Tular di twitter kisah perkenalan mereka ini. Sekali pemuda ini tak menyangka wanita cantik selamat jadi isterinya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Paparan skrin perbualan pertama pasangan ini menerusi DM Twitter tular dan meraih perhatian ramai warganet. Langkah berani jejaka ini menghantar mesej kepada seorang gadis menerusi Twitter sekitar tahun 2019 membuahkan hasil apabila mereka selamat disatukan pada Khamis lalu. Menurut Noor Hasrul Shafiq Hassan, 28, dia dan isteri, Nur Adila Amira Ruzman, 23, sekadar berbalas komen sebelum perbualan mereka berlanjutan di ruangan direct message (DM) menerusi laman sosial itu.

“Masa tu bulan November tahun 2019. Ada seorang individu buat lawak di Twitter. Saya dan isteri sekadar berbalas komen. Kemudiannya saya buka profile Twitter isteri, saya tengok dia dah follow saya. Lepas tu terus saya DM. Mula-mula berbalas DM biasa, lepas tu saya minta Instagram dia. Kami senyap dalam sebulan juga, kemudian baru berhubung semula. Masa kenal dalam media sosial, saya rasa smooth je perbualan kami. Borak pun rasa positif, sebab tu saya berani,” ujarnya kepada mStar.

Pasangan ini disatukan pada Khamis lalu di Temerloh, Pahang.

Mesra disapa Hasrul, dia mengorak langkah lebih berani apabila meminta nombor telefon gadis itu sebelum perkenalan mereka menjadi semakin serius. Enggan mempersiakan peluang yang diberi, mereka turut berkenalan dengan keluarga masing-masing beberapa bulan kemudian sehinggalah disatukan di Pejabat Agama Islam Temerloh, Pahang, empat hari lalu. “Kalau ikut rancangan asal, kami akan berkahwin pada 12 Februari ini. Dewan, makanan, pakaian semua dah tempah.

Kalau orang lama yang tak ada media sosial, mungkin ragu-ragu, selamat ke media sosial ni?

“Tapi kami buat keputusan untuk kahwin awal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami buat persiapan saat akhir dan terus kahwin di Temerloh sebab isteri asal Pahang. Lepas nikah pada Khamis, kami photoshoot sekejap dan terus balik ke Kedah. Buat sementara waktu ni kami akan menetap di Kedah. Saya pun dah cari rumah di Kuala Lumpur, tapi tak sempat nak uruskan sebab dah PKP baru-baru ini,” ujarnya lagi.

Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada Februari, namun majlis dipercepatkan selepas PKP dilaksanakan semula di negara ini.

Dalam pada itu, Hasrul yang juga pemborong tudung dan peniaga dalam talian mengakui tidak salah untuk mencari jodoh secara dalam talian. Seiring dengan perubahan zaman, dia merasakan kaedah itu juga berkesan seandainya ia dimanfaatkan sebaiknya.

Kisah pasangan ini tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen warganet.

“Kalau orang lama yang tak ada media sosial, mungkin ragu-ragu, selamat ke media sosial ni? Tapi kita yang dah lahir zaman ni, kita dah tahu selok-belok. Pada saya tak salah cari jodoh di laman sosial. Keluarga kami pun OK,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kisah pertemuan mereka tular di Twitter apabila isterinya berkongsi paparan skrin perbualan pertama mereka menerusi aplikasi itu. Ia menerima lebih 4,300 ulang kicau (retweet) dan turut dihujani pelbagai komen warganet.

Rani Dan Mike Berkenalan Menerusi Satu Aplikasi Cari Jodoh Pada Tahun Lepas. Pasangan Ini Gembira Hubungan Dapat Restu Dan Penerimaan Perbezaan Bangsa Dan Agama Itu Seadanya.

Rani dan Mike mula berkenalan pada tahun 2019.SEORANG gadis Melayu tampil berkongsi video menunjukkan teman lelakinya yang berbangsa Cina sedang membaca doa makan.Menurut pemilik video, Siti Sarah Hairani Ahmad Fauzi, 23, ia dirakam sewaktu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mike, 25, itu sedang menjamu selera di sebuah kedai di Skudai, Johor pada Selasa lalu.

“Saya ada ajar Mike beberapa bacaan doa. Tapi dia pun banyak belajar sendiri. Waktu malam lepas balik kerja, dia buka YouTube untuk belajar cara baca doa sendiri.”Masa mula-mula kenal tahun lepas, saya ada cerita sikit mengenai Islam. Dia pun berminat nak tahu lebih banyak.

“Selain doa makan dan doa tidur, dia sekarang tengah belajar cara membaca surah Al-Fatihah,” ujarnya yang mesra disapa Rani.Menurut pembantu akaun dari Perlis itu, dia juga ada bertemu keluarga Mike dan mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan.

Rani dan Mike merancang berkahwin pada penghujung tahun 2021.Katanya lagi, dia gembira apabila kedua-dua belah keluarga memberikan restu dan menerima perbezaan bangsa dan agama itu seadanya.”Kami ada perancangan ke arah untuk berkahwin, InsyaAllah pada bulan Disember tahun ni. Saya pun pernah jumpa mak dia.”Saya minta izin mak dia dulu masa mula-mula kenal. Keluarga saya juga bagi sokongan. Mike pun ada suarakan hasrat untuk peluk Islam.

“Saya pula dari kecil dah terbiasa dengan kawan-kawan bangsa Cina. Saya belajar di sekolah Cina selama enam tahun dan boleh berbahasa Mandarin,” ujarnya lagi.Kata Rani lagi, dia sekadar berkongsi video itu bagi menunjukkan kesungguhan Mike mendalami Islam.Tambahnya, dia percaya akan ketentuan jodoh dan beranggapan cinta tak pernah mengenal usia, bangsa, mahupun rupa.

Rani bersama keluarga Mike.“Saya suka-suka nak kongsi video dia. Dulu dia baca doa tergagap-gagap, sekarang makin lancar. Seronok tengok ada orang agama lain bersungguh-sungguh belajar agama kita.”Bagi saya kalau nak bercinta tak semestinya sama bangsa je. Cinta tak kenal sesiapa,” ujarnya.Menurut Rani, dia dan Mike berkenalan menerusi aplikasi cari jodoh pada pertengahan tahun lepas.Rani dan Mike berkenalan menerusi satu aplikasi cari jodoh pada tahun lepas.“Dia dari Kulim. Kami sama-sama bekerja di Johor. Kami berkenalan dalam satu aplikasi.”Masa tu dia tengah broken, saya banyak bagi nasihat. Dari situ ia bermula,” imbasnya lagi.

Majlis Perkahwinan Mempunyai Banyak Belanja Untuk Diuruskan. Sekali Pengantin Ini Dapat Jimat Hampir Bawah RM5k Dan Ada Juga Share Tips Untuk Jimat Belanja Pada Musim PKP Ini.

Tahukah anda, sebenarnya banyak duit boleh save apalagi jika berkahwin sepanjang musim PKP ini? Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak jimatkan kos tapi majlis perkahwinan ‘bajet’ masih tampak meriah, ikuti perkongsian pengantin ini.

Kedua-dua pengantin kongsi duit…untuk kos khidmat bridal photographer

Menerusi video di TikTok, Lala Rahman berkongsi bagaimana dia dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan perkahwinan di bawah RM5 ribu saja pada hujung tahun lepas. Antara faktor yang ketara adalah apabila mereka tidak perlu jemput jumlah tetamu yang ramai sehingga melebihi 500 orang. Kedua-dua mempelai turut berkongsi duit simpanan bagi mendapatkan khidmat bridal dan juga jurugambar.

Selain itu, Lala Rahman turut mendedahkan kad jemputan perkahwinannya hanya dicetak 100 keping sahaja manakala baju nikahnya pula dibeli sewaktu promosi sales hujung tahun. Pakej meja makan beradab juga tidak diambil, sebaliknya pengantin dan keluarga ‘sempoi’ makan di meja tetamu biasa saja.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan tips majlis kahwin bajet daripada pengantin ini. Ujar mereka, tak perlu rasa malu jika kenduri perkahwinan cuma kecil-kecilan saja. Hal ini kerana yang paling penting adalah menghalalkan sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.Sumber: Instagram lalarhmnn Tiktok lalarhmnn

Cuaca Pada Waktu Kini Pasti Memberi Cabaran Pada Jurugambar Pengantin Ini. Tapi Disebabkan Terlalu Seronok Sehingga Boleh Pula Jadi Seperti Ini.

Foto yang dirakam oleh Hafiz sewaktu dia berkunjung ke Kedah pada minggu lalu. Kewujudanwabak Covid-19 memaksa banyak acara ditangguhkan sepanjang tahun ini. Antara yang terkesan tentunya pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Situasi ini sekali gus turut memberi kesan kepada jurufoto apabila banyak tempahan khidmat fotografi terpaksa ditunda ke lain waktu. Tatkala menghampiri penghujung tahun, mereka kini berhadapan cabaran cuaca pula khususnya dalam menjalankan sesi penggambaran outdoor.

Menurut Mohamad Hafiz Shahruddin, dia sendiri mengalami masalah sama sewaktu merakam foto pasangan pengantin di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, jurufoto yang mesra disapa Hafiz itu mengakui terpaksa bekerja dalam masa yang terhad disebabkan cuaca yang agak tidak menentu.

Hafiz berkata faktor cuaca turut memberi cabaran buat jurufoto sepertinya.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alhamdulillah tiada client saya yang batal tempahan. Cuma mereka tunda tarikh. Sekarang musim hujan pula. Kesian pengantin nak shoot outdoor. Macam yang berlaku pada saya sewaktu kami shoot di sebuah bendang minggu lepas. Terpaksa rushing. Shoot di bendang tu dalam keadaan tergesa-gesa sebab langit dah gelap. Hujan tunggu masa nak turun.

Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air.

“Kami shoot dalam sejam je. Elok kami dalam perjalanan nak balik, terus hujan lebat,” ujarnya. Walau terpaksa bekerja dalam masa yang terhad, Hafiz tidak mempersiakan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan di kawasan itu. Hafiz yang menetap di Selangor berkata, dia berada di Kedah selama dua hari bagi merealisasikan potret perkahwinan pelanggannya yang dikenali sebagai Nazri dan Ernie.

Pasangan pengantin Nazri dan Ernie sedang menaiki vespa di kawasan bendang.

“Ia idea asal pengantin. Saya pun sebenarnya suka shoot kawasan yang hijau. Jadi saya cuba realisasikan hasrat mereka. Pengantin lelaki juga ada pinjam vespa sahabatnya. Itu kali pertama saya shoot di bendang. Dalam pukul 4 petang. Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. Berpeluh juga masa di bendang. Selain outdoor, saya juga shoot untuk majlis pernikahan mereka,” ujarnya lagi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi di Facebook milik Hafiz, pengantin kelihatan cukup menawan dan segak dalam persalinan serba merah, ditambah pula dengan warna hijau bendang berkenaan. Malah, salah satu foto memaparkan tayar hadapan vespa seakan-akan terangkat turut mencuri perhatian pelayar Facebook.

Antara gambar yang dikongsi di Facebook Hafiz.

Untuk rekod, Hafiz juga pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2019 apabila dia berkongsi foto penuh emosi memaparkan tangisan antara seorang pengantin perempuan dengan bapanya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada waktu itu, foto berkenaan bukan dirakam oleh Hafiz, sebaliknya hasil kerja salah seorang kru yang bekerja dengannya.

Tular Di Media Sosial Apabila Bridesmaid Ini Jatuh Ke Bendang Semasa Sesi Bergambar Bersama Pengantin. Gigih Nak Bergambar Sehinggakan Ini Yang Dipakai.

Video Liyana tular sehingga menerima lebih 200,000 alasan. Rakaman memaparkan seorang gadis terjatuh ke dalam sawah sewaktu bermain buaian menjadi tular di media sosial. Menerusi kejadian pada 12 Disember lalu, Nurliyana Syafiqah Jasni sedang bermain buaian sambil dihayun oleh suami kepada rakannya. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra Liyana sempat memperincikan semula kejadian itu yang disifatkanya cukup lucu dan menghiburkan.

Liyana terpaksa memakai seluar selepas kainnya basah ketika jatuh di dalam bendang.

“Saya sebenarnya jadi bridesmaid. Masa tu tengah tunggu pengantin. Kami tangkap gambar dulu. Yang hayun tu suami kawan saya. Bila nak hayun sekali lagi, tali tersangkut di tangannya dan kami terjatuh. Basah kasut dan kain yang saya pakai. Rasa malu sebab ramai orang tengok. Tapi lepas tengok balik video, rasa lucu pula,” ujar pembantu kedai berusia 19 tahun itu. Menerusi kejadian di Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang itu, Liyana mengakui turut berasa bersalah terhadap pasangan pengantin.

Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

Mana tidaknya, disebabkan kejadian itu, hanya dia seorang yang berpakaian lain dari yang lain sewaktu sesi photoshoot outdoor itu.

Liyana tidak sangka video dikongsi menjadi tular.

“Bila kain dah basah, saya terpaksa pakai seluar. Rasa bersalah juga kat pengantin. Suami kawan yang hayun buaian tu pun rasa bersalah. Sebenarnya saya tak nak tangkap gambar dah, sebab pakaian saya tak sama dengan bridesmaid yang lain… dah tukar seluar ganti masa tu. Tapi pengantin ajak juga. Itulah first time saya ke kawasan itu, first time juga jatuh bendang,” ujarnya berseloroh. Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia juga tidak sangka video yang dikongsi akan menjadi tular.

Liyana (dua dari kanan) bersama rakan-rakan bridesmaid dan pengantin.

“Saya saja share video, sebagai kenangan, Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu. Ramai juga puji tempat tu lawa untuk bergambar,” ujarnya lagi. Sehingga kini, video itu menerima hampir 230,000 tontonan di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *