Khabar duka dikongsikan oleh Zalif Sidek rupanya ini yang berlaku pada keluarganya. Turut minta untuk doakan yang terbaik.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Salam takziah buat seisi keluarga pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 7.10 malam, pada Isnin. Khabar duka tersebut terdahulu dikongsikan pengarah filem, Hashim Rejab di laman sosial Facebook (FB) miliknya.

“Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru sahaja menghadap ilahi. Al- fatihah,” tulisnya ringkas. Sementara itu, Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi di Instagram yang terpapar perkataan Al-fatihah. “Papa #keneKuat bersama emoji sedih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Lewat malam tadi, Zalif memberitahu urusan Allahyrham bapanya akan dijalankan kira-kira jam 10.00 pagi ini. “Assalamualaikum. Al Fatihah (dibaca) arw4h ayah saya berada di rumah. Urusannya akan dijalankan pukul 10 pagi di kediaman rumah saya di Bangi Avenue. Dengan keadaan sekarang dan juga SOP, tidak digalakkan melawat cuma mohon untuk solat secara ghaib dan sedekahkan Al Fatihah buat ayah saya Wan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan pengikut turut sama merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar Zalif sekeluarga tabah dalam menempuh menempuhi dug4an. Terdahulu pada pagi Isnin, Zalif memaklumkan bapanya dikerjakan ke Unit Kecemasan, Institut Kan.ser Negara Putrajaya, selepas mengalami ses4k naf4s. Tambah pelakon Filem Papa I Love You ini lagi, arwh bapanya sudah setahun disahkan mengh1dap k4nser p4ru-p4ru. Foto: Instagram Zalif Sidek

Ummi Nazeera Sempat Berkongsi Kisah Dukanya Di Laman Instagram. Dia Sempat Bertemu Bapanya Buat Kali Terakhir.

Bapa pelakon Ummi Nazeera iaitu Zainul Abadin Mat Akhir, 60, telah pergi selamanya di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada jam 12 malam, Jumaat.Ummi berkongsi mengenai berita duka tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang semalam, selepas selepas selesai urusan bapanya.

“Innalillah wainna ilaihirojiun. Untuk pengetahuan semua, ayah kandung saya Zainul Abadin Mat Akhir baru saja pergi tengah malam semalam dan sudah selamat urusannya pagi tadi. Sementara itu Ummi ketika dihubungi Gempak berkata dia sempat bertemu bapanya buat kali terakhir pada pukul 9 malam di hospital.

“Saya sempat bertemu bapa saya di hospital dan kemudiannya meminta izin untuk pulang ke rumah. Tapi lepas beberapa minit tiba di rumah, abang saya telefon dan beritahu papa dah tak ada,” katanya.

Menurut Ummi, 30, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat komplikasi penyakit teruk . Urusannya selamat diuruskan di tempat Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur- Karak pada pukul 10 pagi, semalam.

Anak Balas Jasa Bapa Selepas Jatuh Bangun Bisnes. Dan Lepas Ni Anak Nak Hadiahkan Ini Pula Untuk Mak.

Yusliza Yusof menerima motosikal pemberian anak-anaknya pada 1 januari lalu. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitulah juga kisahnya mengenai pemuda ini yang membuat kejutan istimewa buat bapanya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi kepada mStar, Muhammad Izzad, 30, bersama adik-beradiknya menghadiahkan bapa mereka, Yusliza Yusof, 53 sebuah motosikal model WMoto v16 keluaran SYM. Mesra disapa Izzad, dia berkata hadiah itu merupakan simbolik kepada segala jasa dan pengorbanan bapanya selama ini.

“Kenapa hadiahkan motor kepada ayah? Panjang sejarahnya. Ayah saya bertugas sebagai polis. Masa saya masih belajar, dia hadiahkan motor. Adik pun dapat. Dia nak penuhi impian anak-anak masa tu. Sekarang saya dah ada bisnes, ayah jadi saksi jatuh bangun bisnes saya.

Model motosikal WMoto v16 yang dibeli untuk bapanya.

“Masa bisnes saya jatuh, saya terpaksa jual motor yang ayah hadiahkan dulu sebab nak cover kos. Tapi ayah tak kisah, dia nak tengok saya berjaya,” ujarnya. Menurut Izzad, dia sebelum ini mengusahakan kilang sabun, namun ia hanya mampu bertahan seketika sahaja.

Dia tergamam masa tu, dia fikir tu motor orang lain.

Dia kemudiannya membuat perusahaan yang menawarkan perkhidmatan pembersihan dan kini dalam proses untuk membangunkan semula kilang sabun berkenaan. “Waktu jatuh bangun tu ayah banyak berkorban, sehinggalah dia tak sihat dan pernah dimasukkan ke hospital pada tahun lepas. Banyak benda yang jadi, tapi ayah nak tengok bisnes saya naik balik. Motor tu juga hadiah tahun baharu untuk segala pengorbanannya. Mak saya pula dah 20 tahun berniaga laksa di Kuala Lumpur. Impian saya lepas ni nak hadiahkan restoran untuk mak,” ujarnya.

Kejutan dibuat pada 1 Januari lalu.

Ujar Izzad lagi, bapanya kini sudah berpindah ke Perak dan dijangka bersara tiga tahun lagi. Menurut Izzad yang sudah memiliki seorang cahaya mata itu, video kejutan itu dirakam di sebuah restoran di Perak pada 1 Januari lalu. “Sebenarnya saya shoot video sewaktu sign agreement lagi. Saya dengan adik bawa motor dari Kuala Lumpur ke Perak.

Paparan skrin video yang dikongsi kepada mStar.

“Kemudian letak motor tu di belakang kereta di restoran. Saya minta ayah alihkan motor, kemudian bagi kunci. Dia tergamam masa tu, dia fikir tu motor orang lain,” ujar Izzad lagi. Menurut Izzad, perkongsian video itu bukan atas dasar mahu menunjuk-nunjuk, namun sekadar perkongsian kisah gembira mereka sekeluarga dan berharap ia boleh memberi inspirasi kepada insan-insan yang bergelar anak di luar sana.

Pakcik Ini Naik Motor Tayar Pecah Sehinggakan Ajak Teman Ke Suatu Tempat Ini. Lebih Mengejutkan Rider Ini Terus Tolong Dan Terus Lupakan Dulu Order Pelanggan.

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman menemani seorang pakcik yang menunggang motosikal dengan keadaan tayar pecah. Ketikaseorang penghantar makanan ‘berehat’ menunggu pesanan baharu, dia didatangi oleh seorang lelaki yang nampaknya dalam keadaan terdesak.

Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan menunggang motosikal yang mengalami masalah, mengakibatkan tayar belakangnya tidak stabil. Keadaannya itu turut dapat dilihat menerusi satu video yang tular di media sosial, menunjukkan dirinya menunggang motosikal dalam keadaan tidak stabil ekoran masalah tayar belakang.

Berkongsi pengalaman pada petang Khamis lalu, penghantar makanan itu, Mohammad Amir Hazim Zamzuri berkata, ketika itu dia baru selesai menghantar satu pesanan dan berehat sebentar di kawasan parkir di tengah bandar Ipoh di Perak. Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, sejurus selepas itu dia ditegur oleh seorang penunggang motosikal dalam keadaan penat dan berpeluh.

Perkongsian video yang dirakam Amir menjadi tular.

“Masa tu kira-kira pukul 2.40 petang. Nampak muka pakcik tu letih dan dalam keadaan tergesa-gesa meminta saya untuk tumpangkan ke Baitulmal iaitu pusat agihan zakat di Ipoh untuk mendapatkan bantuan, tapi tayar belakang motosikal dia pula pecah. Saya mahu membantu tapi tak dapat tumpangkan orang ketika bertugas dan pada masa sama ada beg makanan di tempat duduk belakang yang hanya memuatkan saya seorang. Rasa serba salah dibuatnya masa tu,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Amir, dia bagaimanapun enggan membiarkan lelaki berusia lingkungan 50an itu meneruskan perjalanannya bersendirian.

Tindakan Amir membantu pakcik tersebut mendapat perhaian Grab Malaysia.

“Pada mulanya, saya nak temankan pakcik tu ke bengkel dahulu untuk baiki tayar dia. Tapi pakcik tu risau sangat, bimbang tak sempat sampai untuk mohon bantuan. Jadi, saya temankan pakcik tu sampai ke destinasi dengan mengikutnya dari belakang untuk memastikan perjalanannya selamat. Motosikalnya masih boleh digunakan, cuma tayar belakang tidak stabil. Memandangkan saya arif dengan jalan-jalan di sekitar Ipoh, jadi saya syorkan laluan kurang trafik bagi memudahkan perjalanannya,” ujarnya yang berasal dari Bota, Perak.

Memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan.

Dia yang menjadi penghantar makanan secara sambilan sejak Julai lalu bagaimanapun tidak mengetahui identiti dan latar belakang lelaki tersebut kerana segalanya berlaku tergesa-gesa.

“Tak banyak tanya sebab pakcik tu dalam keadaan kelam-kabut, dia risau sangat kalau tak sempat. Motosikal macam tu tak sempat nak baiki mungkin tak ada duit. Baju pula lusuh, memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan. Tapi saya percaya dia orang tempatan kerana mengetahui laluan yang saya syorkan. Apa yang pasti perjalanannya agak jauh sebelum bertemu dengan saya kerana dia nampak begitu penat dan berpeluh,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu.

Amir berusaha membantu pakcik berkenaan sehabis baik.

Amir yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di UniKL MIAT di Sepang, Selangor, berkata, perjalanan sejauh 4 kilometer dengan kelajuan sekitar 15km sejam mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Syukur, perjalanan kami dipermudahkan sehingga pakcik tu selamat tiba di Baitulmal. Walaupun wajah dia nampak penat, tapi dia lega sebab sampai ke tempat yang nak dituju. Saya periksa dompet saya, tengok berapa yang ada. Walaupun tak banyak, saya hulurkan sejumlah duit kat pakcik tu, dengan harapan bantuan yang lebih besar akan dihulurkan kepada pakcik tu selepas ini. Syukur juga sepanjang perjalanan tak ada pesanan masuk, kalau tak nanti macam mana nak ikut pakcik tu. Bila nak sampai, baru dapat pesanan. Bantuan saya mungkin kecil, tapi saya amat berharap hasratnya untuk mendapatkan bantuan dipermudahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *