Banyak perkara istimewa yang kita belum tahu tentang kucing. Rupa-rupanya ini punca Rasulullah sangat sukakan kucing.

Amalan Dunia Haiwan Uncategorized

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah: 1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkum4n, meskipun dilakukan berulang-ulang. 2. Perbandingan yang ditanamkan kum4n memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut. 3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkum4n. 4.Hanya sekali kum4n yang ditemui semasa proses penyelidikan, kum4n itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan. 5. Tidak ditemui kumpulan kum4n yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kum4n dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan. Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kum4n. Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kum4n pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang benama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataupun hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup?

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Banyak Perkara Yang Dibenci Oleh Kucing. Mungkin Ini Dapat Bantu Kucing Anda Daripada Stres.

Kucing tidak suka ditinggalkan bersendirian kerana ia boleh membuatkannya berasa tertekan. Menunjukkan rasa sayang kepada si bulus seperti memeluk, mencium dan mendukungnya adalah perkara biasa bagi pemilik kucing. Bagaimanapun kasih sayang yang ditunjukkan boleh ditafsirkan sebagai perkara berbeza oleh kucing. Malah ada beberapa perbuatan kita sebenarnya boleh membuatkan si bulus berasa marah dan jengkel. Pakar dalam perilaku kucing menjelaskan terdapat pelbagai perkara yang boleh mengganggu mood kucing termasuklah;

1. Kehadiran bayi

Perubahan besar dalam hidup kucing seperti berpindah rumah atau menyambut kehadiran bayi dapat membuatkan kucing berada dalam keadaan tertekan. Bagi mengelakkan si bulus berasa tertekan dengan suara bayi menangis, pemilik disarankan untuk memasang suara bayi di dalam rumah sebelum bersalin agar ia terbiasa. Pastikan juga pemilik meluangkan masa bermain dengan mereka sebelum ada bayi lain akan menggantikan tempatnya.

2. Perubahan kecil, kesan besar

Perubahan kecil seperti memindahkan tempat buang air, mengubah kotak makanan serta mengalihkan tempat tidurnya memberi kesan kepada kucing. Ia boleh membuatkan kucing melarikan diri dan sebab itu adakalanya mereka menyorok di bawah kerusi atau di celah almari. Apatah lagi jika pemilik berpindah rumah, ia memberi kesan lebih besar kepada emosinya. Jadi sebaik-baiknya, jika ingin mengubah kedudukan barang miliknya, lakukan secara berperingkat agar ia dapat membiasakan diri.

3. Kebosanan

Rutin yang sama boleh membuatkan kucing rasa bosan dan tertekan. Jadi untuk mengambil hatinya, belikan mainan baharu agar dapat membantu fikirannya lebih tenang dan gembira.

4. Aroma menyengat

Kucing mempunyai deria bau yang tajam sehinggakan aroma kuat seperti minyak wangi atau masakan boleh membuatkan ia berasa tidak senang. Biasanya ia akan melarikan diri bagi menenangkan diri. Jadi jangan kecil hati jika anda sudah pakai minyak wangi, tapi si bulus enggan mendekati anda. Tapi ada bau yang cukup digemarinya seperti catnip, lavendar dan buah anggur.

5. Kostum

Ramai yang gemar memakaikan kostum kepada kucing peliharaan mereka kerana ia nampak comel. Tetapi hakikatnya, kucing tidak gemar memakai pakaian dan sebab itu juga ia sering melarikan diri atau membuat muka monyok apabila dipakaikan kostum.

6. Membelai perutnya

Kebanyakan kucing tidak suka perut mereka dipegang dan kebiasaannya si bulus akan mencakar atau melarikan diri ketika kita cuba memegang perutnya. Bagaimanapun setiap kucing ada tarikan berbeza termasuklah ada yang suka perut mereka dibelai.

7. Berinteraksi dengan orang tak dikenali

Perhatikan reaksi kucing anda ketika seseorang tidak dikenali mendekatinya. Biasanya, ia akan melarikan diri atau tidak memberi respons apabila badannya diusap. Reaksi itu sebenarnya menunjukkan ia tidak selesa dengan orang yang tidak dikenalinya.

8. Ekornya dipegang

Kucing tidak suka ekornya dipegang atau ditarik kerana ia adalah bahagian sensitif. Bagaimanapun ia cukup suka jika bahagian leher atau badannya dibelai.

9. Bersendirian

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa sunyi dan bosan apabila ditinggalkan sendirian di rumah. Sebaik-baiknya, jika ia terpaksa ditinggalkan, sediakan makanan kegemaran atau permainan berkonsepkan penyelesaian masalah seperti puzzle bagi membolehkan ia fokus dan tidak memikirkan tentang rasa sunyi.

10. Makanan lama

Biasanya kita akan meletakkan semangkuk makanan kucing ketika keluar bekerja namun apabila pulang ia seolah-olah tidak berusik dan si bulus hanya makan dalam jumlah kecil. Sebenarnya, kucing tidak suka makanan yang terbiar lama dan sebaik-baiknya sediakan beberapa mangkuk dan isi makanannya dalam jumlah kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *