Hasil seni kaki Aliah ini membuatkan orang ramai terpegun dengan hasilnya. Dilahirkan tanpa tangan tidak menghalangnya untuk lakukan ini.

Amalan Dunia Hiburan Uncategorized

Bukan mudah sebenarnya apabila orang pandang rendah dengan orang kelainan upaya, namun saya kuatkan semangat demi mak. Saya bangkit untuk buktikan kemampuan diri,“ luahan rasa seorang wanita cekal, Aliah Talib. Aliah, 34, berkata, sejak kecil, beliau sudah kalis dengan kritikan yang diterimanya oleh orang sekelilingnya lantaran fizikalnya yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan. Saya akui hati ini bukannya kuat sangat dan sudah lama menyimpan rasa. Sedih sangat apabila ada yang memperlekehkan kemampuan. Ada yang kata, masak guna kaki, kotorlah, tidak mampu memandu keretalah dan macam-macam lagi. Namun, saya ambil semua kata-kata pedih itu sebagai penguat semangat. Kepada yang sesuka hati melontarkan perkataan yang tajam, hentikanlah Jangan sesekali bersangka bvruk dengan ketentuan atau melawan takdir ALLAH,“ tuturnya yang beriltizam mahu menjadi seperti manusia normal lain meskipun dikritik dengan kekurangan diri.

Kronologi kehidupan Aliah sungguh menyentuh perasaan. Bayangkan, wanita hebat yang sudah boleh memandu kenderaan sendiri itu, hanya sempat bersekolah selama setahun di tadika. Itu semua disebabkan rasa malu berdepan dengan rakan-rakan sebaya.

“Ketika itu, saya memang tak tahan kena kritik dengan kawan-kawan. Saya akan menangis semahu-mahunya dan merayu tak mahu ke sekolah sampaikan mak pasrah dan turutkan sahaja kehendak saya. Kakak dan abanglah jadi guru dan mengajar saya. Kakak juga teman saya bermain masak-masak di rumah. Kebahagiaan saya hanya berada dalam ruang lengkap keluarga,“ ceritnya.

Bakat seni

Penulis kemudian bertanya, bagaimana beliau mengurus dirinya tanpa tangan? Bukankah ia satu perkara yang sukar?

“Ya, benar. Bukan mudah nak uruskan diri apabila tiada tangan, tetapi saya fikir pelbagai cara untuk buat semuanya sendiri. Saya cuba sampai boleh dan emak banyak bantu serta berikan kata-kata semangat. Emak kata pada saya, adik kena belajar berdikari sendiri, nanti emak dan abah sudah tiada, siapa nak tolong? Adik beradik lain nanti masing-masing akan berkeluarga,“ luahnya penuh kesayuan.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu meneruskan bicaranya mengenai kecintaan terhadap bidang seni. Ujar Aliah, kecenderungan itu sebenarnya telah dipupuk sejak kecil lagi apabila ahli keluarganya rajin melayan dan membelikan pensil warna dan buku.

Akhirnya, apabila meningkat dewasa, beliau mendapatkan latihan melukis secara formal di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor pada 2004 hingga 2007.

Canting batik

Sesungguhnya, kata Aliah, ALLAH SWT sebaik-baiknya perancangan. DIA mengaturkan sesuatu sesuai dengan kemampuan diri seseorang. “Sepanjang tempoh empat tahun di PLPP Bangi, ia telah membuka satu perspektif yang lebih luas kepada saya. Saya banyak belajar di PLPP. Selama ini, saya ingatkan diri ini paling lem4h dan tidak upaya, rupa-rupanya ada yang berdepan dengan dvgaan lebih besar lagi. Pun demikian, individu-individu itu tetap gigih berusaha untuk perbaiki diri. Bergaul dengan mereka yang juga kurang bernasib baik juga membuatkan saya sujud syukur. ALLAH MAHA PENYAYANG kerana masih beri saya peluang untuk teruskan hidup dan buktikan kemampuan diri,“ katanya.

Hasil kesungguhan dan keazaman yang jitu, Aliah menonjolkan bakatnya mencanting batik dan menghasilkan seni abstrak. Beliau kini sudah bergelar pelukis di bawah Persatuan Artis Pelukis Mulut dan Kaki Malaysia.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya rajin turun padang buat demonstrasi mencanting batik menggunakan kaki kanan. Seronok apabila ramai suka dengan hasil seni dan ramai teruja dengan keupayaan saya melukis. Pun begitu, musim C0vid-19 dan ditambah dengan PKP, saya lebih banyak duduk di rumah dan habiskan masa dengan melukis. Kadang-kadang buat biskut untuk makan-makan bersama keluarga,“ ujarnya yang mengimpikan untuk memiliki galeri lukisannya sendiri.

Kepada mereka yang senasib dengan Aliah, berikut adalah nasihatnya yang barangkali boleh dijadikan azimat hidup. “Jangan rasa rendah diri. Kita kena yakin dengan kemampuan, kebolehan dan berusahalah untuk terus berjaya walau ada yang perlekehkan dan kata OKU ini menyusahkan. Kita kena bangkit dan buktikan kepada mereka bahawa OKU pun mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti orang lain. Kekal tenang dan positif walaupun berdepan halangan kerana percayalah, ALLAH SWT ada di sisi kita.“ Kepada yang berminat untuk membeli lukisan sentuhan Aliah, boleh berbuat demikian menerusi Facebooknya, Aliah Talib.

PROFIL

  • Nama: Aliah Talib
  • Umur: 34 tahun
  • Asal: Alor Setar, Kedah
  • Kerjaya:  Pelukis
  • Facebook: Aliah Talib

Sumber: Sinar Plus

Tak Sangka Sebenarnya Banyak Khasiat Kelebihan Halia. Dan Ini Sebenarnya Rahsia Orang Tua Dahulu.

Rahsia Orang Tua Dahulu Hidup Beratus Tahun, Inilah Kelebihan Halia Yang Ramai Tidak Tahu. Halia adalah antara herba yang paling menyihatkan. Banyak digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya halia juga cukup membantu dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Berikut adalah kebaikan halia untuk kesihatan wanita dan lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu.

Pertama, legakan loya terutamanya morning sickness. Halia telah lama digunakan sebagai pelega mabuk laut. Tidak hairanlah halia amat berkesan untuk digunakan bagi menentang loya. Biasanya halia digunakan untuk melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan terhadap pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi penggunaan halia paling berkesan adalah apabila digunakan terhadap loya berkaitan kehamilan seperti morning sickness.

Kedua, kurangkan sakit otot & kelenguhan. Sifat anti keradangan yang terdapat dalam halia dikatakan berkesan dalam menentang sakit otot akibat senaman. Halia tidak memberi kesan yang segera tetapi mampu mengurangkan sakit otot yang dialami dari sehari ke sehari.

Ketiga, bantu pesakit osteoarthritis. Kesan anti keradangan dalam halia juga mampu mengurangkan simptom-simptom osteoartritis. Osteoarthritis adalah masalah kesihatan yang melibatkan kelemahan pada sendi badan. Ia membawa kepada simptom-simptom seperti sakit sendi dan kekakuan.

Keempat, rendahkan gula dalam darah. Ada kajian yang menunjukkan bahawa halia mempunyai sifat-sifat anti diabetes. Kajian tahun 2015 itu mengkaji 41 orang yang menghidap diabetes tahap 2. Mereka diberi 2 gram serbuk halia setiap sehari bagi merendahkan gula dalam darah sewaktu berpuasa. Keputusannya, ia memperbaiki HbA1c (penanda tahap gula dalam darah buat jangka panjang), sekali gus membawa kepada penurunan 10 peratus dalam masa 12 minggu.

Kelima, baiki sistem pencernaan kronik. Pencernaan kronik (dyspepsia) boleh dikenal pasti melalui sakit dan rasa tidak selesa berulang kali pada bahagian atas perut. Dipercayai melambatkan proses membuang adalah penyebab utama ketakcernaan. Menariknya, halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap mereka yang mengalami masalah ini.

Keenam, kurangkan sakit haid. Salah satu kegunaan halia dalam perubatan tradisional adalah melegakan sakit termasuklah sakit akibat haid. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 150 orang wanita yang mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari selama 3 hari mereka datang haid ia mampu melegakan rasa sakit yang dialami.

Ketujuh, merendahkan tahap kolesterol. Tahap kolesterol jahat atau LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Makanan yang anda ambil mempunyai pengaruh kuat terhadap tahap LDL. Pengambilan halia dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dan LDL kolesterol.

Kelapan, cegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati. Untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Kesembilan, melawan Masalah Pernafasan yang biasa. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda, Dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

HALIA JUGA BAGUS UNTUK ANAK KECIL

Sebenarnya halia bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi bagus untuk bayi seawal lebih lapan bulan. Kesan luar biasa halia boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan kanak-kanak.

1. Hilangkan Selesema
Mungkin ada yang masih tak tahu, betapa mujarabnya halia untuk metrawat anak kecil yang selesema. Caranya, rebus halia dan sejukkan. Berikan minuman halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan. Jangan lupa, pastikan anda rasa dulu supaya tidak terlalu pahit. Anda juga boleh tambahkan sesudu madu asli untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas.

2. Melegakan batuk. Kalau teruk sangat anak batuk, anda perlu cuba petua ini. Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri pada anak minum untuk meredakan batuk.

3. Rawat masalah penghadaman. Percaya atau tidak, halia juga boleh mengurangkan masalah kembung yang selalu dialami anak kecil. Jadi mak-mak boleh sediakan sedikit bubur yang dimasukkan hirisan halia untuk kanak-kanak. Nak lagi sebati, anda boleh tumbuk halus. Cara ini sesuai untuk anak kecil yang sudah boleh makan. Jadi seeloknya, pastikan ada halia dalam rumah. Bukan hanya untuk memasak tetapi untuk jaga kesihatan. Selamat mencuba! Sumber: Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *