Pasangan tukang urut ini sanggup jalan kaki sejauh 20 km hanya untuk mencari sesuatu ini. Rupanya ini yang terjadi pada mata suaminya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Diuji dengan keadaan pasangan yang ada masalah penglihatan tidak memvdarkan rasa cinta seorang isteri terhadap suaminya malah setia menjadi ‘tongkat’ penunjuk arah ketika berjalan kaki mencari rezeki sebagai tukang urut di Kampung Talang, Kad0k, Ketereh di sini.

Wanita berkenaan, Fatimah Salleh, 58, berkata, dia dan suaminya, Wan Mohamed Jaafar, 78, akan keluar dari rumah mereka seawal jam 8 pagi dengan berjalan kaki sejauh lebih 20 kilometer setiap hari untuk mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah bergantung kepada permintaan pelanggan. Menurutnya, mereka menjadi tukang urut selepas mata suaminya masuk habuk simen semasa bekerja sebagai tukang rumah pada tahun 1998 ketika usia 54 tahun.

“Selepas kejadian itu, suami saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum disahkan ada masalah penglihatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu pada Ahad. Fatimah berkata, mereka menerima upah antara RM5 sehingga RM30 bergantvng kepada persetujuan pelanggan. Kami mempunyai lima anak yang berusia antara 22 sehingga 40-an, namun mereka juga hidup svsah. Kami juga pernah makan ubi rebus yang ditanam di belakang rumah kerana tldak ada duit untuk membeli makanan,” katanya.

“Sebab itu, saya dan suami keluar mencari rezeki sebagai tukang urvt. Dapatlah tampvng perbelanjaan kami termasuk bayar bil air serta eIektrik,” katanya yang turut mengakui suaminya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebaj1kan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150. Katanya, rumah yang didiaminya sekarang juga dibina atas tanah w4kaf hasil bantuan wakil rakyat, namun kini keadaannya juga makin us4ng.

Orang ramai yang ingin menghuIurkan bantuan boleh menyaIurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Wan Mohamed Jaafar 03010-41-00034954-2 atau hubunginya di talian 019-8232613.

Pernah Bekerja Sebagai Tukang Cuci. Video Yang Dikongsi Wanita Ini Memaparkan Rutin Pekerjaannya Sebagai Seorang Cleaner Dan Model Sambilan Meraih Perhatian

Semenjak negara kita didatangi pandemik Covid19, sebilangan besar daripada kita kehilangan pekerjaan. Oleh itu,ini bukanlah waktu yang sesuai untuk memilih pekerjaan,lebih lebih lagi bagi individu yang sudah berkeluarga. Malahan ada sesetengah individu sanggup melakukan dua pekerjaan demi meraih pendapatan yang lebih untuk menampung perbelanjaan bulanan,begitu juga wanita ini.

Paling tak disangka,wanita ini lebih memilih untuk bekerja sebagai seorang tukang cuci dan dalam pada masa yang sama bergelar model sambilan. Agak janggal apabila memikirkan bagaimana seorang model yang biasanya menjaga penampilan,namun sanggup bekerja dengan peluh keringat sewaktu menyarung uniform sebagai kerja pembersihan.

“Hakikat sekarang nak dapatkan pekerjaan adalah sangat susah. Jadi ini bukan masanya untuk kita memilih pekerjaan tertentu. Saya sendiri tak kisah kerja macam mana pun, asalkan halal dan boleh tanggung anak,” kata wanita bernama Rozana Dzulkifli.

Buat pengetahuan anda,Rozana sudah bekerja sebagai seorang cleaner sejak 2015,sebelum bergelar model sambilan kira kira dua tahun lalu. Videonya yang dikongsi di aplikasi Tiktok baru baru ini yang memaparkan rutin pekerjaannya sebagai seorang cleaner dan model sambilan menjadi tular apabila meraih lebih dari 100000 tontonan walaupun hanya dimuat naik dalam tempoh masa yang singkat

Rata-rata warganet menyuarakan rasa kagum mereka malah turut memberikan kata-kata semangat kepada Rozana.Menurut wanita berusia 34 tahun ini, dia sebenarnya sudah lebih lima tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan di pelbagai syarikat.”Ketika ini saya bekerja secara kontrak dengan sebuah syarikat. Rutin saya seperti biasa, kerja sebagai cleaner setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tugas-tugasnya mencuci tandas, mop lantai dan sebagainya.

“Manakala Sabtu dan Ahad pula saya terima tawaran photoshoot, jika ada. Sekarang ni tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi agak perlahan. Sebab itu perlunya ada pekerjaan lain sebagai ‘back-up’,” ujarnya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata berusia 14 tahun.

Bercerita lebih lanjut, Rozana berkata dia baru dua tahun berkecimpung sebagai peragawati secara sambilan.”Saya terjebak dalam bidang ini secara tak sengaja menerusi seorang kenalan di Facebook. Saya memang tak tahu apa-apa pun pasal dunia modeling ni.

“Satu hari dia ajak saya shooting untuk jenama pakaian, dan dari situlah makin lama makin kerap dapat tawaran. Pernah satu ketika, sebuah syarikat ada tawarkan job modeling lumayan juga, tapi tanpa disangka ada yang sabotaj.

Rozana tidak segan mengakui bekerja sebagai seorang tukang cuci malah enggan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.”Saya anggap itu ujian dan bukan rezeki saya. Mungkin Allah akan gantikan dengan sesuatu lebih baik,” ujarnya sambil menambah, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sering memberikan sokongan.

Tidak menyangka sama sekali videonya tular, Rozana berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa pekerjaan sebagai seorang cleaner bukanlah hina dan kotor sebagaimana penerimaan segelintir individu.”Dalam keadaan sekarang, sepatutnya kita kena bersyukur kerana masih ada kerja. Abaikan saja kata-kata orang, mereka tak tahu apa yang kita lalui. Dan jangan sesekali menilai seseorang berdasarkan pekerjaan ataupun luaran sahaja,” ujarnya lagi.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *