2 minggu sebelum nikah bakal isteri pergi dahulu lepas terlibat dengan satu kejadian ini. Menyedihkan sekli hanya video pre wedding jadi memori

Kehidupan

Mesti setiap daripada kita mendambakan hidup bahagia bersama insan tercinta. Namun sayangnya suratan takdir bukanlah perkara yang boleh kita ubah dan tentukan sendiri. Sakit,itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh seorang lelaki dari Indonesia ini apabila hasrat untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama bakal isteri tidak kesampaian.

Kata Muhammad Sandri Sinaga,tunangna itu iaitu Widia Wati dilaporkan hembuskan nafas terakhir selepas terspit pada lif di tempat kerja pada 16 Januari lalu. Lebih menyedihkan lagi,kejadian itu berlaku kurang dua minggu lagi menjelang hari pernikahan mereka. Rancangnya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari pula adalah majlis resepsi di rumahnya. Tetapi dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Lebih menghibakan lagi, hampir 90 peratus persiapan sudah dibuat demi kesempurnaan majlis bahagia mereka. Ia termasuklah kompilasi video dan gambar sempena ‘pre-wedding‘ mereka yang bertemakan di tepi pantai. Malangnya, moment bahagia itulah yang menjadi kenangan terakhir antara tersebut kini menjadi kenangan terakhir Sandri dan Widia. Meskipun berduka dengan pemergian mengejutkan itu, namun lelaki itu tetap bersyukur di atas perkenalan singkat mereka.

Berkahwin Sehari Sebelum PKP 2.0 Dikuatkuasa. Pasangan PKP 1.0 Buat Keputusan Nikah Dalam Masa Kurang 3 Jam Dan Menarik Sekali Pakai Baju Kerja

Izatul (kiri) dan suami (dua, kiri) ketika akad nikah di pejabat agama. (gambar kecil) Izatul dan suami mula memakai baju kerja pada hari pernikahan.PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, berikutan peningkatan kes Covid-19 ternyata menggemparkan banyak pihak.Antara golongan yang cemas dengan pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu adalah bakal pengantin yang membuat perancangan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk berkahwin sehari sebelum PKP dikuatkuasa, namun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memakai baju kerja ketika akad nikah dilakukan.Pengantin perempuan, Nurul Izatul Israq Abu Hashim berkata, dia dan suaminya Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Februaru depan.

Urusan akad nikah diwalikan oleh bapa Izatul (kanan).Namun wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka untuk meneruskan majlis perkahwinan.”Jadi, saya telefon pejabat agama pada tengah hari Selasa sehari sebelum PKP dan bertanya apakah pilihan yang kami ada, termasuk kemungkinan akad nikah akan ditunda.

“Kami mempunyai gambaran PKP ini mungkin memberi kesan kepada tarikh perkahwinan kami. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan tunang (kini suami), kami nekad untuk dipercepatkan akad nikah… pada hari itu juga,” katanya kepada mStar.Lebih mesra disapa Izatul, katanya, pada hari berkenaan dia sebenarnya bekerja di sebelah pagi, manakala tunangnya akan memulakan tugasan di sebelah petang.

(dari kanan) Bapa Izatul, suami, Izatul dan dua saudara Izatul di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.“Pukul 12.30 tengah hari saya call pejabat agama, pukul 1 petang saya bertolak dari tempat kerja di Seri Kembangan di Serdang, Selangor untuk jemput tunang di Sepang, Selangor.”Selepas ambil tunang, dia menghubungi pejabat agama untuk tempah slot akad nikah. Syukur, kami dapat slot pukul 3.30 petang hari yang sama,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kerana kesuntukan masa, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka tidak memikirkan soal busana pengantin yang sepatutnya dipakai pada majlis nikah.”Saya pakai baju kerja dan tunang pun dah siap-siap pakai baju kerja. Sebab nak bernikah petang tu, kami ambil cuti kecemasan (EL),” ujar Izatul sambil menambah bapanya sebagai wali nikah datang ke Sepang dari Kuala lumpur secara berasingan.Setibanya di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Izatul dan tunangnya terkejut apabila melihat ramai pasangan bakal pengantin lain yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“Masing-masing tunggu giliran bernikah. Kami lebih terkejut bila tengok semua bakal pengantin siap berbaju kurung dan Melayu putih, sedangkan kami hanya pakai baju kerja.”Memang kami rancang pakai busana pengantin bila bernikah 1 Februari. Tapi kami pakai je baju kerja, tambahan pula baju kurung saya masih belum siap dijahit di butik, manakala baju Melayu tunang pula belum sempat hantar untuk alteration (ubah suai).

“Masa tu kami berdua tanya antara satu sama lain okay ke ni? Tapi sebab fikir nak nikah, jadi tak kisah pun bernikah pakai baju kerja.”Masa tunang masuk bilik nak hantar borang permohonan nikah, pegawai tanya siapa pengantinnya, tunang jawab saya. Lepas tu dah siap-siap semuanya, kami jawab sudah pakai baju ni saja,” ujarnya secara berseloroh.

Izatul (kiri) dan suami mula mengenali pada April lalu ketika pelaksanaan PKP 1.0.Eksekutif jualan itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya ketika urusan akad nikah kerana momen penting itu tidak dihadiri oleh ibu tersayang.”Kerana semua dilakukan pada saat akhir, hanya ayah saya dan saudara yang tinggal di Sepang saja hadir kerana keluarga tunang di Bahau, Negeri Sembilan.

“Masa akad nikah tu, saya sedih teringat ibu… tunduk pandang bawah sebab menangis dan hanya mampu pegang tangan sendiri untuk cuba bertenang.”Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Tak sangka, kami mula kenal menerusi aplikasi sosial ketika PKP 1.0 pada April 2020, pertama kali jumpa bulan Julai dan bertunang pada Disember tahun yang sama, sekarang nikah sehari sebelum PKP 2.0. Tak sangka dapat slot untuk nikah pada saat akhir.”Kami merancang untuk mengadakan resepsi apabila keadaan (kes Covid-19) bertambah baik dan sekiranya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian. Masa tu memang kami akan pakai baju pengantin,” katanya.

Majlis Perkahwinan Mempunyai Banyak Belanja Untuk Diuruskan. Sekali Pengantin Ini Dapat Jimat Hampir Bawah RM5k Dan Ada Juga Share Tips Untuk Jimat Belanja Pada Musim PKP Ini.

Tahukah anda, sebenarnya banyak duit boleh save apalagi jika berkahwin sepanjang musim PKP ini? Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak jimatkan kos tapi majlis perkahwinan ‘bajet’ masih tampak meriah, ikuti perkongsian pengantin ini.

Menerusi video di TikTok, Lala Rahman berkongsi bagaimana dia dapat menjimatkan jumlah perbelanjaan perkahwinan di bawah RM5 ribu saja pada hujung tahun lepas. Antara faktor yang ketara adalah apabila mereka tidak perlu jemput jumlah tetamu yang ramai sehingga melebihi 500 orang. Kedua-dua mempelai turut berkongsi duit simpanan bagi mendapatkan khidmat bridal dan juga jurugambar.

Selain itu, Lala Rahman turut mendedahkan kad jemputan perkahwinannya hanya dicetak 100 keping sahaja manakala baju nikahnya pula dibeli sewaktu promosi sales hujung tahun. Pakej meja makan beradab juga tidak diambil, sebaliknya pengantin dan keluarga ‘sempoi’ makan di meja tetamu biasa saja.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan tips majlis kahwin bajet daripada pengantin ini. Ujar mereka, tak perlu rasa malu jika kenduri perkahwinan cuma kecil-kecilan saja. Hal ini kerana yang paling penting adalah menghalalkan sesebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.Sumber: Instagram lalarhmnn Tiktok lalarhmnn

Cuaca Pada Waktu Kini Pasti Memberi Cabaran Pada Jurugambar Pengantin Ini. Tapi Disebabkan Terlalu Seronok Sehingga Boleh Pula Jadi Seperti Ini.

Foto yang dirakam oleh Hafiz sewaktu dia berkunjung ke Kedah pada minggu lalu. Kewujudanwabak Covid-19 memaksa banyak acara ditangguhkan sepanjang tahun ini. Antara yang terkesan tentunya pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Situasi ini sekali gus turut memberi kesan kepada jurufoto apabila banyak tempahan khidmat fotografi terpaksa ditunda ke lain waktu. Tatkala menghampiri penghujung tahun, mereka kini berhadapan cabaran cuaca pula khususnya dalam menjalankan sesi penggambaran outdoor.

Menurut Mohamad Hafiz Shahruddin, dia sendiri mengalami masalah sama sewaktu merakam foto pasangan pengantin di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, jurufoto yang mesra disapa Hafiz itu mengakui terpaksa bekerja dalam masa yang terhad disebabkan cuaca yang agak tidak menentu.

Hafiz berkata faktor cuaca turut memberi cabaran buat jurufoto sepertinya.

“Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alhamdulillah tiada client saya yang batal tempahan. Cuma mereka tunda tarikh. Sekarang musim hujan pula. Kesian pengantin nak shoot outdoor. Macam yang berlaku pada saya sewaktu kami shoot di sebuah bendang minggu lepas. Terpaksa rushing. Shoot di bendang tu dalam keadaan tergesa-gesa sebab langit dah gelap. Hujan tunggu masa nak turun.

Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air.

“Kami shoot dalam sejam je. Elok kami dalam perjalanan nak balik, terus hujan lebat,” ujarnya. Walau terpaksa bekerja dalam masa yang terhad, Hafiz tidak mempersiakan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan di kawasan itu. Hafiz yang menetap di Selangor berkata, dia berada di Kedah selama dua hari bagi merealisasikan potret perkahwinan pelanggannya yang dikenali sebagai Nazri dan Ernie.

Pasangan pengantin Nazri dan Ernie sedang menaiki vespa di kawasan bendang.

“Ia idea asal pengantin. Saya pun sebenarnya suka shoot kawasan yang hijau. Jadi saya cuba realisasikan hasrat mereka. Pengantin lelaki juga ada pinjam vespa sahabatnya. Itu kali pertama saya shoot di bendang. Dalam pukul 4 petang. Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. Berpeluh juga masa di bendang. Selain outdoor, saya juga shoot untuk majlis pernikahan mereka,” ujarnya lagi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi di Facebook milik Hafiz, pengantin kelihatan cukup menawan dan segak dalam persalinan serba merah, ditambah pula dengan warna hijau bendang berkenaan. Malah, salah satu foto memaparkan tayar hadapan vespa seakan-akan terangkat turut mencuri perhatian pelayar Facebook.

Antara gambar yang dikongsi di Facebook Hafiz.

Untuk rekod, Hafiz juga pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2019 apabila dia berkongsi foto penuh emosi memaparkan tangisan antara seorang pengantin perempuan dengan bapanya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada waktu itu, foto berkenaan bukan dirakam oleh Hafiz, sebaliknya hasil kerja salah seorang kru yang bekerja dengannya.

Tular Di Media Sosial Apabila Bridesmaid Ini Jatuh Ke Bendang Semasa Sesi Bergambar Bersama Pengantin. Gigih Nak Bergambar Sehinggakan Ini Yang Dipakai.

Video Liyana tular sehingga menerima lebih 200,000 alasan. Rakaman memaparkan seorang gadis terjatuh ke dalam sawah sewaktu bermain buaian menjadi tular di media sosial. Menerusi kejadian pada 12 Disember lalu, Nurliyana Syafiqah Jasni sedang bermain buaian sambil dihayun oleh suami kepada rakannya. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra Liyana sempat memperincikan semula kejadian itu yang disifatkanya cukup lucu dan menghiburkan.

Liyana terpaksa memakai seluar selepas kainnya basah ketika jatuh di dalam bendang.

“Saya sebenarnya jadi bridesmaid. Masa tu tengah tunggu pengantin. Kami tangkap gambar dulu. Yang hayun tu suami kawan saya. Bila nak hayun sekali lagi, tali tersangkut di tangannya dan kami terjatuh. Basah kasut dan kain yang saya pakai. Rasa malu sebab ramai orang tengok. Tapi lepas tengok balik video, rasa lucu pula,” ujar pembantu kedai berusia 19 tahun itu. Menerusi kejadian di Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang itu, Liyana mengakui turut berasa bersalah terhadap pasangan pengantin.

Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

Mana tidaknya, disebabkan kejadian itu, hanya dia seorang yang berpakaian lain dari yang lain sewaktu sesi photoshoot outdoor itu.

Liyana tidak sangka video dikongsi menjadi tular.

“Bila kain dah basah, saya terpaksa pakai seluar. Rasa bersalah juga kat pengantin. Suami kawan yang hayun buaian tu pun rasa bersalah. Sebenarnya saya tak nak tangkap gambar dah, sebab pakaian saya tak sama dengan bridesmaid yang lain… dah tukar seluar ganti masa tu. Tapi pengantin ajak juga. Itulah first time saya ke kawasan itu, first time juga jatuh bendang,” ujarnya berseloroh. Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia juga tidak sangka video yang dikongsi akan menjadi tular.

Liyana (dua dari kanan) bersama rakan-rakan bridesmaid dan pengantin.

“Saya saja share video, sebagai kenangan, Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu. Ramai juga puji tempat tu lawa untuk bergambar,” ujarnya lagi. Sehingga kini, video itu menerima hampir 230,000 tontonan di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *