Anak kejutkan bapa tengah malam semata mata ajak main layang layang. Telatah anak ini buatkan warganet terhibur.

Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Ayah sering menjadi teman untuk bermain buat si kecil. Daripada bermain lego hinggalah berlakon menjadi ‘kuda tungg4ngan’, semuanya sanggup dilakukan demi anak tersayang.

Baru-baru ini, seorang ayah berkongsi kisah lucu si anak yang mengajaknya untuk bermain layang-layang pagi-pagi buta. Kongsi Asy-Syakirin, anaknya Abdullah sebelum ini sering meminta nasi pada tengah malam, namun kali ini permintaannya berbeza. “Bambam buat hal lagi. Kau ni kan, kalau tengah-tengah malam minta nak makan nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa. Tapi malam tadi kau punya perangai lain macam laa. Kau tak boleh tidur, kau kejutkan ayah ajak main layang-layang pulak dah tengah-tengah malam ni.”

Macam mana la kau boleh teringin nak main layang-layang pulak ni. Abdullah Abdullah.. Takpelah, ayah layankan je. Risau jugak ayah kalau ayah tak bangun jap lagi buatnya kau baca Yassin pulak kat telinga ayah ni, tak kan terperanjat ayah sekali lagi dibuatnya nanti. Serik ayah.. Lagipun bulan PKP sekarang, kesian jugak kau. Tak pe la.. Asalkan kau ada depan mata ayah dan lepas ni kau tidur ye Bambam. Kalau tak, ayah percepatkan tarikh kau sunat tu tau. Ingat tu..

Jenuh jugaklah ayah perah otak macam mana nak main layang-layang dalam rumah ni. Lepas solat sunat dua rakaat baru ayah dapat idea. Haa, macam ni boleh kot Bambam. Asalkan layang-layang tak terputus talinya. Kau tahu tak, rumah orang lain bercahaya pukul 3 pagi sebab Qiamullail, tapi rumah kita ni bercahaya pukul 3 pagi sebab main layang-layang Bambam ooii.. Adoi la anak.. Perangai. Sempat lagi dua jari kau buat peace ye..

Gelagat mereka berdua membuatkan orang ramai terhibur dan kagum dengan usaha si ayah melayan permintaan anak untuk bermain.

Steady bapaknya

Kreatif betul ayahnya

Berlatih kejutkan sahur ye nak

Hebat main layang-layang dalam rumah

Nak tengok lagi telatah Bambam? Jom tengok di sini. Sumber: Asy Syakirin

Nampak Depan Mata Tikus Besar Buat Sesuatu Kat Lengan Bayi Dia. Ibu Kepada Bayi Ini Terus Buat Ambil Satu Inisiatif Yang Jarang Dibuat Orang

Ketika anak dia sedang tidur berseorangan,seorang ibu ini berhadapan dengan tr4uma selepas mendapati lengan bayinya yang cedera akibat digigt oleh tikus besar. Mneceritakan kembali kejadian yang berlaku pada November lalu,Jane Hunter berkata dia terjaga kira kira pukul 4 pagi selepas terdengar bayinya,Rowan yang berusia 18 bulan menangis dengan kuat.

Bingkas Jane ke bilik tidur Rowan sebelum terlihat seekor tikus besar sedang menggigt tangan anaknya itu. Ibu yang berusia 34 tahun itu segera halau haiwan berkenaan dan membawa bayinya ke hospital selepas mendapati cadarnya penuh dengan tompokan cecair merah,selain terdapat tiga kesan ggitm di lengan kanan.

Jane yang tinggal di sebuah rumah ladang dan menternak kuda berkata, dia sebelum ini pernah beberapa kali ternampak tikus namun ia bukanlah sebesar tikus yang mencederakan bayinya.Sejak kejadian itu, dia memelihara seekor kucing bernama Buttons sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah berkenaan.

Dua Ekor Sahaja Dapat Diselamatkan Dan Satu Pergi Buat Selamanya. Pakcik Ini Sanggup Lalui Banjir Paras Pinggang Demi Selamatkan 2 Ekor Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Rupanya Ada Sebab Di Sebalik Telatah Kucing Yang Satu Ini. Ini Antara Punca Kucing Kesayangan Suka Tunjuk Punggung Pada Tuannya

Kebanyakan haiwan sering menunjukkan emosi dan kelakuannya melalui ekpresi muka atau pergerakan badannya. Contoh yang paling mudah untuk difahami adalah anjing. Anjing mempunyai emosi yang mudah diketahui dengan melihat ekpresi muka seperti marah, lapar, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan kucing, haiwan ini sukar untuk mengenal pasti emosinya namun ia memberi petunjuk dengan cara yang lain.

Ada sesetengah mempercayai kucing boleh menunjukkan reaksi seperti anjing. Cuma sukar untuk kita fahami apa sebenarnya yang mereka cuba untuk sampaikan. Kadangkala ada kucing yang sengaja menggerakkan ekornya untuk memberitahu isyarat yang mereka selesa dengan kawasan disekelilingnya.

Begitu sukar untuk mempelajari isyarat yang diberikan oleh kucing. Bagi yang cuba berkomunikasi dengan kucing pasti menantikan reaksi kucing seperti yang diharapkan. Namun ada sesetengah berasa kesal kerana kadangkala boleh salah faham dengan tindakan dan emosi mereka.

Kenapa kucing suka tunjukkan punggungnya?Kucing kebiasaanya memberi komunikasi secara visual  kepada manusia. Setiap daripada pergerakan telinga, ekor, mata dan punggung menunjukkan isyarat yang mudah difahami oleh kucing-kucing lain dan juga manusia.

Pergerakan ekor kucing adalah menjadi satu tindak laku yang normal oleh semua kucing, namun seringkali kucing menunjukkan punggungnya kepada manusia sambil menggeselkan kepala membawa maksud yang tertentu.  Sukar untuk kita tafsirkan kemahuan mereka. Tetapi menurut The Spruce Pets, dalam dunia kucing mereka suka pamerkan punggungnya supaya dapat dilihat dan mengenali sesama kucing yang lain. Hal ini sama seperti dengan manusia ketika berjabat tangan dan ingin berkenalan antara satu sama lain.

Jadi apabila kucing menunjukkan punggungnya kepada kita, mungkin mereka ingin ditegur oleh kita atau sekadar inginkan perhatian daripada kita.Kebanyakan dari mereka yang telah lama pelihara dan menjaga kucing mengaku bahawa kucing yang suka menunjukkan punggungnya akan tinggalkan bau yang kurang menyenangkan. Namun disebabkan perasaan sayang membuatkan pemilik kucing sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Pertunjukkan punggung kucing.Bau yang kurang menyenangkan daripada kucing adalah daripada kawasan punggung di bawah ekornya. Selalunya anak kucing menjatuhkan ekornya ke bawah dan tidak mahu dihidu oleh sesiapa. Perkara ini mungkin boleh disamakan dengan seseorang yang malu menyembunyikan mukanya untuk tidak dilihat oleh sesiapa.

Setiap kucing yang mengangkat ekornya adalah bermaksud tiada ancman yang diberikan. Justeru, kucing yang mengangkat ekor sambil menghidu punggungnya adalah disamakan dengan ciuman di pipi antara manusia dengan manusia dan sama seperti memberi salam kepada yang lain.

Namun begitu, adakah kucing yang mengangkat ekornya memberi tanda supaya kita perlu menghidu punggungya? Sudah tentu ianya tidak sama sekali. Kucing sememangnya bijak dan tahu bahawa manusia yang memahaminya akan melihat dari segi isyarat bahasa badan yang ditunjukkan. Mereka melakukan isyarat bahasa badan yang sopan untuk ditunjukkan kepada manusia seperti mengangkat ekor dan menunjukkan punggungnya kepada kita. Selain daripada memberi mereka pujian, kucing juga suka dibelai dan suka untuk menghidu manusia supaya mereka mendapatkan perasaan yang tenang dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *