Ramai peniaga yang terkesan dikala waktu pandemik ini. Sekali penjaja makanan ini tampil menyatakan harapannya untuk waktu pandemik ini.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

“Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki,” itulah harapan kebanyakan penjaja makanan yang ditemui di Pusat Penjaja Persiaran Gurney di sini. Mereka berharap sekiranya kebenaran diberi kepada pelanggan untuk makan di kedai makan (dine in) iaitu mengehadkan dua orang untuk satu meja, sudah pasti dapat meringankan beban mereka menghadapi gel0mbang kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penjual Rojak, Tan Swee Hoe, 59, memberitahu Bernama perniagaannya meros0t semasa PKP kali ini dan kebanyakan yang datang untuk membeli makanan berbungkus di gerainya adalah pelanggan tetapnya atau penghantar makanan. Beliau berkata sekiranya kebenaran itu diberi, ia akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan peniaga.

“Sekiranya pelanggan dibenarkan makan di sini, kami boleh menghidangkan makanan terus kepada mereka dan pembeli dapat menikmati makanan yang masih panas dan segar,” katanya. Tan juga berkata, bulan lalu ketika Pulau Pinang berada dalam fasa pemulihan (PKPP), perniagaan jauh lebih baik kerana sasaran utama mereka adalah pelancong.

“Sekarang ini kita kembali kepada PKP, apabila perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan dan makan di restoran dilarang, apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah berdoa agar keadaan bertambah baik,” katanya lagi. Menurutnya, terdapat sekitar 111 gerai penjaja di Persiaran Gurney dan jika tiada PKP, sekurang-kurangnya 40 gerai akan dibuka pada hari Jumaat.

Bagaimanapun tinjauan Bernama di pusat penjaja di sini semalam mendapati hanya enam gerai beroperasi Sementara itu, pemilik gerai pasembur rojak, P Devi, 40, berharap wabak itu akan berakhir dan PKP akan ditamatkan tidak lama lagi, supaya perniagaan yang diusahakan bersama suaminya, M Raja, 45, dapat kembali ber0perasi seperti biasa.

Katanya, pada bulan lalu, musim cuti persekolahan yang panjang, perniagaan mereka berjalan lancar dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM800 dan RM1,000 pada hujung minggu. “Sekarang, kami betul-betul sukar mendapat pelanggan termasuk daripada servis penghantaran makanan. Minggu lepas kami buka dari Jumaat hingga Ahad, kami tidak dapat jual satu makanan pun untuk tiga hari itu,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun berniaga pasembur rojak, mereka tidak pernah mengalami keadaan sedemikian. Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membenarkan pelanggan makan di situ supaya perniagaan mereka dapat terus bertahan dalam menghadapi keadaan yang suk4r ini.

“Bukan sahaja dapat memberi kemudahan untuk penjual dan pembeli dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat, tetapi pelanggan juga boleh menikmati suasana di sini,” tambahnya. Pada 21 Jan lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, berkuat kuasa semalam

Pemilik gerai Muar Chee, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Miss Lai’, berkata, ia adalah langkah positif bagi penjaja apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan melanjutkan waktu operasi dari 8 malam hingga 10 malam. Peniaga berusia 51 tahun itu berkata, lanjutan waktu operasi itu dapat memberi pelanggan lebih banyak masa untuk membuat pesanan makan malam mereka.

“Ketika kami terpaksa menutup gerai seawal 7.30 malam, kebanyakan orang baru hendak pulang ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk memesan makanan untuk makan malam, jadi apabila 0perasi ini dilanjutkan ia memberi kelegaan kepada penjaja dan pelanggan,” katanya lagi.

Pelayan Restoran Ini Terima Hadiah Tahun Baru Seperti Ini. Tak Sangka Dia Menerima Tip Sebanyak Ini.

Tidak dinafikan tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar bagi kebanyakan individu. Oleh itu, sebaik sahaja tahun baru 2021 menjelma, ramai yang berdoa dan berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bagi seorang pelayan restoran, tahun baru 2021-nya bermula dengan sangat baik apabila dia menerima tip bernilai $2,020.00 daripada seorang pelanggan. Kalau convert duit Malaysia tu dapat RM8,126! Masyuk.

Memetik laporan Hindustan Times, insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran makanan India bernama Masala Mantra Indian Bistro di Florida, Amerika Syarikat. Kisah mengenai hal itu diceritakan melalui laman sosial Facebook rasmi premis berkenaan.

Menurut posting berkenaan, tip bernilai $2,020.00 itu diberikan seorang pelanggan kepada seorang pelayan restoran itu yang hanya dikenali Dawn. Tambah wakil restoran itu lagi, tip itu merupakan tanda penghargaan kepada Dawn yang dikatakan telah memberikan servis yang sangat baik pada hari kejadian.

“Kami semua tumpang gembira buat Dawn. Semoga Tuhan merahmati orang baik seperti ini. Tahun ini (2020) merupakan tahun yang sukar terutama sekali bagi kami yang bekerja dalam sektor makanan tetapi perbuatan baik ini merupakan penutup yang baik,” tulis restoran berkenaan. Walaupun identiti sebenar si pemberi tip baik hati ini tidak didedahkan, jumlah wang yang diberikan kepada Dawn berkemungkinan besar adalah salah satu trend yang dikenali sebagai 2020 Tip Challenge.

Buat korang yang tak tahu, 2020 Tip Challenge ini merupakan trend dimana seseorang individu akan memberikan tip berjumlah $2,020.00 atau $20.20 kepada mana-mana pelayan restoran sebagai salah satu cara untuk menyebarkan kegembiraan. Semenjak perkara itu dikongsikan ke laman sosial, warganet telah membanjiri ruangan komen Facebook restoran berkenaan.

Rata-ratanya berkata mereka tumpang gembira dengan pelayan Dawn dan memuji pihak restoran yang membenarkan pekerja mereka menyimpan tip berkenaan. Sementara itu, ada juga yang memuji pemberi tip misteri dengan berkata mereka gembira orang baik seperti ini masih wujud dalam dunia. Apa komen korang mengenai peristiwa ni? Sumber: Hindustan Times

Seorang Pemilik Restoran Di Suatu Tempat Ini Memasang Gambar Seorang Pemimpin K0munis. Disebabkan Itu Dia Kini Disiasat.

Baru-baru ini, seorang pemilik restoran makanan di Pulau Pinang didapati memasang serta menghiasi dinding premisnya dengan wajah pemimpin komunis,  Mao Tze Tong.Menurut laporan Astro Awani, pihak polis telah membongkar dua premis restoran iaitu di Pulau Tikus dan Auto City di Juru yang memaparkan gambar berkenaan.

Menerusi hasil siasatan polis, restoran tersebut dimiliki oleh seorang lelaki berusia 40 tahun. Setakat ini, pihak polis belum mengambil keterangan daripada pemilik premis kerana lelaki itu sedang menjalani kuarantin COVID-19 selama 14 hari. Menurut Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Rahimi Ra’ais berkata,  polis telah membuka kertas siasatan dan akan mengambil tindakan wajar terhadap pemilik restoran itu.Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.Gambar restoran itu tular di media sosial semalam dan mengundang kritikan warganet ekoran dindingnya dihiasi dengan gambar wajah pemimpin komunis berkenaan.

Sumber: Astro Awani (Dewi Nur Harasha Alias)

Tular Video Satu Pasangan Ini Apabila Isterinya Sampai Menangis Teresak Esak Di Restoran Makanan Korea Kerana Lagu Yang Dimainkan Itu Dianggap Sedih. Tak Sangka Reaksi Isterinya Yang Hamil Itu Benar Mengejutkan.

Zahin bersama isterinya yang hamil. Isterinya tiba-tiba menangis di kedai makan. Seorang suami sama sekali tidak menyangka isterinya secara tiba-tiba menangis di tempat awam.

“Punyalah power hormon masa hamil ni, isteri aku boleh nangis kat kedai makan sebab diorang (mereka) pasang lagu sedih,” tulisnya menerusi satu ciapan sehingga menjadi tular. Ketika kejadian, suami berkenaan, Amir Zahin Azham berkata, dia membawa isterinya menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea. Sementara menunggu pesanan, pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, satu lagu nyanyian kumpulan dari Korea Selatan yang dimainkan di restoran itu menarik perhatian isterinya.

Perkongsian Zahin mengenai isteri di laman Twitter menjadi tular.

“Isteri kata lagu ‘Because I am A Girl’ oleh kumpulan Kiss adalah kesukaannya. Tapi video muzik lagu berkenaan membuatkan dia rasa sedih. Tiba-tiba isteri kata dia nak menangis sebab teringat jalan cerita video muzik tu. Bila separuh lagu tu dimainkan, isteri dah tak tahan dan terus menangis teresak-esak,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Zahin, katanya, reaksi isterinya yang hamil anak pertama yang memasuki usia tujuh bulan itu mengejutkannya kerana benar-benar tidak pernah isterinya menangis di tempat awam.

Isteri Zahin kembali bertenang sebelum pesanan tiba.

“Isteri saya memang hati tisu, sensitif orangnya. Tapi tak pernah pula dia menangis secara tiba-tiba macam tu. Begitu hebat impak video muzik tu pada diri dia. Sebenarnya, pernah terjadi sebelum ni isteri menangis kerana lagu yang sama. Tapi ini pertama kali dia menangis di tempat awam sebab lagu tu,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mendirikan rumah tangga sejak 2018, dia menjelaskan bahawa video muzik itu membuatkan isterinya mengemukakan satu soalan yang tidak pernah difikirkannya selama ini. Menurut Zahin, video muzik itu mengisahkan seorang jurugambar yang meminati seorang gadis cantik dalam pertemuan yang tidak disengajakan ketika sesi fotografi.

Salah satu babak dalam video muzik lagu ‘Because I Am A Girl nyanyian kumpulan Kiss. sumber YouTube

“Mereka kemudian bercinta tetapi kejadian berlaku apabila mata gadis itu terkena bahan kimia yang digunakan untuk fotografi, sehingga merosakkan penglihatannya. Jurugambar itu kemudian mendermakan kedua-dua matanya bagi membolehkan kekasihnya itu melihat semula sebelum menjauhkan diri, sehingga sanggup meninggalkan kerjaya jurugambar dan minatnya dalam sukan permotoran.

Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi

“Jadi, isteri bertanya saya sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami seperti video muzik tu, adakah saya akan meninggalkan dia selepas mendermakan mata saya? Walaupun saya minta perkara yang berlaku di dalam video muzik itu dijauhkan dan semoga hubungan kami sentiasa diberi perlindungan, tapi jawapan saya mudah saja. Saya kata saya hanya mendermakan sebelah mata supaya kami sama-sama dapat melihat antara satu sama lain dan hidup bahagia,” katanya yang mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Zahin (kanan) mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, Zahin turut menegaskan bahawa kedua-dua mereka juga bukanlah pengikut drama, filem atau lagu dari Korea Selatan. “Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi. Memang tak sangka emosi dia terlebih masa mengandung ni. Tapi kami suka makan makanan Korea, kalau lagu tu dimainkan lagi bila datang ke restoran Korea, mungkin saya cepat-cepat beritahu pekerja untuk tukar lagu sebelum isteri menangis dan buat kejutan lagi,” ujarnya secara berseloroh.

Wanita Ini Mulai Takut Sejak Usia Kandungan Keduanya Masuk Minggu Ke 24 Atas Sebab Ini. Wanita Ini Berkongsi Cerita Peristiwa Hitam Kehamilannya Sebelum Ini.

Pengalaman melahirkan bayi pramatang membuatkan seorang ibu ini tr4uma dan bersungguh-sungguh menjaga kandungan seterusnya. Bagisetiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah pasti mereka menginginkan zuriat sebagai penyeri dan penyambung keturunan.

Namun rezeki setiap pasangan berbeza-beza. Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk bergelar ibu dan bapa, ada pula yang dikurniakan cahaya mata selepas lebih 10 tahun berkahwin. Ada juga wanita yang diberikan rezeki untuk hamil namun mengalami pelbagai komplikasi ketika kehamilan, sebagaimana kisah yang dilalui oleh wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ila Fyra ini. Meskipun sudah 14 tahun berlalu, apa yang dialaminya masih segar dalam ingatan dan pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

“Semasa itu saya bekerja dan masih belajar separuh masa di UKM. Ada kes pendar4han dan saya dimasukkan ke hospital. Disebabkan ini kali pertama, saya juga tiada pengalaman. Saya keluar wad dan berehat. Kemudian ada pendarahan lagi, masuk wad lagi dan kemudian keluar wad lagi. Di hospital saya dah mula rasa sakit kontraksi tetapi doktor benarkan saya balik. Sudahnya malam tersebut sakit semakin kerap dan saya kembali ke hospital. Masa tu dah buka 4cm dan doktor cuba bagi ubat untuk elakkan kontraksi datang lagi.

Pengarang jantung Ila Fyra ketika mereka masih kecil.

“Hanya sehari saya dapat bertahan, esoknya saya melahirkan bayi tersebut ketika usia kandungan 24 minggu, 6 hari seberat 635gram. Bayi kemudiannya telah pergi dua hari kemudian,” katanya kepada mStar.

Menurut wanita ini, pengalaman mengalami komplikasi ketika kehamilan sehingga kehilangan bayi yang membuatkan dirinya trauma yang bukan kepalang sehingga dia mengambil masa selama empat tahun sebelum hamil untuk kali kedua. Untuk kehamilan yang baharu, Ila Fyra berkata dia mempersiapkan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu mengenai kehamilan demi mengelakkan kandungannya mengalami komplikasi yang menyebabkannya melahirkan bayi pramatang sekali lagi.

“Saya memang tr4uma dengan kehilangan anak, jadi saya berjanji pada diri sendiri yang jika hamil lagi, saya akan cuba pastikan ia tidak berlaku lagi. Dalam masa empat tahun tersebut saya memang banyak membaca dan ada berjumpa beberapa doktor untuk mendapatkan pandangan. Jadi saya faham apa yang saya perlu sekiranya saya mengandung lagi,” ujar wanita berusia 41 tahun ini.

Kedua-dua putera Ila Fyra kini berusia 10 tahun dan tujuh tahun.

Terpaksa menjalani beberapa rutin yang agak ‘ketat’ antaranya pengambilan ubat, cerclarge (j4hitan pangkal rhim) serta berehat sepenuhnya daripada kerja-kerja rumah sepanjang kehamilan seterusnya, namun menurut wanita, semuanya dilakukan demi memastikan kandungannya bertahan dan sihat.

“Hanya satu sahaja yang menguatkan diri saya iaitu untuk memastikan bayi saya sihat dan kekal di dalam kandungan sehingga cukup bulan. Pada ketika itu, hanya saya satu-satunya harapan bayi untuk bertahan. Saya juga tidak sanggup sekiranya bayi dilahirkan pramatang lagi kerana cabaran membesarkan bayi pramatang sangat sukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *