Bukan semua pelajar mudah untuk mengikuti kelas online. Kini anak pekerja kantin ini terpaksa ikut PDPR atas sampan dan ini penjelasannya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Foto ini dikongsikan sendiri oleh ibu mereka, Suzianah Bidin, 32, melalui akaun Facebooknya pada Jumaat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah gambarannya mengenai nasib tiga beradik yang terpaksa mengikuti sesi pembelajaran dalam suasana cukup hiba, jauh berbeza dengan kanak-kanak lain di negara ini.

Menerusi foto yang dikongsi, Mazlieyana Razieyla Mat Lajim, 12, bersama adiknya Muhd Rahiemiey, 10, di Beufort, Sabah terpaksa melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di atas sampan. Ia dikongsikan sendiri oleh ibu mereka, Suzianah Bidin, 32, melalui akaun Facebooknya pada Jumaat. Menurut Suzianah, gambar itu dirakam pada Jumaat ketika tiga anaknya sedang mengikuti PdPR berikutan rumah mereka tiada rangkaian internet.

“Malah ketika ini kampung kami masih dilanda banjir sejak beberapa hari lalu dan air masih belum surut memandangkan rumah kami terletak berhampiran dengan Sungai Padas. Jadi saya terpaksa membawa mereka keluar dengan menaiki sampan dan saya mendayung sampan sementara mereka belajar secara PdPR di kawasan yang ada rangkaian internet, ” katanya.

Dua anaknya itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong manakala seorang lagi anaknya, Muhd Ruzairiey, 14, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong. Suzianah berkata, walaupun serba kekurangan ditambah dengan keadaan banjir, namun anak-anaknya masih bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan sejak Rabu lalu.

“Walaupun banjir dan terpaksa keluar dari rumah, mereka bersemangat memulakan pembelajaran melalui group yang dikendalikan guru-guru mereka. Cuma mereka terpaksa berkongsi telefon kerana saya cuma ada dua telefon pintar saja, ” katanya.

Ditanya berhubung masalah lain yang dihadapi berkaitan kaedah PdPR, Suzianah berkata, mereka terpaksa berusaha untuk mencari wang bagi membeli data internet.

“Saya bekerja di kantin sekolah namun tidak dapat bekerja berikutan keadaan sekarang manakala suami juga tidak dapat bekerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini. Jadi pendapatan kami tidak menentu dan menyukarkan untuk membeli data internet. Mujur hari ini ada rezeki memukat ikan, dapatlah saya belikan data asas sebanyak RM10 untuk mereka mengikuti PdPR, ” katanya.

Bagaimanapun, Suzianah berkata, pihak sekolah banyak membantu memudahkan murid dan pelajar supaya dapat mengikuti pembelajaran mereka.“Semua guru anak-anak saya sangat memahami keadaan kami yang sukar mendapat liputan internet. Contohnya jika ada link yang perlu dibuka, memang sukar untuk membuka kerana masalah internet.

“Jadi guru-guru ini akan menyediakan salinan paparan skrin bagi memudahkan murid yang mengalami masalah rangkaian internet supaya dapat mengikuti sesi pembelajaran, ” katanya. Sehubungan itu, Suzianah berkata, diharap keadaan rangkaian internet di kampung mereka dapat dipertingkatkan lagi bagi memudahkan semua murid dan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian ketika ini.

“Selain itu, saya juga berharap ada pihak dapat mengambil perhatian masalah yang kami hadapi iaitu kekurangan gajet dan terpaksa membeli data internet sedangkan kami adalah golongan yang kurang berkemampuan, ” katanya.

Siswi Kembar Sanggup Cari Jalan Ikuti Kelas Online Di Beranda. Sampaikan Nak Keluar Kena Pakai Pakai Perahu Yang Kayuh Untuk Keluar.

Mariana dan Mariani menghadapi cabaran untuk menyertai kelas dalam talian gara-gara banjir yang melanda.BANJIR yang sedang melanda negeri pantai timur ketika ini cukup membimbangkan ramai.Antara yang turut terkesan tentunya pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian.

Menurut Siti Mariana Ismail, 22, capaian Internet yang tidak stabil, ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu sangat mencabar buatnya.Mesra disapa Mariana, gadis dari Pasir Mas, Kelantan itu turut berkongsi fotonya sedang mengikuti kelas online di beranda rumahnya yang kini dikelilingi air banjir.”Air banjir di rumah sudah mencapai paras dada. Tapi mujurlah rumah kami tinggi, jadi kami belum berpindah lagi.

“Sebelum banjir, saya biasanya akan ke rumah jiran kerana capaian Internet di sana lebih kuat. Tapi bila banjir, saya susah nak keluar rumah.Bapa Mariana menggunakan perahu untuk keluar dari kawasan rumah yang ditnggelami banjir.“Terpaksa bawa laptop duduk di beranda untuk cari line Internet. Tambah-tambah kalau hujan, semakin perlahan,” ujar penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu.

Selain Mariana yang mengikuti pengajian bidang Bio Teknologi, kembarnya, Siti Mariani juga merupakan penuntut Usim dalam bidang Fizik Gunaan.Ujar Mariana, dia bagaimanapun bersyukur apabila tenaga pengajar insitusi pengajian tinggi itu cukup memahami situasi yang melanda mereka ketika ini.

“Memang tersekat-sekat nak ikuti kelas online. Tapi lecturer ada tanya sekiranya kami terjejas akibat banjir. Saya pun ada maklumkan.”Alhamdulillah dapat lecturer yang prihatin dan mengambil berat,” ujarnya lagi.Harapan Mariana, dia bukan sahaja mahu banjir berakhir segera, malah mahu rantaian jangkitan Covid-19 turut diputuskan.

Pasangan kembar itu bersama ahli keluarga mereka.Ujarnya, dia rindu suasana pembelajaran di kampus yang lebih kondusif bersama rakan-rakan yang lain.”Sebagai pelajar, saya faham… bukan saya je yang alami. Ramai lagi hadapi masalah Internet slow.”Saya berharap Covid-19 juga akan berakhir. Saya juga berharap capaian internet di kawasan saya lebih laju untuk memudahkan urusan pembelajaran online,” ujarnya lagi.

Keadaan di rumah Mariana pada ketika ini.Bercerita mengenai keadaan semasa di kampungnya, bapa Mariana iaitu Ismail Hamat, 72, yang juga bekas guru agama terpaksa menggunakan sampan untuk keluar dari rumah mereka.”Dulu abah ada bot yang pakai enjin tu. Tapi dah rosak. Sekarang pakai perahu yang kayuh untuk keluar.”Naik perahu dulu, kemudian sampai ke tempat tak banjir baru naik kereta dan pergi ke kedai. Ibu saya pula sudah meninggal sejak saya umur 13 tahun,” kata Mariana lagi.

Demam Pun Keluar Cari Line Internet. Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Semata Nak Siapkan Tugasan Dan Ramai Luah Rasa Simpati Dengan Usaha Yang Dialami Oleh Gadis Tersebut

Gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, bukan sahaja urusan pekerjaan, malah urusan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.Kedengaran menyeronokkan bagi sesetengah pelajar disebabkan tidak perlu lagi terlewat bangun untuk ke kelas atau tidak perlu bersusah payah berkejar untuk pergi ke kelas disebabkan kelas boleh ‘diakses’ melalui rumah masing-masing sahaja.

Namun, hakikatnya ‘jauh panggang dari ap1’ apabila tidak mudah sebenarnya untuk menjalani kelas online sekiranya line internet di kawasan perumahan pelajar mengalami masalah dan tidak berapa memuaskan terutama di kawasan kampung.

Namun, masalah capaian internet yang bermasalah ini sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikuti kelas secara online yang diadakan oleh pensyarahnya.Masalah capaian internet di kampung

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pemuda ini di akaun TikToknya @dhuanmilos_ mendedahkan bahawa anak saudaranya itu telah mengalami masalah untuk mengikuti kelas online gara-gara capaian internet di kampung mereka yang agak perlahan.Sumber: Instagram @Dhuan Yacob

Demam pun keluar cari line internet.Difahamkan walaupun berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat, namun gadis itu tetap gigih untuk keluar dari kampung semata-mata ingin mencari line internet untuk mengikuti kelas online. 

Lebih mengharukan, si gadis tidak berkeseorangan apabila dia turut ditemani oleh datuknya itu dalam misi ‘menjejak’ capaian internet tersebut sehinggalah mereka berhenti di tepi jalan yang dipenuhi semak samun untuk meneruskan kelas online.

Atuk sampai tertidur teman cari line .Mungkin penat selepas seharian memandu untuk mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang agak stabil, si datuk kelihatan tertidur pula sementara menunggu cucunya itu selesai dengan tugasannya.Sumber: TikTok @dhuanyacob

Alahai, atuk pun sweet je tunggu cucu siap kerja. Video ini akhinya tular di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan ‘struggle’ yang dialami oleh gadis tersebut demi masa hadapannya.Tidak kurang juga ada yang turut memuji keberuntungan gadis tersebut yang memiliki seorang datuk yang gigih melakukan apa sahaja demi cucu kesayangan walaupun kudrat sudah tidak seberapa.

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *