Pernah tular dengan video parodi lagu Sayang. Kemunculan Bobo disambut baik oleh warganet malah dia kongsi punca dia senyap beberapa tahun

Viral

Baru baru ini,kemunculan semula Bobo menerima maklum balas positif warganet. Sekitar tahun 2013,nama Bobo menjadi bualan masyarakat seluruh negara selepas dia tampil dengan video parodi lagu Sayang,dendangan asal penyanyi Indonesia, Shae.

Setelah sekian lama menyepi, pemilik nama Mohamad Farezzul Mohamad Kasim itu akhirnya tampil membuat ‘comeback’ sekitar hujung tahun lalu.Dalam temubual bersama mStar, dia yang kini berusia 28 tahun sempat memperincikan kisah ‘kehilangannya’ selama ini.

“Sepanjang tempoh senyap beberapa tahun, Bobo fokus dengan kerja. Bobo bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan.”Sehinggalah baru-baru ini, syarikat saya bekerja pujuk supaya buat comeback. Mereka yang buat akaun TikTok untuk saya,” ujarnya.

Bobo aktif di TikTok sejak tahun lalu.Kata Bobo, dia bersyukur apabila kemunculan semula dirinya menerima reaksi positif warganet.Malah katanya, dia tidak sangka masih ada masyarakat di luar sana yang ingat akan dirinya.”Masa senyap, saya nak senyap sampai orang tak kenal. Penat menghilang nak bagi orang lupa, rupa-rupanya orang tak lupa.

“Mungkin budak remaja sekarang tak kenal Bobo. Kebanyakan yang tegur, cam Bobo adalah orang yang dah ada anak.”Tapi tak adalah ramai sangat pun. Mengenai penerimaan orang, ada juga segelintir yang negatif.”Tapi saya dari dulu lagi tak pernah ambil hati. Saya terima,” ujarnya.

Antara video yang dikongsi di media sosial miliknya.Dalam pada itu, Bobo dengan merendah diri berasa gembira apabila warganet mengalu-alukan kemunculannya, termasuklah yang menggelarkannya sebagai Raja Parodi yang sebenar.

“Terima kasih sentiasa ingat Bobo. Lepas tu terima kasih juga sebab terima Bobo balik.”Baca komen pujian, saya rasa alamak… tak payahlah puji, tapi dalam hati senyum,” ujarnya berseloroh.Kata Bobo, dia kini bekerja di sebuah restoran di Kota Laksamana, Melaka.Kini, dia aktif menghasilkan pelbagai video menghiburkan untuk tatapan peminat di TikTok dan juga Instagram.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Bukan Setakat Rajin Berbisnes Malah Ada Bakat. Ramai Sebak Lihat Remaja Jual Fries Feeling Habis Sambil Nyanyi Lagu Yonnyboii

Peniaga kentang goreng ini meraih perhatian ramai dengan video nyanyiannya di TikTok.NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata meraih perhatian warganet.Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat.

Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii.Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu.

“Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas.”Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok.

Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu.“Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai,” ujarnya.Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya.Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti.

“Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun.Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima.”Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima,” ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar.

Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP.Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok.Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai.Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun.”Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula.”Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *