Remaja ini pelik bila pokok ibunya tinggal ranting. Lepas selak daun terbongkar punca pokok ibunya tinggal ranting

Viral

Seringkali hobi berccuk tanam di halaman rumah sinonim dengan golongan wanita. Selain dapat mencantikkan landskap kediaman, ia juga seperti salah satu terapi yang boleh mengurangkan tekanan seharian. Tidak ketinggalan, seorang pemuda ini sempat berkongsi mengenai tanaman kesayangan si ibu yang musnah.

Habis licin pokok tinggal ranting je..Rupa-rupanya habis kena makan dengan ulat daun.Hasebi hairan apabila melihat pokok yang ditanam ibunya di halaman rumah cuma tinggal ranting. Malah boleh dikatakan tanaman tersebut ibarat kekeringan tanpa sebarang daun. Walhal, tumbuhan sekitar yang lain elok sahaja berdiri segar tanpa ada sebarang kerosakan. Rupa-rupanya semua adalah angkara ulat daun yang sedang berselera membuat ‘parti makan’.

Pergi kutip semua ulat daun masuk bekas..Bukan 2 atau 3 ekor tapi satu geng.Tanpa membuang masa, remaja berkenaan telah bertindak mengutip hampir kesemua haiwan tersebut pada dahan tanaman berdekatan. Lebih mengejutkan lagi, bukan cuma beberapa ekor malah boleh dikatakan penuh satu bekas.

Lepas dah kutip pergi bela pulak..Nak tengok jadi rama-rama ke tak
Merasa curious dengan cara haiwan tu beranak pinak, pemuda tersebut telah bertindak membela beberapa ekor ulat di dalam sebuah akuarium kecil. Malah dia juga siap menyediakan beberapa ranting pokok sebagai makanan kepada binatang itu.Sumber: TikTok m.hasebi 

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Tular Anak Muda Tunggu Di Tepi Jalan Untuk Mengagihkan Makanan Dan Minuman Kepada Pengguna Jalan Raya. Tak Sangka Sampaikan Air Mineral Dan Roti Di Kedai Habis Stok

Sekumpulan anak-anak muda Felda Lakum mengagihkan makanan dan minuman kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan alternatif.SEJAK seminggu lalu, beberapa negeri dilanda hujan lebat saban hari sehingga mengakibatkan banjir yang teruk terutamanya di Pantai Timur yang menyaksikan belasan ribu orang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Selain itu, beberapa jalan utama juga telah ditenggelami air antaranya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menyebabkan ribuan kenderaan terkandas dan terpaksa melalui jalan alternatif untuk pulang ke destinasi masing-masing.Jika disoroti laman sosial, rata-rata pelayar berkongsi keadaan jalan yang sesak teruk ketika melalui jalan kampung selepas keluar LPT untuk pulang ke ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, antara perkongsian yang mengundang perhatian warganet adalah tindakan anak muda di sebuah Felda di Pahang yang menunggu di tepi jalan untuk mengagihkan makanan dan minuman kepada pengguna jalan raya yang melalui perkampungan mereka.Malah, video kumpulan anak muda dari Felda Lakum, Lanchang ini turut tular sekaligus mengundang pujian warga maya.

Ketika dihubungi mStar, Mohd Rohaizanizam Mat Rodzi selaku Ketua Belia Felda Lakum berkata, idea untuk mengagihkan makanan itu timbul secara spontan selepas melihat banyak kenderaan memasuki perkampungan mereka.Sekumpulan belia Felda Lakum berdiri di tepi jalan berhampiran simpang masuk kawasan perumahan mereka untuk mengagihkan makanan kepada pengguna jalan raya.

“Ketika itu kebetulan anak-anak buah saya tengah beriadah main bola tampar, mereka nampak banyak sangat kereta luar masuk, mungkin nak mencari makanan sebab lama terkandas di jalan raya.”Jadi kami pun bincang, dan akhirnya pakat-pakat kumpul duit seorang sedikit untuk beli roti dan air mineral. Sedikit sebanyak ia dapat mengalas perut mereka,” katanya yang berusia 37 tahun ini.

Tambah Mohd Rohaizanizam, agihan makanan tersebut dimulakan pada pukul 6 petang sehingga tengah malam, memandangkan pada waktu itu kenderaan masih bertali arus melalui jalan di persimpangan utama Felda Lakum.Lebih 20 anak muda Felda Lakum bergilir-gilir bermula petang sehingga tengah malam untuk mengagihkan makanan dan minuman.

“Ketua Pemuda Felda Lakum, Mohd Mustakim Mustafa dan anak-anak buah saya gilir-gilir berada di sana untuk sampaikan bantuan. Nak kata berapa banyak pek roti dan air, memang kami tak kira. Pendek cerita, sampaikan air mineral dan roti di kedai-kedai runcit di Felda Lakum ni habis stok,” katanya.Tidak menyangka video mereka tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna jalan raya, dia berharap perkara berkenaan dapat dijadikan teladan dalam kalangan belia lain.

“Tak pernah bayangkan pun sampai jadi tular. Bantuan ini tak seberapa, tapi apa yang kami lakukan ini ikhlas daripada anak-anak Felda Lakum.”Perkara seperti ini tak perlu nak tunggu sesiapa yang mulakan, tak perlu tunggu jadi orang ternama, tapi apa yang termampu…bantulah seikhlas hati. Rasa seperti satu kepuasan apabila dapat bantu serba sedikit,” katanya lagi.

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter @AbenHazd yang memaparkan tindakan kumpulan anak muda Felda ini mengagihkan makanan di tepi jalan, menjadi tular sehingga meraih 23,000 retweet.Jalan alternatif Lanchang ke Bentong yang sesak teruk, Isnin baru-baru ini.

Menurut pelayar berkenaan, Hazidi Badarudin, video berkenaan dirakam oleh adiknya ketika keluarganya dalam perjalanan pulang ke ibu kota dari Kuantan selepas menghadiri kenduri kahwin.”Saya tidak turut serta ikut mereka. Menurut ibu dan adik, ketika melalui jalan kampung, dari jauh mereka nampak begitu ramai orang di tepi jalan. Ketika sampai dekat, baru nampak rupa-rupanya orang kampung beri makanan. Spontan adik rakam, ayah pula pandu kereta.

Perkongsian Hazidi di Twitter yang mengundang perhatian warganet“Memang terharu sangat… anak buah saya yang berumur lima tahun yang ada sekali dalam kereta gembira sangat dapat roti. Saya muat naik di Twitter sebab nak kongsikan kebaikan hati sesama rakyat Malaysia yang sentiasa hulur bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya sambil menambah, keluarganya tiba di ibu kota selepas menempuh perjalanan selama 11 jam.

Dalam pada itu, Hazidi berkata dia dan keluarga pasti tidak akan melupakan bantuan penduduk Felda berkenaan sampai bila-bila.”Saya tahu kampung berkenaan adalah Felda Lakum selepas baca komen-komen orang. Kami sekeluarga doakan agar seluruh penduduk di sana dimurahkan rezeki,” katanya lagi.Nak macam-macam info?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *