Suami sanggup pujuk isteri untuk buat personal loan sebanyak ini. Sekali saudara dedahkan wang itu untuk apa sebenarnya.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Uncategorized

Gambar sekadar hiasan.

Seorang lelaki dari Arab Saudi bukan saja sanggup membohong isterinya tetapi juga tergamak ‘menghasut’ wanita itu untuk membuat pinjaman peribadi bagi kepentingan dirinya. Ketika cuba memujuk isterinya untuk membuat permohonan pinjaman tersebut, lelaki berkenaan memberikan alasan duit itu bakal digunakan untuk menyelesaikan semua hutangnya.

Namun, menurut Gulf News selepas permohonan pinjaman peribadi sebanyak SR120,000 (RM129,439.94) lulus dan wang itu diterima, lelaki tersebut membelanjakannya untuk benda lain. Semua helah dan penipuan lelaki itu didedahkan selepas isterinya mendapat maklumat daripada saudara beberapa minggu kemudian bahawa suaminya merancang untuk berkahwin lain dan akan menggunakan duit pinjaman tersebut.

Difahamkan rumah tangga mereka memang mempunyai masalah dan selepas mendapat tahu tentang penipuan itu, wanita berkenaan terus bertanya kepada suaminya. Namun, lelaki tersebut pada mulanya menafikan semua itu namun akhirnya mengaku yang dia bakal berkahwin dengan wanita lain tidak lama lagi. Katanya lagi, dia telah mendapat amaran jadi disebabkan itu dia perlukan duit untuk membayar semua hutang.

Wanita terbabit kemudian menuntut agar suaminya itu membayar semula SR120,000 tersebut namun lelaki berkenaan enggan berbuat sedemikian. Disebabkan itu dan juga kerana rumah tangga yang bermasalah serta merancang untuk mengakhiri perkahwinan, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat peguam serta menggunakan undang-undang bagi menyelesaikan semuanya.

Suami Gaji Tinggi Tapi Lebihkan Pada Kereta. Bila Isteri Minta Cheese Cake Pun Dia Kata Mahal Sampai Sanggup Bawa Ke Sini Bila Isteris Sakit.

Salam admin, aku nak kongsi kisah manis hidup aku dengan korang. Cukup manis kalau dikenang semula. Aku seorang suri rumah sepenuh masa, jana duit dengan jual barangan online je. Dalam banyak – banyak kejadian, aku nak cerita satu ni je kat korang. Satu hari aku teringin sangat nak makan cheese cake leleh yang orang duk post kat fcebook, dalam group tempat aku ni memang nampak sedap sangat kek tu.

Aku memang penggemar cheese cake dari dulu tapi yang ni memang nampak sedap giIa dekat mata aku.. Aku gagahkan diri mintak duit dengan suami, harga kek tu RM25 sekali caj COD. Tapi dia kata, “bapak mahal kek apa awak nak beli tu? Tak payah lah membazir je beli kek mahal – mahal.” Aku pun senyap je pendam terliur tu dalam hati

Satu hari kami pergi Tesco. Kami lalu tempat kek tu dia cakap, “hah, itu hari awak nak makan kek kan? Ambik yang tu, abang belanja.” Kek tu harga RM3.50, aku beli jugak sekali tak sedap min, keras, lemau. Aku tak cakap pun kat suami tak sedap, aku makan je.. Dia try sesudu je pastu dia kata, “ish makanan macam ni abang tak hadap, makanan awak je ni.” Tapi aku tetap tak puas hati sebab aku nak jugak kek tu.

Aku niaga, kumpul duit sendiri walaupun lambat cukup. Bila dah cukup aku order, dah smpai orang tu delivery aku rasa macam nak terbang min. Punyalah sedap! Aku sayang nak makan banyak aku simpan dalam peti ais. Sekali esoknya aku nak makan lagi dah habis min.

Aku tanya suami aku dia cakap, “abang try. Sedap jugak kek tu.” Aku dahlah payah nak dapat benda tu min. Lepastu aku kumpul duit lagi nak order lagi. Aku nak order 2 bekas supaya aku puas makan. Dia tak bagi dikatanya membazir, tapi bila aku beli satu dia habiskan lagi. Suami aku ni memang sangat payah nak keluar duit kalau untuk aku.

Cuba kalau untuk kereta dia, sekali gaji dia beli sportrim, sekali gaji dia balut leatherseat, sekali gaji, itu ini untuk kereta dia. Gaji dia bukan sikit, RM4k lebih jugak sebulan. Tapi dalam 4k tu berapa sen je bahagian aku sebulan dia laburkan. Ye aku tau dia beli aku tak semahal dia beli kereta dia, sebab tu dia perlakukan aku padan dengan harga je.

Tapi bukan kereta dia yang jaga dia masa demam, masak untuk dia, kemas umah dia, basuh baju dia. Aku ni jenis wife tak banyak bunyi min. Aku takut jatuh derh4ka kalau aku tengking dia. Hari tu aku s4kit perut giIa, k3ncing berdar4h. Dia bawak aku kIinik 1malaysia je min sebab hospitaI besar jauh dengan tempat kami.

KIinik tu bagi surat suh bawak aku pergi hospitaI besar sebab diorang tak ade ubat. TAK dibawaknya aku ke sana sebab jauh, padahal kIinik swasta banyak je. Sampailah aku sembuh sendiri, seminggu jugak aku tahan s4kit tu. Kalau dia belanja aku makan kat kedai pun harga sekali air tak lebih RM6.

Ada sekali tu aku masih ingat kami makan kat kedai thailand sebab banyak kedai tutup masa tu. Aku dah exc1ted sebab nampak makanan sedap – sedap. Aku order nasi goreng seafood kat situ dengan air suam, sekali masa bayar RM18 habis. Terk3jut jugak suami aku masa tu, dia tanya cashier harga nasi satu – satu. Rupa – rupanya harga nasi aku RM7 sepinggan.

Sampai kesudah dia ungkit cakap nasi aku lah yang mahal, menitik air mata aku dalam keta min. Selepas tu aku nekad tak nak makan luar dah Tiba – tiba waktu macam ni aku teringat dekat abah umi aku. Mereka tak pernah berkira aku nak makan apa dulu.

Aku cakap je terliur itu ini terus tanya berapa, lepastu pasti hulur duit suruh aku beli dan boleh makan. Setakat setahun lebih kahwin ni, aku bukan main selekeh. Maaf min aku punya coretan panjang lebar. Aku tak tau nak mengadu dekat sesiapa dah.

Kalau dekat orang lain dik4tanya membuka a1b plak, dekat sini jelah boleh sebab korang tak kenal kami. Terima kasih banyak – banyak admin kalau siar cerita aku..

Komen Warganet :

Ayu Aiyuwa : Amboi, bila bini mintak duit nak beli cake tak nak bagi. Dah bersusah – susah bini tu kumpul duit beli cake dan makan sikit – sikit, dia pulak yang baIun sampai habis. Elok lakinya ni kena ciri1t bir1t la masa tu..

Cahaya Hayati Zainol : Mungkin sebab ni ada ibu bapa agak memilih untuk menerima calon menantu. Anak yang dijaga dan ditatang dari kecik dengan kasih sayang, cukup makan pakai, alih – alih dapat kat orang lain dilayan seperti menumpang. Nak makan pun seperti pengemis terp4ksa meminta – minta, sedih ye. Ibu bapa sekarang memang kena lebih berhati – hati sebab banyak lelaki sekarang yang tak bertanggungjawab. Mereka nak rasa apa, bukan mereka yang jaga si isteri dari kecil. Dapat dekat mereka pun dah besar panjang, dah sempurna. Kadang – kadang layan si isteri ibarat orang luar yang membebankan mereka. Kalau bukan suami, si mertua plak yang buat perangai.

Nilung Nil : Saya paling sensitif kalau bab makan ni, lagi – lagi yang diungkit tak sudah.. Memang aku munt4hkan balik sebolehnya dekat orang tu.. Apa jadah suami kedekut giIa dengan isteri ni..

Nlyn Nlyn : Dah pernah rasa macam ni, suami jenis suka ungkit. Kalau sis bertahan, sis mmg power la. Macam aku ni, 7 tahun je bertahan. Tuhan pun tak nak aku s4kit jiwa, lalu dipisahkan kami. Syukur la, kalau lagi lama mungkin aku giIa masuk hospitaI tampoi.

Raman Shah Aboy : Simpati dengan nasib puan, moga puan ada rezeki sendiri. Sebelum puan kahwin sikap suami memang kedekut atau lepas kawin baru kedekut…? Moga ada rezeki puan nanti yea..

Rohmah Suitar : Perkahwinan itu macam 1 percaturan, kalau dapat suami yang berkira memang nasib lah. Tapi kalau dapat suami yang ok, selalu belanja isteri, bersyukurlah. Isteri itu pembawa rezeki, kalau dia lebihkan kereta dia, kahwin je la dengan kereta tu.

Kalaulah saya dekat tempat TT dah lama saya cakap. Bukan nak derh4ka tapi tak nak dia tanggung d0sa, tambah d0sa dengan mengabaikan isteri dan anak. Alhamdulillah, dapat suami yang tak berkira dan sebagai isteri sentiasa memberi bantuan bila diperlukan, inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *