Tular wanita ini pasrah bila tudungnya terbang dan siap dilenyek oleh kereta. Sekali ini yang terjadi.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Tudung yang dipakai Lola terbang ke atas jalan raya sebelum dipijak oleh sebuah kereta. Aksi bersahaja seorang wanita dalam video YouTube miliknya ternyata menghiburkan ramai. Biarpun sudah setahun dimuat naik, video yang dihasilkan Sofie Idora Ahmad Ruzi, 25, tiba-tiba menjadi tular selepas sedutannya dikongsi di laman TikTok baru-baru ini. Dalam rakaman itu, tudung yang dipakai olehnya ketika membonceng sebuah motosikal terbang ke atas jalan raya sehingga ia mengundang gelak ketawa warganet.

“Itu video vlog yang dirakam pada awal tahun 2020. Di kampung saya di Mersing, Johor. Kami sekeluarga dengan saudara-mara berkumpul ramai-ramai. Kemudian saya kongsi scene tudung terbang tu di TikTok. Tak sangka video lama tu jadi viral. Kami naik motor atuk.

Lola mengambil semula tudungya yang terjatuh ke atas jalan raya.

“Sepupu yang bawa motor. Masa perjalanan balik, tudung tu makin terkebelakang. Tiba-tiba terbang atas jalan raya. Jalan kampung tu lengang je, tiba-tiba ada kereta lalu dan lenyek tudung saya. Tapi saya ambil dan pakai semula, tak kan nak balik rumah pakai serkup je,” ujarnya berseloroh.

Tudung Lola yang dilenyek sebuah kereta dalam kejadian itu.

Mesra disapa Lola, dia bersyukur apabila ramai yang terhibur menonton video itu. Namun katanya, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif segelintir warganet.

Ada yang cakap mereka tengah sedih terus happy lepas tengok video saya.

“Ada orang tanya kenapa tak pakai mask. Video itu dirakam pada tahun baharu 2020. Masa tu Covid-19 belum menular serius di negara kita. Ada juga yang tanya kenapa tak pakai topi keledar. Kedai runcit tu dekat je dengan rumah, jalan kampung. Bila diminta beli barang, kelam-kabut pergi tak sempat nak pakai helmet. Video YouTube tu abang saya yang edit. Saya nak buang rakaman tudung terbang tapi abang minta kekalkan. Dia kata scene macam tu yang orang nak tengok.

Gaya spontan Lola ternyata mencuit hati warganet.

“Gembira sebab ramai yang terhibur. Ada yang cakap mereka tengah sedih terus happy lepas tengok video saya. Alhamdulillah, video tu pun dirakam secara spontan, bukan saya buat-buat,” ujarnya lagi.

Lola merupakan seorang jurusolek pengantin.

Menurut Lola, ada yang menyangka dia masih solo namun mendedahkan dirinya sudah berkahwin pada tahun 2015 dan kini memiliki seorang cahaya mata berusia 4 tahun. Bercerita mengenai dirinya, dia kini menetap di ibu negara dan bekerja sebagai jurusolek perkahwinan serta turut mengusahakan perniagaan kosmetik secara dalam talian.

Paparan skrin video tular itu.

Tambah Lola, dia juga merancang untuk terus menghasilkan video YouTube baharu selepas ini atas permintaan ramai susulan tularnya video ‘tudung terbang’ itu.

Pernah Tular Dengan Video Parodi Lagu Sayang. Kemunculan Bobo Disambut Baik Oleh Warganet Malah Dia Kongsi Punca Dia Senyap Beberapa Tahun

Baru baru ini,kemunculan semula Bobo menerima maklum balas positif warganet. Sekitar tahun 2013,nama Bobo menjadi bualan masyarakat seluruh negara selepas dia tampil dengan video parodi lagu Sayang,dendangan asal penyanyi Indonesia, Shae.

Setelah sekian lama menyepi, pemilik nama Mohamad Farezzul Mohamad Kasim itu akhirnya tampil membuat ‘comeback’ sekitar hujung tahun lalu.Dalam temubual bersama mStar, dia yang kini berusia 28 tahun sempat memperincikan kisah ‘kehilangannya’ selama ini.

“Sepanjang tempoh senyap beberapa tahun, Bobo fokus dengan kerja. Bobo bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan.”Sehinggalah baru-baru ini, syarikat saya bekerja pujuk supaya buat comeback. Mereka yang buat akaun TikTok untuk saya,” ujarnya.

Bobo aktif di TikTok sejak tahun lalu.Kata Bobo, dia bersyukur apabila kemunculan semula dirinya menerima reaksi positif warganet.Malah katanya, dia tidak sangka masih ada masyarakat di luar sana yang ingat akan dirinya.”Masa senyap, saya nak senyap sampai orang tak kenal. Penat menghilang nak bagi orang lupa, rupa-rupanya orang tak lupa.

“Mungkin budak remaja sekarang tak kenal Bobo. Kebanyakan yang tegur, cam Bobo adalah orang yang dah ada anak.”Tapi tak adalah ramai sangat pun. Mengenai penerimaan orang, ada juga segelintir yang negatif.”Tapi saya dari dulu lagi tak pernah ambil hati. Saya terima,” ujarnya.

Antara video yang dikongsi di media sosial miliknya.Dalam pada itu, Bobo dengan merendah diri berasa gembira apabila warganet mengalu-alukan kemunculannya, termasuklah yang menggelarkannya sebagai Raja Parodi yang sebenar.

“Terima kasih sentiasa ingat Bobo. Lepas tu terima kasih juga sebab terima Bobo balik.”Baca komen pujian, saya rasa alamak… tak payahlah puji, tapi dalam hati senyum,” ujarnya berseloroh.Kata Bobo, dia kini bekerja di sebuah restoran di Kota Laksamana, Melaka.Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menghiburkan untuk tatapan peminat di TikTok dan juga Instagram.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *