Dapat lebih 600 ribu tontonan ini berjaya membuatkan hati orang ramai tersentuh. Wanita ini buat ayah dia gelak besar selepas melihat kandungan di dalam sampul

Viral

Lazimlah melihat ibu bapa gembira adalah satu kepuasan bagi anak yang mengiginkan kebahagiaan buat orang tua mereka. Kadangkala,perkara kecil yang terlihat pada mata kita sudah mampu menggembirakan hati ibu bapa. Bukan harta berjuta yang mereka mahukan, namun ingatan daripada si anak yang sebenarnya diinginkan.

Terbaru, seorang wanita dengan nama pengguna @instaartfilzah telah berkongsi video sambutan hari lahir ayahnya di media sosial. Video yang mendapat lebih 600 ribu tontonan itu berjaya membuatkan hati orang ramai tersentuh. Tak kurang juga, ada yang mengaku sempat menitiskan air mata melihat kegembiraan yang terpancar di wajah si ayah.

Dalam video itu, Filzah telah menghulurkan empat sampul yang mengandungi wang dengan nilai berbeza kepada ayahnya.Si ayah yang sedang menggnting cili kering itu kemudiannya diminta untuk memilih dua daripada sampul tersebut. Melihat kandungan di dalamnya, lelaki berkenaan teruja dan terus ketawa riang, membuatkan orang ramai terhibur melihat reaksinya.Bukan itu sahaja, beliau juga tidak lupa bertanyakan hadiah buat isterinya.Video itu membuatkan orang ramai tersentuh dan menitiskan air mata sebak.Sumber: @Instaartfilzah

Ditawarkan Melanjutkan Pelajaran Ke Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Dalam Jurusan Perubatan Tapi Terpaksa Tolak. Mengagumkan Sekali Hadiah Yang Dia Beri Kepada Ayahnya

Demi membalas jasa, Syazwan menunaikan impian bapanya untuk mempunyai rumah sendiri.WALAU segunung emas permata diberi, namun ia tetap takkan mampu membalas jasa ibu dan bapa.Justeru selagi hayat masih ada, tunaikanlah apa jua hasrat orang tua dan jangan sekali-kali berkira dengan mereka.

Begitulah kisah Mohd Syazwan Hasanul yang sanggup melaburkan wang demi menyediakan kediaman selesa buat kedua ibu bapanya di kampung.”Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai bekerja, niat saya satu sahaja iaitu semua benda adalah untuk ibu dan abah saya. Masuk saja kerja, terus saya buat pinjaman peribadi dan bagi semuanya pada abah, dicampur dengan duit simpanannya, siaplah rumah keluarga kami,” demikian antara coretannya di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini yang meraih sehingga hampir 200 shares.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Syazwan berkata coretan tersebut dikongsikan secara suka-suka kerana terkenangkan pengrbanan bapanya, Hasanul Ridza, 62, yang membanting tulang empat kerat dan bekerja sebagai tukang rumah demi menyara mereka sekeluarga.

“Kami bukanlah keluarga yang senang… abah hanya bekerja sebagai tukang rumah manakala ibu pula suri rumah. Kami hanya menyewa rumah kecil dua bilik.”Pada tahun 1997 ketika ekonomi meleset, abah terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah dan berniaga buah salak dan makanan lain secara kecil-kecilan. Ingat lagi, yuran sekolah pun bertangguh bayar sebab abah tak ada duit.

Bapa Syazwan membina rumah untuk keluarganya dengan kudrat sendiri.“Teringat ketika Tingkatan 1 di mana saya ikut abah ke rumah orang yang minta abah betulkan tandasnya tersumbat. Saya duduk jauh dan perhati saja abah buat kerja, seluk tangan dalam lubang kumbahan.

“Pakcik tuan rumah tu tanya, ‘tengok abah kamu, penat tak dia buat kerja?’. Saya pun jawab ‘Penat’. Spontan pakcik tu kata, kalau tak mahu penat, belajar rajin-rajin, besar nanti kerja bagus dan tolong ayah. Kata-kata itu seolah-olah tamparan untuk saya,” katanya mengimbas kembali kenangan bersama bapa.

Menurut Syazwan, dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam jurusan perubatan.”Namun saya terpaksa tolak kerana kos yang perlu dibayar mencecah ribuan ringgit. Saya tolak tawaran tu dan tak beritahu abah dan ibu sampai sekarang.

“Alhamdulillah saya sambung pelajaran di institusi lain dan mendapat pekerjaan sebagai penolong pegawai perubatan. Dapat saja kerja, terus saya buat pinjaman dan campur duit simpanan abah untuk buat rumah.Bagi membalas jasa dan pengrbanan ibu bapa, Syazwan dan adik-adiknya berpakat membelikan kereta baharu buat orang tua mereka.

“Memandangkan abah adalah seorang tukang rumah, maka rumah tu abah bina sendiri. Memang dia gembira sangat kerana impiannya memang nak ada sebuah rumah sendiri selepas 22 tahun menyewa. Alhamdulillah kini dah lebih lapan tahun dah duduk di rumah sendiri di sebuah kampung di Temerloh, Pahang,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.Bukan sahaja rumah, malah Syazwan dan adik-adiknya kemudian sepakat menghadiahkan sebuah kereta baharu untuk keselesaan kedua ibu bapanya memandangkan kereta lama mereka kerap rosak.

“Kereta lama Nissan Sunny abah guna sampai bocor bumbung… dan asyik rosak saja. Susah juga sebab abah kena ulang alik temujanji selepas pembedahan jantungnya. Jadi kami pun berpakat dalam diam. Saya janji dengan ibu untuk baiki kereta itu.”Kami buat kejutan pada hari raya tahun 2018. Terkejut mereka bila nampak saya bawa pulang kereta baharu, model Nissan Sylphy.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian, Syazwan dalam masa yang sama berasa terharu dan berbesar hati coretan tersebut dapat memanfaatkan dan memberi mesej kepada warganet.”Bagi saya, kalau nak kecapi kejayaan dalam hidup, utamakan dahulu ibu bapa. Sebelum kita miliki sesuatu, pastikan mereka juga memilikinya. Memang mereka tak minta, tapi itulah tanggungjawab kita sebagai anak-anak.

“Satu lagi impian saya untuk ibu dan abah adalah menghantar mereka ke Tanah Suci Makkah. Sebelum ini hasrat mereka tertangguh kerana abah diserang sakit jantung. Mudah-mudahan hasrat ini akan terlaksana.”Bagi adik-adik pula, belajarlah bersungguh-sungguh. Ilmu itu sangat penting. Dengan ilmulah kita dapat bantu ibu bapa serta keluarga,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Warganet Teruja Lihat Pasangan Usia Emas Bernikah Sebelum PKP. Perkongsian Pengguna Twitter Tentang Datuk Dan Nenek Tirinya Mendapat Perhatian

Sehari sebelum tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia, kita dapat lihat ramai pasangan yang sepatutnya berkahwin dalam tempoh PKP ini terpaksa mempercepatkan perkahwinan mereka ke hari tersebut.

Ramai warganet menamakan situasi ini sebagai ‘panic nikah’ sebab dengan tiada persiapan lengkap seperti baju pengantin yang cantik atau make up yang gah, korang terus je kena nikah pada slot waktu yang ditetapkan.Apa-apapun, situasi ni bukan je berlaku kat pasangan muda, malah pasangan usia emas seperti atuk dan nenek ini juga terpaksa ‘panic nikah’ disebabkan PKP ni seperti yang dikongsikan cucu mereka di Twitter. 

Menurut pengguna Twitter @namasayasyafiq kepada Lobak Merah, atuknya berusia 78 tahun dan nenek tirinya pula berusia 70 tahun. Perkahwinan tersebut pula telah diuruskan anak-anak dan dipersetujui oleh atuknya.

Wahh comelnya atuk dan nenek ni kahwin yee. Jeles min! “Comelnya dua-dua. Nenek mesti masa muda cantik orangnya” Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut tumpang gembira dan mendoakan semoga pasangan tersebut bahagia hingga ke jannah. Ramai yang puji nenek dia ni cantik kan? 

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *