Lain daripada yang lain. Cara usahawan ini berkenalan dengan isteri dia sungguh merik perhatian ramai sehingga tular di Twitter

Viral

Lumrah setiap manusia akan diciptakan berpasangan,termasuklag jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah swt sebelum lahir ke dunia lagi. Sememangnya kita tahu,jodoh itu memang rahsia Yang Maha Esa tetapi kita juga perlu berusaha mencari siapakah dia ditakdirkan untuk hidup bersama kita.

Kini, banyak laman sosial dan aplikasi jodoh yang boleh dijadikan salah satu alternatif bagi individu yang belum ada pasangan untuk mencari jodoh, sama seperti yang dilakukan seorang pemuda ini.”You looked unfamiliar to me, auchh,” demikian ayat pemuda tersebut yang diberikan untuk isterinya ketika mahu berkenalan dulu, yang dikongsi di Twitter baru-baru ini.

Perkongsian Fazrul di laman Twitter.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Fazrul Azreen Nazli, 33, berkata perkongsiannya itu sekadar mengimbas kenangan lalu apabila dia terbaca perbualannya bersama isterinya sembilan tahun lalu menerusi Facebook Messenger.

“Sebenarnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya banyak masa terluang dan mungkin juga sebab bosan. Saya sendiri tak tahu macam mana boleh tiba-tiba terdetik nak buka Facebook Messenger.”Boleh pula jumpa perbualan saya dengan isteri sebab kami tak banyak pun bebual dekat messenger. Tak scroll atas sangat pun sebab lepas kami dah agak rapat kami berubah ke Yahoo Messenger sebab masa zaman tu memang top lah.

“Saya pun sengaja buat ‘from this to this‘ yang ramai orang buat tapi tak sangka pula dapat banyak like dan retweet,” ujarnya.Perkongsian tersebut menjadi tular sejak tweet tersebut dimuat naik pada petang Ahad lalu dan sehingga kini meraih 11,000 like dan 4,000 retweet.

Isteri Fazrul bertugas sebagai doktor.Lebih mesra disapa Fazrul, dia tidak menyangka perkongsian itu mendapat perhatian ramai sama seperti tweetnya yang pernah tular ketika dia berkongsi mengenai tulisan isterinya yang sukar untuk difahami.Fazrul memberitahu isterinya iaitu Dr Hamizah Hamzah yang bertugas di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban juga baru tahu mengenai tweet yang tular ini.”Isteri saya pula tak ada Twitter dan dia baru tahu, itu pun rakan-rakannya yang tanya,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan bersama isterinya sebelum dan selepas kahwin, katanya, dia mula menyedari kehadiran isterinya itu daripada rakan sekolahnya yang juga kawan sekelas isterinya ketika mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dia yang merupakan usahawan kosmetik berkata sejak kawan sekolahnya itu memuat naik gambar bersama rakan-rakan sekelasnya, dia tertarik dengan isterinya dan mula menghantar ‘friend request‘ di laman Facebook.”Memang lama dia tak approve. Sedih betul masa tu sebab niat memang nak kenal. Itu pertama kali saya beranikan diri walaupun gemuruh.

“Kemudian kawan saya ada muat naik status stres nak exam, masa itulah saya ambil peluang salam perkenalan dengan tanya si dia ‘exam UiTM bila ya’.”Lepas tu saya mula mengayat, cakap muka dia familiar. Dengan selamba dia cakap you looked unfamiliar to me,” ujarnya berseloroh.

Fazrul meluahkan rasa syukur kerana strateginya menjadi dan kini mereka sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Fateh Affan yang berusia lima tahun.Dalam pada itu, Fazrul berkata dia tiada sebarang tip ‘mengayat’ wanita kerana dia juga hanya mencuba nasib ketika itu.”Kalau nak cuba cara saya boleh la try tapi belum tentu menjadi,” katanya.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Adik Sanggup Carikan Jodoh Buat Kakak Di Twiiter. Akhirnya Juga Dengan Salah Seorang Jejaka Dan Ini Pula Respon Kakaknya Berkenaan Hal Tersebut

Maisarah memuat naik hebahan itu di Twitter sehingga ia menjadi tular.KALAU sudah sampai ‘seru’, mulalah seseorang itu terfikir soal jodoh dan berasa sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan pasangan sehidup semti.Bagi mereka yang belum mempunyai calon terutamanya yang sudah berusia, sudah pasti hati risau memikirkan nasib hidup membujang sampai ke tua.

Dalam sesetengah situasi, bukan empunya diri saja yang bimbang sebaliknya ibu bapa dan adik beradik lain turut berasa tekanannya.Begitulah yang dialami seorang gadis bernama Maisarah yang bingung memikirkan nasib kakaknya yang sehingga kini belum bertemu jodoh.

Maisarah yang berusia awal 20-an berkata kakaknya masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami walaupun sudah cuba menjalinkan hubungan serius dengan beberapa jejaka.”Saya dah penat tengok kakak saya kenal dengan ramai lelaki tapi selalu tak jadi.

”Bukan dia memilih, saya fikir mungkin belum jumpa jodoh. Kesian juga saya tengok dia, ” katanya kepada mStar.Tweet yang dimuat naik oleh Maisarah.Sebagai usaha, Maisarah mengambil keputusan membuat hebahan di Twitter bagi membantu mencari jodoh untuk kakaknya.Tweet itu tular dan disambut baik oleh warganet dengan pelbagai komen dan perkongsian diterima.”Tak sangka pula ramai yang senasib dengan kakak saya.

”Ramai lelaki yang DM (direct message) nak kenal-kenal dengan kakak dan ada juga yang cuba satukan abang atau adik lelaki mereka dengan kakak saya, ” katanya.Dalam pada itu, Maisarah mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang berminat untuk berkenalan dengan kakaknya, ada seorang jejaka yang telah meraih tumpuannya.

Bagaimanapun kata Maisarah, dia menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mencari calon suami, tetapi tetap percaya bahawa jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.“Ada juga minat seorang ni… tapi saya fikir belum tiba masanya lagi.

Lagi paparan skrin tweet gadis itu.”Memang susah juga nak percaya lelaki yang kenal online, tapi saya yakin ada je yang baik-baik dan boleh dipercayai. Sama macam orang lain, mereka pun dah tentu inginkan jodoh yang baik-baik juga,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi kakaknya sebaik mengetahui tweet tentang dirinya tular, Maisarah berkata kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda marah atau kurang senang dengan tindakannya.“Kakak saya sebenarnya tak kisah sangat pun tak jumpa jodoh walaupun usia dia dah lanjut.”Dia sporting je, saya bagi dia baca semua DM dekat Twitter dan dia juga tengok gambar-gambar mereka yang nak kenal tu.”Sabar jap, kami kena tapis-tapis dulu,” ujarnya berseloroh.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *