Dulu kerja biasa biasa sahaja tapi sekarang pangkat dah tinggi. Tular pasangan yang sudah mengenali satu sama lain sejak 14 tahun lalu

Viral

Lazimlah dalam setiap hubungan ada dugaannya terutama bagi emreka yang menjalinkan hubungan jarak jauh. Menerusi satu video di Tiktok, tular pasangan yang mengenali antara satu sama lain sejak 14 tahun lalu di zaman persekolahan sehingga bergelar suami isteri.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kisah mereka terutama tentang suami yang dahulunya hanya bekerja ‘biasa-biasa’ sehingga menjadi polis berpangkat Inspektor.Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Inspektor Ruzaimi berkata, dia tidak menyangka videonya tular kerana ia dibuat bagi menghargai isterinya.

Tanpa ragu berkongsi kisahnya, Ruzaimi yang berusia 31 tahun itu memberitahu, dia mengenali rapat isterinya yang ketika itu sama-sama belajar di tingkatan lima di Sekolah Menengah Belara di Manir, Kuala Terengganu di Terengganu pada 2007.”Sebelum mengenali dia (kini isteri), saya sebenarnya menyukai seorang pelajar perempuan lain, tapi kena reject. Selepas tu suka seorang pelajar lagi, pun kena reject juga.

“Mungkin masa tu saya selekeh, tak pandai bergaya. Tahun 2007 nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru saya kenal dia dan kami mulai rapat,” katanya kepada mStar.Ketika menjadi kerani dan menggunakan motosikal ke tempat kerja.Ruzaimi berkata, kedua-dua mereka menyambung pengajian di universiti berbeza di mana dia belajar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi dan Pengurusan Perladangan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan isterinya dalam bidang perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dianjung Malim, Perak.

Dikatakan, baru tiga bulan bekerja sebagai kerani pada Mei 2015, dia nekad untuk bertunang dan pada tahun yang sama, tunangnya itu menerima tawaran berkhidmat sebagai guru di Melaka.”Lepas 10 bulan bertunang, kami memutuskan untuk berkahwin pada Mac 2016. Tapi hubungan masih jarak jauh, saya di Kuala Lumpur dan isteri di Melaka.

Walaupun pelbagai dugaan dalam hubungan jarak jauh, Ruzaimi menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang amat memahami dan bertolak ansur.”Dia terima saya seadanya, dari saya cuma biasa-biasa, kerja tukang isi minyak kereta dan buat rumah orang je, sampai jadi kerani guna motosikal buruk pun, dia tetap ada.

“Jujurnya, gaji dia lebih tinggi daripada saya sebagai kerani ketika itu. Tapi isteri tak pernah pandang rendah pada saya, malah dia lebih bertolak ansur.”Ada hikmah di sebalik saya kena reject dua kali semasa di sekolah dahulu, sebab Allah pertemukan jodoh saya dengan seorang wanita yang menghormati dan menyayangi saya from zero, daripada tak ada apa-apa. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Kantoi Ambil Kool Fever Dan Kek Serta Sosej. Tindakan ACP Nik Ezanee Dipuji Orang Ramai Setelah Membantu Keluarga Yang Dalam Kesusahan

Ambil tanpa izin adalah satu kesalahan dan sepatutnya perlu diambil tindakan,namun mungkin ada sudut yang kita perlu perhalusi,susulan perlaksannaan PKP kali kedua ini, sudah semestinya ia memberikan kesan kepada sesetengah golongan.

Mungkin ada niat disebaliknya dia melakukan perkara tersebut, mungkin pelaku itu kini dalam kesusahan, itulah yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah ini.Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain”

Semalam, difahamkan beliau menerima satu laporan dimana seorang suri rumah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.Menurutnya, barang itu merupakan kool fever, kek dan sosej. Ia membuatkan ACP Nik Ezanee terpanggil untuk memberikan bantuan kerana beliau yakin bahawa ibu tersebut ada masalah tersendiri.

“Semalam saya menerima laporan dikatakan ada wanita ditahn mengambil kek, kool fever. Saya rasa terpanggil untuk pergi berjumpa lah, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam tu.” Katanya menerusi video daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan, suami wanita ini tak bekerja akibat pandemik Covid-19. Mereka terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Pasaraya itu buat laporan mengenai kejadian itu.Disebabkan itu ACP Nik Ezanee datang ke rumah wanita tersebut, bukan untuk diambil tindakan, sebaliknya atas dasar belas ehsan, beliau bersama IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan barangan makanan dan harian kepada si ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Barang yang diberikan termasuklah barang-barang yang dikatakan diambil di pasaraya tersebut“Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain. Jadi saya nak sampaikan sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berikan kool fever buat anaknya.Sikap murni ACP Nik Ezanee ini telah mendapat perhatian warganet termasuklah di Twitter, mereka begitu kagum dengan kemuliaan beliau. Dalam masa yang sama, beliau juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melihat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *