Tok imam yang taat setiap SOP tiba tiba disahkan positif Covid 19. Sekali dia tampil beritahu perkara ini.

Covid 19 Dunia Keluarga Uncategorized

Zamri ketika dijempu mengenai kenderaan KKM untuk dibawa ke Hospital Rembau selepas disahkan positif Covid-19. Tiada siapa yang mahu dijangkiti virus Covid-19 yang boleh membawa kita pergi buat selamanya, tetapi hakikat yang harus diterima wabak itu sudah pun berada dalam komuniti.

Apa yang kita boleh lakukan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial. Seorang petugas kesihatan barisan hadapan (frontliner) berkongsi pengalamannya mengendalikan seorang pesakit di wad Covid-19 yang kelihatan alim dan sentiasa membawa senaskhah al-Quran, beberapa minggu lalu.

“Ketika itu keadaan beliau agak teruk juga, batuk yang sangat kuat sehingga pembacaan al-Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan Covid ini. Tidak tahulah encik, semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga pastikan jemaah ikut SOP dengan betul. Akhirnya, saya yang terkena Covid. Macam manalah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, jawab pesakit itu dengan sedikit nada kehampaan,” tulis pengguna Facebook bernama Zamri Shahri mengimbas kembali perbualan bersama pesakit itu.

Jelas Zamri, dia sendiri sememangnya dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP dalam kalangan rakan-rakan sekerja, dan sentiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana sahaja.

“Aku tidak pernah walau sekali pun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku, baik dalam kalangan staf wad mahupun ketua dan penyelia jururawat. Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja. Dalam kalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kewajaran SOP,” katanya.

Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang yang terbaik, tapi Tuhan yang menentukannya apabila dia sendiri akhirnya dijangkiti wabak yang digeruni itu. Kejadian lewat petang 15 Januari lalu benar-benar mengubah caranya memandang takdir, menilai tutur kata sendiri dan melontarkan pengharapan kepada Tuhan, berubah!

“Tiba-tiba badanku terasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kesat yang tersangkut di tekak aku ini. Pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus beritahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tekak dan rongga hidung,” tambahnya.

Pasukan frontliners bertugas demi masyarakat. foto AZHAR MAHFOF/The Star

Menurut Zamri, segala-galanya berlaku secara tiba-tiba kerana sebelum itu dia sihat seperti tiada apa yang berlaku, malah bersenam dan berjoging setiap petang.

“Dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kesakitan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan. Demam, seram sejuk dan batuk yang sangat mengganggu rutin harian aku. Kecewa? Tentu ada. Sakit hati? Itu yang aku rasa sekarang. Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif,” ujarnya.

Kecewa? Tentu ada. Sakit hati? Itu yang aku rasa sekarang. Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif

Tidak terkecuali, katanya, ada yang cuba menyedapkan hatinya. “Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan frontliners yang lain ‘peluang’ untuk berehat dengan ujian sebegini. Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula. Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini,” katanya.

Dia turut memuat naik gambarnya dijemput oleh kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan. “Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, Covid itu berjaya juga menewaskan aku,” kata Zamri. Mengenang kembali momen itu, hatinya sayu mendengar tangisan anak-anak di sebalik pintu pagar.

“Ayah, jangan pergi. Ayah tak sayang kami ke? Sebak hati aku. Mereka sedaya-upaya cuba menghalang aku keluar menuju ke kenderaan hospital. Allahuakbar! Doakan saya cepat sembuh dan semoga Allah menjaga keluarga yang saya tinggalkan bagi menghabiskan waktu kuarantin ini,” katanya.

Saban Hari Kes Covid 19 Tidak Henti Meningkat. Kini Kerajaan Bercadang Guna Tempat Ini Pula Sebagai Pusat Kuarantin.

Penempatan untuk menjalani kuarantin. Peningkatan kes Covid-19 menyebabkan penempatan pusat kuarantin sedia ada semakin terhad. Kerajaan dicadang untuk menjadikan hotel-hotel milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19 bagi menampung keperluan pusat kuarantin sedia ada.

Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, selain itu, jika pesakit Covid-19 ini menjalani kuarantin di rumah, mereka boleh membahayakan kesihatan isi rumah yang lain kerana mudah dijangkiti. Menurutnya, kos untuk mendiami hotel ini perlu ditanggung oleh mana-mana pesakit yang berkemampuan seperti mana proses kuarantin individu dari luar negara ke Malaysia.

“Saban hari, rakyat Malaysia dimaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai pandemik Covid-19 serta jumlah pesakit yang kian bertambah dan membimbangkan. Dengan peningkatan jumlah pesakit ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menghadapi situasi yang mana bilangan katil bagi pusat-pusat kuarantin semakin terhad,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, sekiranya terdapat pihak swasta yang ingin turut melibatkan diri menaja mana-mana hotel bajet untuk tujuan yang sama, kerajaan boleh mengecualikan cukai tahunan sebagai timbal balik atas komitmen membantu memerangi pandemik ini. Mustafa Shah berkata, ia secara tidak langsung dapat membantu perniagaan hotel yang terjejas kini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak lagi digunakan dijadikan sebagai pusat kuarantin Covid-19.

“Kerajaan juga wajar mengkaji semula mana-mana premis kem PLKN yang kini kosong tidak digunakan langsung. Sekiranya fasiliti ini digunapakai kelak, ianya sedikit sebanyak akan membantu kerajaan menangani lambakan suspek pesakit Covid-19 di seluruh negara dan menjimatkan kos untuk mewujudkan pusat-pusat kuarantin baharu bagi tujuan tersebut,” katanya. – Sinar Harian

Anak Baru Lahir Ada Di Luar Bilik Tapi Bapa Terpaksa Kuarantin Pula. Isterinya Pula Akan Tunjuk Sesuatu Ini Setiap Kali Video Call.

Syed Mohd Akif berkongsi rutin setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah, bagi menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Ketika ini kes Covid-19 di malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila ribuan kes baharu direkodkan saban hari.

Dengan angka yang semakin meningkat yang mana setakat ini lebih 40,000 kes aktif Covid-19 dilaporkan, fasiliti kesihatan termasuk pusat kuarantin sudah tentu mengalami kepadatan maksima. Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini berkata pesakit Covid-19 yang tidak mengalami sebarang gejala atau gejala ringan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Syed Mohd Akif merupakan salah seorang daripada ribuan pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah.Lelaki yang senang disapa sebagai Akif berkata ketika ini dia sudah pun menjalani tempoh kuarantin selama 11 hari sejak disahkan positif virus berkenaan.

Bagi menghilangkan kebosanan, juruvideo syarikat produk kecantikan, Ainaa Beauty milik selebriti Instagram popular, Hafiz Mahamad ini menghasilkan satu klip video pendek menceritakan rutinnya setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Sesi ‘photoshoot’ sebelum isteri Akif melahirkan bayi sulung mereka. Akif hanya sempat menatap wajah anaknya seketika sebelum disahkan positif Covid-19.

Menerusi video tersebut, Akif berkongsi rutinnya selepas bangun tidur selain menu sarapan yang dinikmati bagi mempercepatkan proses pemulihan.

“Selepas menonton video Alif Satar yang berkongsi pengalamannya, saya rasa saya pun perlu berbuat sesuatu untuk sebarkan mesej dan beri kesedaran kepada orang di luar sana. Jadi saya terfikir untuk berkongsi video ini di media sosial. Setiap pagi perkara pertama yang dibuat selepas bangun tidur adalah mengemas dan membersihkan tempat tidur dan seluruh bilik. Persekitaran yang kemas dan bersih sangat penting. Saya sangat bersyukur kerana keluarga termasuk ibu mentua begitu mengambil berat dan menyediakan semua keperluan sepanjang tempoh kuarantin. Mereka akan menyediakan makanan yang berkhasiat, dan paling penting pastikan saya minum air kelapa campur lemon, madu, vitamin C setiap hari.

Rutin Akif setiap pagi sepanjang menjalani kuarantin di bilik berasingan.

“Kita tahu pesakit Covid-19 tak boleh keluar bilik atau rumah, dan sudah pasti ia sangat sukar. Jadi dengan adanya keluarga dan orang sekeliling yang ambil berat, ia adalah satu bentuk sokongan yang pesakit amat perlukan. Itu yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada keluarga, Akif mengakui dia tidak dapat lari daripada rasa bersalah terhadap orang sekeliling dan juga ‘down’ lebih-lebih lagi apabila masih belum berkesempatan memeluk bayi sulungnya yang dilahirkan pada 12 Januari.

“Selepas beberapa rakan sekerja positif, kami yang lain pun kena buat swab test. Masa tu kebetulan pula isteri sedang nak bersalin. Saya tak bergejala dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *