Terlalu banyak dugaan untuk mulakan satu perniagaan. Kini 10 pengusaha PKS berkongsikan kisah pahit perniagaan mereka.

Amalan Dunia tips Uncategorized

Memulakan perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Segala aspek perkara perlu diambil kira sebelum sesebuah bisnes itu dimulakan. Tidak boleh dipandang enteng, apa yang harus dilakukan jika perniagaan tersebut tidak menjadi juga perlu dititikberatkan pada awal perancangan perniagaan. Sama juga seperti 10 peniaga PKS ni! Korang pasti akan rasa kagum bagaimana mereka mampu untuk bangkit selepas ditimpa pelbagai dugaan untuk meneruskan perniagaan mereka sehingga kini.

Kurang sumber kewangan diawal perniagaan

Seringkali kita fikir yang modal yang ada mencukupi malangnya pelbagai isu mungkin akan timbul ketika memulakan perniagaan dan mengakibatkan modal perniagaan tak mencukupi. Inilah yang dialami Encik Mohd Khairil Khider, pemilik Dalucia Sdn Bhd yang memulakan produk minuman berasaskan tumbuhan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah ataupun alahan produk daripada haiwan.

Dengan pengalaman dalam bidang makanan dan minuman selama 9 tahun, kini The Dalucia Sdn Bhd berjaya mengeksport produk ke beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Taiwan dan Brunei. Syarikat beliau juga mampu memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang. Dapatkan produk mereka disini: Website: thedalucia.com Facebook: daluciaofficial Instagram: Dalucia.my

Pemasaran produk & jenama tak sehebat pengeluar lain

Cara pembuatan yang berbeza dan kuantiti pengeluaran produk seringkali menjadi dilema pengusaha tradisional. Ini kerana, kebanyakkan pengeluar kuih yang lain menggunakan mesin lantas menghasilkan kuantiti produk yang lebih banyak.

Kuih Siput Tradisional & Kerepek Mimpi kepunyaan Mizan Rodzi, 43 yang berasal dari Langkawi ini berbeza dengan produk kuih siput yang lain. Menggunakan teknik tradisional asli pembuatan kuih siput, pekerja-pekerja di Mimpi Niaga Enterprise ini terdiri daripada kaum ibu tunggal di sebuah perkampungan di Kedah.

Kuih Siput Traditional ini terkenal dengan teksturnya yang tidak keras dan ranggup bila dimakan. Walaupun pada awalnya mengalami kesulitan untuk mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak, kini mereka merupakan pembekal pertama kuih siput dalam pelbagai perisa. Antaranya Seaweed BBQ, Spicy Corn, Salted Egg, Sweet Corn, Roast Beef dan Curry Crunchy serta Kerepek Berperisa Takoyaki Salted Egg!

Banjir, hilang anak & rugi RM160,000

Siapa sangka setelah pelbagai perkara terjadi, Amaruszati Noor Rahim berjaya bangkit sehingga mendapat anugerah Ikon Usahawan Wanita dari perniagaan sambal beliau. Kepakaran beliau adalah menyediakan sambal yang sedap, ringkas dan pantas.

Tidak mudah untuk mencapai ke tahap tersebut, pemilik Zati D Hati Recources ini pernah kehilangan anak diawal perniagaan. Bisnes bakeri beliau juga ranap di samping dilanda banjir pada tahun 2013. Bukan itu saja, beliau juga mengalami kerugian sebanyak RM160 ribu!

Tidak patah semangat, selepas itu Puan Amaruszati memulakan semula perniagaan beliau dengan bermodalkan hanya RM2,000 dan menggunakan strategi pek kombo untuk menarik perhatian pengguna. Produk sambal beliau kini menembusi peringkat global dan dipasarkan di Jeddah dan Ireland! Try Sambal Zaty’s ni dekat sini! Facebook: Sambal Hitam Zaty’s Instagram: Sambal Hitam Zaty’s 

Sukar bersaing dengan produk ternama

Sebagai produk lokal, persaingan dengan produk sedia ada pasti membuatkan proses perniagaan itu sukar, apatah lagi jika ingin bersaing dengan produk yang sememangnya sudah terkenal. Ini antara cabaran yang dialami oleh WE1 Manufacturing kepunyaan Datin Siti Yusnita Muhammad Yusof, 44.

Sebagai produk bumiputera dan Muslim, Datin Siti Yusnita mencari solusi untuk memasarkan produk beliau secara meluas di sekitar Johor Bahru. Pelbagai cara dilakukan bagi memperkenalkan produk mereka. Antaranya mempromosikan produk untuk ke pasaraya, kafe dan kantin selain mencari pemilik vending machine untuk menawarkan produk mereka.

Nyata usaha beliau membuahkan hasil. Produk minuman 3 in 1 White Coffee, Malt dan Teh Tarik beliau kini boleh didapati di pasaraya-pasaraya seperti Hero, Nokko, Mydin dan Hwa Tai. Produk beliau juga sangat berpatutan dan bahan mentah yang digunakan diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi. Maklumat lanjut boleh tengok website mereka, disini: Facebook: We1 Manufacturing

Kaedah distribusi antara cabaran yang sukar!

Bagi Liew Kuo Wei pemilik Supremeo (Holistic Food Sdn Bhd), kaedah distribusi merupakan antara cabaran paling besar yang beliau alami. Silap tempat distribusi boleh mengakibatkan kerugian besar dalam perniagaan. Tetapi, kebanyakkan tempat dengan permintaan tinggi didominasi oleh syarikat ternama sedia ada.

Namun, beliau tekad untuk berkembang dengan mensasarkan pelanggan dari pelbagai kategori. Iaitu dengan memfokuskan pelanggan yang ingin produk makanan sihat, berkualiti dan juga buatan Malaysia.

Hasilnya, mereka berjaya memasarkan produk mereka di seluruh Malaysia serta dieksport ke beberapa buah negara jiran. Supremo juga telah mendapat sijil Halal, ISO 9001, ISO 22000, HACCP, GMP dan juga Mesti. Korang boleh cuba snek mereka ni dekat sini! Website: Holistic Food Facebook: Supremeopopcorn Instagram: SupremePopcornOfficial

Tiada pendidikan asas dalam perniagaan

Bermula tanpa sebarang pendidikan asas dalam perniagaan pemakanan, Tajria Food Sdn Bhd milik Khairiah Khalid, 52, beroperasi dengan masakan Asam Pedas di food court, kemudian berjaya membuka Restoran Asam Pedas di Bangi, selain mempunyai francais serta kilang memproses dan mengeluarkan pes sendiri.

Ramai menceburi industri makanan membuatkan agak sukar untuk peniaga menyerlahkan produk mereka di Malaysia. Namun, Puan Khairiah sentiasa memastikan kualiti produknya terjaga selain mempelbagaikan produk Ready to Eat dan Ready to Cook supaya dapat dinikmati oleh semua pengguna.

Tajria Food Sdn Bhd juga meluaskan pemasaran dari offline ke online bagi memudahkan pelanggan menikmati produk mereka! Daripada berniaga di medan selera, kini Tajria dapat membuka kilang memproses dan mengeluarkan pes sendiri serta menjadi mentor kepada perantis-perantis PUNB! Nak pes asam pedas? Dapatkan di Tajria Food!

Menghasilkan produk berkualiti seperti masakan di rumah

Antara perkara yang paling ditakuti oleh peniaga makanan ialah kualiti sesuatu produk. Walaupun pelbagai R&D dilakukan, tapi untuk pemasaran, kualiti produk tersebut haruslah setanding dengan produk yang selalu digunakan di rumah.

Snugfood yang diasaskan oleh Carolyn Tan Ai Ling, 43, bekerja keras agar pengguna berpuas hati dan merasakan seperti masakan di rumah. Ia ternyata membuahkan hasil kerana rata-rata pelanggan menyukai produk mereka bukan saja kerana sedap tetapi juga harganya berpatutan tanpa sebarang bahan tiruan.

Dalam masa 1 tahun, mereka telah mengeksport produk mereka ke Singapora dan kini 80 outlet di sana menjual produk Snugfood. Selain itu, pemasaran ke negara China dan Australia juga dalam perancangan dan akan dikendalikan dalam pelan bisnes 2021 mereka.

“Kesemua ini dapat dilaksanakan kerana nasihat dan pertolongan yang diterima dari pihak KPDNHEP dan MATRADE yang dari permulaan memberi banyak sokongan dan nasihat kepada kami.” kata Carolyn. Dapatkan produk Snugfood ni di facebook mereka disini!

Kurang kemahiran pemasaran

Mengambil kira persaingan yang terlalu banyak di pasaran, Noorul Fatiha,36, tekad untuk bergerak selangkah ke hadapan dengan menghasilkan keropok ikan yang boleh terus di makan tanpa perlu di goreng atau rebus terlebih dahulu.

“Meskipun kami berdepan kesukaran kerana kurang kemahiran pemasaran dan perlu bersaing dari segi harga dengan produk lain, ia tidak pernah mematahkan semangat kami” Beritahu Noorul Fatiha, bila ditanya mengenai cara mereka mengendalikan persaingan dalam industri yang sama.

Menurutnya lagi mereka kekal optimis untuk bersaing secara sihat sehinggalah sekarang jenama Tok Yam semakin dikenali dan berjaya mendapat tempat di pasaraya tempatan.

Tambah Noorul Fatiha apa yang penting dalam sesebuah perniagaan adalah untuk memberikan sepenuhnya perhatian dan tumpuan kepada produk yang diusahakan  “Ambil tahu perkembangan semasa agar produk kita dapat kekal relevan dan mampu  bersaing di pasaran” Website: www.tokyam.com. Facebook: KEROPOK TOK YAM

Teknologi terhad & pengguna ragu-ragu

Dek banyak isu halal haram yang sering tular di media sosial, ia memberi impak kepada pengeluar makanan seperti Raja Dim Sum. Pemilik Raja Dim Sum, Rafidah Jumahad, 39, berasal dari Sabah yang juga merupakan pengeluar Dim Sum Halal di Malaysia berkata selain keraguan pengguna, modal yang kecil dan kekangan teknologi menjadi cabaran buatnya.

Tidak terhenti di situ, Rafidah mula mencari strategi untuk memperkenalkan jenama, rasa dan memberikan servis terbaik untuk pelanggannya. Menurut Rafidah, kemahiran komunikasi yang baik diantara usahawan dan pelanggan selain kualiti dan kebersihan produk dapat membantu menjadikan produk lebih dikenali.

Raja Dim Sum kini memasuki pasaran di seluruh Sabah, Labuan dan Brunei. Bukan itu saja, ia juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya tempatan dan telah memasuki pasaran e-pasar seperti Shopee, Lazada, Gonet Biz, GrabFood dan FoodPanda! Try la dim sum pulak guys! Korang usha je produk mereka dekat sini!

Persaingan rapat antara jenama

Bagi pemilik PopChiz Edyfaizullah Jamil, 40, cabaran yang paling hebat adalah dipermulaan tempoh peralihannya untuk memulakan perniagaan makanan dari perniagaan asal iaitu pengiklanan. Tanpa ilmu formal dan bimbingan khusus beliau memulakan langkah perubahan demi menjaga periuk nasi keluarga.

Menurut beliau, walaupun terdapat persaingan pembuatan snek berasaskan kulit popia, beliau mengambil ini sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik berbanding produk sedia ada. Dari perniagaan di rumah ke pasar malam, beliau mengorak langkah lebih jauh dengan mendaftarkan perniagaan ini di bawah syarikat Gemersik F&B Sdn Bhd pada 15 Mei 2018.

Beliau kemudian menyewa sebuah kilang pembuatan PopChiz. Menyedari potensi dan keupayaan syarikat, pihak MARDI telah melantik syarikat ini sebagai usahawan bimbingan MARDI. PopChiz juga mendapat penganugerahan sijil HALAL.

Selain itu, jenama tersebut turut mendapat perhatian bantuan khidmat nasihat dan bimbingan juga geran bantuan pembelian mesin automasi dari badan-badan kerajaan yang lain seperti KPDNHEP, MARA dan SME Corp Malaysia. Kini, Edyfaizullah berbangga apabila jenama ini mula dikenali dengan promosi meluas papan tanda iklan di lokasi-lokasi lebuhraya utama di Malaysia. Teringin nak rasa snek berasaskan kulit popia ni? Klik je dekat mana-mana link dibawah: Facebook: Popchiz Malaysia Instagram: Popchiz

Macam-macam cabaran yang mereka lalui kan?Sebab tu lah korang kena sokong barangan tempatan!

Dengan tekad yang tinggi mereka harungi segala cabaran untuk memastikan jenama dan produk mereka berjaya bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.

Semangat yang tinggi ni membuahkan hasil apabila perniagaan mereka akhirnya berjaya dan dikenali. Tapi,apa yang akan membuatkan mereka lebih semangat untuk terus memperbaiki ialah jika kita sebagai rakyat Malaysia juga menyokong dengan membeli barangan buatan tempatan!

Sama-sama kita menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ni! So korang, lepas ni, kita beli barangan buatan tempatan je okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *