Dikritik warganet gara gara tak pakai pelitup muka selepas terima vaksin. Ini keputusan mengejut dari pihak polis berkenaan hal tersebut

artis

Heboh isu pelakon dan pengacara Raffi Ahmad tidak memakai pelitup muka semasa bersama rakannya minggu lalu sehinggakan menarik perhatian pihak polis Indonesia untuk selidik hal tersebut.Menurut laporan Liputan6,Raffi menarik nafas lega apabila pihak polis anggap tindakannya itu tidak melnggar protokol kesihatan seperti yang dikatakan segelintir pihak sebelum ini.

Malahan pihak polis juga sudah membuat siasatan terhadap Raffi dan tiada bukti menunnjukkan selebriti tersebut tidak mematuhi peraturan dalam Pasal 93 Undang Undang Nombor 6 Tahun 2018 tentang Kekarantinaan Kesihatan.Malah, polis juga mengesahkan Raffi tidak melakukan sebarang kesalahan memandangkan foto itu dirakam ketika dia berada di kediamannnya dengan hanya jemputan rakan terdekat.

Dikatakan sebelum ini,tindakan Raffi Ahmad tidak memakai pelitup muka ketika pertemuan bersama rakan rakan di sebuah acara baru baru ini mengundang kritikan ramai pihak. Foto yang memaparkan Raffi bersama empar rakannya tanpa memakai pelitup muka itu dirakam selepas menerima suntikan vaksin Covid19 pertama pada 13 Januari yang lalu

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Mengagumkan Sekali Indonesia Cipta Bas Anticorona Yang Lengkap Dengan Pelbagai Teknologi Yang Hebat

Tidak dinafikan, musim penularan pandemik ini membuatkan manusia semakin kreatif mengadaptasi teknologi yang ada untuk memastikan keselamatan komuniti dan survival masing-masing.Dron penyembur cecair pembasmi kuman, helmet pintar yang boleh mengesan suhu badan dan sebagainya.

Ini hanyalah sebahagian inovasi yang kita sudah ketahui. Mungkin masih ada banyak lagi ciptaan yang sedang dibangunkan untuk kemudahan kita pada masa akan datang — siapa tahu kan?Di Jawa Tengah misalnya, mereka sudah pun membangunkan prototaip bas anticorona yang dicipta untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Memetik laporan CNN Indonesia, bas berukuran 12 meter itu dilengkapi dengan kabin penapis menggunakan teknologi HEPA yang kebiasaannya dipakai dalam pesawat komersial. Ia bagi memastikan pengaliran udara yang bersih di dalam bas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi sinaran UV untuk membantu membunh kuman dan bakteria.Selain itu, reka bentuk kedudukan kerusinya juga mempraktikkan penjarakkan sosial, disusun tiga baris memanjang ke belakang — berbeza dengan rekabentuk bas yang kita sedia maklum.

Apa yang lebih menarik, adalah setiap penumpang yang menaiki bas ini akan dibekalkan dengan sejenis topeng pelitup muka herbal yang dipercayai dapat meningkatkan imun dan melancarkan sistem pernafasan pemakainya.Bas ini dicipta untuk dua kegunaan. Selain untuk membawa penumpang, satu lagi bas sejenis dengannya akan digunakan sebagai makmal bergerak yang akan disasarkan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik atau hospital

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *