Pemuda ini sanggup lakukan kerja sambilan ini hanya untuk ubahsuai bilik. Tak sangka kosnya sebanyak ini sahaja.

Amalan Info Kehidupan

Azim membuat ubah suai demi merealisasikan hasratnya untuk memiliki bilik tidur seperti sebuah ‘home studio’ di kediamannya. Kelapangan waktu pada November tahun lalu tidak dipersiakan pelajar ini apabila dia secara berperingkat membuat transformasi bilik tidur sehingga semuanya selesai pada awal tahun 2021.

Mengambil masa selama beberapa bulan, Muhammad Azim Che Noor Azeman, 21, berpuas hati dengan hasilnya apatah lagi segalanya disempurnakan dengan hasil titik peluh sendiri. Dia yang mesra disapa Azim mendedahkan idea itu bermula daripada rujukan internet dan dia mahu mengubah suasana bilik tidur seiring dengan perubahan usianya.

Gambar sebelum dan selepas transforasi dilakukan.

“Saya buat dari tahun lepas, upgrade perlahan-lahan. Semua ubah suai termasuk cat saya buat sendiri, cuma almari sahaja saya tempah khas untuk muatkan barang koleksi saya. Kos semuanya sekitar RM3,000 ke RM4,000. Saya juga nak ubah sebab bilik tu warna hijau, nampak macam budak-budak. Saya dah masuk umur 21, nak sesuatu yang ringkas, nampak eksklusif dan seperti sebuah studio,” ujarnya yang juga seorang juruvideo sambilan.

Menurut penuntut bidang pengiklanan di sebuah univeriti di Cyberjaya itu, wang yang dibelanjakan dalam transformasi itu merupakan hasil simpanan sepanjang membuat kerja sambilan selama ini. Selain menawarkan khidmat sebagai juruvideo, dia juga boleh menerbangkan dron dan turut menerima kerja-kerja berkaitan rekaan grafik.

Keadaan asal bilik pelajar itu.

“Saya bermula sewaktu darjah 6. Mula-mula edit video, main Photoshop edit tukar kepala orang, lama kelamaan jadi minat. Semua saya belajar sendiri melalui YouTube. Tapi dulu saya bercita-cita nak jadi arkitek. Kini, saya boleh terbangkan dron. memang keutamaan saya pada video. Rakam video dan edit video selain buat juga rekaan grafik. Secara asasnya saya dapat buat benda ni (ubah suai bilik) pun daripada sumber saya sendiri dengan bantuan ibu ayah sedikit.

Selain impian nak hadiahkan rumah pada mak ayah dan hantar mereka ke tanah suci, saya juga nak buka syarikat sendiri suatu hari nanti.

“Sepanjang pandemik melanda tahun lepas, job ada berkurang sedikit tapi masih berjalan. Untuk rakaman indoor tiada masalah, outdoor je ada kekangan sikit,” ujarnya. Bercerita lanjut mengenai kerjaya sambilannya itu, Azim berkata para pelajar yang berbakat harus tampil ke hadapan kerana ia mampu menjadi sumber pendapatan buat mereka.

Azim melakukan kerja sambilan sebagai juruvideo dan pereka grafik.

“Saya buat part time sebab tak nak susahkan mak ayah. Macam mak ayah saya pun dah bersara, mereka ada banyak lagi komitmen lain. Kalau ada kepakaran, kita boleh guna untuk jana pendapatan. Kalau tengok jurusan pengajian saya, kos untuk kamera agak mahal. Jadi saya buat part time. Kalau tak mampu bayar semua pun, saya minta mak ayah bayarkan separuh. Lama kelamaan, saya upgrade semua pakai duit sendiri,” ujarnya.

Azim tidak mempersiakan bakat yang dimilikinya.

Kata Azim yang menetap di Gombak, Selangor, dia gembira apabila wang yang dicari hasil titik peluh sendiri dapat dikongsi dengan ahli keluarga. Malah, dia komited untuk meneruskan minat itu demi mencapai banyak lagi impian lain pada masa akan datang.

Antara hasil rekaan grafik oleh Azim.

“Bagi saya, satu kepuasan dapat belanja keluarga. Saya anak bongsu daripada empat beradik, semua yang lain dah kahwin dan saya ada enam orang anak buah. Bila ada duit, boleh belanja mereka makan, ia satu kepuasan. Dulu mereka invest pada saya, sekarang masanya untuk balas balik. Selain impian nak hadiahkan rumah pada mak ayah dan hantar mereka ke tanah suci, saya juga nak buka syarikat sendiri suatu hari nanti. Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan berputus asa. Teruskan minat. Kalau ada bakat, jangan malu,” ujarnya lagi.

Tak Sangka Perkara Ini Terjadi Ketika Nak Sambut Hari Jadi Abang. Ibu Cuak Hanya Kerana Gelagat Anak Terunanya Ini.

Prank dibuat kononnya terjatuh. Aksi bapa Arif dan ibu ketika sambutan hari jadi abang sulung. Siapa yang tidak terkejut apabila berlaku kecelakaan ketika sambutan hari jadi kerana perkara yang ingin terjadi sememangnya tidak berbau. Hari jadi seorang abang digemparkan dengan insiden salah seorang ahli keluarganya yang membawa sekotak kek terjatuh selepas kakinya tersandung pada sebuah kerusi.

Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang pemuda, kejadian itu rupa-rupanya adalah gurauan atau prank untuk menceriakan suasana. Pemuda tersebut, Ahmad Arif Abdullah Mohd Azad berkata, kejadian berlaku di rumah ketika keluarganya menyambut hari ulang tahun abang sulung yang berusia 19 tahun, pada Sabtu malam.

Abang sulung Arif menyambut hari ulang tahun ke-19.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu, prank tersebut dirancang bersama bapa saudara termasuk seorang lagi abangnya, memainkan peranan sebagai ‘tukang bawa kek’.

Prank tu memang sudah dirancang lebih awal. Bila abang nombor dua terjatuh, semua orang terkejut terutama mak dan ayah. Bila kotak kek tu terjatuh, ia akan kemek dan membuatkan orang fikir kek tu dah hancur. Tapi abang bawa kotak kosong. Kek yang sebenar dibawa oleh saya dan pembantu rumah dari dapur,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Arif, dia pada mulanya menyangka reaksi pertama ahli keluarganya adalah mengenai kotak berisi kek dibawa oleh abangnya berusia 18 tahun yang terjatuh ke lantai.

“Biasalah bila ada birthday mesti ada gurauan atau prank. Macam dua tahun lepas ada juga prank masa birthday antara kami, jadi ingatkan mak boleh agak itu adalah prank. Tapi mak betul-betul risau bila abang terjatuh. Ayah pun bimbangkan abang juga, siap kata biarlah kek jatuh pun, kalau hancur boleh beli lagi,” katanya mengenai ibu bapanya masing-masing berusia 46 dan 47 tahun.

Arif (belakang, dua dari kiri) bersama keluarga.

Arif yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, kerisauan ibunya mungkin disebabkan oleh dia dan abangnya sebelum ini mempunyai pengalaman ditimpa kejadian yang tak diingini.

“Abang yang sulung pernah terbabit dalam kejadian jalan raya, dia jatuh dari motosikal menyebabkan kakinya patah, dan dimasukkan ke hospital. Abang yang kedua pula pernah terjatuh selepas lompat dari sofa, menyebabkan tangannya patah. Dia juga dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Macam dua tahun lepas ada juga prank masa birthday antara kami, jadi ingatkan mak boleh agak itu adalah prank

“Saya pula pernah mengalami perut melecur apabila tertumpah kuah mi segera dari periuk selepas masak. Jadi, mungkin sebab inilah mak cukup takut kalau ada apa-apa berlaku pada anak-anaknya,” ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Arif (kanan) bersama ibunya.

Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Empat itu berkata, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh abangnya dalam kejadian prank itu. “Nampak jatuh macam real, lebih-lebih lagi rakaman memang nak tunjuk seolah-olah abang terjatuh selepas terlanggar kerusi. Abang pun terkejut bila macam lancar je dia terjatuh walaupun dibuat-buat sebagai lakonan. Tapi dia tak ada apa-apa semua okay. Nasib baik mak tak marah, tapi abang yang sambut birthday tu kena calit cebisan kek dengan mak dan ayah,” ujarnya secara berseloroh.

Suami Sengaja Kononnya Lupa Birthday Isteri Sebab Nak Buat Prank. Sekali Tak Sangka Ini Reaksi Isteri.

Walaupun sibuk dengan tuntutan tugas sehingga tengah malam, tidak bermakna hari istimewa yang dinanti-nantikan seorang isteri dilupakan oleh suaminya. Begitulah yang dialami seorang lelaki yang sebenarnya telah merancang kejutan demi kejutan sempena hari ulang tahun isteri tersayang. Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, lelaki berkenaan membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon bimbit tetapi selepas kotak dibuka, ‘isi’ di dalamnya hanyalah fon telinga dan pengecas. Isteri yang begitu teruja membuka kotak tersebut kemudian menitiskan air mata, tanpa mengetahui hadiah sebenar telah disembunyikan di bawah katil di bilik tidur oleh suaminya.

Prank yang berupa kotak telefon yang mengandungi fon telinga dan pengecaj.

Muhammad Syahmi Azhari berkata, prank itu dirancang sempena hari ulang tahun isterinya ke-25 pada 18 Disember (Jumaat). Lebih dikenali sebagai Syahmi, katanya, menjelang sambutan hari jadi isterinya, dia berpura-pura lupa, seolah-olah tidak mengingati tarikh istimewa tersebut. “Sehari sebelum hari jadi isteri memang saya sibuk dengan kerja sampai lewat malam. Sepanjang minggu tu saya langsung tak sebut pasal rancangan untuk sambut hari jadi dia. Tapi kira-kira seminggu sebelum tu, saya terlebih dahulu belikan hadiah telefon bimbit untuk dia dan disembunyikan di bawah katil untuk buat kejutan,” katanya kepada mStar.

Hadiah sebenar yang diterima isteri.

Dalam kesibukan kerja, Syahmi yang berusia 25 tahun juga sempat membuat pesanan kek hari jadi menerusi khidmat penghantaran ke lokasi tempat dia bekerja. “Bila saya sampai rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, saya buat surprise kek hari jadi. Isteri memang tak sangka ada kejutan untuk dia. Itulah kejutan yang pertama. Yang kedua pula prank… bila saya bagi kotak telefon tapi tiada telefon di dalamnya. Bila saya keluarkan hadiah yang sebenar dari bawah katil, dia lagi tak sangka betul-betul hadiah telefon sampai menangis,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Makan malam bersama isteri.

Menurut pemuda berasal dari Alor Setar, Kedah itu, telefon bimbit isterinya mengalami masalah sehingga banyak fungsi tidak dapat digunakan. “Saya sendiri berkebolehan untuk membaiki telefon tapi telefon isteri ni memang tak boleh baiki kecuali tukar motherboard (papan induk) tapi kosnya mahal.

Isteri marah sebab telefon tu harganya mahal. Dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa.

“Pasal hadiah, isteri sebenarnya tak marah terkena prank tapi dia marah sebab lain… isteri marah sebab telefon yang saya beli tu harganya mahal. Sedangkan dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa,” katanya. Syahmi yang merupakan seorang jurugambar memberitahu, sambutan ulang tahun disusuli dengan makan malam bersama isteri pada hari yang sama.

Syahmi (kiri) dan isteri mendirikan rumah tangga awal tahun ini.

“Antara masalah telefon isteri sebelum ini adalah pengimbas cap jari dan kamera. Bila kamera bermasalah, isteri tak boleh scan (imbas) kod MySejahtera dan terpaksa mendaftar secara manual kalau nak masuk mana-mana premis. Sekarang ni isteri dah boleh scan kod MySejahtera,” katanya yang merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki premis berikutan pandemik Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *