Diminta menghasilkan satu rekaan terowong untuk dijadikan Galeri Sains dan Tamadun Islam. Remaja 13 tahun ini memiliki bakat yang sungguh luar biasa

Kehidupan

Sungguh luar biasa,bakat luar biasa Airiel Haziq menerima reaksi positif warganet sehingga dia digelar sebagai arkitek muda. Sangat luar biasa. Mungkin itulah kata kata yang tepat untuk menggambarkan kisah seorang remaja berusia 13 tahun,Airiel Haziq yang digelar arkitek muda. Kisah itu menjadi perhatian ramai selepas bapanya,Mohd Hardy Ahmad,43,banyak berkongsi hasil karya anak sulungnya itu menerusi laman FB.

Menurut pegawai penyelaras insuran dari Alor Setar, Kedah itu, bakat anaknya disedari sejak dia masih kecil lagi yang mana ia disifatkan wujud secara semulajadi.”Saya ingat lagi masa dia kecil, sebelum masuk tadika saya ada belikan dia whiteboard. Dari situ dia mula conteng, kadang-kadang sampai terlajak ke lantai.

“Dia nampak teruja, minat seni dari kecil. Apabila masuk darjah 1, lukisan rumah yang dihasilkan juga nampak berlainan. Ada sisi pandangan dan perspektif.”Tapi dia mula menonjol masa darjah 3 hingga darjah 4. Saya belikan sebuah komputer terpakai RM300, dia install sendiri satu perisian yang digunakan oleh arkitek. Dia belajar sendiri semuanya,” ujarnya.

Airiel Haziq kini berusia 13 tahun.Menurut Hardy, dia sendiri langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni bina, begitu juga isterinya, Zafina Mohd Fadzilah, 42, yang betugas sebagai jururawat.Selain lukisan di atas kertas yang dijelmakan secara tiga dimensi sehingga menjadi satu visual lengkap menerusi komputer, idea kreatif Airiel Haziq juga dikahabarkan bakal menjadi realiti tidak lama lagi.

Menurut Hardy, Airiel Haziq diminta menghasilkan satu rekaan terowong untuk dijadikan Galeri Sains dan Tamadun Islam oleh pihak pengurusan sekolah rendahnya.Tambahnya, rekaan itu telah dipersetujui pihak berkenaan dan kini sedang menunggu dana untuk disempurnakan sebagai binaan sebenar.

“Sekarang dia ada projek dengan sekolah rendah dia dulu, guru besar minta dia buat satu terowong.”Terowong itu akan dibina menghala ke laluan surau. Jadi murid yang lalu dalam terowong akan dapat melihat pelbagai maklumat dalam galeri itu.”Dia dah siapkan model 3D, dah proposed dan sudah dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sekarang tunggu dana untuk proceed,” ujarnya.

Tambah Hardy lagi, terowong rekaan Airiel Haziq itu diinspirasikan daripada telapak tangan yang sedang berdoa.Hardy bersyukur apabila warganet memberi kata-kata semangat dan doa buat anaknya menerusi media sosial.Dalam pada itu, Hardy turut bersyukur apabila netizen di media sosial banyak memberi kata-kata semangat, tak kurang juga yang mendoakan kecemerlangan anaknya.

Kata Hardy lagi, Airiel Haziq menjadikan Zaha Hadid, arkitek berdarh campuran Iraq-British sebagai idolanya.Selain itu, anaknya juga sebelum ini pernah menghasilkan model-model rekaan stadium dan juga pusat beli-belah.Namun katanya, Airiel Haziq juga sama seperti kanak-kanak lain dan tidak sepanjang masa fokus terhadap minatnya itu.

Terowong rekaan Airiel Haziq yang akan dibina di sekolah lamanya.”Sama seperti anak-anak lain, petang dia pergi main bola. Siang hari kelas, malam dia akan mula.”Kalau dia senyap tu, maknanya dia memang ada somethinglah. Kadang-kadang sampai komputer tak berfungsi.”Jadi tahun lepas saya upgrade dan belikan komputer baharu untuknya,” katanya lagi.

Pelajar Ini Tidak Merungut Walaupun Terpaksa Menyiapkan Tugasan Di Wad Covid 19. Walaupun Sudah Mendapat Pelepasan Dari Pensyarah.

Adiib dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19. Tangkapan skrin video tugasan yang dilakukan Adiib dari dalam wad. Pandemik Covid-19 menyaksikan pelajar berdepan dengan cabaran menyiapkan tugasan dari rumah terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak terkecuali, segelintir mereka mengeluh dengan norma baharu itu. Namun seorang pelajar universiti menjadi perhatian apabila menyiapkan tugasan dari wad Covid-19. “Semalam punya cerita, pelajar Covid-19, kuarantin di hospital hantar video tugasan dan buat presentation tanpa complaint (keluhan). Siap pakai baju hospital lagi. Mencari ilmu itu jihad. Fikir positif dan kekal selamat. Well done (Bagus).” tulis seorang pensyarah di laman Instagram miliknya, Sabtu.

Pelajar berkenaan, Muhammad Adiib Abdul Razak berkata, dia disahkan positif Covid-19 pada 27 Disember lalu selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Video yang dibentangkan dalam pembentangan tugasan berkumpulan.

Pemuda berusia 20 tahun itu berkata, dia kini mengikuti pengajian tahun dua Diploma Sains Sukan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur. “Sebelum disahkan positif Covid-19, saya terlebih dahulu menerima tugasan berkumpulan bagi subjek Infrastruktur Gimnasium di mana tarikh akhir serahan pada 5 Januari 2021. Saya telah memaklumkan kepada pensyarah mengenai keadaan saya dan diberikan pelepasan untuk menghantar tugasan sebaik sembuh dan discaj,” kata kepada mStar.

Adiib dimasukkan ke Hospital Kuala Krai sebelum dipindahkan ke Hospital Tumpat.

Walaupun tugasan berkumpulan, dia yang lebih mesra disapa Adiib berkata, setiap ahli kumpulan perlu membuat video secara individu dan dihimpunkan sebagai video komplikasi. Pemuda yang berasal dari Kok Lanas di Ketereh, Kelantan bersyukur apabila enam ahli kumpulannya yang lain memahami keadaan kesihatannya, malah sedia menawarkan bantuan. “Ada antara rakan-rakan dalam kumpulan saya mahu membantu menyiapkan tugasan dengan membuat video bagi pihak saya dan saya hanya perlu melakukan presentation,” ujarnya yang dimasukkan ke Hospital Kuala Krai sebelum dipindahkan ke Hospital Tumpat di Kelantan.

Adiib (belakang, tiga dari kanan) bersama pasukan bola sepaknya.

Bagaimanapun, anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, dia lebih selesa untuk melakukannya sendiri kerana tugasan berkumpulan memerlukan komitmen semua pihak. “Kalau saya tunggu discaj dan pulang ke rumah, nanti kerja rakan-rakan tertangguh kerana ia tugasan berkumpulan. Jadi, saya ada rasa tanggungjawab untuk melakukannya di hospital dan syukur keadaan saya stabil untuk membuat tugasan itu, iaitu membuat video berdurasi 30 saat mengenai latihan senaman yang melibatkan kekuatan otot,” katanya sambil menambah senaman itu amat bersesuaian untuk dilakukan di rumah terutama ketika PKP.

Aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dilakukan Adiib semasa menjalani rawatan di hospital.

Dari bilik yang dihuni empat pesakit Covid-19 pada 4 Januari lalu, Adiib yang aktif bermain bola sepak itu membuat rakaman mengenai dirinya melakukan latihan squat untuk ketahanan otot, mengekalkan postur dan keseimbangan badan. Penyokong kelab Manchester United itu berkata, tempoh rawatan dan kuarantin di hospital turut diisi amalan gaya hidup sihat dan aktiviti kerohaniaan serta keagamaan bersama pesakit-pesakit lain.

Syukur alhamdulillah saya bukan sahaja dapat menyempurnakan tugasan, malah berpeluang untuk melakukan presentation bersama ahli kumpulan

“Saya sudah terbiasa ke gim untuk bersenam kerana perlu mengekalkan stamina dan kecergasan untuk bermain bola sepak di padang. Jadi, setiap pagi di hospital saya akan mengambil peluang untuk bersenam seperti lari setempat dan melakukan push up (tekan tubi) serta lompat bintang. Di mana saja di wad termasuk melakukannya di bilik mandi,” katanya.

Adiib yang aktif bermain bola sepak bercita-cita untuk menjadi guru sukan.

Dalam pada itu, Adibb berharap agar semua pelajar yang mengikuti pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL) bersemangat dan sentiasa berfikiran positif untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bagi pensyarah pula, Adibb meminta mereka memahami situasi pelajar ketika pandemik ini, di mana saling memahami antara satu sama lain dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang sempurna. Bercita-cita untuk menjadi guru sukan mengikut jejak langkah bapanya, pemuda ini telah sembuh dan discaj dari hospital pada minggu lalu.

“Syukur Alhamdulillah saya bukan sahaja dapat menyempurnakan tugasan, malah berpeluang untuk melakukan presentation bersama ahli kumpulan pada Jumaat (15 Januari). Segalanya berlancar dengan lancar, saya lega dan berpuas hati dengan tugasan ini kerana masih dapat melakukannya sendiri dari dalam wad,” katanya sambil menambah akan menghadapi peperiksaan akhir semenster minggu depan.

Guru Ini Berkongsi Rasa Sebak Apabila Berjumpa Seorang Pelajar SPM Di Bengkel Motor. Sekali Pelajar Ini Minta Guru Ini Mendoakannya Dan Dia Juga Beritahu Apa Yang Dia Nak Buat Dengan Gaji Pertamanya.

Seorang guru berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang remaja yang menghantar motosikal ibunya untuk dibaiki. Sejakkebelakangan ini, banyak kisah mengenai pelajar gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disajikan kepada masyarakat. Walaupun berdepan kegagalan, ia bukan bermaksud gelap masa depan, tetapi adalah lebih baik mempromosikan budaya cemerlang dalam pelajaran. Ketika ada yang menganggap SPM bukan perkara penting, seorang guru berkongsi pengalaman bertemu seorang pemuda di sebuah bengkel motosikal.

“Hari tu saya pergi ke sebuah bengkel nak perbaiki motor. Tak lama lepas saya datang, ada seorang budak baru sampai nak servis motor juga. Motor lama, Yamaha Sport. Sambil duduk kat bangku saja, saya sembang dengan dia. Budak tu kata dia nak ambil SPM tahun depan,” tulis guru berkenaan di laman Facebook bernama Muhammad Yusof.

Sementara menunggu musim persekolahan baharu yang bakal dibuka awal tahun ini, kata Muhammad Yusof, anak muda itu bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya. Di bengkel itu, pemuda berkenaan berkongsi berita gembira mengenai dia baru menerima gaji pertama pada hari tersebut.

“Dia kata; Dapat gaji pertama ni bang benda pertama saya nak buat, saya nak pergi servis motor mak saya. Dengan motor inilah mak saya guna hantar saya dan adik-adik pergi sekolah. Harap SPM saya dapat baik bang, doakan saya ye bang. Saya nak balas jasa mak saya, ayah saya. Saya nak balas jasa cikgu-cikgu yang banyak tolong saya sekeluarga.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

“Bila dia cerita macam tu, ya Allah, punyalah sebak saya masa tu. Air mata saya nak tumpah dah masa tu tapi saya kawal (tahan),” ujarnya. Susulan pertemuan tersebut, Muhammad Yusof dapat membuat kesimpulan mengenai kesediaan seorang remaja meskipun bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada.

Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik.

“Pada saya, inilah contoh kemenjadian murid terbaik yang saya pernah jumpa depan mata saya. Alangkah baiknya kalau semua anak-anak murid saya dan semua murid kat Malaysia dapat mencontohi budak ni. Dia mungkin tak kaya harta tapi saya nak ucapkan jutaan tahniah pada si ibu dan cikgu-cikgunya kerana dapat membentuk peribadi budak ni, jadi sebaik ini,” tambahnya.

Keperibadian seorang remaja menarik perhatian Muhammad Yusof.

Bukan sekadar mahu membaiki motosikal ibu menggunakan gaji pertama, malah pemuda itu mahu menghargai keluarganya dengan belanja makan. “Lepas ni nak pergi mana? Saja saya tanya. Dia kata dia nak pergi beli KFC nak jamu mak dan adik-adik makan sedap sikit hari ni, lama tak makan sedap-sedap dia kata. Dalam hati, saya berdoa semoga dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan jadi anak yang baik buat keluarganya. Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik. Naluri saya percaya budak ni akan jadi someone special satu hari nanti, InsyaAllah. Amin,” ujar Muhammad Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *