Dikala umurnya yang 16 tahun ini Coki berbangga dapat bantu bapa beli sesuatu ini. Rupanya itu adalah hasil simpanannya sejak tahun lalu.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pada umur yang cukup muda ini pasti tidak mudah untuk seseorang itu dapat membeli sebuah kereta dengan hasil titik peluh sendiri. Namun, Coki sangat berbangga dapat bantu bapanya beli kereta baharu. Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Coki meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk membantu bapa membeli sebuah kereta tercapai jua akhirnya. Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, hasil pendapatannya itu diberikan kepada bapa bagi membeli sebuah kereta baharu jenama Perodua Myvi.

“Alhamdulillah hasil kerja saya sejak tahun lalu dapatlah membantu bapa beli kereta, saya kira macam sedikit sumbangan dan hadiah untuk orang yang saya sayang. Walaupun bukan kereta mewah tapi saya berbangga dan bersyukur kerana dapat berikan sesuatu untuk bapa… bolehlah jadi kenderaan untuk memudahkan kami bergerak nanti. Tapi ini bukan kereta saya tau… saya belum ada lesen lagi! Kalau ada rezeki dan berjaya nanti, insyaAllah saya nak beli kereta idaman saya iaitu Ford Mustang!” katanya.

Coki bersama bapa tersayang, Shamsaimi.

Sebelum itu, Coki sempat berkongsi gambar bersama bapanya yang membelakangi kereta Myvi berwarna biru itu. “Tak besar, tak mewah, tak mahal… tapi besar, mewah dan mahal jasa papa dan pak long untuk Coki, ” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan! Sekarang saya sudah menetap di KL.

Bercakap mengenai karier seni, Coki berkata dia menerima banyak tawaran lakonan dan sedang menjalani beberapa penggambaran drama serta telefilem. Mahu fokus dalam bidang ini, Coki yang pernah digelar Raja Slowmo Malaysia ini memberitahu dia sudah berpindah dan menetap di Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya.

Murah rezeki… Coki terima banyak tawaran lakonan.

“Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan… cumanya sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ada yang terpaksa ditangguhkan. Bagi memudahkan urusan seni di sini, saya ambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur tapi ibu dan bapa masih lagi di Kedah. Walaupun sibuk berlakon saya tak mahu tercicir dalam pelajaran, jadi saya ikuti pembelajaran secara home school… insyaAllah saya akan seimbangkan antara kerjaya dan pelajaran sebaik-baiknya,” ujarnya.

Mia Sara Disuruh Buka Tudung Sekiranya Ingin Berlakon. Mia Akui Dia Tersinggung.

Pelakon Mia Sara Nasuha mengakui tersinggung apabila ada segelintir pihak yang menawarkan watak kepadanya dengan syarat dia membuka tudung.Kata bintang remaja itu, disebabkan tawaran bersyarat sedemikian dia terpaksa menolak dengan cara baik.Namun, pada masa sama Mia, 16, tidak menyangka masih ramai yang tidak tahu dia sudah pun bertudung sejak berumur 11 tahun lagi.

“Ya memang tawaran berlakon saya dah berkurang.”Memandangkan saya sudah lama dalam industri mungkin ramai yang tahu yang saya sudah bertudung jadi hormatilah pendirian saya. Baru-baru ini ada yang tawarkan saya watak tetapi minta saya buka tudung. Dia bukan muslim tetapi rakyat Malaysia, saya rasa tersinggung pihak terbabit bertanyakan soalan demikian pada saya. Ia seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya mula bertudung lagi. Sebab itulah saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum,” katanya kepada Gempak.

Tambah Mia, dia hilang keyakinan diri apabila sering diasak tawaran sedemikian sekiranya mahu kembali aktif di persada seni.

“Bila kurang berlakon, ramai yang ingat saya sudah berhenti berlakon dan fokus belajar. Tetapi bermula tahun lepas saya sudah berlakon semula. Sebab itulah saya cuba mendapatkan semula kehidupan lama saya. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian,” tambahnya.

Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur pada Jumaat.Dalam majlis berkenaan, Mia dilantik sebagai duta body mist keluaran terbaharu De’Xandra. Selain Mia, empat bintang remaja popular iaitu Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Kon Wen Wei turut dilantik sebagai duta.

“Saya gemar meneroka bidang baharu malah De’Xandra pun sudah merancang banyak projek bersama selepas ini termasuk muzik video dan sebagainya. Semoga kerjasama bersama De’Xandra ini dapat membuka mata ramai dan memberitahu kepada semua bahawa saya masih ada dalam industri,” katanya.

Siri wangian body mist dikeluarkan dengan lima bauan berbeza iaitu Dare Me, Ily Bae, Glamsquad, Playdate dan Chaotic Energy.Sudah berada di pasaran sejak 8 Januari lalu, siri wangian body mist ini boleh didapati di butik, kiosk dan ejen De’Xandra berdaftar seluruh negara.Setiap 100ml produk ini dijual dengan harga RM25.

Sweet Qismina Undur Diri Daripada Membintangi Mv Single Terbaharu Haqiem Rusli. Sweet Qismina Terangkan Perkara Sebenar Punca Dia Undur Diri

PELAKON Sweet Qismina menafikan berlaku perselisihan faham membabitkan dia dengan penyanyi Haqiem Rusli selepas menarik diri daripada membintangi muzik video single terbaharu penyanyi itu berjudul Mimpi.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, dia menghormati pendirian masing-masing dan keputusan menarik diri itu dibuat dengan cara baik.”Sebenarnya tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku. Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat penggambaran muzik video itu namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama Bidadari Salju, memang saya ambil keputusan undur diri.

“Saya menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia. Isunya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam Bidadari Salju yang mana watak itu tidak memakai tudung.

“Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama itu, warganet akan kritik macam-macam pula… tahu sahaja la kan warganet ni macam mana,” katanya kepada mStar.Sweet turut menambah, dia tidak terasa hati dengan pendirian dan prinsip yang dipegang oleh Haqiem malah turut mempromosikan muzik video tersebut di laman Instagramnya memandangkan Mimpi merupakan lagu runut bunyi (OST) Bidadari Salju lakonannya.

“Saya memang tiada isu (masalah) dengan Haqiem. Kami masing-masing tidak terasa hati antara satu sama lain.Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju.“Saya hormat kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia juga hormat kerjaya saya sebagai seorang pelakon.”Sayang memanglah sayang (tak dapat beraksi dalam muzik video), sebab muzik video ini pasal drama saya berlakon.

“Tapi lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi pelik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama itu saya tidak bertudung pula,” ujarnya.Haqiem sebelum ini menyatakan prinsipnya yang hanya mahukan model wanita bertudung dalam muzik video lagu nyanyiannya.Kenyataannya itu dilihat seperti penyanyi berusia 23 tahun itu sengaja ‘menolak’ pembabitan heroin drama Bidadari Salju itu daripada membintangi muzik videonya.

Bidadari Salju yang ditayangkan di slot Akasia TV3, pukul 7 petang, setiap Isnin hingga Jumaat dibintangi Sweet, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin dan Nazrief Nazri.Drama itu diterbitkan oleh rumah produksi milik Datuk A.Aida iaitu A.Aida Production Sdn. Bhd.

Tular Video Menunjukkan Haqiem Sedang Menunaikan Solat. Fendy Bakry Samakan Haqiem Dengan Ebit Lew Dan Ini Penjelasan Haqiem Tentang Video Tersebut

Fendy memuji Haqiem yang mengutamakan kewajipan biarpun dalam kesibukan bekerja.PENJELASAN Haqiem Rusli ketika ditemu bual mStar berhubung video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat menerima reaksi warganet yang rata-ratanya memuji penyanyi itu namun ada juga segelintir mereka melihatnya secara negatif.

Menerusi ruang komen di Instagram mStar, pelakon Fendy Bakry berpendapat kebaikan yang dilakukan penyanyi lagu Lara itu sepatutnya dijadikan contoh yang baik kepada orang ramai.Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 32, turut menjadikan Ebit Lew sebagai contoh memandangkan pendakwah tersebut juga gemar berkongsi kerja amal yang dilakukan di laman sosial.

Fendy menyuarakan pendapatnya di ruang komen di Instagram mStar.“Dia belia remaja… punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan.”Cuba kalau orang biasa yang upload macam ini rasanya berapa kerat saja orang akan tengok… faham? Tak faham lagi? Okey, kita ambil contoh lain… kenapa Ebit Lew buat kebaikan tapi post sana sini video fasal dia?”Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong. Kat situ juga dia nak tunjuk betapa ramai orang yang hidup dalam kesusahan,” kata Fendy.

Seorang jurugambar yang dikenali sebagai Aqo Imran berkongsi video Haqiem sedang menunaikan solat maghrib ketika menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung pada Ahad lalu menjadi tular di laman sosial.Bagaimanapun, Haqiem ketika ditemu bual mStar pada Rabu menjelaskan dia tidak pernah meminta mana-mana individu merakam kebaikan yang dilakukan dan berkongsi sehingga menjadi tular.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2020 (ABPBH2020) ini turut menegaskan dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya menganggap menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab insan beragama Islam.Ebit Lew memberi bantuan kepada penulis lirik, Bob Lokman menarik perhatian warganet

Dalam pada itu, Fendy menasihati warganet untuk mengikut kebaikan yang dilakukan Haqiem dan Ebit Lew tanpa perlu menilai mereka secara negatif.”Dua individu ini menunjukkan kebaikan yang semua orang boleh buat tapi buat ke kita? Itu kena tanya kat diri sendiri. Apa yang tak ditunjukkan Haqiem dan Ebit Lew yang patut kita pun ikut iaitu kurangkan bercakap perkara yang tak benar dan menjaga penulisan sesama manusia.

“Adab itu ada baik daripada berjumpa mahupun tak berjumpa. Attitude ini bukan datang dari genetik keluarga tapi dari keadaan sekeliling… yang ubahnya siapa? Diri sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga moga menjaga adab dalam pergaulan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *