Hafiz Mahamad sanggup nak belanja 100 orang untuk sesuatu ini. Ramai yang mendoakan kesejahteraannya.

artis Covid 19 Dunia Uncategorized

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja. Hari ini, usahawan berusia 27 tahun itu terpanggil untuk membantu seramai 100 individu yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan Covid-19.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Hafiz berkongsi berita baik tersebut kepada para pengikutnya demi membantu mereka yang memerlukan.

“Esok saya nak bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat. Swab test harga RM200-300. Bukan semua yang mampu & mereka tak tahu macamana keadaan mereka. Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap ‘nak buat mcmana bang, ok tak ok kami kena kerja mcm biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga. InsyaAllah, apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya pada kapsyen posting.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan usahawan tersebut kerana sering menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Malah, ada juga yang ingin mengambil ujian secara percuma berkenaan serta mencadangkan individu yang perlu diberi keutamaan.

Alhamdulillah! Moga dimewahkan rezeki

Semoga dilimpahkan rezeki untuk Hafiz sekeluarga

Mashaa Allah baik sangat

Beri keutamaan kepada mereka…

Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Raisya Arisa. Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Tidak Sangka Boleh Terima Bantuan Tepi Jalan. Rupanya Ini Ceritanya Bagaimana Dia Bertemu Individu Ini.

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia. Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara. Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.


Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi. Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka. Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Rata-rata warganet terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain. Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Dulu Hafiz Mahamad Ada Wakafkan Van Ni Di Masjid. Tidak Sangka Hari Ini Van Ini Juga Dapat Membawa Temannya Ke Rumah Abadinya.

Seorang usahawan dikenali ramai Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah pergi selamanya, pagi semalam. Hafiz yang juga seorang instafamous berkata, dia telah bergegas pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi.

” Sahabat saya Loh baru saja pergi pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan. Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories. Hafiz turut menulis entri yang menyentuh perasaan ramai.

Siapa sangka Allah membuka hatinya sebelum ini untuk mewakafkan sebuah van jnzah kepada sebuah masjid, kini van itu juga Hafiz pandu untuk membawa jnzah sahabat baiknya itu.

” Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada. Ya Allah, sebak dan terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight dan fly ke Kelantan. Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jnzah. Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu dan cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik jnzah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni. Sahabat yg membesar dan selalu sokong. Sekarang berada dalam alam lain dan saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.”

Guna van jnzah yang diwakafkan untuk bawa Loh

” Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jnzah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jnzah sahabat saya loh. Sampai di Masjid, saya imamkan solat jnzah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat. Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lg sebak tu. Saya ke tempat persemadian, saya turun ke lubang itu. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat. Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa? Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat. Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana. Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan dan sahabat sahabat kita yg lain loh. Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”. Jumpa mu nanti disana nanti,” akhiri Hafizi.

Berkawan sejak kecil, berjanji untuk saling membantu

Sebelum ini, kisah Hafiz pernah menarik perhatian ramai apabila sanggup merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan dia sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu. Melihat keadaan sebegitu, Hafiz akui mahu menitiskan air mata namun dia kuatkan diri dan terus siapkan sahabatnya itu untuk dibawa ke hspital Katanya, mereka sudah berkawan baik sejak kecil dan masing-masing pernah berjanji untuk saling membantu jika ada antara mereka yang memerlukan pertolongan.

” Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap,” tulis Hafiz Mahamad sebelum ini di mana kisah mereka menjadi tular.

Hafiz Mahamad Baru Sahaja Menghadiahkan Kerusi Roda Elektrik Pada Sahabatnya. Tapi Tak Sangka Selepas Itu Loh Menghembuskan Nafas Terakhir.

Usahawan yang terkenal di media sosial, Hafiz Mahamad sebelum ini pernah berkongsi pada 1 Oktober lalu, dia terpaksa membatalkan semua mesyuaratnya di Kuala Lumpur demi menziarah sahabat baiknya yang sedang mengalami sakit teruk di Kelantan. Hafiz berkongsi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kawasan rumah sahabatnya dekat Kelantan dan mengambil keputusan untuk terus menghantar rakannya yang dikenali sebagai Loh ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dia sakit teruk sebab kerja kuat, 10 tahun kerja tempat tu. Dia kata dia demam dan sakit kaki. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je. Semalam saya call dia lagi, dia kata dah tak tahan. Saya terus fly ke Kelantan pagi ni.” Menurut Hafiz, persahabatan yang sudah terjalin daripada kecil itu membuatkannya tidak sanggup untuk melihat rakan baiknya terlantar begitu, sehingga membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk menanggung k0s rawatan Loh di hospital swasta.

Terbaru, satu khabar duka dikongsi oleh Hafiz menerusi Instastory bahawa sahabat baiknya itu telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Di dalam perkongsian yang dimuat naik itu, sewaktu kali terakhir bertemu sahabatnya itu dia sudah menyangka dia hanya mampu bertahan dalam jangka masa yang pendek, namun jauh di sudut hati suami kepada Syafiqah Aina ini berharap Loh mampu bertahan.

“Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururwat,” katanya. Dalam pada itu, Hafiz berdoa agar sahabatnya ditempatkan di syurga sekali gus berehat dari kesakitan yang dihadapi olehnya selama ini.

“Takdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti,” ujarnya. Sebelum ini, Hafiz baru saja pergi ke Kelantan untuk menghadiahkan kerusi roda elektrik bagi memudahkan urusannya untuk bergerak.

Saya terpksa rentas negeri untuk sahabat saya

“Saya taknak biarkan sahabat saya givevup dengan sakit dia. Last month saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat & smbuh. Lepas 2 minggu stay hospital, dia boleh balik & mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lg. Setiap hari saya call, sebab taknak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call & saje tanya “loh dh mandi ke?” Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je. Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri. Lepas beberapa minggu, saya buat swab test & Semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran. Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bntu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah. Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang & badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya. Saya cukur apa yg patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah. Bila saya bawa kerusi electric tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair & dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu. Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak. Dia happy sangat. Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yg wujudkan rasa rindu, peng0rbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat. Sahabat, Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat”

Sumber via YoyNetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *