Isteri tak sangka suami beri hadiah ini sebagai tanda terima kasih untuk sesuatu ini. Selepas 3 bulan tak sangka Doktor sahkan ini.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Ainun menerima kejutan hadiah iPhone 12 daripada suami sebagai tanda ucapan terima kasih. Suami mana tak gembira mendapat perkhabaran isteri mengandung lebih-lebih lagi rezeki itu cepat sahaja datang, hanya selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Seperti kisah pasangan ini, seorang suami yang sangat teruja membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan gajet sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih. Wanita bertuah berkenaan, yang berusia 25 tahun menerima hadiah iPhone 12 daripada suaminya sebaik sahaja doktor mengesahkan kehamilan cahaya mata pertama ketika usia perkahwinan tiga bulan.

Nur Ainun Basirah Zaini yang menetap di Gombak, Selangor memberitahu hadiah tersebut diterimanya dua minggu lepas ketika dia berada di kampung halamannya di Kuala Terengganu, Terengganu. Lebih mesra disapa Ainun, katanya, dia langsung tidak tahu suaminya Muhammad Emir Afiuddin Muhammad Nasron, 25, akan menghadiahkan telefon pintar untuk dirinya kerana dia hanya menemani suaminya untuk membeli gajet itu.

Perkongsian dari suami Ainun di laman Twitter tular sehingga meraih sebanyak 12,000 tanda suka.

“Sejujurnya memang saya tak agak langsung suami akan belikan untuk saya kerana memang itu hasil titik peluh dia untuk menggantikan telefon lama dengan yang baru. Sebelum ini suami guna iPhone 6 dan saya pula iPhone 7, telefon ni dah empat ke lima tahun kami guna. Logiklah beli untuk dia terlebih dahulu, saya pula masih belum bekerja dan tak ada keperluan sangat pun untuk ganti telefon baharu,” katanya.

Foto Ainun bersama suami Muhamad Emir Afiuddin Muhammad Nasron ketika majlis resepsi mereka pada November lalu.

Bercerita lebih lanjut, kata Ainun, kejadian pada 13 Januari itu memang sesuatu yang tidak dapat dilupakannya kerana sebaik sampai di sebuah kedai suaminya meminta dia memilih telefon pintar baharu.

“Mulanya ingat pilih untuk dia, tiba-tiba dia pilih satu yang dia suka dan yang saya pilih dia cakap saya punya. Saya memang rasa terharu sangat sebab saya tahu bukannya murah tetapi dah suami niat macam tu saya terimalah. Baru sangat kahwin saya takut susahkan suami pula,” ujarnya.

Mulanya ingat pilih untuk dia, tiba-tiba dia pilih satu yang dia suka dan yang saya pilih dia cakap saya punya.

Foto ‘scan’ bayi serta gambar Ainun memegang iPhone 12 yang dimuat naik Muhammad Emir Afiuddin yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Damansara Damai, Sungai Buloh di Selangor tular di laman Twitter. Sehingga kini perkongsian itu meraih 23,000 likes dan 7,00 retweets.

Komen dari salah seorang pemilik akaun Twitter yang membuatkan Ainun terpanggil untuk memberi respon dengan baik.

Bagaimanapun, ada juga warga Twitter yang tidak senang dengan perkongsian itu dan meninggalkan komen agak menyedihkan. “Untungnya… saya dah 3 tahun kahwin. Tak diberikan rezeki lagi memiliki zuriat. Ya Allah hinanya aku,” tulis salah seorang pemilik akaun Twitter. Ainun dilihat memberi respon yang positif terhadap wanita tersebut dengan berkata mungkin itu satu ujian dari Yang Maha Esa dan memintanya teruskan berdoa dan berusaha.

Ainun dan suami bersama ibu bapa mereka sewaktu majlis bersanding.

Dalam pada itu, Ainun berharap mereka yang melihat tweet suaminya itu supaya melihatnya dari sudut positif dan tidak membandingkan dengan suami masing-masing. “Rezeki lain-lain. Belajar bersyukur, InsyaAllah ada yang lebih baik siapa tahu,”ujarnya. Ainun mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Emir Afiuddin pada November lalu dan kini usia kandungannya baru sembilan minggu dan dijangka menimang cahaya mata sulung pada September depan.

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *