6 tahun pasangan ini diduga sebegini. Sekali pasangan ini sebak bila doktor sahkan begini pula.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Impian setiap pasangan yang berkahwin adalah untuk memiliki cahaya mata . Namun tidak semuanya bernasib baik dapat merasai nikmat itu meskipun sudah berkahwin untuk jangka masa yang lama. Apatah lagi, harapan untuk memiliki zuriat itu semakin tipis apabila doktor sendiri memaklumkan bahawa ada masalah yang berlaku dalam diri salah seorang pasangan sehingga membuatkan usaha untuk memiliki cahaya mata seakan begitu sukar.

Ada juga yang melalui hari yang begitu sukar bila berhadapan dengan masyarakat yang suka bertanya tentang zuriat, seolah-olah tidak mahu memahami betapa setiap pasangan teramat menginginkan zuriat, namun takdir Allah swt, siapalah yang mampu melawannya.. Terbaru, menerusi satu perkongsian di aplikasi tiktok, pemilik akaun tiktok Irania Mohamad mengalirkan airmata kegembiraan setelah 6 tahun menanti zuriat dari rahimnya sendiri. Berita yang dikongsi bersama pengikutnya di tiktok itu ternyata menggamit perasaan yang menyentuh hati setiap insan yang menontonnya.

Komen Warganet:

6 tahun itu bukan lah suatu jangka masa yang singkat, malah ada lagi pasangan-pasangan lain yang sudah mencecah belasan tahun menanti berita gembira seperti ini. Walau berapa lama anda sudah menanti zuriat sendiri, diharapkan tabahlah menerima ujianNya ini. Hari ini kita sedang bergembira buat insan yang baru menerima cahaya mata, esok lusa, siapa tahu giliran kita pula? Insyaallah.. Sumber : Tiktok Irania.Mohamed

Setelah 3 Tahun Menantikan Sesuatu Yang Tak Pasti Akhirnya Pasangan Ini Peroleh Berita Gembira Ini. Warganet Terharu Tengok Reaksi Mereka.

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi mahligai yang dibina. Namun begitu, tidak semua pasangan diberikan rezeki menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Ada pasangan diuji dengan pelbagai ujian sebelum dikurniakan rezeki zuriat kepada mereka.

3 tahun menanti kehadiran cahaya mata

Apatah lagi buat mereka yang sudah bertahun lamanya menunggu detik indah kehadiran cahaya mata itu sesuatu yang dinanti-nantikan. Begitu juga dengan kisah pasangan ini ang mendapat khabar gembira apabila sang isteri hamil selepas hampir 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Baru selesai menjalani kuarantin Covid-19

Apa yang lebih menggembirakan lagi adalah khabar tersebut diterima selepas mereka disahkan negatif Covid-19 dan telah selesai menjalani kuarantin. Menerusi aplikasi TikTok, perkongsian tersebut telah dimuat naik di satu akaun yang menggunakan nama massiew2. Wanita itu telah menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suami apabila sejak kebelakangan ini haidnya agak lewat.

Tengok result pregnancy test selepas selesai solat 

Dalam video tersebut, wanita itu memaklumkan membuat ujian kehamilan sebelum menunaikan solat secara berjemaah. Apabila dia selesai menunaikan solat, dia telah mengambil alat terbabit dan mendapati terdapat dua garis merah dan terus menangis memberitahu suaminya.

Suami isteri ini berpelukan tidak menyangka dikurniakan zuriat

Video tersebut menyaksikan perasaan gembira tidak dapat disorok lagi apabila masing-asing berpelukkan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas diduga positif Covid-19 sebelum ini.

“3 tahun penantian . Akhirnya allah jawab di hari jumaat ni . Sejak 8/01/2021 akk duduk berjauhan dengan suami . Suami positive covid . 12/01/2021 lagi sekali kami dihimpit dengan berita sedih , akk pulak positive covid . 17/1 ambulance ambik . Maka terpisah la kami suami isteri . Hari ni suami dah dibenarkan keluar . Dan akk pun dah balik semalam. Haid akk delay dari december lagi . Mmg akk tak kuat nak buat pregnancy test , sbb takut kecewa macam dulu . Dekat setahun akk tak pegang pregnancy test ni . Hari ni , allah bagi kekuatan disamping suami kat sisi akk kuat kan hati nak check . Alhamdullilah allah hadir kan bidadari kecil dalam rahim akk . Terima kasih ya allah atas rezeki ini . Betul perancangan mu lebih baik dari mimpi kita . Rupanya sepanjang akk admitted dekat hos sg buloh . Ade baby dalam perut.. hi syg , membesar la awak dengan sempurna , jadi la anak yg soleh dan solehah . Tak kira apa pun jantina awak . Mummy titipkan doa supaya awak menjadi manusia yg berakhlak . Percaya la dalam setiap hujan pasti ade pelangi nya.. terima kasih semua atas doa korang .

Perkongsian tersebut turut membuatkan warganet berasa sebak dan tersentuh memandangkan pasangan ini sudah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan menitipkan doa semoga ibu dan bayi sihat dan dipermudahkan sehingga ke proses kelahiran kelak.

Selepas 10 Hari Baru Dapat Tahu Dirinya Hamil. Pasangan Ini Dedah Banyak Kali Buat Ujian Kehamilan Tapi Negatif Ini Kisah Mereka

Sam melahirkan anak secara normal. SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan secara normal, hanya 10 hari selepas mengetahui dirinya hamil.Sam Hicks, 40, dikejarkan ke Hospital Southmead di Bristol, United Kingdom, pada 11 Januari lalu.Dia kemudian melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Julia.

Sam dan suaminya, Joe baru mengetahui bahawa dia hamil pada 2 Januari lalu setelah menjalani ujian kehamilan di rumah.Sam, yang bekerja di rumah jagaan, telah melakukan banyak ujian kehamilan sepanjang tahun lalu, namun semuanya menunjukkan keputusan yang negatif.

“Ada beberapa tanda, tetapi ketika Sam melakukan banyak ujian kehamilan yang semuanya negatif, dia hanya menganggap ia sebagai sakit perut,” kata Joe.Bagaimanapun, apabila Joe, 32, merasa ‘tendangan’ di perut isterinya ketika mereka duduk bersantai pada Hari Tahun Baru, Sam memutuskan untuk melakukan ujian lain, lapor Bristol Live.Keesokan harinya, Sam pergi menjalani ujian lain, dan kali ini mengesahkan bahawa dia hami.

Suami Sampai Sanggup Pecahkan Cermin Hanya Untuk Selamatkan Isteri Yang Sedang Hamil. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Mereka.

Kluang: Seorang lelaki terpksa mencecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri sebelum dia hanyut bersama kenderaan itu dalam kejadian bnjir di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang semalam. Ketua PoIis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian dilap0rkan oleh isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, jam 5.30 pagi tadi di Balai PoIis Kahang.Katanya, pengadu bersama suaminya, Md Rajihan Junaidi, 28, dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

“Ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang, jam 5.30 petang semalam, pasangan itu dikatakan meredah banjir di kawasan berkenaan. Di pertengahan jalan, kereta dinaiki tiba-tiba dibawa arus deras ke kanan laluan menyebabkan suaminya mencecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan pengadu,” katanya melalui kenyataan kepada media hari ini.

Hang Seng berkata, pengadu diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian namun suaminya dikatakan hanyvt bersama kenderaan dinaiki. Apa yang lebih memiIukan mgsa dan isteri baru melangsungkan pernikahan Julai tahun lepas dan  isteri beliau dikhabarkan sedang hamiI.

“Usaha mengesan mngsa bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang sedang giat dilakukan hari ini namun masih gagaI menemui beliau,” katanya.Sumber: hmetro, jaffre jamal

Gadis Subang Jaya Adalah Salah Seorang Rakyat Yang Terkena Banjir Di Kelantan. Dia Perjelas Foto Yang Sedang Seronok Main Air Banjir Di Kelantan.

Foto Intan bersama pelampung dan memakai pelitup muka ketika banjir mencuri tumpuan warganet. Banjir yang melanda di Kelantan sejak minggu lalu secara tidak langsung menyebabkan seorang gadis mendapat tumpuan.Beberapa foto menunjukkan seorang gadis sedang menggunakan pelampung sambil tersenyum sinis di kawasan perumahan ketika banjir mencecah paras pinggang. Salah satu daripada empat gambar tersebut menunjukkan gadis itu memakai pelitup muka.

“Main air luh sekkito pape roger (Main air dulu geng apa-apa roger),” tulis gadis berkenaan di laman Twitter sehingga menjadi tular. Dalam banjir pun lawa,” komen warganet yang memuji kecantikannya. Jadi mangsa banjir pun maintain senyum ikhlas lagi. Ni la erti reda,” ujar warganet lain.

Posting Intan di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen.

Gadis berkenaan, Nur Intan Syaqilla Norazlan berkata, gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh adiknya di luar rumah keluarganya di Rantau Panjang, petang Isnin lalu. Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, kebiasaannya setiap kali musim banjir di kawasan itu, limpahan air naik sehingga paras dada.

“Ramai yang kata bahaya sebab bimbang lemas atau ada ular dalam air. Begitulah keadaan yang kami perlu lalui bertahun-tahun setiap kali musim banjir. Paras pinggang ni okay lagi kerana biasanya banjir hingga ke paras dada. Tapi keadaan air di hadapan rumah tenang, bukannya deras sehingga membahayakan,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Intan, katanya, dia berdepan pengalaman menghadapi musim banjir di negeri itu sejak keluarganya berpindah dari Subang Jaya, Selangor, kira-kira 11 tahun lalu.“Saya dilahirkan di Subang Jaya. Kami sekeluarga kemudian berpindah ke Kelantan di Rantau Panjang, kampung ayah. Jujurnya, masa mula-mula tu saya tak biasa dengan keadaan banjir. Macam-macam perasaan ada, sampai dulu pernah rasa takut nak keluar rumah. Tapi lama-kelamaan saya dah biasa dengan keadaan ini,” ujar pelajar Tingkatan Enam itu.

Intan merupakan anak kelahiran Subang Jaya, Selangor yang kini menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

Gadis itu turut mendedahkan foto yang tular itu dirakamkan sekadar suka-suka dan dia sebenarnya tidak bermain banjir di kawasan rumahnya seperti yang disangka warganet. Ketika itu saya dan dua adik masing-masing berusia 16 dan 13 tahun mengikut ayah ke kedai runcit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah untuk membeli barang dapur seperti beras, gula dan telur. Kami redah saja banjir yang juga di paras pinggang adik-adik. Pelampung itu adalah milik jiran yang kami pinjam untuk kegunaan mengangkut barang-barang yang dibeli. Sekeping papan diletakkan di atas pelampung tu, dan segala beg plastik yang kami bawa balik dari kedai diletakkan di atas papan. Kiranya macam trolilah, tapi kami tolak pelampung tu perlahan-lahan secara bergilir-gilir hingga ke rumah” ujarnya.

Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP pakai pelitup muka di tempat awam.

Ini sekali gus menjawab persoalan warganet mengenai anak ketiga daripada lima beradik itu memakai pelitup muka seperti yang dirakamkan di dalam gambar. “Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP (prosedur operasi standard) pakai pelitup muka di tempat awam. Nanti kena kompaun pula sebab tak patuh SOP,” tambahnya.

Intan menjelaskan dia tidak bermain banjir sebagaimana yang disangka warganet

Intan yang tinggal berdekatan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berharap keadaan banjir di Kelantan kembali pulih. “Harap keadaan semakin pulih, setakat hari ini (Rabu), limpahan air dah surut ke paras lutut. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan saya termasuk mereka yang memberikan pujian,” katanya sambil menambah posting berkenaan telah dipadam bagi mengelakkan komen-komen negatif segelintir warganet.

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.

4. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *