Doktor terkejut dengan hasil apabila temui satu benda ajaib di otak seorang pelajar tahfiz ini. Sekali ini yang diceritakan.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT. Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik individu tersebut yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam menjilat api di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan Aiman yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik Aiman yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah. Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara. Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan Aiman selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua. “Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya. Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas badan Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

Pemuda Ini Baru Memeluk Islam Dan Tak Mampu Gambarkan Perasaannya. Tapi Tak Sangka Sebelum Ini Dia Pernah Bermimpi Sebegini Dan Pernah Amalkan Perkara Ini Sewaktu Diganggu.

Iwan memeluk Islam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya pada Februari 2019. Setiap individu ada kisah perjalanan hidup masing-masing. Begitu juga dengan Harlister Iwan Sate, dari Sibu, Sarawak yang baru sahaja memeluk Islam pada Februari tahun lalu.

Kisah pemuda berusia 23 tahun yang lebih mesra disapa Iwan tular selepas berkongsi kisah hidupnya menerusi sebuah video di aplikasi TikTok. Bercerita kepada mStar, pegawai pemasaran digital di Marang, Terengganu itu mendedahkan sudah mula berminat dengan Islam seawal usia 12 tahun lagi.

Iwan berkata, dia mula berminat dengan Islam sejak kecil lagi.

“Masa umur 12 tahun, saya tak kenal Islam lagi. Masa tu saya selalu kena tindih sewaktu tidur. Bila cerita pada datuk saya, dia suruh saya amalkan membaca bismillah. Datuk saya seorang Kristian. Mungkin dia tahu pasal kalimah bismillah tu melalui rakannya. Saya cuba amalkan dan ia menjadi. Tiada lagi gangguan. Dalam tahun sama, saya bermimpi sedang membaca al-Quran di sebuah kawasan yang luas. Hanya saya di situ. Saya tanya ustaz di sekolah, dia suruh saya belajar mengenai Islam,” ujarnya kepada mStar.

Ujar Iwan, dia turut mempelajari asas bacaan al-Quran dan menghafal Rukun Iman sewaktu di sekolah menengah. Malah, dia juga ada membaca buku-buku berkaitan yang dpinjam daripada ustaz di sekolah.

Masa pertama kali sujud, sangat tenang dan sebak. Jadi saya sekali lagi ke Masjid Besi pada Februari 2019 dan peluk Islam di situ.

Namun kata Iwan, pembelajaran itu seolah-olah terhenti seketika sewaktu dia menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi kerana kesuntukan masa.

Kata Iwan, sukar untuk dia menggambarkan perasaan tatkala pertama kali menunaikan solat.

“Masuk Matrik, makin jauh dengan Islam, sangat sibuk. Pada 2016 saya masuk Universiti Kebangsaan Malaya (UKM). Pada masa itu ibu bapa suruh saya dalami agama Kristian. Saya ambil kelas dan belajar agama sehingga hari Pembaptisan pada April 2017. Selepas itu saya jalani hidup sebagai Kristian, hari Ahad pergi gereja. Tapi pada masa sama, saya masih dengar ceramah agama Islam di YouTube. Namun pada September 2018, saya sertai program mobiliti bersama pihak UKM. Ada satu slot untuk belajar mengenai solat. Masa tu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Masa kali pertama solat, tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan. Masa pertama kali sujud, sangat tenang dan sebak. Jadi saya sekali lagi ke Masjid Besi pada Februari 2019 dan peluk Islam di situ,” imbas Iwan panjang lebar.

Ujar Iwan, pada mulanya dia mendapat tentangan keluarga, namun kini segalanya berubah dan dia mendapat sokongan penuh. Mengulas video tular di TikTok, Iwan mengakui tidak sangka ia akan meraih perhatian ramai sehingga meraih 120,000 tontonan.

“Saya nak kongsi perjalanan hidup dan beri inspirasi. Ada kawan-kawan saya nak masuk Islam tapi ada halangan masing-masing. Saya juga perlukan sokongan untuk bangkit dan bagi sinar harapan pada kawan-kawan. Alhamdulillah, sekarang saya kerja di Terengganu. Rakan sekerja saya budak tahfiz, jadi senang nak belajar dengan dia. Ibaratnya, Allah dah rancang untuk mudahkan perjalanan saya dalam nak mempelajari Islam,” ujarnya lagi.

Tak Sangka Luisa Chong Sebenarnya Sudah Peluk Islam. Besar Sungguh Dugaannya Apabila Kini Dia Sedang Menjaga Suaminya Yang Sakit Teruk Ini.

Allah boleh memilih siapa sahaja untuk menerima hidayahNya. Amatlah beruntung jika kita dipilih dan salah seorang yang menerima hidayah dari Allah adalah pelakon dan pelawak, Lousia atau nama Islamnya Lousia Alissa Chong Abdullah. Selebriti berusia 64 tahun ini sebenarnya sudah lama memeIuk Islam dan teruja berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci dalam sebuah video youtube.

Dalam perkongsiannya itu, Lousia yang terkenal dengan watak komedi ini begitu sebak memikirkan keadaan suaminya Hamid Samad yang menghidap 4ngin 4hmar dan mengalami tiga str0k sehinggakan suaminya tidak sedarkan diri beberapa tahun lalu.

Louisa Chong sudah lama memeluk agama Islam.

Menurutnya perkongsian ini bukan untuk meminta simpati orang ramai tetapi bagi membuktikan bahawa dia mampu berdepan dugaan tersebut walaupun bergelar saudara baru.

Ternyata dia diberi kekuatan untuk menjaga suami tersayang hingga kini boleh berjalan secara perlahan-lahan. Dia juga turut bersyukur kerana diberi peluang bersama-sama suaminya menunaikan umrah biarpun pelbagai dugaan datang menimpa keluarganya.

Sebagai saudara baru, Lousia menerima ujian dari Allah tetapi dalam masa sama tidak sesekali berputus asa. Malah dia juga tidak mahu meminta simpati orang ramai sebaliknya mahu buktikan mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru bergelar mualaf.

Menurutnya juga kehidupan di dunia ini penuh dvgaan uj1an. Walaupun per1t dan pahit untuk menghadapinya tetapi perlu faham konsep ‘uj1an’ itu dan mematangkan diri kita untuk tidak berputus asa dan terus berjvang.

Ujian yang datang mematangkan dirinya sebagai saudara baru.

“Saya tidak pernah putus,” demikian kata Louisa Alissa Chong Abdullah, dipetik melalui video Y0utube JayIbrahim Al Islam. Suami saya menghid4p tiga str0k dan ia sangat serivs sehingga mntah d4rah dan akhirnya k0ma. Ketika dia k0ma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta smpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta smpati. Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga meng4lami peny4kit ser1us seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya. Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik ny4wa suami saya. Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan berkerusi r0da, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki Apa jua cab4ran dan rint4ngan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat keprcayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputvs asa, saya terima dengan reda uj1an dari Allah.Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dvgaan dan cab4ran pada kita.

Perk0ngsian di laman Y0utube ini juga mendapat reaksi berbeza-beza dari warganet. Lousia Chong yang memang mempunyai peminatnya tersendiri dan ramai terkejvt kerana baru mendapat tahu pelakon ini sebenarnya sudah lama masuk Islam. Masing-masing mendoakan agar dia terus istiqmah dan mendapat bal4san baik di akhirt nanti.

Hafiz Zainal Akui Dirinya Hilang Tempat Mengadu Setelah Ibunya Mengalami Sakit Teruk Ini. Dia Akui Rasa Kehilangan Dan Rindukan Ibunya Yang Dulu.

Hafiz Zainal hilang tempat mengadu selepas ibunya jatuh sakit dan tidak sihat. Terlalu merindui ibu tersayang, bekas peserta program Big Stage 2020, Dr Hafiz Zainal tampil dengan lagu baharu berjudul Rindu yang mengisahkan mengenai perasaannya sebagai seorang anak.

Hafiz atau nama sebenar Muhammad Hafiz Zainal, 28, berkata dia hilang tempat mengadu sejak ibunya disahkan menghidap sakit Alzheimer pada tahun 2017.

“Lirik lagu ini adalah kisah benar saya. Semasa dalam Big Stage boleh dikatakan setiap hari saya menjadi latihan dengan Akim dan Stacy. Kami sentiasa bincang konsep persembahan. Nak dijadikan cerita, pada minggu pertama, saya mendapat dua markah. Diakui ia sangat menyedihkan buat saya. Akim dan Stacy yang ada bersama-sama dari awal melihat saya lalui kesusahan itu. Selepas konsert pertama itu, saya ke rumah Akim dan Stacy untuk latihan minggu kedua. Kebetulan Cikgu Syafi yang juga guru vokal program berkenaan menghubungi saya untuk bertanya dan menenangkan saya. Ketika itu saya terus menangis. Saya ada mak, tapi dia sudah tak berapa sihat jadi saya tak dapat nak mengadu. Cikgu Syafi pula saya sudah anggap macam mak, jadi saya lepaskan semua pada dia. Masa itu juga, Stacy ‘korek’ lebih banyak lagi cerita mengenai saya. Jadi lirik ini dihasilkan berdasarkan kisah kerinduan saya terhadap mak. Dahulu ketika zaman sekolah apa sahaja saya mesti mengadu pada mak. Selepas mak disahkan menghidap Alzheimer, keadaan dirinya sudah tidak sihat. Apabila melalui detik sukar dan sedih sepanjang dalam Big Stage, saya tak dapat mengadu dengan mak. Jadi rasa kehilangan dan rindukan mak dulu, ” katanya.

Rindu terbitan Rhythm and Rhyme Entertainment (RNR) merupakan single kelima Hafiz sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital sejak 6 November lalu. Lagu itu merupakan ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik dan Freddy serta lirik oleh Bunga Cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *