Bila tengok fizikalnya seperti tak percaya dengan penceritaannya. Tapi inilah dia yang orang ramai menggelarkan dirinya sebagai Wali Allah.

Amalan Info Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pok Soh Wali ( 1946 – Sekarang ) Oleh : Tengku Yusuff. Nama sebenar wali Allah yang mastur ini ialah Jusoh Bin Salleh dan dilahirkan pada tahun 1946. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pok Soh Wali berasal dari Terengganu.

Pernah suatu ketika dahulu, tular satu kisah di mana ada seorang pak cik tua yang nampak dhaif sungguh masuk ke sebuah kedai makan. Ramai orang di kedai tersebut pandang serong padanya. Akhirnya pak cik tua tersebut belanja habis semua orang dalam kedai tu. Inilah pak cik yang dimaksudkan di dalam kisah itu.

Sememangnya beliau seorang yang berperwatakan sangat zuhud dan dhaif. Orang-orang sekitar Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuantan mungkin kenal dengan wali Allah ni. Pok Soh Wali suka beriktiqaf di masjid dan surau. Dikisahkan oleh mereka yang pernah bertemunya, saban tahun Pok Soh dizinkan Allah Taala bertemu malam Lailatul Qadar.

Beliau tinggal di Bukit Bauk, Dungun. Sebuah kawasan yang penuh dengan kisah- kisah misteri alam ghaib seperti jin dan seumpamanya. Dikisahkan juga jin dikawasan tersebut takut dan hormat pada Pok Soh. Kadang² beliau ada di Kuala Terengganu dan kadang-kadang ada yang melihat beliau di Kemaman. Saya percaya beliau seorang yang dikurniakan Allah Taala karomah yang besar.

Pok Soh Wali merupakan seorang ahli dalam ilmu tasawuf. Sesiapa yang berjumpa beliau pasti akan mendapat kata-kata nasihat yang berbentuk penyucian hati. Antara nasihatnya ialah :

● Orang mukmin yang hebat itu ialah :
1. Dia pergi pada dunia, sebelum dia pergi buat selamanya,
2. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah,
3. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah,
4. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

● Tubuh itu dari tanah, maka penawarnya ialah apa yang datang dari tanah. Roh itu dari Allah, maka penawarnya juga adalah apa yang datang daripada Allah.

Diceritakan oleh Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah – Mudir Madrasah al-Hidayah, Batu Burok yang selalu mendapat nasihat dan tunjuk ajar Pok Soh Wali :

“Pok Soh Wali ialah seorang wali Allah yang Allah Taala sembunyikan. Siapa-siapa yang nak cari atau jumpa beliau pasti tak kan jumpa. Tapi kalau kita tak berhajat pun nak jumpa beliau. InsyaAllah kita akan jumpa”. al-faqir pernah hampir bertemunya dalam 10 meter sahaja pada tahun 2014, tapi itulah kehendak Allah Taala. Benar sungguh kata Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal, Jumpa bila tak berhajat, Hilang bila ia berhajat.

Pernah dikisahkan seorang pemuda yang sedang berfikir panjang di sebuah kedai makan tentang bagaimana nak selesaikan hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Tiba-tiba Pok Soh Wali datang ke kedai tersebut. Pemuda ni kasihan tengok Pok Soh dengan keadaan yang dhaif lalu dijemputnya duduk semeja dengan dia. Selesai makan, Pok Soh tanya kenapa muram. Pemuda itu beritahu tengah fikir macam mana nak bayar hutang. Dengar penjelasan itu, Pok Soh pun berlalu pergi. Malam itu, tiba-tiba pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan ternyata Pok Soh datang dengan menghulurkan sepucuk sampul. Dalam sampul surat tu ada jumlah wang yang cukup, serupa dengan hutangnya. Yang menghairankan bagaimana Pok Soh tahu jumlah tersebut sedangkan pemuda itu tak beritahu pun dan bagaimana juga Pok Soh mengetahui rumahnya. Wallahualam.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik pada Pok Soh Wali. Amin *Sumber – Tuan Guru Ustaz Mustaffa Kamal & Maklumat awam di FB

Jual Kerepek Dan Pakaian Terpakai Bagi Menampung Perbelanjaannya. Kisah Pakcik Ini Undang Sebak Bila Dia Dapat Tahu PKP Bakal Bermula

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai BilFami, berkongsi satu video yang membuatkan ramai orang sebak. Video tersebut menunjukkan dia sedang bersembang dengan seorang peniaga yang berusia 50-an.Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu, seorang lelaki merakamkan dari jauh aktiviti seorang pakcik yang dipercayai sedang menjual barangan di tepi jalan. Pakcik itu dilihat hanya mengharapkan lampu jalan bagi menerangi barangan jualannya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila lelaki ini menggambarkan kesan yang bakal diterima oleh pakcik ini, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.Ketika disapa, pakcik ini memberitahu dia menjual kerepek dan pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaannya. Lelaki ini turut memaklumkan PKP bakal bermula Rabu dan reaksi pakcik ini cukup menyedihkan. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu menceritakan kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan keadaan pakcik itu. Tambahan pula, mereka turut mendoakan supaya pakcik ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Ini Respon Peniaga Goreng Pisang Bila Timb Menteri Datang Dan Pegang Kuihnya Yang Nak Dijual Dengan Tangan.

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan. Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor. “Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang warganet tentang pendapatnya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut. Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kritikan.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.Kredit : Malaysia Dateline

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *