Sebanyak 64 ribu permohonan rentas negeri ditolak. Kini KPN tampil jelaskan alasan apa yang diberi oleh pemohon.

Amalan ISU SEMASA Semasa Uncategorized

Sehingga Isnin lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menolak sejumlah 64,021 permohonan rentas ne­geri dan daerah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, dari­pada jumlah itu, permohonan dari negeri Pahang paling banyak ditolak iaitu sebanyak 18,448. Menurut beliau, penolakan dibuat ekoran tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PDRM.

“Kebanyakan alasan yang diberikan adalah tidak kukuh dan tidak munasabah. Dalam erti kata lain, kes yang bukan melibatkan hal-hal kecemasan. Mahu pergi makan angin. Contoh alasan yang diberi seperti mahu makan angin, pergi ziarah kawan-kawan, mahu pergi tengok rumah dan seumpama­nya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Jelas beliau, keseluruhan permohonan yang diterima di seluruh negara adalah seba­nyak 795,842 dan 92 peratus daripadanya mendapat kelulusan PDRM. Selangor antara negeri yang mencatatkan permohonan ren­tas negeri dan daerah paling tinggi iaitu sebanyak 122,309, manakala jumlah yang diluluskan pula 116,461. Jumlah permohonan yang kita terima dari negeri itu tinggi ekoran bilangan pekerja di Se­langor paling ramai berbanding negeri-negeri lain. Bahkan keba­nyakan penduduk yang menetap di Selangor adalah berasal dari pantai timur, utara dan selatan tanah air,” ujarnya.

Ini contoh alasan sangat kukuh

Menurutnya, alasan yang diberikan pemohon juga sangat kukuh seperti alasan perubatan, ziarah kehilangan saudara, urusan persekolahan anak dan juga faktor bekerja sendiri seperti peniaga kecil-kecilan yang terpaksa me­lakukan pergerakan rentas sempadan. Dalam pada itu, beliau me­minta individu yang gagal memperoleh kelulusan untuk meren­tas negeri dan daerah agar berlapang dada kerana PDRM bukan sengaja menolak permohonan berkenaan.

“Memang perit, tetapi inilah kaedah yang terbaik yang harus dilakukan PDRM untuk negara memutuskan rantaian COVlD-19. PKP ini untuk keselamatan semua. Saya harap orang ramai ja­ngan ambil mudah risiko COVlD-19 ini kerana virus itu ada di merata-rata tempat. Jangan menyusahkan warga Kementerian Kesihatan yang sudah sedia terbeban,” ujarnya.

Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, seramai 37 individu yang melakukan rentas ne­geri telah dikompaun sepanjang dua minggu pelaksanaan PKP sehingga kelmarin.

“Rata-rata mereka didapati tidak mempunyai alasan munasabah ketika cuba memasuki atau keluar dari negeri ini di sempadan Kedah. Mereka didapati gagal me­nunjukkan bukti pengesahan bekerja atau surat kebenaran polis. Ada yang sekadar mahu bersiar atau pergi membeli bara­ngan keperluan di Kepala Batas sedang­kan di Sungai Petani (Kedah) mereka masih boleh mendapatkan barangan itu,” katanya dalam tinjauan sekatan jalan raya bergerak di Jalan Bagan Luar, Butterworth semalam.

Ada Sahaja Telatah Anak Sejak PKP Mula Berlangsung. Aksi Anak Panjang Dinding Ini Ternyata Meraih Perhatian Ramai

Tak dinafikan gara gara PKP yang sekali lagi dilaksanakan dan pelajar belum berkesempatan untuk pergi sekolah,ibu bapa terpaksa melayan karenah anak anak di rumah.Tempoh yang panjang ini sudah pasti timbul rasa bosan yang tidak dapat dikawal sehinggakan tercetus idea-idea kreatif dan aksi di luar jangkaan.Begitulah yang dialami bapa berusia 39 tahun ini apabila tidak mampu untuk melarang anaknya kerana memahami tahap kebosanan mereka.

“Ini baru setahun tak pergi sekolah, lagi lama tak tahu lah jadi apa,” tulis bapa kepada tiga anak ini di laman Twitter.Perkongsian Shahrizal di laman Twitter menjadi tular.Bapa berkenaan, Shahrizal Denci yang berasal dari Ranau, Sabah berkata, bukan dia langsung tidak melarang, sudah pun ditegur cuma biasalah kalau dah bosan apatah lagi mereka yang tengah membesar.

Katanya, kedua-dua anak lelakinya itu terlalu bosan walaupun dia telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hiburan seperti permainan papan, langgan saluran kanak-kanak stesen televisyen berbayar, muat naik aplikasi belajar dan sebagainya.”Sejujurnya, saya tak salahkan mereka. Hampir setahun tak pergi sekolah dan sebelum ini dah terbiasa jadual padat tapi tiba-tiba banyak masa terluang, tu yang jadinya aksi panjat-memanjat.

“Jangan salah faham, bukan saya tak larang. Saya tegur juga kadang tu. Kalau saya terus marah, mereka tak akan faham dan lagi teruk kalau tengah panjat tu tiba-tiba panik dan terjatuh lagi susah.”Macam-macam cara dah saya buat, dulu saya memang tak bagi langsung main gajet, tetapi sekarang dah longgar sikit sebab faham keadaan mereka,” katanya kepada mStar.

Foto yang dimuat naik Shahrizal di laman Twitter pada Isnin lalu, kira-kira pukul 5.40 petang mengenai dua anak lelakinya yang sedang memanjat dinding rumah iaitu Daim, 8, dan Dayyan berusia 7 tahun ternyata meraih perhatian warganet sehingga memperoleh 15,000 likes dan 8,000 retweet.

Dalam pada itu, usahawan tani itu memberitahu dia banyak mendedahkan anak-anaknya dengan pembelajaran dalam talian seperti aplikasi yang sedia ada selain latih tubi, membaca buku cerita dan sebagainya.Aksi dua kanak-kanak ini menjadi perhatian.Bagaimanapun, dia akui bukan mudah ibu bapa mahu memikul tanggungjawab sebagai guru kerana penerimaan anak-anak tidak sama.

“Banyak inisiatif saya ambil untuk pastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran walau berdepan apa jua situasi.”Tetapi biasalah, tak sama penerimaan mereka. Mungkin dengan guru profesional mereka lebih cepat dapat, ibu bapa ini lambatlah sikit.”Belajar atas talian pula ternaya lebih mencabar dari kelas fizikal. Jadi susah sikit sekarang ini,” jelasnya.

Shahrizal bersama isterinya iaitu Zaharah Abdul Ghani, 31 berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan meneroka lebih mendalam lagi mengenai pembelajaran atas talian ini.”Ini sekadar cadangan sahaja, mungkin boleh buat sesuatu yang lebih menarik dan efektif sebab sekarang kita tengok ramai ibu bapa dan pelajar mengadu mengenai kelas atas talian ini.”Saya faham dengan keadaan kes meningkat Covid-19 ini, agak sukar kerajaan nak lakukan seiring. Cuma mungkin pihak yang berkenaan boleh mempertimbangkan untuk mendengar pendapat ibu bapa,” ujarnya.

Rata-rata perkongsian ini mendapat komen-komen yang positif dalam kalangan warganet sekaligus berkongsi pendapat.”Ada bakat jadi pendaki ni. Boleh dah cuba hantar anak pergi tempat climbing.”Saya harap mereka akan sampai ke menara gading.”Cikgu kata belajar tinggi-tinggi.. terus tinggi dia pergi,” antara komen-komen dari warganet

Pernah Tular Dengan Video Parodi Lagu Sayang. Kemunculan Bobo Disambut Baik Oleh Warganet Malah Dia Kongsi Punca Dia Senyap Beberapa Tahun

Baru baru ini,kemunculan semula Bobo menerima maklum balas positif warganet. Sekitar tahun 2013,nama Bobo menjadi bualan masyarakat seluruh negara selepas dia tampil dengan video parodi lagu Sayang,dendangan asal penyanyi Indonesia, Shae.

Setelah sekian lama menyepi, pemilik nama Mohamad Farezzul Mohamad Kasim itu akhirnya tampil membuat ‘comeback’ sekitar hujung tahun lalu.Dalam temubual bersama mStar, dia yang kini berusia 28 tahun sempat memperincikan kisah ‘kehilangannya’ selama ini.

“Sepanjang tempoh senyap beberapa tahun, Bobo fokus dengan kerja. Bobo bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan.”Sehinggalah baru-baru ini, syarikat saya bekerja pujuk supaya buat comeback. Mereka yang buat akaun TikTok untuk saya,” ujarnya.

Bobo aktif di TikTok sejak tahun lalu.Kata Bobo, dia bersyukur apabila kemunculan semula dirinya menerima reaksi positif warganet.Malah katanya, dia tidak sangka masih ada masyarakat di luar sana yang ingat akan dirinya.”Masa senyap, saya nak senyap sampai orang tak kenal. Penat menghilang nak bagi orang lupa, rupa-rupanya orang tak lupa.

“Mungkin budak remaja sekarang tak kenal Bobo. Kebanyakan yang tegur, cam Bobo adalah orang yang dah ada anak.”Tapi tak adalah ramai sangat pun. Mengenai penerimaan orang, ada juga segelintir yang negatif.”Tapi saya dari dulu lagi tak pernah ambil hati. Saya terima,” ujarnya.

Antara video yang dikongsi di media sosial miliknya.Dalam pada itu, Bobo dengan merendah diri berasa gembira apabila warganet mengalu-alukan kemunculannya, termasuklah yang menggelarkannya sebagai Raja Parodi yang sebenar.

“Terima kasih sentiasa ingat Bobo. Lepas tu terima kasih juga sebab terima Bobo balik.”Baca komen pujian, saya rasa alamak… tak payahlah puji, tapi dalam hati senyum,” ujarnya berseloroh.Kata Bobo, dia kini bekerja di sebuah restoran di Kota Laksamana, Melaka.Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menghiburkan untuk tatapan peminat di TikTok dan juga Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *