Bakal pengantin perlu jalani ujian Covid 19 pula sebelum nikah. Kini MKN dedahkan sesuatu.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

Semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian C0vid-19 sebelum menjalani akad nikah di Kedah, bermula 1 Februari ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung. Katanya, ujian itu boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk swasta dengan kos ujian atas tanggungan sendiri.

“Bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, manakala JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk tujuan berkenaan (merentas daerah atau negeri),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Yusri berkata, akad nikah juga hanya akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan pematuhan ketat terhadap prosedur 0perasi standard (SOP) mencegah C0vid-19.

Katanya, jurunikah pula membabitkan tiga Penolong Pendaftar Nikah Pisah Rujuk (PPNCR) yang bertugas mengikut sistem penggiliran ditetapkan. Mengenai kursus pra perkahwinan, beliau memberitahu kursus secara bersemuka ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihaknya juga tidak mengiktiraf sijil kursus pra perkahwinan yang dilaksana secara dalam talian.

“Sebaliknya, proses temuduga akan dilakukan bagi menggantikan kursus pra perkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri Kedah. Pihak PAID berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan yang ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Sumber HMetro

Dipertemukan Dengan Jurugambar Tak Profesional. Pasangan Pengantin Ini Cerita Detik Mereka Dengan Jurugambar Ini

Menggunakan khidmat jurugambar ketika mengadakan majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini. Momen-momen indah tersebut akan diabadikan dalam bentuk gambar dan video serta boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Tetapi lain pula yang jadinya kepada pasangan pengantin ini apabila mereka didakwa bernasib malang kerana ‘dipertemukan’ dengan jurugambar yang sangat tidak professional. Lebih menyakitkan hati adalah kebanyakan gambar yang diambil juga kualitinya sangat teruk!

Ambil pakej RM999

Kami terpaksa mempercepatkan majlis kami yg sepatutnya berlangsung pd 26/12 disebabkan kami takut pada 25/12 (krismas) tu tak boleh rentas negeri. Tiga minggu sebelum majlis kami dah survey photog utk sh0ot majlis kami. Semasa kami survey review, gambar semua okay.

Bila saya bertanya tarikh 12/12 tu kosong bagi company tersebut. Jadi company tersebut bersetuju dan buka tawaran pakej harga kepada saya. Saya bersetuju dengan tawaran pakej itu dan sertakan dengan bayaran. Saya jelaskan sekali lagi saya mengambil pakej RM999 untuk 1 events (bersanding sahaja).

Selepas kejadian ini terjadi, saya contact dengan xxxxx. Penjelasan yang saya dapat adalah si sho0ter sebelum tu beritahu kepada company bahawa untuk tarikh 12/12 tu dia takda job. Jadi xxxxx bagi dia job untuk sh0ot majlis kami. Serta si sh0oter juga beritahu kamera dia rosak, then company beri pinjam kamera kepada si sh0oter. Macam mana boleh kantoi si sh0oter ambil job lain? Si sho0ter sendiri terlupa untuk delete semua gambar yang dia ambil untuk job lain.

Sepatutnya kami bersanding pukul 12. Bayangkan aku yang nak berarak ni, ibu ayah aku yang tengah sibuk layan tetamu masa tu kelam kabut kena call photographer sebab tak sampai-sampai. Nak dekat pukul 1 petang baru sampai rumah pengantin. Alasan sebab location yang diberi salah. Bila ibu call dia cakap dah duduk kat rumah pengantin lain 2 jam!, baru tahu salah rumah. Lastly kantoi juga bukan salah rumah tapi sebab dia sh0ot tempat lain dulu!

Then bila dia dah sampai, dengan kelam kabut nak sho0t kami berarak. Then bila dekat pelamin langsung tak guide kami untuk posing, kami yang kena posing sendiri. Kedudukan bila ambil gambar ramai ramai langsung tak susun ke apa. Then ibu aku dah siapkan meja untuk kek lagi dekat depan meja makan pengantin, dia boleh suruh aku alihkan masuk dalam dekat pelamin sebab dekat luar ramai org. WHAT?!

Lepas dah potong kek, terus sh0ot aku sesorang dulu. Berapa keping je lepas tu dia suruh rehat. Yang dia suruh kitaorang rehat tu, dia tak ada buat apa-apa langsung pun masa tu. Duduk je dekat depan pelamin. Then bila tanya nak sh0ot pengantin laki dah ke? Dia cakap belum lagi. Sampai lah dia lupa terus nak sh0ot laki aku sesorang.

Then masa nak outdoor pulak, aku tny dia nak outdoor mana. Dia ckp belakang rumah aku ? Mula-mula dia cakap nak outdoor dekat bandara, lepas tu dia cakap Melaka hujan. Then dia nak tunda esoknya outdoor, tapi aku cakap baju aku nak pulangkan esoknya, then make up apa semua takkan nak kena bayar lagi.

Dia boleh cakap tak payah make up, dalam gambar tak nampak! Then dia cakap nanti berhenti je dekat ladang getah memana tepi jalan untuk sh0ot. Otak dia lah! Lastly, aku suggest pergi dekat taman belakang ST tu je. Punya besar tempat tu, dia sh0ot aku satu tempat tu je. Masa sh0ot dekat rumah dan outdoor, dia cakap aku tak payah pakai kasut kawin pun takpe, sebab tak nampak. Dah tu buat apa aku beli kasut kawin kalau tak pakai?

Sepanjang masa memang dia ikut bontot pengantin je. And aku yang kena panggil family untuk susun turn siapa untuk ambil gambar. Half gambar aku totally out. Means blur, candid lebih banyak dari yang okay and dah di edit oleh company tu. Even tak banyak tapi bermakna.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *