Ramai pelanggan terkejut ada seorang wanita Melayu berminat mempelajari seni kaligrafi Cina. Wanita tersebut kongsi minatnya terhadap seni tersebut

Kehidupan

Tak lama lagi ketibaan Tahun Baru Cina turut membuka pintu rezeki berganda bagi Cheng Ho Chung,83,seorang mahaguru kaligrafi Cina di sini. Manakan tidak,Manakan tidak, setiap kali perayaan berkenaan, warga emas itu tidak putus-putus menerima tempahan kaligrafi Cina daripada masyarakat setempat untuk mewarnai sambutan itu dengan tulisan berkenaan yang membawa bermaksud kemakmuran, kesihatan dan kekayaan.

Tetapi kali ini, yang lebih menarik, Cheng tidak bersendirian dalam menyiapkan tempahan itu yang kadangkala mencecah hingga ratusan unit kerana dia dibantu oleh sahabat baharunya, Azizah Mokhsan, 38.Cheng berkata dia mengenali Azizah dua tahun yang lalu apabila wanita berkenaan mula bekerja di kedai menjual penyaman udara, bersebelahan dengan tapak perniagaannya di Jalan Raya, Kulai Besar.

“Pada mulanya, dia (Azizah) hanya sekadar melihat saya menulis kaligrafi ini di atas kertas dan tanglung.“Tetapi (lama-kelamaan) saya menyedari dia mempunyai minat terhadap seni ini lalu saya bertanyakan adakah dia berminat untuk mempelajari seni ini dengan saya,” kata Cheng ketika mengimbas detik permulaannya menjadi guru kaligrafi kepada wanita terbabit kepada pemberita di sini.

Menurutnya, dia mengambil tempoh yang agak lama untuk membiasakan Azizah dengan teknik asas penulisan kaligrafi Cina kerana wanita itu tiada sebarang pengetahuan terhadap Bahasa Mandarin dan tulisannya.“Saya ajar dia bermula dengan cara memegang berus dengan betul sehinggalah ke cara menulis kaligrafi dengan baik namun lama-kelamaan dia semakin mahir,” kata Cheng yang telah berniaga tulisan kaligrafi sejak tahun 1983 malah juga pernah mengajar seni itu di beberapa sekolah di Johor dari tahun 1988 hingga 2001.

Sementara itu, Azizah berkata ramai pelanggan Cheng terkejut apabila mengetahui terdapat seorang wanita Melayu berminat mempelajari seni kaligrafi Cina.“Ada juga yang berasa kagum kerana tidak ramai generasi muda mahu meneruskan warisan ini. Malah dalam kalangan ahli keluarga Cheng sendiri, hanya seorang daripada tiga anaknya yang mengikut jejak ayahnya mempraktik dan mengajar seni kaligrafi Cina,” kata wanita yang berasal dari Kampung Bachang, Melaka itu.

Azizah berkata disebabkan minat yang mendalam terhadap seni tulisan itu juga, dia tergerak hati untuk mengikuti kelas pembelajaran Bahasa Mandarin bagi mengukuhkan keupayaan dan pemahamannya terhadap seni berkenaan.“Sejak belajar dengan Cheng, saya sudah menguasai beberapa patah perkataan bahasa Mandarin namun tidak sepenuhnya.

“Disebabkan itu, saya sanggup mengikuti kelas Bahasa Mandarin bagi memperluaskan pemahaman saya,” katanya yang mengakui seni tulisan ini mementingkan banyak faktor antaranya kualiti berus dan cara mengalunkan pergerakan pergelangan tangan bagi mendapatkan bentuk kaligrafi yang terbaik.

Anak Anak Tidak Kekok Untuk Makan Makanan Berasaskan Durian Atau Tempoyak. Puan Habibah Dedahkan Tentang Anak Anaknya Dan Suami

Baru baru ini video suami dan anak Noor Habibah berbahasa Melayi yang dimat naik di aplikasi Tiktok meriah perhatian warganet. Berkahwin dengan pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelabagai dugaan dan cabaan memandangkan isteri dan suami mempunyai latar belakang yang berbeza.

Sudah semestinya aspek seperti adat resam,budaya dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menajdi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan. Namun begitu,itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara,sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini meraih perhatian ramai gara gara video Tiktok cabaran berbahasa Melayu tular sejak dua menjak ini

Telatah Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa melayu begitu mengagumkan warganet apabila kedua duanya lulus cabaran berkenaan. Malah warganet juga memuji kedua dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan. Sejak dikongsi Isnin,video tersebut setakat ini meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan.

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka tular dan ini kali pertama video jadi begitu hit,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.

Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian.Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa.”Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.”Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.”Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.”Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.”Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada warganet mengenai video yang tular baru-baru ni.

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya.Noor Habibah dan suami saling menghormati dan tidak melihat perbezaan budaya sebagai satu isu besar dalam perkahwinan mereka.

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.”Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.”Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi

Ramai Warganet Tersengih Tengok Kepetahan Dua Beradik Berbangsa Nigeria Petah Bercakap Bahasa Melayu. Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Ramai

Ramai orang senang terhibur kalau tengok seorang anak kecil petah bercakap. Lagi-lagi kalau kanak-kanak bangsa asing petah bercakap bahasa kita.Ada satu video yang buat ramai warganet tersengih tengok kepetahan dua beradik berbangsa Nigeria petah bercakap Bahasa Melayu. Korang boleh dengar dan tengok sendiri video yang admin cakap tu dari tweet @aliffshanusi.

Lembut je cara bercakap.Menerusi tweet ini dan beberapa lagi komen warganet, dua beradik ni tinggal dekat Kuantan, Pahang. Tak pasti pulak admin dari mana dua beradik ni belajar cakap BM.Dia punya ‘jerr’ tu paling win. Tersengih admin tengok video tu sorang-sorang kat rumah time PKP ni.

Lembut cara dia bercakap. Mungkin hasil didikan ibubapa yang mementingkan adab dan sopan dalam pertuturan. Itu yang buat dorang bercakap lembut-lembut tu.Mungkin bila anak-anak warga asing ni bersekolah dan bersosial dengan anak-anak muda tempatan buatkan dorang fasih. Kalau dah boleh cakap loghat negeri tu memang level lain dah tu.

Tak Sangka Dapat Pelanggan Kanak-Kanak Perempuan Berusia 11 Tahun. Penjual Ini Tersentuh Dengan Sikap Anak Cilik Ini Sanggup Tempah Belon Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ibu Bapanya

Kisah adik Nur Kamila yang mengumpul duit sendiri untuk menempah belon sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya membuat seorang penjual belon tersentuh.BERTUAHNYA ibu bapa jika dikurniakan anak-anak yang pandai menghargai dan sentiasa cuba membahagiakan mereka.

Apa jua pemberian atau hadiah daripada si anak sebagai tanda penghargaan bukanlah ukuran, namun apa yang penting adalah kesungguhan yang ditunjukkan bagi membuktikan kasih sayang kepada orang tua.Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang penjual belon ini mengenai seorang pelanggannya yang menempah belon untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Namun apa yang menyentuh hati lelaki ini, pelanggannya itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang membuat tempahan belon sebagai kejutan kepada ibu bapa dan menggunakan wang tabungan sendiri.Berkongsi cerita dengan mStar, Dzulhazry Zainal Abidin berkata segala-galanya bermula apabila dia menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp daripada seseorang yang bertanyakan mengenai pakej perkhidmatan belonnya.

Pelanggan cilik berkenaan membuat tempahan belon dari Dzulhazry sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya.“Mula-mula ada orang survey, dan bertanya kepada saya sama ada boleh membuat penghantaran tempahan belon menerusi kaedah pembayaran sewaktu penghantaran (COD). Sebagai seller, saya tak terima sebab pernah alami pengalaman dit1pu pelanggan.

“Kemudian dia terus terang dan beritahu, dia sekadar bertanya bagi pihak rakannya. Katanya, dia dan rakan tak ada perbankan dalam talian (online).”Kemudian saya berhubung secara terus dengan rakannya itu dan saya minta dia isikan beberapa butiran. Pada ruangan kata-kata yang hendak ditulis di atas belon, dia minta tulis ‘Happy Anniversary Mama dan Papa.

Antara perkhidmatan dekorasi belon yang disediakan oleh Ballonism25, perniagaan milik Dzulhazry.“Saya fikir mungkin pelanggan ini tak tipu. Bila tiba hari penghantaran, saya sebenarnya masih ragu-ragu tapi pasrah saja walaupun jarak agak jauh iaitu dari Gombak ke Puchong. Bila sampai di alamat yang diberi, memang betul… ada seorang kanak-kanak tunggu di depan pagar rumah,” cerita lelaki berusia 31 tahun ini.Menurut Dulhazry, dia sempat membuat rakaman ketika melakukan penghantaran kepada pelanggan ciliknya yang bernama Nur Kamila.

“Ketika dia keluar sebentar untuk ambil belon, ibu bapanya tak tahu. Selepas itu, saya minta dia hantar gambar ibu bapanya sewaktu dapat belon.”Apabila ditanya dari mana datangnya wang untuk membeli belon jenis hot air ballon itu, dia kata ia wang yang dikumpul sendiri.”Bagi saya, jumlah RM80 itu bukan jumlah yang kecil. Belum lagi kos penghantaran yang kalau dicampur semuanya hampir RM150.


Dzulhazry tampil dengan idea kreatifnya sendiri ketika melakukan dekorasi sebagaimana kehendak pelanggan.“Disebabkan terharu dengan kesungguhan adik Nur Kamila, saya berbesar hati memberi diskaun kepadanya,” katanya yang juga pengasas syarikat berasaskan dekorasi parti, Ballonism25.

Bercerita lebih lanjut, Dzulhazry berkata kisah pelanggan ciliknya itu merupakan antara yang menyentuh hatinya sepanjang lapan tahun terlibat dalam bidang dekorasi.Dzulhazry (kanan, depan) sudah berkecimpung selama lapan tahun dalam bidang dekorasi.

“Kisah adik Nur Kamila ini antara salah satu yang menyentuh hati saya. Dia sedaya upaya nak gembirakan ibu bapa dan sanggup kumpul duit sendiri.”Dari satu segi, ia menunjukkan bahawa didikan ibu bapanya sangat bagus sehingga adik ni nak hargai ibu bapanya. Walaupun mula-mula saya ragu-ragu, rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk,” katanya lagi.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *