Cikgu 6 orang anak ini hanya berbasikal ke mana jua dia pergi. Rupanya ini yang terjadi pada keluarganya.

Amalan Info Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Kisah seorang guru yang sangat menyedihkan apabila semuanya terpaksa dilakukan sorang diri… Ketika mentari senja sedang berlabuh, aku dan teman2 tgh berkemas utk menutupi peniagaan ikan kami..terlihat seorang wanita sedang mengayuh basikal dan menggalas bag seperti bag sekolah…

Sering kali kami lihat wanita ini kayuh basikal, kadang kala bawa anak kecil…pernah ketika hujan pun dia redah dgn basikalnya…ternampak beliau singgah beli kuih di sebelah gerai kami… Tergerak hati nak berikan sedikit ikan padanya… Kawan aku pergi berjumpa dan panggil wanita itu sambil aku isikan ikan dlm plastik… ketika wanita itu datang ke gerai kami, sempat juga sembang dan bertanya beliau dari mana nak ke mana sebab selalu nampak dia naik basikal.

Kata nya “ini je kenderaan yg dia ada…kereta dah kena tarik…suami dah tak berkerja, sakit teruk dan beliau mempunyai 6 org anak…beliau bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah…kadang kala pergi kerja tumpang org atau naik grab”… Aku dan rakan tak sanggup nak dgr citer wanita itu lg…terus kami bungkuskan ikan dan ketam dan berikan pd wanita itu…beliau rasa terharu, termenung…aku cuba menahan air mataku dari keluar..ku lihat rakan2 ku juga bergenang air mata, hinggakan kami terfikir nak maklumkan pd UEL atau insan yg berada agar dpt sumbangkan motorsikal pd guru yg diberikan ujian dan dugaan hidup ini…Insyallah.

Guru Ini Pegang Amanah Selepas Kongsi Kisah Ini. Tak Sangka 5 Beranak Ini Sanggup Jual Kelapa Terbiar Tapi Segalanya Berubah Lepas Ini Terjadi.

Kisah lima beranak menjual kelapa di tepi jalan beberapa bulan lalu sebagaimana yang dikongsikan Maisarah, mendapat perhatian insan dermawan. Kisah keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu.

Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan.

Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka.

Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan.

“Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu? Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian. Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya,” cerita guru ini.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan.

Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir. “Kami sampai di satu kawasan baru. ‘Kak, mungkin ini rumahnya’, kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. ‘Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran’, katanya. ‘Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu’. Part ni, aku dah mula terlebih teruja.

Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik.

“Semua serentak memandang ke pintu rumah. Ada seorang budak memerhatikan kami. Alhamdulillah, orang yang kami cari-cari. Bila yang dicari dengan sepenuh hati muncul depan mata, bahagianya lain macam. Lupa semua kesengsaraan melarikan diri daripada si anjing tadi,” tulis Maisarah lagi.

Menurut Maisarah, keluarga berkenaan tinggal di sebuah teratak kecil ihsan seorang insan baik hati yang memberi kebenaran kepada mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Aktivis sukarelawan yang turut serta bersama Maisarah menyampaikan sumbangan yang diamanahkan kepada mereka untuk keluarga lima beranak berkenaan.

“Keluarga ni baru saja tinggal di sini. Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik. Masa kami sampai pun si kakak sedang membersihkan rumah. Di sebalik urusan yang dipermudahkan, pastinya ada doa yang telah dikabulkan oleh-Nya. Terima kasih semua. Pasti semuanya ini doa kalian. Juga doa dari asnaf-asnaf yang pernah menerima sumbangan dari kalian,” tulisnya lagi.

Pelajar Ini Enggan Terima Bantuan Kerana Tidak Mahu Menyusahkan Mana-Mana Pihak. Ternyata Perkongsian Guru Ini Di FB Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Baru baru ini, kisah seorang pelajar daif sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini di Facebook begitu meruntun hati warganet.MENJELANG sesi persekolahan di tahun baharu 2021, seorang pendidik terpanggil untuk berkongsi kisah duka melibatkan pelajarnya.Hati mana yang tidak sedih apabila terkenangkan kesusahan anak murid sehinggakan tidak mampu ke sekolah kerana tiada wang untuk menampung kos tambang.

Perkongsian yang dibuat seorang guru yang berasal dari Tawau, Sabah menerusi laman sosial Facebook itu sangat menyayat hati sekaligus meraih perhatian warganet .Menurut guru tersebut, Maisarah Hannan Chong Abdullah, kisah itu sebenarnya berlaku tahun lepas tetapi baru sekarang dia tergerak hati untuk berkongsi dengan orang ramai.

Bercerita kepada mStar, Maisarah yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Sandakan berkata foto yang tular itu sebenarnya ketika dia melawat keluarga pelajarnya untuk menghulurkan bantuan baru-baru ini.”Mungkin disebabkan tahun baru, saya tengok ramai yang sibuk nak buka sekolah, jadi saya teringat dekat pelajar saya ini.

“Kebetulan baru-baru ini saya ada hantar bantuan barang makanan kering ke rumahnya, itu yang membuatkan saya kongsi kisah itu tak sangka pula sampai tular,” katanya yang berusia 35 tahun itu.Menyingkap tanggal 15 Disember tahun lalu, kata Maisarah, dia ke rumah pelajarnya yang dikenali sebagai Zaliza di Sandakan untuk menyampaikan barang makanan kering untuk keluarga daif itu.

Maisarah aktif melakukan kerja-kerja kebajikan sejak PKP, Mac lalu.“Dia pelajar saya dari tingkatan satu, tahun ini dia tingkatan tiga. Seperti yang ditetapkan kerajaan, pelajar tingkatan tiga akan bermula persekolahan pada bulan Mac dan untuk sementara waktu ini mereka akan belajar di atas talian.

“Pelajar saya ini anak kedua daripada lima beradik dan mereka sekeluarga memang hidup susah tetapi yang lebih merisaukan saya ialah dia langsung tak mahu bercerita dan sebolehnya enggan terima bantuan kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.”Jangan kata nak beli data untuk kelas online nanti, duit tambang pun dia tak ada nak ke sekolah.

“Bermula tahun 2019, saya memang setiap bulan bagi bantuan, contohnya projek makanan percuma dan sejak pandemik Covid-19 ini pula saya akan hantar barang makanan kering ke rumahnya.”Di sekolah pun dia diam sahaja, tetapi dia rajin belajar dan buat kerja sekolah walaupun pelajarannya agak lemah,” ujarnya menceritakan mengenai perilaku pelajarnya itu.

Tambah Maisarah lagi, dia terkejut apabila perkongsiannya itu mendapat perhatian sehinggakan ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.”Saya tak sangka perkongsian itu boleh mengundang sebak dalam kalangan warganet sampai ramai yang hantar friend request.”Sebagai guru, tanggungjawab memang besar terutama kepada pelajar kerana sayalah guru dan saya juga ibu bapa mereka ketika di sekolah.

“Sejak saya tahu Zaliza susah sampai tak ada tambang ke sekolah saya memang tak akan abaikan dia. Bukan hanya beri bantuan padanya, malah keluarga dia pun saya tolong,” katanya.Bagaimanapun, kata guru yang kerap melakukan kerja kebajikan ini, buat masa sekarang dia terpaksa menolak sumbangan itu kerana dana sedia ada masih banyak yang belum digunakan.

Maisarah yang berasal dari Tawau bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah pendalaman di Sandakan.“Cumanya saya tak nak orang di luar sana salah anggap apabila saya menolak sumbangan mereka buat masa sekarang.”Sebenarnya bukan apa, saya takut tak sempat jalankan amanah yang diberi, mana tahu pemergian saya sampai dulu sebab dana yang ada sebelum ini pun masih banyak lagi yang belum diagih-agihkan,” jelasnya.

Bermula dengan hanya RM20 pada 2017, Maisarah bergerak sendiri membantu golongan memerlukan dan hingga kini lebih ramai yang yakin dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya hingga memperoleh sumbangan berlipat ganda untuk disampaikan kepada kumpulan sasar.”Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. InsyaAllah nanti saya akan buka semula peluang untuk orang ramai menyumbang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *