Jururawat yang mengandung ini sebak apabila terpaksa lakukan ini pada anaknya. Dia juga turut mngharapkan sesuatu ini akan terjadi.

Amalan Covid 19 KESIHATAN Uncategorized

Wani yang merupakan jururawat berkongsi kisah mengenai dua anaknya yang melihat dari luar tingkap bilik dia menjalani kuarantin. Menjalani kuarantin di rumah bukan mudah seperti yang disangkakan. Sama ada disahkan positif Covid-19 mahupun menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu, masing-masing melalui ujian untuk diasingkan daripada orang tersayang.

“Angah sayang mama… bukalah pintu,” kedengaran rayuan seorang anak menerusi pesanan suara (voice note) di aplikasi WhatsApp yang dimuat naik di laman sosial, mengundang sayu. Ibu berkenaan, Nor Azwani Kamaruddin berkata, klip pesanan suara tersebut dimuat naik oleh adiknya yang sebelum itu dikongsinya di grup WhatsApp keluarga.

Wani menjalani kuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Saya bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di negeri Selangor. Dia berkongsikan dia mula menjalani kuarantin kendiri di rumah sendiri selepas dikenal pasti sebagai salah seorang kontak rapat pada seorang pesakit ini yang telah disahkan positif Covid-19.

“Saya bukan bertugas di wad Covid-19 dan keputusan RTK (kit ujian pantas) pesakit itu pada mulanya negatif, sebelum kemudiannya disahkan positif. Disebabkan kontak rapat dengan seorang pesakit ini, saya dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kerana tidak memakai PPE (peralatan perlindungan diri) dan sedang hamil,” kata wanita berusia 30 tahun itu kepada mStar.

Wani berkhidmat sebagai jururawat selama enam tahun.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di rumahnya dan tindakan itu menimbulkan tanda tanya anak-anak lelakinya yang berusia lima dan empat tahun.

“Sebab biasa memang saya dan suami layan je mereka bermain. Mereka mungkin pelik kenapa mama berkurung dalam bilik, tak bermain sekali. Saya beritahu yang saya kena kuarantin. Tapi budak-budak kecilkan, cakap sekejap fahamnya pun sekejap. Suara kat voice note tu adalah anak berusia empat tahun yang lebih rapat dengan saya,” katanya yang lebih mesra disapa Wani. Sepanjang tempoh kuarantin selama 10 hari, dia bersyukur kerana mendapat bantuan suami dari segi makan dan minuman serta menguruskan anak-anak.

Wani bersama dua anak lelakinya.

“Sepatutnya anak yang sulung masuk sekolah pada 20 Januari (Rabu), tapi itulah hari pertama saya kena kuarantin. Saya terpaksa mesej guru dia beritahu tak boleh hantar sebab bimbang keputusan saya positif, jadinya anak saya nanti terbabit sekali. Jadi, selesaikan dulu hal saya kuarantin baru hantar anak ke sekolah,” ujar Wani yang hamil 10 minggu.

Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar

Dia yang berkhidmat sebagai jururawat sejak enam tahun lalu berkata, pada mulanya sukar untuk anak-anaknya sehingga mengetuk pintu bilik setiap hari untuk berjumpa dengannya.

“Bilik belakang tempat saya kuarantin ni ada tingkap. Mereka akan ketuk tingkap juga. Dari hari ke hari macam mereka boleh terima dah yang saya tak boleh keluar bilik. Tapi paling sebak apabila anak yang empat tahun dari luar tingkap bilik, dia menadah tangan berdoa untuk mama dan adik. Dia bahasakan bayi dalam kandungan saya ni sebagai adik dia,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Wani merindui untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Menurut Wani, setakat ini ujian swab pertama dan kedua yang dilakukannya memberikan keputusan negatif dan akan menjalani ujian swab ketiga pada 26 Januari.

“Ujian swab pertama dan kedua saya negatif, alhamdulillah. Setakat ni tak ada simptom. Memang jaga jarak, cukup mereka tengok muka mama mereka dari tingkap. Tak sabar nak habiskan kuarantin, nak keluar bilik nak dakap mereka. Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar,” katanya.

Anak Baru Lahir Ada Di Luar Bilik Tapi Bapa Terpaksa Kuarantin Pula. Isterinya Pula Akan Tunjuk Sesuatu Ini Setiap Kali Video Call.

Syed Mohd Akif berkongsi rutin setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah, bagi menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Ketika ini kes Covid-19 di malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila ribuan kes baharu direkodkan saban hari.

Dengan angka yang semakin meningkat yang mana setakat ini lebih 40,000 kes aktif Covid-19 dilaporkan, fasiliti kesihatan termasuk pusat kuarantin sudah tentu mengalami kepadatan maksima. Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini berkata pesakit Covid-19 yang tidak mengalami sebarang gejala atau gejala ringan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Syed Mohd Akif merupakan salah seorang daripada ribuan pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah.Lelaki yang senang disapa sebagai Akif berkata ketika ini dia sudah pun menjalani tempoh kuarantin selama 11 hari sejak disahkan positif virus berkenaan.

Bagi menghilangkan kebosanan, juruvideo syarikat produk kecantikan, Ainaa Beauty milik selebriti Instagram popular, Hafiz Mahamad ini menghasilkan satu klip video pendek menceritakan rutinnya setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Sesi ‘photoshoot’ sebelum isteri Akif melahirkan bayi sulung mereka. Akif hanya sempat menatap wajah anaknya seketika sebelum disahkan positif Covid-19.

Menerusi video tersebut, Akif berkongsi rutinnya selepas bangun tidur selain menu sarapan yang dinikmati bagi mempercepatkan proses pemulihan.

“Selepas menonton video Alif Satar yang berkongsi pengalamannya, saya rasa saya pun perlu berbuat sesuatu untuk sebarkan mesej dan beri kesedaran kepada orang di luar sana. Jadi saya terfikir untuk berkongsi video ini di media sosial. Setiap pagi perkara pertama yang dibuat selepas bangun tidur adalah mengemas dan membersihkan tempat tidur dan seluruh bilik. Persekitaran yang kemas dan bersih sangat penting. Saya sangat bersyukur kerana keluarga termasuk ibu mentua begitu mengambil berat dan menyediakan semua keperluan sepanjang tempoh kuarantin. Mereka akan menyediakan makanan yang berkhasiat, dan paling penting pastikan saya minum air kelapa campur lemon, madu, vitamin C setiap hari.

Rutin Akif setiap pagi sepanjang menjalani kuarantin di bilik berasingan.

“Kita tahu pesakit Covid-19 tak boleh keluar bilik atau rumah, dan sudah pasti ia sangat sukar. Jadi dengan adanya keluarga dan orang sekeliling yang ambil berat, ia adalah satu bentuk sokongan yang pesakit amat perlukan. Itu yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada keluarga, Akif mengakui dia tidak dapat lari daripada rasa bersalah terhadap orang sekeliling dan juga ‘down’ lebih-lebih lagi apabila masih belum berkesempatan memeluk bayi sulungnya yang dilahirkan pada 12 Januari.

“Selepas beberapa rakan sekerja positif, kami yang lain pun kena buat swab test. Masa tu kebetulan pula isteri sedang nak bersalin. Saya tak bergejala dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Isteri akan tunjuk muka baby setiap hari apabila video call. Sedih bila mengenangkan tak boleh azan, peluk dan cium bayi sendiri.

“Bila baby lahir, takut nak dekat sebab keputusan belum keluar. Tapi isteri yakinkan pegang juga dengan berlapik itu pun sekejap. Bila baby dibawa pulang ke rumah, ada beberapa ahli keluarga ziarah. Bila keputusan keluar dua hari selepas itu, tengok-tengok positif. Masa tu memang panik. Fikir baby dan isteri, fikir ahli keluarga lagi… bila tahu keputusan kami, bos saya, Hafiz adalah orang pertama yang call. Dialah yang beri sokongan, beritahu jangan panik. Dia minta saya terus kuarantin diri dulu. Malah kemudian syarikat tanggung swab test semua kontak rapat. Syukur saya dapat majikan yang ambil berat. Lebih bersyukur kerana semua kontak saya negatif,” cerita bapa muda berusia 26 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, Akif berkata dia berada dalam keadaan yang sihat dan langsung tidak mengalami gejala Covid-19 sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

Akif bertuah kerana keluarganya termasuk ibu mentua begitu mengambil berat dan menjaganya dengan baik sepanjang tempoh kuarantin.

Justeru dia begitu berharap agar dapat ‘bebas’ secepat mungkin agar dapat melepaskan rindu kepada bayi dan juga keluarga yang lain. “Sepanjang kuarantin, kami semua berhubung menerusi video call. Isteri akan tunjuk muka baby setiap hari apabila video call. Sedih bila mengenangkan tak boleh azan, peluk dan cium bayi sendiri. InsyaAllah jika semuanya baik, saya akan tamatkan tempoh kuarantin pada 26 Januari. Perkara pertama nak buat tentulah nak peluk cium baby. Lebih daripada itu, saya berharap agar penerimaan orang ramai terhadap bekas pesakit Covid-19 tidak bersifat negatif. Jangan anggap kami sebagai penjenayah kerana kami juga tak tahu punca dijangkiti. Sama-sama kita berikan sokongan antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Pernah Disahkan Positif COVID19. Kali Ini Dr Zulkifli Beri Kata Kata Yang Berunsurkan Nasihat Kepada Pesakit COVID19

Menteri di Jabatan PM ( Ha Ehwal Agama ) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri menasihatkan pesakit COVID19 diingatkan agar sentiasa berfikiran positif.Beliau yang juga pernah menjalani rawatan wabak tersebut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas disahkan positif 4 Okt tahun lepas turut menasihatkan pesakit agar sentiasa bersangka baik dan memenuhi masa lapang sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membaca.

“Ujian yang paling besar kita apabila kita ditimpa musibah seperti ini, perkara pertama sebagai seorang Islam kita sentiasa menginsafi dan meninggikan kesabaran kepada Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Menerusi hantaran itu, Zulkifli berkongsi video bertemu dan memberi kata-kata motivasi kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dengan dipisahkan dinding kaca.

Dalam kunjungan itu, beliau menyerahkan buku bertajuk ‘Hari-Hari Tarbiah Dalam  Hidupku’ yang mengandungi panduan dan perkongsian pengalaman ditulisnya semasa menjadi pesakit COVID-19 selain sumbangan makanan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia kepada pesakit.

Zulkifli juga mezahirkan perasaan sebak dan sayu ketika melihat raut wajah pesakit dan petugas yang jelas keletihan ‘menangani’ dengan pandemik tersebut.“Saya faham perasaan mereka kerana pernah berada dalam situasi mereka. Banyakkan berdoa moga Allah SWT terus memelihara Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *