Cekyana sanggup perhabiskan duitnya sebanyak ini untuk memberi sumbangan pada pesakit positif. Warganet memuji tindakan yang diambil olehnya.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan video seorang kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) kehilangan bapanya disebabkan C0vid-19. Suasana pilu yang menyelubungi video itu membuatkan banyak pihak terpanggil untuk menyantuninya dan menghulurkan sumbangan buat penghuni pusat kuarantin tersebut.

Beri sumbangan makanan kepada pesakit & frontliner

Salah seorangnya ialah usahawan berjaya yang sangat sinonim dengan produk Rempah Oden Viral Cekyana. Pengusaha produk tersebut yang dikenali sebagai Cekyana telah terpanggil untuk memberikan sumbangan makanan buat pesakit yang sedang dikuarantin dan juga staff barisan hadapan di MAEPS dan juga Pusat Rawatan Kusta Hospital Sungai Buloh.

Beli ribuan kotak KFC

Di laman Facebook Cekyana, dia dan teamnya telah pergi ke restoran makanan segera KFC dan membeli  4,000 kotak set makanan untuk diagihkan kepada penghuni dua lokasi pusat kuarantin yang dinyatakan sebelum ini.

Sama2 kongsi rezeki

Dalam perkongsian tersebut, Cekyana berharap pemberiannya yang tidak seberapa itu dapat menghadirkan senyuman buat penghuni kedua-dua pusat kuarantin C0vid-19 terbabit. Dia juga sempat berkongsi gambar-gambar senyuman di wajah penghuni Pusat kuarantin MAEPS dan Hospital Sungai Buloh apabila menerima makanan KFC daripadanya.

Wajah2 gembira di MAEPS

Semua dapat makan KFC di Hospital Sungai Buloh

Kongsi perjalanan memberi sumbangan di YouTube

Cekyana juga telah membuat video perjalanannya membeli dan menghantar sendiri makanan KFC ke dua lokasi pusat kuarantin ini dan dimuat naik ke saluran YouTube Masak Masak Cekyana sebagai salah satu bentuk kerja amal yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua pihak.

Insan2 berhati mulia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosialnya telah memuji tindakan murni yang dilakukan oleh usahawan itu. Mereka juga berasa gembira melihat Cekyana sama-sama berkongsi rezeki buat para frontliners dan pesakit Covid-19 yang sedang berju4ng melawan virus bahaya ketika ini.

Founder yang kaya & pemurah

Semoga dimurahkan rezeki Cekyana

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor,ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021.”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.

Dimaklumkan Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepatkan Dan Dikreditkan Mulai 21 Januari Ini. Ini Maklumat Lanjut Berkenaan BPN 2.0

PUTRAJAYA, 13 Jan – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Bagi penerima B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Jan ini, manakala bagi penerima M40, turut sama dikreditkan ke dalam akaun bank pada 25 Jan berikutnya.“Bagi penerima tanpa akaun bank pula, pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

“Manakala bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat mulai awal Februai sehingga 1 April di lokasi-lokasi pengeluaran yang akan diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.Semakan kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini.

Pembayaran Fasa Kedua Beserta Bayaran Kepada Permohonan Baharu Dan Rayuan Yang Lulus Akan Dibuat Dalam Bulan Januari. Ini Penjelasan Lanjut Tentang BPN

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Anda akan menerima baki jumlah pembayaran, sila rujuk di bawah.Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300. Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200.Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150.Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.Sumber : BHARIAN ONLINE

Masih dalam proses

KUALA LUMPUR – Proses semakan permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sedang dijalankan dan pembayaran bagi mereka yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), beliau berkata, setakat 4 Disember 2020, seramai 10.13 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pembayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan jumlah RM4.6 bilion, atau 97 peratus daripada RM4.8 bilion yang telah diluluskan bagi fasa pertama.

Proses pembayaran melalui BSN juga masih diteruskan sejak 26 Oktober lepas.“Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, setakat 4 Disember, sejumlah RM856.9 juta telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun 285,626 PKS Mikro yang telah diluluskan. Proses rayuan juga telah dibuka dari 7 Disember hingga 21 Disember lepas.

“Kesemua rayuan akan melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam pembentangannya mengenai laporan Laksana Ke-34, laporan terakhir untuk 2020, melalui laman Facebook beliau pada Rabu.

Di bawah pakej Kita Prihatin untuk Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, sebanyak RM239.73 juta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja.“Majikan yang memerlukan PSU 2.0 masih boleh memohon sehingga 31 Disember ini,” kata Tengku Zafrul.

Pakej Kita Prihatin yang diumumkan pada September adalah bernilai RM10 bilion.Tengku Zafrul berkata, laporan Laksana telah menjadi medium penting untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dan apabila digandingkan dengan data raya, kerajaan mampu menambah baik atau melanjutkan inisiatif tertentu.

“Contohnya, penambahan bagi Bantuan Prihatin Nasional daripada RM11.5 bilion kepada RM18 bilion, Geran Khas Prihatin daripada RM1.64 bilion kepada RM2.55 bilion, subsidi bil elektrik kepada lebih RM2 bilion, program subsidi upah daripada RM10 bilion kepada lebih RM17 bilion dan pelbagai lagi – semua ini adalah antara lain, hasil pemantauan berterusan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat dan perniagaan,” katanya.

Katanya, inisiatif Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan sudah mencapai kadar penyaluran sekitar 94 peratus bagi program jangka pendek seperti BPN dan GKP, diikuti pencapaian sekitar 89 peratus bagi program jangka sederhana seperti PSU dan skim pengekalan pekerjaan.

“Bagi program jangka panjang, kadar pengambilan masih rendah seperti program pembiayaan sekuriti makanan pada kadar 31 peratus dan ada yang tinggi seperti program pinjaman mikro kredit Tekun pada kadar 99.8 peratus.“Bagi pakej Penjana, bantuan jangka pendek sudah mencapai penyaluran 76 peratus, diikuti pencapaian antara 77 peratus dan 90 peratus bagi bantuan jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Menjelang 2021, Tengku Zafrul berkata, dalam negara terus berhadapan dengan situasi Covid-19, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, termasuk pakej Penjana dan Kita Prihatin yang masih berterusan serta inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal dilaksanakan.“Ini termasuk fasa kedua BPN 2.0 berjumlah RM2.2 bilion yang akan disalurkan pada Januari 2021, dan program i-Sinar KWSP,” katanya.

Selain itu, pelbagai program untuk golongan mudah terjejas, PKS dan perusahaan mikro, serta pekerja sambilan yang memerlukan pembiayaan juga telah dirancang di bawah Belanjawan 2021.Bagi PKS, bantuan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) boleh diakses melalui laman web BNM. Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/index_bm.html.

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya akan terus memastikan pelaksanaan inisiatif yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi yang berdaya tahan.“Agensi Laksana akan terus memantau 32 inisiatif di bawah pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang masih diteruskan, bersama dengan sekurang-kurangnya 21 inisiatif di bawah belanjawan yang akan bermula seawal Januari 2021,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *