Pemuda ini sanggup berikan kereta kesayangannya untuk sesuatu ini. Sekali ini responnya bila ditanya lepas ini akan guna kereta apa.

Amalan Dunia Info Uncategorized

Sanggup serahkan kereta kesayangan, yang diubah suai untuk ‘offroad’ demi kerja-kerja dakwah. Demikian antara perkongsian Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad, menceritakan seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal. Menerusi tangkap layar WhatsApp dikongsi, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi iaitu Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’. Itu demi ‘pelaburannya di akhirat’. Allahuakbar. Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak. Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam Facebooknya pada petang Ahad.

Menerusi tangkap layar berkenaan, Zam berkata kereta tersebut sesuai untuk kerja-kerja berat termasuk meredah kawasan banjir. Ketika ditanya kereta apakah yang akan dipakai pada hari-hari mendatang, ini jawapan Zam:

“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta…rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat. Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini. Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya. – Sumber dipetik dari Awani, Facebook  FirdausWongMRM

Ada Menganggap Buat Kebaikan Untuk Menunjuk Nunjuk . Pemuda Ini Nafi Nak Show Off Selepas Dia Beli Makanan Di Tepi Jalan Dan Naik Kereta Lamborghini

BAru sahaja berkongsi aktiviti amal dan kebajikan di media sosial adakalanya akan menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan pengikut sehinggakan ada yang menganggap anda hanya membuat kebaikan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan publisiti semata-mata.Serba tak kena jadinya! Buat baik salah di mata warganet, buat jahat apatah lagi. Begitulah senario di dunia siber pada masa kini.

Bagaimanapun, tanggapan buruk orang ramai tidak menjadi penghalang buat seorang pemuda untuk terus berkongsi kebaikan dan amalan baik yang dilakukannya di media sosial.”Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” tulis pemuda itu pada video yang dikongsi di akaun TikTok Hasif Hamzi.

Tangkapan skrin video Hasif yang tular di media sosial.Dalam video yang dikongsi, dia dilihat turun dari kereta Lamborghini miliknya dan ‘memborong’ makanan yang dijual di tepi-tepi jalan, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Video tersebut tular dan mendapat lebih 49,000 likes dan 2,000 komen.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Hasif Hamzi, 27, berkata dia tidak peduli apa orang lain kata asalkan dia tahu niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan itu ikhlas.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk sebenarnya. Saya cuma nak buka mata masyarakat yang golongan peniaga kecil ini pun susah dan mereka ini antara yang sangat terkesan dengan PKP.”Kebanyakan orang di luar sana akan tolong orang yang betul-betul susah. Ya bagus, tetapi kita kena sedar juga yang peniaga kecil ini hilang terus sumber pendapatan waktu PKP ini,” ujarnya.

Hasif menceburi bisnes produk minuman dan biskut.Muhammad Hasif yang mesra disapa Hasif berkata, sebagai usahawan dia sangat memahami kesusahan yang dirasakan peniaga-peniaga kecil apabila PKP dilaksanakan semula.Atas alasan itu juga dia tidak teragak-agak untuk singgah di beberapa gerai di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa untuk ‘memborong’ aneka makanan yang dijual.

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Hasif yang mempunyai perniagaan sendiri dengan menjual air dan cookies jenama Chanrakter berkata ejen-ejen di bawahnya juga berniaga dengan membuka gerai di tepi jalan dan dia sedar bukan mudah untuk mereka melariskan produk ketika pandemik Covid-19.”Sambil beli makanan dan minuman untuk diri saya sendiri, tak sampai hati pula tengok mereka, sebab bila bermula PKP pendapatan mesti terjejas.

“Saya pun kongsi rezeki dengan membeli makanan yang mereka jual untuk disedekahkan kepada sesiapa yang datang untuk beli.”Dah 5 tahun saya berniaga, dari jual produk orang, lepas tu borong barang dari luar negara untuk jual sampailah sekarang keluarkan produk sendiri, saya memang faham sangat kesusahan berniaga ini macam mana,” katanya.


Hasif memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk berjaya dalam hidup.Tanpa mahu menghiraukan komen-komen negatif daripada orang ramai, Hasif berharap dia akan dapat membantu lebih ramai orang dengan rezeki yang diberikan kepadanya.”Ilmu dan rezeki yang saya ada saya tak akan pernah lupa untuk kongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Saya harap video saya ini akan membuka mata dan hati lebih ramai orang untuk membantu mereka yang memerlukan.”Saya tak kisah pun janji saya tahu niat saya ikhlas. Biasalah dalam sepuluh komen positif mesti ada terselit satu dua yang negatif,” katanya.

Pelajar Ini Enggan Terima Bantuan Kerana Tidak Mahu Menyusahkan Mana-Mana Pihak. Ternyata Perkongsian Guru Ini Di FB Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Baru baru ini, kisah seorang pelajar daif sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini di Facebook begitu meruntun hati warganet.MENJELANG sesi persekolahan di tahun baharu 2021, seorang pendidik terpanggil untuk berkongsi kisah duka melibatkan pelajarnya.Hati mana yang tidak sedih apabila terkenangkan kesusahan anak murid sehinggakan tidak mampu ke sekolah kerana tiada wang untuk menampung kos tambang.

Perkongsian yang dibuat seorang guru yang berasal dari Tawau, Sabah menerusi laman sosial Facebook itu sangat menyayat hati sekaligus meraih perhatian warganet .Menurut guru tersebut, Maisarah Hannan Chong Abdullah, kisah itu sebenarnya berlaku tahun lepas tetapi baru sekarang dia tergerak hati untuk berkongsi dengan orang ramai.

Bercerita kepada mStar, Maisarah yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Sandakan berkata foto yang tular itu sebenarnya ketika dia melawat keluarga pelajarnya untuk menghulurkan bantuan baru-baru ini.”Mungkin disebabkan tahun baru, saya tengok ramai yang sibuk nak buka sekolah, jadi saya teringat dekat pelajar saya ini.

“Kebetulan baru-baru ini saya ada hantar bantuan barang makanan kering ke rumahnya, itu yang membuatkan saya kongsi kisah itu tak sangka pula sampai tular,” katanya yang berusia 35 tahun itu.Menyingkap tanggal 15 Disember tahun lalu, kata Maisarah, dia ke rumah pelajarnya yang dikenali sebagai Zaliza di Sandakan untuk menyampaikan barang makanan kering untuk keluarga daif itu.

Maisarah aktif melakukan kerja-kerja kebajikan sejak PKP, Mac lalu.“Dia pelajar saya dari tingkatan satu, tahun ini dia tingkatan tiga. Seperti yang ditetapkan kerajaan, pelajar tingkatan tiga akan bermula persekolahan pada bulan Mac dan untuk sementara waktu ini mereka akan belajar di atas talian.

“Pelajar saya ini anak kedua daripada lima beradik dan mereka sekeluarga memang hidup susah tetapi yang lebih merisaukan saya ialah dia langsung tak mahu bercerita dan sebolehnya enggan terima bantuan kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.”Jangan kata nak beli data untuk kelas online nanti, duit tambang pun dia tak ada nak ke sekolah.

“Bermula tahun 2019, saya memang setiap bulan bagi bantuan, contohnya projek makanan percuma dan sejak pandemik Covid-19 ini pula saya akan hantar barang makanan kering ke rumahnya.”Di sekolah pun dia diam sahaja, tetapi dia rajin belajar dan buat kerja sekolah walaupun pelajarannya agak lemah,” ujarnya menceritakan mengenai perilaku pelajarnya itu.

Tambah Maisarah lagi, dia terkejut apabila perkongsiannya itu mendapat perhatian sehinggakan ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.”Saya tak sangka perkongsian itu boleh mengundang sebak dalam kalangan warganet sampai ramai yang hantar friend request.”Sebagai guru, tanggungjawab memang besar terutama kepada pelajar kerana sayalah guru dan saya juga ibu bapa mereka ketika di sekolah.

“Sejak saya tahu Zaliza susah sampai tak ada tambang ke sekolah saya memang tak akan abaikan dia. Bukan hanya beri bantuan padanya, malah keluarga dia pun saya tolong,” katanya.Bagaimanapun, kata guru yang kerap melakukan kerja kebajikan ini, buat masa sekarang dia terpaksa menolak sumbangan itu kerana dana sedia ada masih banyak yang belum digunakan.

Maisarah yang berasal dari Tawau bertugas sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah pendalaman di Sandakan.“Cumanya saya tak nak orang di luar sana salah anggap apabila saya menolak sumbangan mereka buat masa sekarang.”Sebenarnya bukan apa, saya takut tak sempat jalankan amanah yang diberi, mana tahu pemergian saya sampai dulu sebab dana yang ada sebelum ini pun masih banyak lagi yang belum diagih-agihkan,” jelasnya.

Bermula dengan hanya RM20 pada 2017, Maisarah bergerak sendiri membantu golongan memerlukan dan hingga kini lebih ramai yang yakin dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya hingga memperoleh sumbangan berlipat ganda untuk disampaikan kepada kumpulan sasar.”Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. InsyaAllah nanti saya akan buka semula peluang untuk orang ramai menyumbang,” katanya.

Bukan Setakat Rajin Berbisnes Malah Ada Bakat. Ramai Sebak Lihat Remaja Jual Fries Feeling Habis Sambil Nyanyi Lagu Yonnyboii

Peniaga kentang goreng ini meraih perhatian ramai dengan video nyanyiannya di TikTok.NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata meraih perhatian warganet.Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat.

Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii.Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu.

“Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas.”Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok.

Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu.“Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai,” ujarnya.Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya.Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti.

“Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun.Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima.”Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima,” ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar.

Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP.Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok.Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai.Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun.”Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula.”Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *