra disapa Alia itu kini merupakan usahawan barangan elektrik dan elektronik selain berjinak-jinak dalam bisnes komputer riba sejak lima bulan lalu.

Alia mengusahakan bisnes komputer riba sejak lima bulan lalu.

Walaupun bisnesnya turut menawarkan pakej pelajar bagi mendapatkan komputer riba terpakai pada harga lebih murah, dia turut mahu menyumbangkan sejumlah peranti itu secara percuma kepada pelajar di seluruh Malaysia yang memerlukan.

“Saya ada buat tinjauan secara dalam talian di mana dalam kalangan 800 pelajar, kira-kira 60 peratus daripada mereka pernah terlepas sesi pembelajaran dalam talian. Mereka lebih menumpukan untuk menyiapkan kerja sekolah. Walau bagaimanapun, antara mereka masih memerlukan komputer riba atau gajet yang sesuai untuk berbuat demikian,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Alia pernah berniaga bagi membiayai pengajian di universiti.

Menurut anak kelahiran Jasin, Melaka itu, dia menerima banyak permintaan daripada anak-anak muda termasuk ibu bapa yang mahu mendapatkan komputer riba secara percuma.

“Ada empat beradik, salah seorang daripadanya Tingkatan Empat, terpaksa menunggu ibu yang bekerja di sebuah kilang pulang sekitar 8 atau 9 pukul malam, hampir setiap hari.

Saya pernah hidup susah semasa belajar, maka sebab itulah pemberian laptop percuma ini saya mahu beri kepada pelajar yang betul-betul memerlukannya.

“Daripada telefon milik ibu itu juga membolehkan mereka membuat kerja sekolah secara bergilir. Tapi mereka memerlukan komputer riba untuk memudahkan urusan tanpa perlu menunggu kepulangan ibu,” katanya sambil menambah jumlah sumbangan bergantung kepada keupayaannya dan permintaan. Kesusahan keluarga itu dan ribuan lagi penduduk di Malaysia yang bernasib sama pernah dirasai oleh Alia sendiri sewaktu menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Keusahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Alia (dua, kanan) bersama keluarganya.

Menurut Alia yang pernah menerima Anugerah Dekan di atas keputusan cemerlang di UTeM, bapanya yang merupakan pesara tentera bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, manakala ibunya adalah suri rumah.

“Saya bukan daripada keluarga yang senang. Jadi, saya berniaga macam-macam secara dalam talian seperti tudung, mekap dan baju untuk membiayai pengajian dan perbelanjaan sepenuhnya di universiti. Saya pernah hidup susah semasa belajar, maka sebab itulah pemberian laptop percuma ini saya mahu beri kepada pelajar yang betul-betul susah dan memerlukannya untuk kegunaan pembelajaran,” katanya sambil menambah senarai pendek penerima disenarai pendek dan pemilihan akan dibuat menjelang akhir bulan ini.

Pelajar Minta Kelonggaran Jawab Ujian Disebabkan Banjir. Sekali Jawapan Pensyarah Ini Mengundang Rasa Tidak Puas Hati Pada Warganet.

Tidak dinafikan rata-rata pelajar di Malaysia kini, berhadapan dengan pelbagai masalah berikutan pengenalan sistem Open Distance Learning (ODL) yang diadaptasi menggantikan sistem pembelajaran sebelum ini. Perkara tersebut berpunca apabila sesetengah pelajar hilang tempat tinggal yang ‘kondusif’ kerana tinggal di rumah masing-masing berbanding tinggal di kolej kediaman yang menyediakan capaian internet yang bagus. Seperti perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Cik Bunga Merah, menceritakan pengalamannya ‘diperrli’ oleh seorang pensyarah.

Sempat ‘perrli’ pelajar

Mendapat lebih 21.1k retweet, pelajar tersebut pada mulanya memaklumkan kepada pensyarah bahawa dia menghadapi masalah untuk menjawab peperiksaan berikutan faktor cuaca dan keadaan banjir yang membataskannya untuk mendapat capaian internet yang lebih baik. Namun, respon pensyarah yang seakan tiada simpati terhadap keadaan pelajar yang ditimpa musibah mengundang amarah warganet. 2 minggu lepas saya dah maklumkan ada ujian. Rasanya sempat buat bangsal atau rumah atas pokok untuk dapat signal yang lebih baik.

Pengalaman pelajar lain

Menerusi ruangan balas, terdapat juga pelajar yang lain berkongsi pengalaman mereka bersama pensyarah masing-masing. Terdapat juga pensyarah yang ‘sesuka-hati’ melabelkan pelajarnya dengan satu panggilan yang tidak sopan. Namun, terdapat juga pensyarah yang faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan boleh bertolak ansur demi kemaslahatan bersama.

Buat lap0ran

Rata-rata warganet berpendapat pensyarah tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan supaya tindakan yang wajar boleh diambil. Tidak berakhir di situ, warganet berpendapat seseorang pensyarah itu, sepatutnya bersikap profesional dan faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sendiri. Sumber: Cik Bunga Merah

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *