Dah sebulan berada di hospital wanita ini baru tersedar ada duit sebanyak ini dalam begnya. Rupanya ini punca duit itu dalam beg tangannya.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Kak Gee di wad ketika menjalani rawatan di sebuah hospital. Sejumlah wang yang disimpankan suami di dalam beg tangannya. Suami mana yang tak sayang bini kan? Begitulah kisah seorang isteri yang begitu bertuah sebaik membuka beg tangannya yang disimpan di dalam stor pakaian di rumah.

“Hari ni saja ambil nak pakai, buka-buka penuh ubat hospital hari tu, kira sampahlah. Macam malas nak kemas, nak simpan balik. Masa nak simpan tu, buka zip… tu dia, duit!” tulis seorang isteri di laman Facebook miliknya.

Kak Gee menikmati makanan di wad.

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 38 tahun itu berkata, beg tangan tersebut kali terakhir digunakan ketika dia dimasukkan ke hospital di Kota Damansara, Selangor pada Disember tahun lalu bagi menjalani operasi untuk batu karang hempedu. Hanya mahu dikenali sebagai Kak Gee, dia memberitahu bahawa sepanjang berada di wad selama kira-kira seminggu itu, pengambilan makanannya dijaga oleh pihak hospital.

“Bila dah sakit dan menjalani pembedahan, sudah tentu ada pantang bila nak makan di hospital. Tapi itulah hari-hari makan yang sihat pun jadi tak berapa selera juga. Mujur ada suami yang menghabiskan banyak masa menemani saya di hospital, ada juga selera makan sebab ada orang ambil berat bila kita sakit,” katanya ketika dihubungi.

Kak Gee berkata, suaminya yang merupakan ahli perniagaan itu hanya akan meninggalkan hospital sekiranya mempunyai urusan penting dan hal berkaitan anak-anak di rumah.

Antara hidangan yang dipesan Kak Gee bersama suami.

Memandangkan makanan yang disediakan oleh pihak hospital terhad untuk pesakit sahaja, ibu kepada lima anak itu menjelaskan bahawa suaminya akan menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang keberadaannya di wad.

“Bila suami buat order untuk penghantaran makanan ke hospital, saya pun join sekali. Sekali-sekala nak juga rasa makanan ikut selera sendiri. Ada satu masa, suami ingatkan yang dia ada tinggalkan duit dalam beg tangan saya kalau saya nak buat order bila-bila teringin. Tapi bila dia tiada di wad, saya pula gunakan peluang untuk berehat dan tidur. Jadi, saya pun ingat-ingat lupa pasal duit yang dia bagi tu,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di hospital.

Menurut usahawan itu, beg tangan tersebut disimpan di stor pakaian sebaik dia dibenarkan discaj dari hospital sehinggalah dia memeriksa stor, baru-baru ini.

“Mula-mula saya tertanya bila pula saya letak duit banyak dalam beg ni. Rupa-rupanya teringat suami ada kata dia tinggalkan duit untuk GrabFood ke Foodpanda masa kat hospital. Bila saya periksa, saya terkejut sebab rupa-rupanya duit berkepuk berjumlah RM15,000 suami tinggalkan untuk saya. Dan duit tu langsung saya tak usik sebab bila suami ada di wad, dia pesan makanan guna duit dia,” katanya. Kak Gee berkata, dia pernah bertanyakan suami mengenai duit sebanyak itu yang disimpan dalam beg tangannya semasa berada di hospital.

“Bila saya tanya suami, dia tanya saya balik duit apa tu? Biarlah kata suami. Dia betul-betul tak ingat yang dia ada bagi RM15,000 untuk saya order makanan. Sebagai isteri, sudah tentu saya amat bersyukur bila dapat suami yang tak berkira macam ni. Mudah-mudahan murah rezeki suami dan bisnes dia maju. Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di hospital,” katanya.

Pemuda Ini Terus Ke Hospital Apabila Dia Kerap Sakit Perut. Tapi Tak Sangka Sekali Doktor Ini Sahkan Dirinya Mengandung.

Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan atau buat check-up di hospital kalau menghidapi sebarang penyakit kan. Admin bukan setakat nak pergi hospital, nak kena inject pun takut.  Namun, untuk seorang lelaki dari China ini pula, dia jadi makin risau pula selepas buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Menurut Global Times, lelaki yang bernama Wu dari Zhongshan, selatan China, wilayah Guangdong ini telah ke hospital untuk check-up sebab dia mengalami sakit perut.

Namun, doktor yang bertanggungjawab merawat sakit perutnya itu telah mengesahkan dirinya mengandung. Dia kan lelaki sejati, macam mana pulak boleh termengandung ni?  Difahamkan, Wu telah menjalani ujian ultrasound setelah mengadu sakit perut di hospital terbabit. Ujian ultrasound itu pula menunjukkan dirinya mengandung dengan embrio normal. Mesti dia terkejut habis sebab tiba-tiba pulak lelaki zaman sekarang boleh mengandung.  Disebabkan dia terlalu terkejut dan tak boleh terima hasil pemeriksaan doktor tu, Wu telah meminta doktor terbabit untuk check semula.

Rupa-rupanya, ada kesilapan yang telah berlaku dan menurut doktor tersebut, ada petugas hospital yang terlupa untuk delete diagnosis pesakit sebelum Wu diperiksa. Difahamkan, salinan laporan yang sama dengan pesakit sebelum ini telah diberikan kepada lelaki tersebut. Doktor tersebut juga mengesahkan bahawa Wu tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan telah memohon maaf atas kesilapan terbabit. Jadi, dia sebenarnya tak mengandung pun, cuma ada kesilapan teknikal je. Buat orang panik je doktor ni. 

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *