Sewaktu gadis ini tengah live tiba tiba ada pula call nak cakap dengan seseorang ini. Sekali tak sangka ini pula yang terjadi sehinggakan membuat dia keliru.

Info Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang gadis menerima panggilan ketika sedang menggunakan aplikasi TikTok di telefon. Dalam video berdurasi 56 saat yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ilsorareema, gadis berkenaan tertanya-tanya siapa yang menghubunginya.

Dia kemudian mengangkat panggilan yang masuk dan bertanya kepada pemanggil tersebut ingin bercakap dengan siapa dan pemanggil itu menjawab Alif. Gadis TikTok tersebut kemudian memberitahu bahawa abangnya ada di dalam tandas, dan bertanya siapa yang menelefon.

Pemanggil tidak bersuara itu memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita abangnya, jadi gadis berkenaan bertanya adakah nama perempuan itu Sarah kerana setahunya nama teman wanita abangnya adalah Sarah. Walau bagaimanapun perempuan yang menelefon itu mengatakan namanya Hana membuatkan gadis itu keliru dan menganggap mungkin perempuan itu salah nombor.

Pada ketika itu juga abangnya keluar dari bilik air dan dia segera bertanya untuk memastikan adakah betul nama teman wanita abangnya itu Sarah. Selepas mendapat kepastian, gadis itu menyoal abangnya pula siapakah Hana, yang mana abangnya menjawab dia tidak kenal. Gadis itu kemudian memberitahu perempuan yang menelefonnya itu bahawa dia mungkin telah diduakan sebelum mengakhiri perbualan. “YO I LOVE THIS SO MUCH i BURST into laughter furreal” Perkongsian video tersebut membuat ramai yang geli hati dengan pengakhirannya.

Reaksi Orang Ramai

Entah la..malass aku nak pikir lagi, sekarang ni dalam kepala otak aku tengah pikirkan nasib penjual satey, kesian aku tengok..bukan apa, dia yang peluh. Xda suara pun hana dgn abg dia tu .. awk berhalusinasi ni sis. Takpaham la. dia yang kene duakan ke atau dia yang menduakan ?! Ish.

Followers Tegur Ada Perkara Seram Ini Terjadi Semasa Live Tiktok Pada Pukul 2 Pagi. Sekali Gadis Ini Dedahkan Perkara Sebenar Yang Terjadi Pada Dirinya.

Tangkapan skrin menunjukkan pintu almari terbuka secara tiba-tiba ketika Tiya sedang bersiaran langsung di TikTok. SIAPA yang tidak cuak apabila ‘diganggu’ tambah-tambah lagi ketika sedang berseorangan di bilik tidur? Itulah yang berlaku kepada wanita ini ketika dia sedang bersiaran secara langsung (live) di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di laman sosial tersebut, jelas kedengaran bunyi seperti ketukan pada dinding, selain pintu almari terbuka sendiri sehingga menarik perhatian para pengikutnya yang sedang mengikuti siaran live tersebut. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tiya Kamal berkata, ketika itu dia sedang berkongsi pengalaman misteri yang pernah dialami bersama para pengikutnya.

Salah satu rakaman di mana Tiya turut diganggu dengan bunyi ketukan ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.

“Masa itu saya sedang live lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi. Saya secara spontan berkongsi kisah mistik di universiti tempat saya belajar. Memang saya tak perasan pun pintu almari terbuka sebab fokus tengok telefon. Kemudian ada followers tegur, saya ingat mereka main-main. Saya minta mereka hantar footage tersebut. Bila lihat sendiri, terasa meremang juga. Ketika itu saya berada di rumah ibu bapa di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan memang saya seorang saja di bilik ketika itu. Keesokannya, saya buat lagi live pada lewat malam sebab ramai yang request nak saya kongsi pengalaman mistik. Awal-awal lagi saya tunjuk sekeliling bilik untuk tunjukkan saya berseorangan sebab bimbang ada yang tuduh saya menipu. Tiba-tiba ada bunyi ketukan banyak kali… followers pun tegur. Dalam rakaman tu saya beritahu tak dengar apa-apa, tapi sebenarnya saya dengar cuma malas nak layan, bimbang ia menjadi-jadi. Saya habiskan cerita dulu dan akhiri live. Esoknya, saya demam selama tiga hari,” cerita wanita berusia 22 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, anak bongsu daripada lima adik beradik ini berkata dia sebenarnya mempunyai ‘deria keenam’ dan sudah biasa melihat makhluk yang tidak dapat ditembusi dengan mata kasar. Menurut Tiya, ‘anugerah’ tersebut diperolehinya ketika berusia 12 tahun, di mana ketika itu dia pertama kali menyaksikan makhluk ghaib dengan mata kepalanya sendiri. “Ia adalah sosok kanak-kanak kecil yang bertinggung di hujung katil. Saya beritahu kakak tapi dia tak nampak apa-apa. Dan sejak itu, saya kerap kali ternampak makhluk ghaib sama ada ketika di sekolah menengah, kolej matrikulasi, dan hingga sekarang.

Mungkin ini kelebihan yang dikurniakan kepada saya untuk melindungi keluarga dan orang sekeliling.

“Kebiasaannya, saya hanya ternampak sahaja namun ketika di kolej matrikulasi, saya pertama kali dirasuk. Ketika itu selepas pulang kelas malam, saya ternampak seekor kucing putih lantas membawanya ke bilik untuk beri makan. Ketika mendokong kucing itu, saya terus tak sedar apa-apa dan sepanjang tempoh itu, saya dirasuk… saya menari dan bertutur bahasa orang lama. Pihak sekolah hubungi ibu bapa, dan saya dibawa pulang untuk berubat. Ustaz yang ubatkan saya kata, ada ‘benda’ nak berkawan,” ceritanya yang kini menuntut jurusan Sains Komputer di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Walau sudah mendapatkan rawatan alternatif, Tiya berkata gangguan yang dialaminya masih berterusan sehingga kini, namun dia tidak lagi dirasuk. Mengakui kadang kala terlalu ‘penat’ kerana kerap mengalami gangguan, Tiya reda dan menganggapnya sebagai satu ‘anugerah’ buat dirinya.

Tiya (kiri) menganggap ‘kelebihan’ yang dimilikinya merupakan salah satu cara untuk melindungi keluarga dan rakan-rakan.

“Kalau boleh, memang tak nak sebab rasa penat… kadang kala tak cukup tidur. Tapi saya bersyukur, walaupun kerap nampak, namun Alhamdulillah tak lagi dirasuk ataupun alami masalah kesihatan. Mungkin ini kelebihan yang dikurniakan kepada saya untuk melindungi keluarga dan orang sekeliling. Contohnya kalau pergi beriadah di kawasan tertentu dan ternampak makhluk ini, saya akan beri amaran kepada keluarga atau rakan supaya jaga tingkah laku dan percakapan. Bagi yang sering melakukan aktiviti di kawasan hutan atau tempat yang tak dihuni manusia, jangan lakukan perkara tak sepatutnya kerana ada makhluk yang huni kawasan itu. Paling penting, jaga percakapan dan bacalah doa sebagai pendinding,” katanya lagi.

Tular Video Gadis Ini Pergi Hiking Di Tempat Ini Tiba Tiba Terdengar Suatu Benda Ini. Dan Tak Sangka Selepas Itu Ramai Pula Warganet Berkongsi Kisah Mereka Di Tempat Yang Sama.

Tangkap layar daripada video di mana Lily ditegur satu suara aneh ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan. Seringkalikita mendengar kata-kata orang tua untuk menjaga tingkah laku atau percakapan ketika memasuki hutan atau kawasan yang asing.

Ini kerana kawasan sedemikian dikatakan turut menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Baru-baru ini, seorang pelayar berkongsi pengalaman ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Semalam I pergi hiking dekat Tanjung Tuan pukul 6.30 petang, dengar betul-betul suara first sekali. I tak tahu, apa yang I dengar ‘dia’ cakap ‘ala dia tak nampak la’ and suara perempuan garau. Guys, yang rakam I lelaki,” demikian ciapan gadis berkenaan yang turut memuat naik klip video pendek di Twitter. Jelas kedengaran suara aneh sebagaimana yang dimaksudkan oleh pelayar berkenaan, selain kedengaran juga suara seperti kanak-kanak perempuan ketawa sinis. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,100 retweet dan 13,900 like selain komen-komen warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Lily (kanan) bersama ahli keluarganya ketika mencari latok di pantai Tanjung Tuan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Lily Jamal itu berkata, ia berlaku beberapa hari lalu ketika dia bersama beberapa ahli keluarga dan rakan mengambil kesempatan mendaki bukit berkenaan memandangkan mereka sedang bercuti di Port Dickson.

Menurut Lily, ketika itu salah seorang kakaknya secara spontan mengajak mereka mendaki bukit berkenaan untuk mencari latok dan juga menyaksikan matahari terbenam di pantai berhampiran.

Lily turut mengabadikan kenangan ketika berada di pantai di Tanjung Tuan.

“Memang hiking ni tak dirancang… salah seorang kakak ajak hiking tapi masa itu dah agak lewat, sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya beritahu tak payah pergi sebab rasa macam tak sedap hati. Tapi kami pergi juga, dan ketika itu, ada juga orang lain yang baru nak mendaki. Jadi kami teruskan,” kata gadis berusia 19 tahun itu.

Menurut gadis berkenaan, mereka pulang selepas sejam kemudian dan ketika menuruni bukit berkenaan, rakan kepada kakaknya secara spontan merakam videonya.

“Masa itu memang tak rasa apa-apa pun. Malah tak perasan lagi kewujudan suara aneh dalam video yang dirakam tu dan saya bersama kakak sekali lagi pergi hiking di tempat sama keesokan harinya. Tapi nak dijadikan cerita, masa hiking bersama kakak dan beberapa orang lain, saya tersesat seketika. Tiba-tiba di satu tempat, saya jadi lost sebab nampak banyak jalan. Saya pejamkan mata, duduk di tepi dan bertenang sehingga saya lihat kakak dan yang lain-lain menghampiri.

Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.

“Dan keesokannya, bila dengar semula video dua hari lalu, kami perasaan kewujudan suara aneh tu. Suara ‘dia’ seperti terlalu dekat dengan speaker sedangkan ketika itu hanya saya dan rakan kakak (yang merakam) saja. Bila diulang beberapa kali, terus rasa meremang. Bila saya kongsi di Twitter, tak sangka rupa-rupanya ramai kongsi pengalaman serupa. Ada yang pernah nampak susuk seperti nenek kebayan, ada yang anak buah mereka melambai-lambai dan macam-macam lagi,” katanya yang menetap di Hulu Langat, Selangor. Tambah Lily, kejadian yang dialami itu membuatkannya serik untuk mendaki lagi selepas ini.

Kejadian yang dialami baru-baru ini sudah cukup membuatkan Lily serik untuk mendaki.

“Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik. Syukur Alhamdulillah, selepas insiden pelik tu, tak ada benda pelik berlaku dan kami semua sihat. Cuma anak buah seorang tu, dia macam suka meragam pula. Tak pasti jika ia ada kaitan selepas hiking tu. Apa pun, untuk pesanan bersama, jika masuk ke tempat orang, pastikan niat tu baik. Yang penting, jangan lupa baca doa, jaga mulut dan jaga tingkah laku,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *