Polis tak puas hati dengan rider hanya sebabkan mi goreng ini. Rupanya ini yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pang bekerja sebagai runner penghantar makanan ‘mi bodo’ di kawasan berdekatan gerai makan tersebut. Kisah  rider sering kali menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermacam-macam gelagat dan pengalaman yang dikongsikan geng rider cepat sahaja dapat dihidu warganet sehinggakan ia tular di laman media sosial.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 34 tahun dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka apabila dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan sekatan jalan raya baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Nazarrudin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pagi Jumaat lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Semabok, Melaka ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan di kawasan berdekatan. Pemuda itu memberitahu, ketika dia berhenti di sekatan jalan raya itu, ada anggota polis bertanya apa ada di dalam tempat isi makanan yang dibawanya. Selepas dia selamba menjawab ‘mi bodo’, anggota terbabit mengulangi soalan sama dua kali dan dia tetap memberi jawapan sama.

Pang bersama isterinya Izwanie yang sedang hamil lapan bulan dan dua orang cahaya mata perempuan.

Ketika itulah, polis bertugas terbabit dengan muka menahan marah mengarahkan dia untuk ke tepi. “Dia suruh saya buka beg makanan tersebut. Spontan dia tanya nama mi ni bodo ka? Aku ingat kau bodohkan aku. Dah jalan! Bila saya dah jalan depan sikit baru saya terfikir, oh… dia ingat saya cakap bodoh dekat dia, ” ujarnya yang mengakui gemuruh ketika melalui detik itu.

Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu.

Nazarrudin atau lebih dikenali sebagai Pang berkata, mungkin anggota polis tersebut bukan berasal atau tinggal di Melaka kerana rata-rata orang di negeri Hang Tuah itu tahu kewujudan ‘mi bodo’ ini. “Sejak PKP ini memang saya buat runner untuk Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera ini. Sebelum ini saya berniaga burger sepenuh masa.

“Saya tak buat Foodpanda atau GrabFood. Baru dua minggu saya buat runner dan ini kali pertama saya ditahan dan berdepan situasi macam ini. Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu, ” jelasnya.

Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera yang popular di negeri Melaka.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata perempuan itu, Irdina Raisya dan Airish Raika yang masing-masing berusia enam dan lima tahun berkata sejak status yang dimuat naiknya itu tular, banyak pesanan ‘mi bodo’ diterima sehingga dia tidak menang tangan dan terpaksa menolak. Sehingga kini posting itu meraih 600 likes dan 100 share di laman Facebook. “Sejak tular gerai mi hadkan sehari 100 bungkus sahaja untuk saya buat penghantaran, sebab yang beratur kat gerai pun ramai.

Tular perkongsian yang dibuat Pang mengenai perbualannya bersama salah seorang anggota polis ketika membuat sekatan jalan raya.

“Sekarang mereka bayar saya mengikut kilometer penghantaran. Alhamdulillah.. cukuplah untuk makan anak bini, ” ujarnya. Bagaimanpun, kata Pang, buat masa ini kerja sebagai runner untuk mengumpul wang sampingan dan akan memulakan operasi gerai burger jika situasi kembali pulih kerana perlu membuat persiapan untuk menyambut ahli baharu dalam keluarganya kerana isterinya kini hamil lapan bulan.

Wanita Ini Sanggup Menyediakan Snek Percuma Untuk Menghargai Geng Rider. Tak Sangka Usahanya Itu Memberi Aura Positif Pada Rider.

Usaha murni Natasha dimulakan sekitar dua minggu lalu. Setiap orang ada cara tersendiri dalam menzahirkan rasa syukur dan apresiasi mereka terhadap orang lain. Terbaharu, tular di Twitter mengenai usaha seorang wanita yang menyediakan makanan ringan dan minuman buat golongan penghantar barang serta makanan di hadapan kediamannya yang terletak di ibu negara.

Menurut Natasha Hidayah Hashim, 29, usaha murni itu tercetus menerusi Twitter, sebagaimana yang turut dilakukan oleh penduduk di Amerika Syarikat (AS). “Saya dapat idea daripada Twitter, orang dari AS letak snek di luar rumah untuk golongan rider. Saya sebenarnya jarang membuat pembelian online. Tapi sekarang makin kerap sebab kes Covid-19 meningkat, ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita,” ujarnya kepada mStar.

Selain inspirasi masyarakat luar negara, dia juga sedikit tersentuh apabila terserempak dengan penghantar barang yang membawa anak ketika bertugas baru-baru ini. Jelasnya, pemberian makanan dan minuman percuma itu baru dimulakan sekitar dua minggu lalu. “Saya nak tunjuk apresiasi kepada mereka. Baru-baru ini saya nampak penghantar barang tu bawa anak-anak dalam kereta. Memang terasa sedih. Bermula dari situ saya letak makanan di luar rumah. Mula-mula letak biskut sikit, tak sangka habis.

Dengan situasi negara macam ni, kita perlu berbuat baik sesama kita.

“Kemudian saya beli makanan ringan, air mineral… sekarang nak tambah air laici pula. Tambah-tambah cuaca panas, jadi mereka tak perlu pergi ke kedai, mereka pun nak cepat,” ujarnya lagi. Menurut penerbit kandungan sebuah portal gaming itu, dia gembira apabila makanan serta minuman yang disediakan dapat memberi manfaat buat golongan berkenaan. Mereka happy kami buat macam tu. Saya suruh ambil, dia tanya betul ke? Saya juga ada letak nota di situ,” ujarnya lagi.

Foto yang tular di laman Twitter.

Kata Natasha, dia tidak sangka posting berkenaan tular namun berharap ia dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana. Tambahnya, dia juga berharap agar perjalanan semua rider dan penghantar barang dalam tugasan mereka dilindungi dan sentiasa selamat.

“Pada saya, mereka juga frontliner. Dengan situasi negara macam ni, kita perlu berbuat baik sesama kita. Kerja mereka juga bahaya, risiko tinggi. Saya cuma nak cakap terima kasih sebab pastikan kami dapat makanan. Moga sentiasa hati-hati,” ujarnya lagi. Sehingga kini, posting Natasha di Twitter menerima lebih 1,500 ulang kicau (Retweet).

Gadis Ini Sebak Bapa Sanggup Whatsapp Tiada Pelanggan Dan Makanan Tak Laku. Perkongsian Gadis Ini Ternyata Meraih Perhatian Orang Ramai Di Twitter

Pandemik Covid-19 bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai, malah turut memberi kesan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara. Ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa menutup perniagaan dan tak kurang jugak yang terpaksa menjual aset dimiliki bagi menampung kehidupan.

Tidak terkecuali mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Di Twitter, seorang gadis berkongsi tangkap layar perbualan bersama bapanya yang sebak menceritakan perniagaan mereka yang kurang mendapat sambutan.

Perkongsian di Twitter itu mendapat sambutan yang positif dan dibanjiri komen warganet yang prihatin. Sabby Idham turut menyatakan perasaan sebak dan sedih apabila melihat kedua ibu dan bapanya bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menanggung keluarga. 

Dalam perkongsian itu juga, bapanya menghantar satu gambar kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp untuk menunjukkan restoran mereka tiada pelanggan. Menurut mesej yang dihantar oleh bapanya itu, makanan yang ada di kedai mereka tidak luak kerana kekurangan pelanggan. Nasi lemak banyak lagi.. lontong tak sentuh langsung.. kueh pun banyak.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan sokongan kepada restoran tersebut untuk terus beroperasi di samping mendoakan semoga keluarganya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.Di ruangan komen perkongsian itu, ramai juga warganet yang berkongsi pengalaman sedih kerana menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki akibat pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan. Semoga peniaga kecil di luar sana dipermudahkan segala urusan untuk teruskan mencari rezeki yang halal dalam waktu yang sukar ini.

Tular Video Satu Pasangan Ini Apabila Isterinya Sampai Menangis Teresak Esak Di Restoran Makanan Korea Kerana Lagu Yang Dimainkan Itu Dianggap Sedih. Tak Sangka Reaksi Isterinya Yang Hamil Itu Benar Mengejutkan.

Zahin bersama isterinya yang hamil. Isterinya tiba-tiba menangis di kedai makan. Seorang suami sama sekali tidak menyangka isterinya secara tiba-tiba menangis di tempat awam.“Punyalah power hormon masa hamil ni, isteri aku boleh nangis kat kedai makan sebab diorang (mereka) pasang lagu sedih,” tulisnya menerusi satu ciapan sehingga menjadi tular. Ketika kejadian, suami berkenaan, Amir Zahin Azham berkata, dia membawa isterinya menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea. Sementara menunggu pesanan, pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, satu lagu nyanyian kumpulan dari Korea Selatan yang dimainkan di restoran itu menarik perhatian isterinya.

Perkongsian Zahin mengenai isteri di laman Twitter menjadi tular.

“Isteri kata lagu ‘Because I am A Girl’ oleh kumpulan Kiss adalah kesukaannya. Tapi video muzik lagu berkenaan membuatkan dia rasa sedih. Tiba-tiba isteri kata dia nak menangis sebab teringat jalan cerita video muzik tu. Bila separuh lagu tu dimainkan, isteri dah tak tahan dan terus menangis teresak-esak,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Zahin, katanya, reaksi isterinya yang hamil anak pertama yang memasuki usia tujuh bulan itu mengejutkannya kerana benar-benar tidak pernah isterinya menangis di tempat awam.

“Isteri saya memang hati tisu, sensitif orangnya. Tapi tak pernah pula dia menangis secara tiba-tiba macam tu. Begitu hebat impak video muzik tu pada diri dia. Sebenarnya, pernah terjadi sebelum ni isteri menangis kerana lagu yang sama. Tapi ini pertama kali dia menangis di tempat awam sebab lagu tu,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mendirikan rumah tangga sejak 2018, dia menjelaskan bahawa video muzik itu membuatkan isterinya mengemukakan satu soalan yang tidak pernah difikirkannya selama ini. Menurut Zahin, video muzik itu mengisahkan seorang jurugambar yang meminati seorang gadis cantik dalam pertemuan yang tidak disengajakan ketika sesi fotografi.

“Mereka kemudian bercinta tetapi kejadian berlaku apabila mata gadis itu terkena bahan kimia yang digunakan untuk fotografi, sehingga merosakkan penglihatannya. Jurugambar itu kemudian mendermakan kedua-dua matanya bagi membolehkan kekasihnya itu melihat semula sebelum menjauhkan diri, sehingga sanggup meninggalkan kerjaya jurugambar dan minatnya dalam sukan permotoran.

Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi

“Jadi, isteri bertanya saya sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami seperti video muzik tu, adakah saya akan meninggalkan dia selepas mendermakan mata saya? Walaupun saya minta perkara yang berlaku di dalam video muzik itu dijauhkan dan semoga hubungan kami sentiasa diberi perlindungan, tapi jawapan saya mudah saja. Saya kata saya hanya mendermakan sebelah mata supaya kami sama-sama dapat melihat antara satu sama lain dan hidup bahagia,” katanya yang mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Zahin (kanan) mula mengenali isterinya sejak berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, Zahin turut menegaskan bahawa kedua-dua mereka juga bukanlah pengikut drama, filem atau lagu dari Korea Selatan. “Kami tak follow mana-mana cerita Korea pun, cuma lagu K-Pop yang satu tu je buat isteri saya terlebih emosi. Memang tak sangka emosi dia terlebih masa mengandung ni. Tapi kami suka makan makanan Korea, kalau lagu tu dimainkan lagi bila datang ke restoran Korea, mungkin saya cepat-cepat beritahu pekerja untuk tukar lagu sebelum isteri menangis dan buat kejutan lagi,” ujarnya secara berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *