Siapa sangka anak yang dulunya aktif dan peramah tiba tiba berubah. Ibu kongsi sakit misteri anak di group untuk minta sesuatu ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Hasif dari seorang yang aktif dan peramah tiba-tiba dalam masa setahun tidak boleh bercakap dan bergerak. Bayangkan hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak yang pada asalnya seorang yang aktif, peramah kini hilang keupayaan diri serta tidak boleh bercakap dan bergerak.

Lebih menyedihkan, wanita tabah ini bukan sahaja berdepan dugaan anaknya menghidap penyakit misteri malahan turut berbakti menjaga ibunya yang menghidap kanser payudara. Bagaimanapun, Lili Suhana Anuar tidak sedikit pun mengeluh tetapi lebih kepada bersyukur menjadi insan terpilih untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya.

“Saya minta maaf lari dari topik group ini. Saya cuma mohon budi baik semua doakan kesembuhan anak saya. Moga berkat doa semua Allah makbulkan dan dikembalikan kebaikan kepada anda semua, ” tulisnya di halaman Facebook. Ketika dihubungi mStar, ibu berusia 39 tahun itu memberitahu, niatnya berkongsi kisah anaknya secara terbuka adalah untuk mendapat doa daripada orang ramai. Di laman Facebook, status yang pernah dikongsikannya tular dan mendapat perhatian warganet dengan rata-rata bersimpati dengan apa yang sedang dilaluinya.

Lily mula berkongsi kisah anaknya itu di laman Facebook sejak November lalu.

“Saya mula berkongsi tentang Muhammad Hasif yang berusia 15 tahun sejak November lalu. Sebenarnya niat bukan mahukan simpati atau tunjuk apa yang saya lalui tetapi saya perlukan sangat doa orang ramai, mana tahu ada doa di antara mereka yang Allah angkat. Saya banyak kongsi kisah anak saya ini di group orang alim ulama seperti Ustaz Ebit Lew dan sebagainya kerana saya mengharapkan doa mereka. Kalau viral kisah anak saya pun, saya harap penuh dengan doa yang berpanjangan,” ujarnya yang mempunyai tiga anak lelaki.

Hasif perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas mengalami masalah pergerakan.

Selain Hasif, Lily yang turut mempunyai dua lagi putera iaitu Muhammad Zarif Hairil, 16 dan Muhammad Wazif yang berusia sembilan tahun itu berkata dia langsung tidak pernah menyangka anak keduanya akan berdepan dugaan menghidap penyakit seperti itu pada usia muda. Lily berkata dari kecil sehingga tamat sekolah rendah anaknya itu memang sangat aktif, peramah dan kreatif tetapi apabila memulakan pembelajaran di sekolah menengah tiba-tiba perangainya berubah menjadi pendiam.

“Walaupun saya sedih, tetapi saya selalu bersangka baik. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini biarpun susah untuk percaya apa yang telah berlaku. Memang berbeza sangat dia dulu dengan sekarang. Mulanya simptom ringan saja dan saya ingat ada masalah di sekolah sampai saya berjumpa dengan guru kaunseling. Malah, cikgu cakap dia memang tak ada masalah disiplin atau kes buli.

Yang peliknya, pelbagai ujian dah dibuat pada anak saya sampai pihak hospital ambil tujuh tiub darah tetapi semuanya tak ada simptom langsung, normal saja.

“Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, dia jadi lagi teruk sampai tak nak bercakap langsung, tak nak bangun, makan atau bergerak hingga berat badannya susut 30 kilogram,” jelasnya. Pada mulanya, Lily bersama suaminya, Hairil Hazlan, 45 cuba berubat secara rawatan Islam kerana ketika itu kes Covid-19 masih di peringkat awal lagi. Selepas kerajaan melonggarkan sedikit kawalan pergerakan dan kes Covid-19 pun semakin reda pada tahun lalu, mereka terus membawa Hasif berjumpa doktor di Hospital Serdang, Selangor.

Lily bersama suaminya, Hairil dan tiga cahaya mata lelaki mereka.

“Yang peliknya, pelbagai ujian dah dibuat pada anak saya sampai pihak hospital ambil tujuh tiub darah tetapi semuanya tak ada simptom langsung, normal saja. Dua minggu di Hospital Serdang kemudian dirujuk kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur hingga sekarang,” ujarnya.

“Saya bukan apa, nak cakap asnaf itu tak tetapi pendapatan saya dengan suami agak tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan anak sepenuhnya. Sebab itu saya juga terima jika ada yang baik hati dan doa nak berniat untuk beri sedikit sumbangan, saya terima,” akui Lily yang terpaksa menggunakan khidmat swasta untuk rawatan fisioterapi Hasif, selain kos vitamin dan suplemen yang diperlukan anaknya. Selain itu, jelasnya lagi, ketika ini pakar HKL telah merujuk kes anaknya ke luar negara untuk tujuan kajian.

AJK Masjid Terima Duit Gulung RM100 Tapi Bila Sekali Tak Terima Orang Masjid Jadi Gelisah Menjadi Tanda Tanya Dan Rupanya Ini Sebabnya Mereka Gelisah. Penderma Misteri Ini Sering Gunakan Duit Lama Dan Akan Menderma Setiap Hari Jumaat.

Seorang remaja berkongsi pengalaman mengenai penderma misteri yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih rancak ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma. Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat. Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung. Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya kepada mStar sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Duit gulung RM1 yang sering dijumpai sewaktu mengira tabung derma.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama. “Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100. Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya. Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Bila tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu. Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1. Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Di sebalik gulung RM1, tersembunyi wang kertas RM100.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah. “Hampir setiap Jumaat ada gulungan RM1 tu, jadi bila kami kira duit selepas solat Jumaat tetapi tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid. Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada urusan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

Bapa 8 Anak Ini Beralih Kerjaya Sejak PKPB Bersama Rakan Suraunya Dengan Menjual Nanas. Ini Nasihatnya Buat Semua Yang Hilang Sumber Pendapatan.

Sallehuddin bersama Carl yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu mengusahakan perniagaan gerai berasaskan nanas. Dalam menghadapi era pandemik serba sukar ini, kita seharusnya bijak mencari peluang demi meneruskan kelangsungan hidup. Jika diamati sepanjang tahun 2020, ramai yang kehilangan kerja serta sumber pendapatan gara-gara Covid-19 yang melanda. Malah, impaknya juga tidak mengenal latar belakang bangsa, kerjaya mahupun usia.

Di Saujana Impian, Kajang, Selangor, seorang lelaki berusia 59 tahun turut berjinak-jinak dengan perniagaan nanas madu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula di beberapa negeri, baru-baru ini. Menurut Sallehuddin Shuib, dia mencuba peluang baharu itu setelah 13 tahun berkecimpung dalam perniagaan berkaitan suplemen kesihatan.

Sallehuddin berniaga menggunakan keretanya sahaja.

“Umur dah dekat 60, tak tahu nak buat apa. Jadi saya cari pembekal nanas dan cuba terokai peluang perniagaan ini. Ia bermula dengan jual dalam boot kereta sahaja. Saya buka boot, letak kerusi. Kemudian buka meja sebelum seterusnya jual di gerai pula. Dah dua bulan lebih saya berniaga nanas. Sebelum ini dah 13 tahun jual suplemen, sebagai perunding kesihatan,” ujarnya kepada mStar. Menurut Sallehuddin, perniagaan gerai nenas itu diusahakan bersama rakannya yang dikenali sebagai Carl, 48 tahun yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha.

Ujarnya, Carl merupakan rakan jemaah di Surau Ar Raudhah, Saujana Impian dan persahabatan itu kini bercambah menjadi rakan perniagaan pula. Biarpun tidak mempunyai pengalaman, Sallehuddin menyifatkan rakannya itu sebagai seorang individu yang cukup jujur dan amanah. Sementara itu, Sallehuddin yang juga bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, konsep perniagaan nanas juga sama sahaja seperti apa yang diusahakannya sebelum ini.

Dua sahabat ini merupakan rakan jemaah di sebuah surau di Kajang.

Namun katanya, setiap peniaga harus berusaha dan tiada kejayaan datang dengan mudah khususnya dalam zaman seperti ini. “Konsep berniaga yang sebelum ini dengan yang sekarang sama sahaja. Cuma kena sabar dan tabah. Mula-mula berniaga nanas pun sambutannya agak perlahan. Hanya orang berniaga yang akan faham. Tak ada benda datang bergolek. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Jadi kena selalu konsisten dan semak misi kita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sallehuddin mengakui dia juga peka dengan apa yang dilalui ramai individu di luar sana sejak Covid-19 melanda. Namun katanya, dia percaya setiap individu perlu mencari kekuatan diri dan harus percaya kepada konsep rezeki.

“Kena bangun dan lihat peluang yang ada. Tak boleh duduk bersedih semata-mata. Kena ada inovasi. Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha,” ujarnya lagi. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan terhadap perniagaan berkenaan dan berharap mereka berpuas hati dengan hasil yang dibeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *