Pemuda ini buat kekecohan di wad Unit rawatan Rapi setelah tak percayakan Covid 19. Sekali dia sanggup jadikan warga emas ini sebagai ini pula.

Covid 19 Dunia Viral

Rakaman menunjukkan kekecohan yang berlaku di sebuah wad Unit Rawatan Rapi. Polis mencari seorang individu yang tidak mempercayai Covid-19 dan berhadapan dengan pegawai perubatan di hospital, dan mengatakan mahu membawa seorang pesakit Covid-19 warga emas pulang ke rumah.

Menerusi satu rakaman menunjukkan kejadian berlaku di Hospital East Surrey, apabila seorang lelaki mengkritik mereka menjadikan pesakit warga emas sebagai ‘tebusan’. Polis berkata, kata-kata negatif dilemparkan terhadap kakitangan hospital selepas sekumpulan individu memasuki ke unit rawatan rapi.

Antara mereka dalam kumpulan itu tidak memakai pelitup muka. Polis Surrey berkata, Tobe Hayden Leigh, 45, dari Maidstone di Kent, dikehendaki kerana dikaitkan dengan insiden kekecohan yang berlaku pada Khamis. Rakaman tersebut menjadi tular, menunjukkan seorang doktor memberi amaran kepada pesakit warga emas bahawa nyawanya dalam bahaya apabila tahap oksigennya pada tahap rendah.

Menolak cubaan doktor berusaha untuk membantu, kedengaran seorang lelaki mempersoalkan kewujudan Covid-19. Seorang doktor memberitahu kumpulan itu yang mahu membawa pesakit pulang:

“Keutamaan saya adalah keselamatannya dan pada masa ini anda menjadikannya tidak selamat. Dia mengeluarkan topeng oksigennya, dia akan pergi selamanya jika kita tidak menggunakannya kembali.”

Seorang lelaki memberitahu doktor bahawa warga emas itu boleh dirawat dengan vitamin C, vitamin D dan zink. Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut dan memburu lelaki berkenaan.

Sebak Isteri Sanggup Minta Maaf Berkali Kali Kepada Suami. Doktor Ini Kongsi Kisah Sebak Tentang Keadaan Pesakit Ini Dan Isterinya

Macam yang kita semua tahu, jodoh, pertemuan serta bila kita akan pergi adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai mnusia hanya mampu merancang,tetapi dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor,mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

Menurut seorang doktor,dia berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan pelbagi derma air mata antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. “Baru saja aku terangkan “Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin teruk.”Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi,” tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil.

“Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida,” kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu.Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi.

Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator).”Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut.

“Tetapi jika keadaan semakin teruk, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi,” ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap.”Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk.

“Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti,” kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajl datang menjemput.

“Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil.”Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi.

“Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat roh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita… dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup,” kata beliau.

Rasa Kenyang Sebelum Habis Makan Dan Hilang Berat Badan. Doktor Ini Ulas Lebih Lanjut Sakit Yang Akan Muncul Sekiranya Kerap Makan Mi Segera

Macam yang kita semua tahu,mi segera merupakan antara makanan paling disukai orang ramai. Ciri-ciriny a yang berharga murah dan mudah disediakan telah membuatkannya sungguh popular terutamanya di kalangan belia. Namun begitu,benarkah makan mi segera kerap boleh menyebabkan masalah yang serius seperti sakit teruk

Menerusi posting dikongsikan @ZaharahHafizah di Twitter, ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada mi segera boleh menyebabkan kanser perut atau tidak. Wanita bergelar doktor ini memberitahu bahawa makanan yang diperasakan, disalai atau telah diawet merupakan salah satu faktor terjadinya stomach cncer. Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut (H. Pylori Infection) ataupun gangguan genetik.

Dr Hafizah berkata jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap sakit tersebut hanya kerana kerap memakan mi segera. Merujuk kepada rajah dikongsikan wanita itu, masalah berkenaan sering dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Beliau memberitahu bahawa ia amat mustahil bagi seseorang itu untuk menghidap sakit tersebut hanya kerana mi segera, melainkan jika dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Wanita ini turut menasihati orang ramai supaya bertemu doktor dengan kadar yang segera jika mempunyai simptom-simptom sakit tersebut. Antaranya adalah merasa kenyang sebelum habis makan, kehilangan berat badan dengan tiba-tiba, pedih ulu hati dan masalah gastrik serta penghadaman.

Masa PKP 1.0 Hilang Kerja Dan Lebih Teruk Bila PKP 2.0. Doktor Ini Luah Rasa Kagum Dengan Seorang Pesakit Kental Minta Ubat

Seorang pesakit berkongsi kisah mengalami luka ketika menyelamatkan kambing ternakannya, daripada banjir.MUSIM banjir bukan sahaja boleh membahayakan nyawa dan merosakkan harta benda, malah manusia juga terdedah kepada sakit bawaan air seperti sakit kulit.

Individu yang terkena banjir boleh mengalami sakit kulit yang mengakibatkan gatal-gatal atau mungkin masalah kesihatan lebih teruk lagi.Seorang doktor berkongsi mengenai seorang pesakit lelaki datang ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi menghilangkan rasa gatal.

“Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal. Gatal dekat mana?”Dekat sini, doktor. Katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar. Ni kena luka-luka ni?” tulis Dr Kamarul Arifin Nor Sadan di laman Facebook milik beliau.

Dr Kamarul melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit. – foto facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan.Soalan itu ditanya ketika kulit kaki pesakit itu dibelek-belek doktor itu.Dr Kamarul berkata, beliau memeriksa kulit kaki pesakit itu sebelum diperjelaskan bahawa kesan luka tersebut berlaku ketika mahu menyelamatkan kambing daripada banjir, baru-baru ini

Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.”Bagus betul. Kambing pun awak tolong. Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada,” ujar beliau mengimbas semula perbualannya bersama pesakit itu.

Pesakit berkenaan kemudian berkongsi kisah mengenai dirinya yang dilanda kesusahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.”Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.”Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya.”Mulanya, semua nampak okay. Namun, sepantas kilat, semua berubah,” tambah beliau.

“Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah. Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hnyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka.”Kebun sayur pun dah tenggelam dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelm buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia,” ujar Dr Kamarul.

Walaupun dihimpit dengan kesulitan, wajah pesakit itu kelihatan tersenyum apabila mengenangkan masih ada sesuatu yang bernilai yang dimiliknya.”Kecuali satu sahaja, doktor! Keluarga saya! Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk mereka.

“Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baru sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia,” kata doktor itu.Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.Menurut Dr Kamarul, walaupun masih mempunyai simpanan dan pekerjaan, beliau sebenarnya tetap bimbang dengan keadaan yang berlaku pada masa ini.

“Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.”Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *