Tular video tugasan pelajar ini apabila tiba tiba ada pula kelibat yang merangkak melalui belakang sofa. Pada mulanya sakit biasa sahaja tiba tiba esok terus cramp.

Amalan sukan Uncategorized Viral

Tangkapan skrin video Khadijah melakukan tugasan renang di dalam rumah. Khadijah bersama dua sepupunya. Macam-macam dugaan yang dihadapi pelajar ketika melakukan tugasan yang diberikan pensyarah dalam keadaan norma baharu.

Ini termasuklah seorang pelajar yang tekun melakukan tugasan dengan aksinya seperti berenang di atas kerusi di sebuah ruang tamu rumah. Menerusi sebuah video tugasan pelajar berkenaan yang menjadi tular, dapat dilihat kelibat dua kanak-kanak yang merangkak di belakang sofa selepas masuk ke rumah. Pelajar berkenaan, Khadijah Najwa Latfy Anuar berkata, kejadian berlaku pada waktu malam di rumahnya ketika melakukan tugasan yang diberikan pensyarah bagi subjek renang.

Selain sukan renang, Khadijah aktif bermain tenis.

Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia tidak menyedari ‘kemunculan khas’ tersebut menerusi rakaman yang dibuat dengan bantuan bapanya ketika itu.

“Saya hanya perasan apabila melihat semula rakaman tersebut setelah selesai. Dua kanak-kanak di dalam video tu sebenarnya adalah sepupu saya yang berusia sembilan dan tujuh tahun yang masuk ke rumah dari rumah jiran. Pintu pula tak berkunci sebab nak mudahkan mereka dan seorang adik lelaki saya berusia 10 tahun yang turut berada di rumah jiran untuk masuk ke rumah. Sepupu cuba merangkak sebaik nampak ada kamera, dengan harapan tak dirakam kelibat mereka,” katanya kepada mStar.

Khadijah (tudung hitam) bersama sebahagian rakan-rakan sekelas di UiTM.

Mengulas lanjut, pelajar Diploma Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu berkata, dia memberi tumpuan kepada video tugasannya yang pada masa itu sudah berlangsung selama lebih tiga minit.

Khadijah (kiri) pernah menyertai Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

“Pensyarah bagi tugasan untuk buat satu video demonstrasi tentang salah satu teknik renang dan memberi penjelasan mengenainya semasa presentation (pembentangan). Saya pilih renang gaya bebas (freestyle). Sebab itulah dalam video nampak tangan saya bergerak seolah-olah berenang. Ada dua rakaman, satu lagi tunjuk bahagian kaki. Pada asalnya video tugasan ni nak buat di kolam renang. Tapi sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi terpaksa buat di rumah guna kerusi yang dipinjam daripada jiran untuk memudahkan saya membuat pergerakan,” kata yang aktif bermain tenis.

Lebih mesra disapa Khadijah, dia mengakui begitu mencabar untuk melakukan tugasan tersebut kerana ia tidak mudah seperti yang digambarkan. “Masuk minit ketiga, perut rasa senak sebab kena angkat tangan dan kaki, tapi kena teruskan juga sebab video tu ambil masa kira-kira empat minit.

Pada asalnya video tugasan ni nak buat di kolam renang. Tapi sebab PKP, jadi terpaksa buat di rumah guna kerusi yang dipinjam daripada jiran untuk memudahkan saya membuat pergerakan.

“Masa rakaman tu terdengar ayah gelak tapi saya tak kisah sangat sebab memang beritahu ayah yang video ini akan dimasukkan voice over (suara latar). Tapi tak sangka pula ayah gelak sebenarnya sebab nampak dua sepupu masuk dalam keadaan takut-takut sebelum adik lelaki pula menyusul, masing-masing lalu belakang sofa dan duduk senyap-senyap sampai saya selesai buat rakaman,” katanya yang menetap di Ampang, Selangor.

Khadijah (dua, kiri) bersama adik lelaki (kiri) dan dua sepupunya.

Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik itu akhirnya terpaksa membuat video tugasan itu semula disebabkan kemunculan sepupu dan adiknya yang melucukan itu.

“Aduhai, ingatkan dah lega lepas buat video mula-mula tu. Sekali kena buat balik, tiga minit pertama pun dah rasa sakit… apatah lagi nak buat semula video dari mula. Pertama kali buat video tugasan di rumah. Lepas tu perut okay lagi, tapi esoknya terus cramp (kejang), macam buat plank (senaman yang menguatkan otot),” ujarnya secara berseloroh.

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *