Disebabkan terkena tiang parkir hotel pemuda jujur ini sedaya upaya cari info sesuatu ini sebelum berurusan dengan pengurusan hotel. Warganet memuji dengan tindakan ini.

Amalan Pengetahuan Uncategorized Viral

Pelayar Facebook bernama Shafiq Abd Razak mendapat pujian warganet kerana bersikap jujur mengakui kesilapannya terlanggar palang besi di sebuah hotel. Mungkin ada antara kita pernah melakukan kerosakan terhadap harta benda pihak lain secara tidak sengaja.

Jika perkara tersebut tidak disedari atau diketahui pemilik, mungkin ada yang mengambil sikap ‘melarikan diri’ atau buat tidak tahu sahaja kerana bimbang perlu membayar sejumlah ganti rugi sekiranya ‘menyerah diri’.

Namun masih ada individu yang jujur dan mengakui kesalahan yang dilakukannya, kerana berasa bersalah dan mengetahui bahawa ada malaikat yang ‘tidak tidur’, sebagaimana kisah seorang lelaki ini. Menerusi posting di Facebook Tukang Apa Hari Ini baru-baru ini, Shafiq Abd Razak berkongsi kisahnya yang secara tidak sengaja terlanggar besi penghadang di sebuah hotel.

Perkongsian tersebut dilakukan kerana dia mahu meminta pandangan ahli kumpulan laman Facebook berkenaan yang mungkin mengetahui jenis dan kos besi yang dilanggarnya kerana berhasrat mahu membayar ganti rugi kepada pihak hotel pada keesokan harinya.

“Assalamualaikum, minta maaf semua, saya terkena besi ni di sebuah hotel semasa nak parking. Esok saya akan pergi ke management hotel untuk settlekan hal ni. Boleh saya tahu apa nama besi ni dan berapa kos besi ni? Dan sekali upah pasang berapa harganya? Nota kaki, management tutup ofis pukul 5 petang, tak sempat saya settlekan tadi,” tulis pelayar berkenaan.

Shafiq memuat naik posting di Facebook Tukang Apa Hari Ini untuk meminta pandangan ahli kumpulan laman berkenaan.

Nyata perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai, malah ada antara pelayar yang tanpa segan silu mengakui dirinya akan mengabaikan sahaja perkara tersebut. Namun, lebih ramai ahli kumpulan yang memuji tindakan jujur pelayar lelaki berkenaan. Ramai juga yang menjawab pertanyaan yang yang diajukannya dengan memberitahu jumlah kos dan jenis besi yang dilanggarnya, dan tidak kurang juga ada yang mahu menawarkan bantuan kewangan.

Tangkapan skrin memaparkan komen warganet yang memuji Shafiq di atas sikap jujur dan bertanggungjawab.

“Tuan langgar dengan kereta ke. Namanya ‘stainless steel car pole’ atau ‘car parking pole’. Tahniah atas sifat kebertanggujawaban anda,” komen Shamsul Abas. Kalau tak cukup duit, saya boleh tambah sikit-sikit. Boleh PM,” komen Mohd Hafiz. Terbaiklah, semua ahli Tukang Apa Hari Ini saling membantu. untuk abang tu, semoga urusan anda dipermudahkan,” komen Rahimah Ismail pula.

Di dunia ni memang susah kita nak mengaku dan cari pihak pengurusan. Tapi, bayangkan di akhirat nanti nak cari balik, nak minta maaf, lagi susah.

Dalam perkongsian berasingan keesokannya, pelayar tersebut memaklumkan dia sudah bertemu dengan pihak hotel bagi menyelesaikan perkara tersebut. “Alhamdulillah. Management hotel sangat mesra. Walaupun saya telah langgar dan buat salah, mereka tak marah atau herdik saya. Sebaliknya lepas jumpa dengan management, mereka suruh welding semula saja. Syukur,” tulisnya. Dalam pada itu, perkongsian lelaki tersebut turut mengundang rasa kagum seorang doktor yang tidak asing lagi di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Dr Kamarul Ariffin turut membuat perkongsian di Facebook kerana kagum dengan sikap Shafiq.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau memuji sikap bertanggungjawab dan jujur lelaki berkenaan selain memuji sikap ahli grup yang begitu positif. “Di dunia ni memang susah kita nak mengaku dan cari pihak pengurusan. Tapi, bayangkan di akhirat nanti nak cari balik, nak minta maaf, lagi susah. Nak cari siapa pun mungkin kita tak tahu. Jadi biar susah sekarang. Selesaikan terus di dunia ni,” tulis doktor berkenaan.

Isteri Pemandu Lori Ini Rugi Sebanyak RM21000 Kerana Satu Sebab Ini. Tak Sangka Dia Boleh Beri Duit Simpanan Suaminya Dengan Semudah Itu.

Berita mengenai peniipuan alam siber boleh dikatakan setiap hari menghiasi dada akhbar. Kadang-kadang sampai orang ramai pelik, macam mana dan kenapa masih ada orang boleh tertiipu meskipun setiap hari isu tersebut ditimbulkan dan ditularkan. Adakah mereka berada di dalam gua? Langsung tidak mengikuti perkembangan isu semasa?

Tak mungkin, sebab nama pun peniipuan alam siber, sudah pasti mereka yang terlibat kena tiipu menerusi media sosial atau internet. Jadi di mana silapnya? Terbaru, seorang suri rumah berusia 53 tahun di Butterworth di sini kerugian wang lebih RM21,000 selepas dipercayai terjerat dalam peniipuan cinta palsu di laman sosial Facebook semalam.

Perempuan yang merupakan warga Thailand itu dikatakan menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori selepas gelap mata apabila ditawarkan hadiah oleh ‘kekasih’ alam maya itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dia dipercayai terjerat dalam sindiket parcel selepas dia berhubung dengan ‘lelaki’ tersebut pada 12 Disember lalu melalui aplikasi Messenger.

” Wanita itu teruja apabila jejaka berkenaan menawarkannya hadiah berupa wang tunai matawang Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita hari ini. Noorzainy menambah, kemudiannya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa wakil syarikat kurier yang mahu menghantar bungkusan hadiah tersebut, namun mngsa dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu kononnya untuk pelepasan cukai.

” Dia yang teruja telah membuat tujuh transaksi memasukkan wang pada Sabtu dan Ahad lalu ke dalam satu akaun yang diberikan. Wanita itu bagaimanapun menyedari ditiipu selepas dia menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya berjumlah RM21,630 apabila suspek berterusan meminta dia menyerahkan wang,” katanya lagi. Noorzainy berkata, mngsa tampil membuat laporan polis semalam. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Sksyen 420 Knun Kesksaan.

Kisah peniipuan alam siber bukanlah isu baru

Untuk rekod, RM 3 juta adalah nilai kerugian tertinggi direkodkan di negara ini apabila seorang wanita di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas diperdayakan kekasih sibernya. Malah, kisah itu yang dilaporkan pada hari keempat Syawal tahun 2019, turut menjadi perbualan hangat ketika situ.

Ada yang mempertikaikan bagaimana begitu mudah orang mempercayai ‘kekasih’ yang dikenalinya hanya di alam siber hingga mengalami kerugian besar, selepas terpedaya dengan janji manis lelaki berkenaan untuk mengahwininya. Selepas kes sebelum ini, kini muncul pula sindiket penipuan Love yang semakin berleluasa di negara ini, khususnya menyasarkan wanita seperti dialami mngsa berusia 51 tahun di Pulau Pinang itu. Malah, pelbagai modus operandi digunakan anggota sindiket untuk mendekati wanita dengan ‘memanfaatkan’ kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Dalam kebanyakan kes dilaporkan sebelum ini, kebanyakannya didapati mengalami sindrom kesunyian, seterusnya mencuba nasib ‘mencari cinta’ di alam maya. Tidak cukup dengan itu, wanita juga sememangnya mempunyai sifat keibuan dan ia dimanipulasikan dengan menghidangkan kisah meruntun dan menyentuh hati sehingga menyebabkan mngsa mudah bersimpati dengan ‘nasib buruk’ yang menimpa kekasih hati. Lebih membimbangkan apabila kebanyakannya adalah dalam kalangan wanita berkerjaya berusia antara 46 hingga 55 tahun dan ada pula yang kehabisan dana pencen hanya semata-mata mahu mencari ‘cinta sejati’ pada penghujung usia.

Sumber:kosmo 

Tular Sebuah Video Di Media Sosial Ini Apabila Ada Wanita Yang Ingin Mengambil Gambar Sekali Mendatangkan Kerugian Pada Peniaga Ini. Ramai Warganet Yang Meluahkan Komen Tentang Kejadian Yang Terjadi.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi korang yang suka bergambar pasti akan singgah sebentar di sesuatu ‘lokasi’ yang dianggap menarik untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Walau bagaimanapun, min nasihatkan korang supaya sentiasalah peka dan ada common sense sebelum ‘syok’ nak bergambar ni supaya tidak mendatangkan musibah bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain juga.

Seperti kejadian yang tular baru-baru ini di media sosial dimana kejadian seorang wanita dari Indonesia ini yang pada awalnya niatnya hanya untuk bergambar, tetapi lain pula yang jadi apabila dia secara tidak sengaja mendatangkan masalah pula kepada orang lain. Melalui sebuah klip video yang dimuat naik di akaun Instagram @makasar_info, seorang wanita yang memakai baju belang berwarna biru lengkap bershade kelihatan cuba menaiki sebuah motosikal milik seorang peniaga cendol untuk bergambar.

Sumber: Instagram

Baru nak bergambar, tergolek jatuh motosikal

Namun, moment ‘syok’ bergambar itu tidak sempat bertahan lama apabila situasi yang tidak terjangka berlaku gara-gara sebatang kayu penyendal yang digunakan sebagai ‘stand’ untuk menegakkan motosikal itu terjatuh. Wanita itu yang kehilangan keseimbangan badan cuba untuk menstabilkan motosikal itu. Namun, usahanya itu gagal apabila motosikal tersebut ‘teroleng-oleng’ ke kiri dan kanan sebelum kedua-duanya jatuh tergolek.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Bukan setakat ‘mereka’ berdua sahaja yang tergolek, malahan hasil jualan penjual cendol itu juga turut terbalik sama dan habis jatuh berterabur ke tanah menyebabkan lelaki itu mengalami kerugian besar. Alahai, tak pasal-pasal rezeki terbang melayang. 

Warganet luah rasa bengang, buat penjual rugi

Klip video yang tular di media sosial itu berjaya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak wajar wanita itu yang ‘sakan’ hendak bergambar sehingga mendatangkan kerugian pula kepada penjual cendol. Namun, ada pula warganet yang meluahkan rasa lucu dengan insiden itu sehingga membuat jenaka dengan mengatakan bahawa hasil jualan penjual cendol itu ‘laku keras’ gara-gara wanita itu terpaksa membayar ganti rugi atas segala kerosakan yang dilakukannya itu.

Tidak Sengaja Tersedut Cendol Hidup. Gadis Ini Kongsi Peristiwa Lucu Ketika Minum Air Kosong Di Sebuah Gerai Bersama Beberapa Orang Rakannya

Keluar makan bersama rakan-rakan sememangnya kenangan yang indah. Apatah lagi sekiranya sambil menikmati juadah sambil sakan pula bercerita dengan rakan-rakan sudah pasti menyeronokkan sampai tak sedar pula dengan keadaan sekeliling.

Ye lah dah sakan berborak dan bercerita, hah main sumbat je makanan masuk dalam mulut. Tak segaja tersedut ‘cendol hidup’Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia yang pada awalnya gembira dapat keluar makan bersama rakan-rakannya berakhir pula dengan mimpi ‘buruk’ apabila dia secara tidak sengaja tersedut ‘cendol hidup’.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @pudssssss, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya ketika sedang asyik menikmati hidangan ‘Pecal Lele’ di sebuah gerai bersama beberapa orang rakannya.Walau bagaimanapun, seleranya terbantut ketika dia yang sedang ‘syok’ menyedut air kosong menggunakan straw baru perasan kewujudan objek seakan-akan cendol yang berwarna hitam sedang berenang-renang di dalam cawannya.

Muntahkan kembali ‘cendol’ rupanya cacing hidup .Bingung dengan situasi tersebut gara-gara dia hanya memesan air kosong sahaja, gadis itu memuntahkan kembali ‘cendol’ yang disedut masuk ke dalam mulutnya itu.Setelah meneliti dengan lebih dekat, objek yang disangkakan ‘cendol’ itu sebenarnya adalah cacing yang berwarna hitam! Apa yang lebih mengejutkan, cacing yang berwarna hitam itu ternyata masih hidup dan menggeliang-geliut sewaktu diluahkan kembali.

Meksipun merasa ‘kembang tekak’ dengan kejadian menjijikkan itu, gadis itu memilih untuk tidak melaporkan hal itu kepada peniaga gerai berkenaan.Ditonton 4 juta kali! Video yang dikongsikan itu berjaya meraih perhatian warganet sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 4 juta kali! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa geli dan jijik dengan ‘penemuan’ tersebut. Malah, ada juga yang berasa risau dengan keadaan kesihatan gadis tersebut kerana cacing yang berwarna hitam tersebut dikatakan beracun. Aduhai, min yang tengok pun geli. Lepas ni korang sebelum nak makan dan minum tu, perhati dulu jangan terus sumbat je masuk mulut okay. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *