Uncle Kentang mulai sebak apabila terjumpa satu keluarga ini yang tiada wang untuk beli pampers anak. Si ibu hanya mampu lakukan ini sahaja buat anak kecilnya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Meskipun dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, namun Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak pernah ‘pilih bulu’ dalam menyalurkan bantuan. Mana-mana individu atau keluarga yang kurang berkemampuan sama ada daripada bangsa Melayu, India mahupun bangsanya sendiri, Uncle Kentang antara individu yang terawal tampil.

Itulah yang dilakukannya sejak bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan beberapa tahun lalu Tiada duit beli pampers, pakai kain lampin dibalut plastik … bayi 3 bulan… Kami baru hutang RM16.70 dari kedai. Dapat sardine 1 tin, tepung dan telur. Kami ada sikit beras lagi dan satu plastik minyak masak.

Depan rumah ada kolam ada haruan dan ikan keli. Tapi aku tiada mata kail. Aku kerja kedai makan tetapi kedai makan dah tutup. Aku ada motosikal, motosikal kena curi. Aku kini tak ada transport langsung. Baby memang tak minum susu lah. dah 3 bulan. Tiada duit beli pampers. Pakai kain lampin, itu pun ada 3 helai dan terpaksa balut dengan plastik agar kencing baby tak basahkan tilam buruk. Esok kami cuba mintak permit rentas daerah hantar makanan agar kesihatan baby terjaga. Makanan semakin parah. Ok ok..

Kita beri kaki kepada ayah baby 3 bulan ni… Saya rasa paling penting ialah beri sebuah motosikal kepada bapa baby pakai plastik sebagai lampin agar dia mudah bergerak cari rezeki. Akan saya mohon permit mintak rentas negeri dan belikan beliau sebuah motosikal.

Kredit; Kuan Chee Heng

Teringat Pesan Uncle Kentang

Permudahkan urusan orang lain, bantulah mereka dan apabila kamu sendiri, ingat Tuhan sentiasa ada. Namun, jangan biarkan diri terlalu lama sendiri. Ajak orang lain untuk sama-sama membantu. Ada ketika kita akan ramai, ada ketika kita akan kembali sendiri. Jangan risau, Tuhan ada. Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia.


Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain. Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.

‘CINA GILA’. Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jenazah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.

Uncle Kentang luah perasaan… puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang – “Biar aku notakan sebelum pulang ke tempat persemadian”

Jika disoroti perkongsiannya di laman Facebook, Uncle Kentang banyak membantu mempermudahkan urusan orang Islam(yang telah pergi) yang kurang berkemampuan, terutama urusan penghantaran pulang ke rumah. Rupa-rupanya, ada cerita mengapa lelaki ini begitu bersungguh-sungguh terlibat dalam aktiviti kebajikan, khususnya membabitkan masyarakat Melayu.

“Saya berterima kasih kepada Melayu, asalnya Melayu orang yang sangat mulia dan tiada niat jahat. Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang (Malaysia). Beliau terus pilih Batu Pahat sebagai tempat landing kerana dekat dengan laut. Saya ingin perjelaskan keikhlasan Melayu menerima pendatang yang merantau ketika itu… saya sungguh terharu pasal bab ini. Ayah saya diterima baik. Saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memilih negara ini sebagai negara yang ayah saya yakin ada masa depan untuk anak beliau,” tulisnya menerusi satu perkongsian terbaharu di laman Facebook.

Uncle Kentang tidak memilih bulu ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Tulis lelaki ini lagi, dia rasa terpanggil untuk berkongsi kisah berkenaan kerana mahu semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza fahaman politik.

“Saya buat nota ini dari hati saya kerana tak mau kita bergaduh dan salah sangka. Kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di Tanah Melayu ini. Jadi tiada perbalahan sebenarnya berlaku… hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal,” tulisnya.

Tambah Uncle Kentang, dia sedar kebanyakan pihak tertanya-tanya tindakannya yang aktif menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa sungguhpun bukan bergelar ahli politik mahupun individu kenamaan. Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya… saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.

“Ramai akan rasa saya pelik dan janggal. Tapi biarlah aku notakan kebaikan orang Melayu sebelum aku pulang ke tempat persemadian aku agar kita faham sejarah lampau… agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu, kini dan seterusnya. Melayu semua baik baik belaka…. India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain. Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya. Uncle Kentang sering turun padang membantu urusan penghantaran urusan ke tempat persemadian.

“Sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya… saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia. Saya janji saya akan sumbangkan apa jua yang sama mampu untuk Malaysia,” tulisnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 4,600 shares.

Nak Tolong Orang Susah Dan Tak Suka Tengok Orang Susah. Adik Afi Sanggup Ambil Duit Tabung Dan Beli Sesuatu Dan Bapanya Tampil Dedah Mengenai Afi

KUALA LUMPUR, 24 Dis — “Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah,” itu kata Muhammad Afizal Nor Afizan, seorang penyumbang cilik dari Petaling Jaya.Baru berusia sembilan tahun, Muhammad Afizal yang mesra dipanggil “Afi” bukan kanak-kanak biasa.

Kelmarin, beliau menyampaikan hasrat kepada bapanya yang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub, 35, untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jnzh wakaf Amal Valley.Untuk itu, Afi telah memechkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan sebagai van jnzh Amal Valley, yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jnzh secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat,” kata Afi ketika ditemubual Bernama di Teratak Amal Valley di Bandar Baru Bangi dekat sini, sempena simbolik penyerahan kunci van wakaf itu.Sekali imbas, Afi kelihatan seperti anak-anak biasa tetapi ketika mendengar cerita bapanya, ternyata anak sulung daripada dua beradik itu amat istimewa.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal.“Dia memang tak boleh tengok orang susah, orang tak cukup makan,” kata Nor Afizan yang mula mendedahkan anaknya (Afi) dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jnzh) sejak usia empat tahun.

Tidak seperti kanak-kanak lain, Afi juga tidak merasa takut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jnzh.“Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jnzh,” kata Nor Afizan yang menyifatkan sikap anaknya itu berkemungkinan diwarisi daripada rutin keluarganya, termasuk bapanya Ayub Ghani yang selalu membuat kerja kebajikan setiap hujung minggu.

Nor Afizan berkata bapanya baru hembuskan nafas terakhir dua minggu lalu selepas selesai solat Subuh.Sepanjang sesi temu bual dengan Afi, penulis merasa amat terkesan dengan perkongsian dan hasrat Afi untuk membantu golongan susah dan memerlukan.Saat beliau bercerita tentang dua sahabat baiknya di sebuah sekolah di Kota Damansara yang dia cuma namakan sebagai Muiz dan Tawfiq, penulis dan bapanya mengalirkan air mata apabila melihat Afi sebak berkongsi tentang dua rakan karibnya itu.

“Muiz dia anak yatim, selalu tiada duit nak makan jadi saya belanja dia makan. Tawfiq samalah macam Muiz (orang susah),” kata Afi yang kelihatan sebak.Nor Afizan berkata beliau berkongsi cerita anaknya bukannya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ingin membuktikan bahawa umur tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu membuat kebaikan.

Presiden Amal Valley Dr Azfar Hussin, yang menerima sumbangan van bagi pihak Amal Valley berkata, van wakaf bernilai RM60,000 yang sebahagiannya hasil sumbangan Afi itu, merupakan van ke-15 di bawah kendalian Amal Valley.Beliau turut menyifatkan sumbangan itu sebagai istimewa, kerana penyumbangnya baru berusia sembilan tahun tetapi sudah mahu mengikuti jejak bapanya sebagai penyumbang dan sukarelawan, bagi membantu golongan memerlukan.

“Dia (Afi) bukan saja mendengar cerita ayahnya bekerja sebagai sukarelawan tetapi berada di dalam, melihat dan membantu, menguruskan jnzh.“Anak ini tak takut, seterusnya bila dia memberi dia pech tabung sendiri itu yang kita nampak, elemen itu menyetuh hati kami sebagai sukarelawan. Sebenarnya apa kita buat bukan untuk orang lain, tetapi kembali kepada kita sendiri,” kata Dr Azfar.Sebelum mengakhiri sesi temubual dengan Afi, penulis bertanya apakah cita-cita beliau apabila dewasa kelak, Afi menjawab, ‘perdana menteri’.

Demam Pun Keluar Cari Line Internet. Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Semata Nak Siapkan Tugasan Dan Ramai Luah Rasa Simpati Dengan Usaha Yang Dialami Oleh Gadis Tersebut

Gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, bukan sahaja urusan pekerjaan, malah urusan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.Kedengaran menyeronokkan bagi sesetengah pelajar disebabkan tidak perlu lagi terlewat bangun untuk ke kelas atau tidak perlu bersusah payah berkejar untuk pergi ke kelas disebabkan kelas boleh ‘diakses’ melalui rumah masing-masing sahaja.

Namun, hakikatnya ‘jauh panggang dari ap1’ apabila tidak mudah sebenarnya untuk menjalani kelas online sekiranya line internet di kawasan perumahan pelajar mengalami masalah dan tidak berapa memuaskan terutama di kawasan kampung.

Namun, masalah capaian internet yang bermasalah ini sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikuti kelas secara online yang diadakan oleh pensyarahnya.Masalah capaian internet di kampung

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pemuda ini di akaun TikToknya @dhuanmilos_ mendedahkan bahawa anak saudaranya itu telah mengalami masalah untuk mengikuti kelas online gara-gara capaian internet di kampung mereka yang agak perlahan.Sumber: Instagram @Dhuan Yacob

Demam pun keluar cari line internet.Difahamkan walaupun berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat, namun gadis itu tetap gigih untuk keluar dari kampung semata-mata ingin mencari line internet untuk mengikuti kelas online. 

Lebih mengharukan, si gadis tidak berkeseorangan apabila dia turut ditemani oleh datuknya itu dalam misi ‘menjejak’ capaian internet tersebut sehinggalah mereka berhenti di tepi jalan yang dipenuhi semak samun untuk meneruskan kelas online.

Atuk sampai tertidur teman cari line .Mungkin penat selepas seharian memandu untuk mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang agak stabil, si datuk kelihatan tertidur pula sementara menunggu cucunya itu selesai dengan tugasannya.Sumber: TikTok @dhuanyacob

Alahai, atuk pun sweet je tunggu cucu siap kerja. Video ini akhinya tular di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan ‘struggle’ yang dialami oleh gadis tersebut demi masa hadapannya.Tidak kurang juga ada yang turut memuji keberuntungan gadis tersebut yang memiliki seorang datuk yang gigih melakukan apa sahaja demi cucu kesayangan walaupun kudrat sudah tidak seberapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *