Wanita ini dedahkan dirinya tinggal di Bali secara tidak sah. Lebih mengejutkan dia siap lakukan ini sehinggakan menaikkan kemarahan rakyat negara itu.

Amalan Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Afrika yang dikenali sebagai Kristen Gray menjadi trending di Twitter apabila berkongsi thread cara berhijrah ke Bali, Indonesia. Perkongsian tersebut turut mencetuskan pendebatan hangat gara-gara wanita membuat buku panduan menggalakkan orang ramai pindah ke Bali secara haram. Malah perkara ini turut mendapat perhatian pihak imigresen Bali sendiri yang kini sedang memburu mereka.

Pindah ke Bali tanpa visa

Menerusi perkongsian Kristen Gray, dia mula bercuti ke Bali bersama kekasihnya pada tahun 2019 selepas mengalami kesukaran dalam pekerjaan dan krisis kewangan di negaranya sendiri. Namun segalanya berubah ketika di Bali kerana kos hidup yang murah sehinggakan mereka dapat hidup mewah seperti orang kaya.

Selepas wabak Covid-19 melanda dunia, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Bali terus secara haram. Ketika di Bali, dia bertemu dengan rakan dari negaranya sendiri yang dipanggil ‘keluarga’. Lebih hebat apabila mereka turut ada komuniti sendiri yang dipanggil ‘Black In Bali’. Mereka turut sama mengambil keputusan tinggal di Bali dan bekerja sebagai pereka grafik atas talian dan menjual E-Buku.

Lancarkan buku sendiri

Dalam pada itu, wanita ini sempat mempromosikan buku atas talian yang dikeluarkan sendiri olehnya bagi memberi panduan kepada orang ramai bagaimana ingin berpindah ke Bali mengikut cara mereka. Perkongsian tersebut mendapat kecaman orang ramai termasuk warganegara Afrika sendiri. Di ruangan komen, rata-rata rakyat Indonesia berang dengan tindakan Kristen Gray yang dilihat tidak beradap dan melanggar undang-undang negara. Malah, dia juga dilihat tidak bersalah menjual buku panduan mengalakkan orang ramai untuk berhijrah ke Bali, Indonesia secara haram di musim pandemik ini.

Orang ramai berang

Walau bagaimanapun, kes ini mendapat perhatian daripada imigresen Bali, Indonesia sendiri yang dipercayai sedang menyiasat kes ini. Menerusi portal Indonesia, Ketua Bahagian Imigresen di Pejabat Wilayah, Eko Budianto sudah menghantar pasukannya untuk tindakan lanjut. Namun pihak mereka mensyaki bahawa ejen yang menguruskan warganegara Amerika Syarikat itu seperti satu sindiket

Kami sedang memeriksa data di lintasan kami. Tetapi sejauh ini kami tidak memiliki maklumat yang tepat, kemungkinan nama tersebut bukan nama sebenarnya. Malah, pihak imigresen mereka turut memeriksa senarai nama pasangan tersebut di Lapangan Terbang Ngurah Rai, namun data warganegara tersebut tiada dalam rekod. Sehingga kini, imigresen Bali masih memburu Kristen dan pasangannya. Sumber : newsdetik, Twitter

Musim Kali Ini Ramai Yang Ambil Peluang Untuk Bercuti. Sekali Ada Warganet Ini Berkongsi Pengalamannya Berdepan Dengan Gajah Di Perak.

Cuti tahun baru memang ramai yang ambil kesempatan bercuti sana sini. Maklumlah, lama duduk rumah sebab PKP. Jadinya, jalan pun bertambah sesak sebab banyak kereta atas jalan. Harap bersabar ye kalau sangk0t dalam kes3sakan lalulintas tu. Bukan apa, kita tak tahu apa yang menyebabkan kes3sakan tu berlaku..

Cakap pasal kesesakan lalulintas ni, admin nak share satu video pasal gaj4h melintas sampai buat jalan jadi sesak. Menurut warganet, kejadian tersebut berlaku di Gerik, Perak dimana banyak gajah liar yang sering berkeliaran disitu. Korang tengok lah video oleh @anthraxxxx kat bawah ni sendiri.

Pengalaman warganet

Kalau admin nampak gajah Ii4r tepi jalan memang cuak habis lah. Risau nyawa dan keselamatan je, kalau dia pijak kereta habis kemek weh. Tapi orang yang sangkut dalam jem ni bagus, masing-masing sabar je tunggu gajah ni beredar.

Fuhh.. nasib baik sempat lepas dari jumpa gajah tu ye. Kalau tak memang jenuh tunggu lah. Berdebar tu jangan cakap lah kan. 

Abe kito ni pun pernoh jupo gajoh. Bawak slow-slow takpe. Jangan buat gajah tu rasa teranc@m. Kalau tak habis disondolnya kereta.

Berani betul sampai m4tikan enjin dan lampu. Tapi apa-apa pun nasib baik selamat ye. Kalau admin dah mengucap panjang dah tu. Berserah je apa nak jadi.

Tidak Sengaja Tersedut Cendol Hidup. Gadis Ini Kongsi Peristiwa Lucu Ketika Minum Air Kosong Di Sebuah Gerai Bersama Beberapa Orang Rakannya

Keluar makan bersama rakan-rakan sememangnya kenangan yang indah. Apatah lagi sekiranya sambil menikmati juadah sambil sakan pula bercerita dengan rakan-rakan sudah pasti menyeronokkan sampai tak sedar pula dengan keadaan sekeliling.

Ye lah dah sakan berborak dan bercerita, hah main sumbat je makanan masuk dalam mulut. Tak segaja tersedut ‘cendol hidup’Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia yang pada awalnya gembira dapat keluar makan bersama rakan-rakannya berakhir pula dengan mimpi ‘buruk’ apabila dia secara tidak sengaja tersedut ‘cendol hidup’.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @pudssssss, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya ketika sedang asyik menikmati hidangan ‘Pecal Lele’ di sebuah gerai bersama beberapa orang rakannya.Walau bagaimanapun, seleranya terbantut ketika dia yang sedang ‘syok’ menyedut air kosong menggunakan straw baru perasan kewujudan objek seakan-akan cendol yang berwarna hitam sedang berenang-renang di dalam cawannya.

Muntahkan kembali ‘cendol’ rupanya cacing hidup .Bingung dengan situasi tersebut gara-gara dia hanya memesan air kosong sahaja, gadis itu memuntahkan kembali ‘cendol’ yang disedut masuk ke dalam mulutnya itu.Setelah meneliti dengan lebih dekat, objek yang disangkakan ‘cendol’ itu sebenarnya adalah cacing yang berwarna hitam! Apa yang lebih mengejutkan, cacing yang berwarna hitam itu ternyata masih hidup dan menggeliang-geliut sewaktu diluahkan kembali.

Meksipun merasa ‘kembang tekak’ dengan kejadian menjijikkan itu, gadis itu memilih untuk tidak melaporkan hal itu kepada peniaga gerai berkenaan.Ditonton 4 juta kali! Video yang dikongsikan itu berjaya meraih perhatian warganet sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 4 juta kali! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa geli dan jijik dengan ‘penemuan’ tersebut. Malah, ada juga yang berasa risau dengan keadaan kesihatan gadis tersebut kerana cacing yang berwarna hitam tersebut dikatakan beracun. Aduhai, min yang tengok pun geli. Lepas ni korang sebelum nak makan dan minum tu, perhati dulu jangan terus sumbat je masuk mulut okay. 

Tak Sangka Pelanggan Ini Dapat Banyak Pengajaran Selepas Berjumpa Dengan Satu Tauke Kedai Makan. Warganet Puji Dengan Tindakan Yang Pelanggan Ini Buat

Seorang pelayar Facebook berkongsi pengalamannya yang sarat dengan iktibar ketika bersarapan di sebuah gerai makan milik warga emas baru-baru ini.KADANG-kadang tanpa disedari, situasi yang kita lalui dalam aktiviti seharian sebenarnya mempunyai hikmah tersembunyi.

Sebagaimana coretan seorang pelayar yang disiarkan di laman Facebook Raja Shamri, dia berkongsi cerita mengenai pengalaman dilaluinya ketika menikmati sarapan pagi baru-baru ini yang penuh dengan iktibar.Ketika sedang enak menikmati sarapan, secara tiba-tiba dia disapa pemilik kedai makan yang merupakan seorang lelaki warga emas.

“‘Maaf ganggu, nak. Anak dah sudah siap makan? Pakcik nak ke klinik sekejap… nak ambil isteri sakit.”Lihat fizikal pakcik ni dah tua, barangkali dengan buka kedai makan kecil-kecilan begini untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.”Teringat pada pesan Abang Raja (Shamri) yang selalu kita praktikkan dalam kehidupan seharian, saling bantu-membantu antara kita semua. Terus kita pelawa pada pakcik, biar kita yang jagakan untuk pakcik.

Pelayar berkenaan menawarkan diri untuk membantu menjaga gerai makan yang disinggahinya sementara pemiliknya pergi ke klinik.“Kalau pakcik tutup nanti, mana tahu ada orang yang nak datang ke kedai pakcik ingin beli nasi dan sebagainya? Sekarang ni musim-musim pandemik Covid-19, sumber pendapatan tak sama lagi dengan dulu,”demikian kongsi pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualannya bersama pemilik gerai makan tersebut.

Namun menurut pelayar ini, lelaki warga emas itu enggan menyusahkan dirinya dan menolak pelawaan berkenaan.Namun selepas meyakinkan pakcik itu termasuk ‘mencagarkan’ kunci motosikal miliknya sebagai bukti bahawa dia tidak men1pu, pelawaan itu akhirnya bersambut.”Pakcik itu akhirnya akur dan setuju. Banyak kali ucapan terima kasih diberikan olehnya kepada kita. Pakcik pergi dengan bergegas tanpa mengambil kunci motor kita. Barangkali sudah memberi kepercayaan penuh pada kita…Alhamdulillah.

“Tak sampai lima minit kemudian, pakcik tadi sampai dengan isterinya. Kelihatan isteri pakcik lemah. Sewaktu kita ingin membayar, pakcik mengatakan kita tak perlu bayar makanan kita tadi tu sebagai tanda terima kasih.warganet memuji tindakan pelayar berkenaan yang menawarkan bantuan ikhlas kepada pemilik gerai makan berkenaan.

“Tergamam sebentar kita. Walaupun bagi kita ia adalah rezeki namun berat dan jiwa memberitahu perlu dibayar juga kerana musim pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan kebanyakan orang.”Kita menolak dengan baik dan meletakkan duit di poketnya. Tak mengapa pakcik, bakinya simpan buat anak-anak pakcik. Terima kasih Ya Allah atas iktibar hari ini. Terima kasih juga kepada pakcik kedai beri kita peluang dapat pahala tolong jagakan kedai pakcik,” tulis pelayar itu lagi.

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *