Wanita ini akui dia cuma memikirkan anaknya yang kelaparan dan demam itu. Sekali wanita ini tampil dedahkan perkara sebenar.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga Uncategorized

“Kalau boleh undur masa pasti saya tidak akan lakukan kerana tidak mahu kejadian ini berlaku namun ketika itu saya tidak berfikiran secara waras kerana memikirkan anak kelaparan dan demam,” kata ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mengambil sesuatu yang bukan kepunyaannya di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin. Wanita berusia 36 tahun itu turut menginsafi tindakannya itu selain menempuh pengalaman tidak pernah dialami dirinya apabila disoal si4sat polis selain tangan bergari ketika ditahan.

Bagaimanapun, dia bersyukur atas budi bicara dan belas kasihan polis terutama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dirinya dibebaskan dan kesnya tidak diteruskan. Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian dia ke pasar raya di Ara Damansara itu untuk membeli barang termasuk pelekat penyejuk demam (cool fever).

“Namun ketika itu saya hanya berbekalkan wang RM30 yang diberi oleh suami dan hanya dapat membeli ayam, roti dan air namun tidak cukup membeli pelekat penyejuk demam berserta sosej. Ketika itu hati saya berbelah bahagi sama ada hendak membeli pelekat penyejuk dem4m itu atau membeli ayam sedangkan anak saya juga kelaparan dan akhirnya saya bertindak untuk mengambil tanpa pengetahuan sesiapa pelekat penyejuk demam namun disedari pekerja itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Lembah Subang, di sini, hari ini. Menurutnya, perasaannya ketika itu hanya memikirkan nasib yang bakal menimpa dan akan dihukum kerana mengambil sesuatu tanpa diizinkan sesiapa selepas ditahan polis serta dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.

“Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana perasaan ini namun tidak sangka pihak polis masih ada belas k4sihan dan tidak meneruskan kes ini sebaliknya membeb4skan saya. Kelu lidah ketika itu sebaik dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu saya akan dilepaskan malah tidak terbalas jasa mereka kepada saya,” katanya. Menurutnya, dia bersama tiga anak berusia 11, enam dan tiga tahun bersama suami sudah empat tahun tinggal di sini.

“Sebelum ini saya mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual aiskrim di rumah sementara suami bekerja membantu rakan membaiki lif dan rumah namun pendapatan tidak tetap. Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat mengambil upah mengasuh menyebabkan hilang punca pendapatan,” katanya.

Wanita itu berkata, sejak berita itu tular dia menerima bantuan tidak putus daripada pelbagai pihak termasuk pihak polis sendiri. “Saya doakan tuan Nik Ezanee sentiasa diberi tubuh badan yang sihat, kesihatan baik, diberkati dan dilindungi Allah atas jasa beliau kepada saya. Kejadian ini memang menjadi pengajaran buat saya dan kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan ini saya ucapkan ribuan terima kasih,” katanya.

Suri rumah terbabit juga penerima bantuan wang zakat RM500 sebulan dan bersyukur apabila seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sudi membantu menawarkan pekerjaan tetap kepada suaminya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Selangor Dr Zaitol Salleh berkata, pihaknya sudah mengambil maklum kejadian menimpa keluarga terbabit dan bantuan awal sudah iaitu bakul makanan JKM yang diserahkan kepada mereka oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mewakili Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.

“Melalui semakan juga kita mendapati dia belum pernah memohon bantuan daripada JKM dan borang permohonan juga sudah diserahkan kepadanya untuk proses permohonan. Kita akan menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya selepas permohonan diterima,” katanya.

Terdahulu, wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mereka sekeluarga.

Memang asnaf berdaftar

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu. LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya pada Khamis. Terdahulu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada wanita berkenaan pada Rabu. Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya. Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Kantoi Ambil Kool Fever Dan Kek Serta Sosej. Tindakan ACP Nik Ezanee Dipuji Orang Ramai Setelah Membantu Keluarga Yang Dalam Kesusahan

Ambil tanpa izin adalah satu kesalahan dan sepatutnya perlu diambil tindakan,namun mungkin ada sudut yang kita perlu perhalusi,susulan perlaksannaan PKP kali kedua ini, sudah semestinya ia memberikan kesan kepada sesetengah golongan.

Mungkin ada niat disebaliknya dia melakukan perkara tersebut, mungkin pelaku itu kini dalam kesusahan, itulah yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah ini. Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain”

Semalam, difahamkan beliau menerima satu laporan dimana seorang suri rumah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.Menurutnya, barang itu merupakan kool fever, kek dan sosej. Ia membuatkan ACP Nik Ezanee terpanggil untuk memberikan bantuan kerana beliau yakin bahawa ibu tersebut ada masalah tersendiri.

“Semalam saya menerima laporan dikatakan ada wanita ditahan mengambil kek, kool fever. Saya rasa terpanggil untuk pergi berjumpa lah, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam tu.” Katanya menerusi video daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan, suami wanita ini tak bekerja akibat pandemik Covid-19. Mereka terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Pasaraya itu buat laporan mengenai kejadian itu. Disebabkan itu ACP Nik Ezanee datang ke rumah wanita tersebut, bukan untuk diambil tindakan, sebaliknya atas dasar belas ehsan, beliau bersama IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan barangan makanan dan harian kepada si ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Barang yang diberikan termasuklah barang-barang yang dikatakan diambil di pasaraya tersebut“Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain. Jadi saya nak sampaikan sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berikan kool fever buat anaknya.Sikap murni ACP Nik Ezanee ini telah mendapat perhatian warganet termasuklah di Twitter, mereka begitu kagum dengan kemuliaan beliau. Dalam masa yang sama, beliau juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melihat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *