Ramai yang masih belum terdedah dengan kebaikan kuaci ini. Kini anda perlu tahu nutrisi yang ada dalam kuaci.

Amalan Dunia tips Uncategorized

Ramai tak tahu kuaci mempunyai pelbagai khasiat. Kuaci sering menjadi pilihan ramai sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen atau berbual bersama rakan-rakan. Sebenarnya kuaci bukan sekadar makanan ringan tetapi termasuk dalam kumpulan makanan yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan. Health Line menyenaraikan lima kebaikan biji bunga matahari itu kepada kesihatan.

1. Menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula

Biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darh kerana ia mengandungi vitamin E, magnesium, protein dan asid lemak linoleat.

Kuaci adalah daripada biji bunga matahari.

2. Mengurangkan keradangan

Keradangan kronik merupakan risiko kepada pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar inflamasi protein C-reaktif dalam darah yang berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Dalam sebuah kajian terhadap 6,000 orang dewasa, mereka yang makan kuaci lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak memakannya.

3. Melawan penyakit jantung

Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar. Senyawa dalam biji bunga matahari diketahui dapat menghalang enzim yang menyebabkan pembuluh darah tersekat. Akibatnya, ia dapat membantu pembuluh darah menjadi longgar dan menurunkan tekanan darah.

4. Melawan diabetes

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion pada 2012 menunjukkan bahawa individu yang makan 30 gram kuaci setiap hari dapat mengurangkan gula dalam darh sebanyak 10 peratus dalam enam bulan, berbanding diet biasa. Kajian lain pula mendapati menambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula dalam darh. Protein dan lemak kuaci melambatkan pengosongan perut serta melepaskan gula kepada berperingkat berbanding karbohidrat.

5. Menguatkan sistem imunisasi

Kuaci adalah sumber vitamin dan mineral yang dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kemampuan melawan virus.

Banyak Perniagaan Yang Menggunakan Modal Yang Kecil Tapi Membawa Pulangan Yang Besar. Ini Antara Ideanya Dan Tips.

3 Perniagaan modal yang kecil tapi membawa pulangan yang besar sekiranya anda bijak menguruskannya. Perniagaan sememangnya boleh memberikan pulangan yang sangat besar jika kena pada tempat dan gayanya dalam perniagaan terdapat 1001 jenis perniagaan yang mudah untuk dilakukan tetapi boleh memberikan keuntungan yang besar, berikut kami berikan 3 jenis perniagaan yang mampu berikan keuntungan yang besar walaupun dengan gunakan modal yang kecil.

Menjual Nasi Yang Sedap

Cuba anda lihat dikawasan-kawasan berdekatan rumah anda yang mempunyai penduduk yang ramai ataupun menjadi tempat laluan utama.  Sekiranya anda menjumpai tempat sebegini kami sarankan anda untuk menjual nasi bungkus yang sedap kepada mereka. Untuk menjual nasi bungkus yang bernilai rm4 sebanyak 150 bungkus bukanlah perkara yang sukar RM150 x 4 = RM600 dan keuntungan bagi perniagaan nasi selalunya 50% ini bermakna pendapatan bersih anda sehari rm300 x 30 hari = RM9000 sebulan Keuntungan bersih.

Berniaga Buah Potong

Antara Port terbaik untuk jual buah potong adalah tempat yang ramai pengunjung kanak-kanak, di luar masjid, ataupun taman-taman riadah. Keuntungannya untuk penjualan buah selalunya sekitar 40% – 50% andaikan anda menjual RM1/plastik dan sehari anda berjaya menjual 300 plastik ini bermakna sehari anda memperoleh keuntangan kasar RM300 dan keuntungan bersih RM150 x 30 hari = RM4500 sebulan keuntungan bersih.

Agent Jualan Produk

Ramai yang tidak tahu bahawa seorang agent jualan mampu memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan dan antara agent jualan yang mampu menjana pendapatan RM10,000 adalah agent jualan kereta,agent insurance,agent coway dan kalau anda berminat untuk menjadi salah seorang agent jualan coway anda boleh baca di laman webnya. Banyak lagi agent jualan yang mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan termasuk menjadi agent farida atau agent jualan tudung neelofa.

Kesimpulannya kesemua jenis perniagaan ada cabaran yang harus ditempuhi dan bagi kami perkara utama untuk menentukan kejayaan perniagaan adalah lokasi jadi kami sarankan kepada anda sebelum memulakan sebarang perniagaan cuba anda teliti dan mengkaji lokasi yang ingin anda jalankan perniagaan jika mempunyai pontensi barulah anda mulakan perniagaan anda. Kami harap dengan post 3 Perniagaan modal kecil tapi untung besar ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri.

Graduan Ini Pilih Untuk Menjadi Usahawan Di Kampungnya. Tak Sangka Perniagaannya Mendapat Sambutan Dan Berharap Akan Lebih Berkembang Pada Tahun Baru Ini.

Persekitaran kampung di tempat tinggalnya cukup sesuai untuk menjalankan perniagaan dan perusahaan ikan air tawar. Lepasan universiti pada era pandemik pastinya berdepan detik sukar untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Dengan ekonomi yang tidak menentu, banyak syarikat tidak membuka peluang kerjaya, sekali gus memberi kebimbangan kepada para graduan. Namun, lain pula kisah graduan Sains Marin dari Univerisi Malaysia Sabah (UMS) ini yang memilih untuk menjadi usahawan akuakultur.

Menurut Noel Juvinol Joimil Regencia, 24, dari Penampang, Sabah, minat sejak sekian lama terhadap bidang itu baru dapat direalisasikannya sebulan yang lalu.

Noel merupakan graduan UMS dalam bidang Sains Marin.

“Ia bermula dari hobi sewaktu saya masih belasan tahun lagi. Saya gemar ikan air tawar. Dari situ saya timba pengalaman untuk penjagaan ikan. Bidang akuakultur ni memang impian saya sebelum masuk UMS lagi. Memang minat nak buka bisnes. Di UMS, makin banyak ilmu yang saya pelajari. Bermula dengan penjagaan akuarium kecil, kini saya menggunakan kolam kanvas besar,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Noel, perniagaan melibatkan ikan gapi dan talapia itu diusahakan di belakang kediamannya yang mana dia turut mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan serta mentor. Jelasnya, persekitaran kampung di kawasan itu juga cukup sesuai untuk dia menjalankan perniagaan berkenaan yang diharap mampu berkembang luas suatu masa nanti.

Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang.

“Saya tinggal di kawasan kampung. Kolam kanvas juga belum siap sepenuhnya, ada yang masih dalam pembinaan. Kita buat berperingkat mengikut fasa. Kolam kanvas ni dibuat di atas darat. Modal dalam RM15,000, tapi nanti perlu tambah lagi. Selain sokongan dan bantuan keluarga, rakan-rakan serta mentor dalam bidang ini juga banyak membantu saya,” ujarnya lagi.

Perniagaan itu baru sahaja bermula sekitar Disember lalu.

Tambahnya lagi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan di media sosial turut membantu dan membuat hebahan mengenai perniagaan yang diusahakannya. Dalam pada itu, Noel berkata dia selesa memilih pekerjaan sebagai penjual ikan dan tidak mengimpikan untuk berpakaian segak ke pejabat seperti kebanyakan graduan lain. Malah, dia bersyukur apabila perniagaan yang baru bertapak ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Noel mahu perniagaannya itu berkembang sehingga ke luar Sabah suatu masa nanti.

“Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang. Sambutan sangat menggalakkan dari hari ke hari. Cuma kadang-kadang risau dengan cuaca. Nak jaga ikan hidup, kena monitor 24 jam. Perubahan suhu mendadak juga boleh sebabkan ikan mati. Bisnes saya baru satu langkah, perjalanan masih jauh lagi. Saya harap 2021 jadi year for growth. Saya juga impikan agar dapat supply ikan sehingga ke luar negara suatu hari nanti,” katanya lagi.

Bekas Pelajar Pintar Ini Dedah Kisah Kesusahan Yang Dia Alami Pada Zaman Sekolah Dulu. Kini Tak Sangka Dia Dikenali Sebagai Usahawan Terkenal.

Dahulu dan kini… Ahmad Shahir melalui pelbagai dugaan sebelum bergelar usahawan berjaya. Segelintir budak-budak sekarang relaks saja apabila mendapat keputusan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), susulan kisah Instafamous yang gagal dalam akademik.

Selain kisah yang tular itu juga, terdapat usahawan dan personaliti media sosial yang memperoleh keputusan gagal SPM, mahu menunjukkan bahawa sesiapapun masih boleh berjaya dalam hidup meskipun gagal dalam akademik. Enggan mempromosikan budaya gagal dalam pelajaran, seorang pemuda sebaliknya mempunyai pendirian yang berbeza dengan mempamerkan keputusan cemerlang dalam SPM.

Kecoh mengenai perkongsian foto salinan sijil SPM miliknya dengan keputusan 10A yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Pendek kata semua keputusan peperiksaan pemuda ini dengan ‘straight A’, termasuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sijil SPM milik Ahmad Shahir dengan keputusan ‘straight A’.

Bukan orang kaya

Bukan mahu berlagak, namun anak kelahiran Marang, Terengganu ini mempunyai alasan tersendiri untuk berkongsi kisah kejayaannya kepada masyarakat. “Ala, bolehlah kau budak pandai. Keluarga kayalah tu. Ni sure lahir-lahir pandai. Kau dari dulu hebat, bolehlah,” demikian antara kata-kata yang diterimanya.

Siapa sangka, di kala kita enak menikmati ayam goreng makanan segera sehingga menjilat jari, usahawan ini sebenarnya pernah struggle untuk merasai keseronokan itu ketika zaman kanak-kanaknya. “Saya lahir daripada keluarga yang kalau nak makan ayam KFC tu, saya kena dapat markah tinggi, kena dapat nombor satu baru boleh dapat makan ayam goreng tu.

“Itu pun mungkin setahun sekali. Dulu keadaan keluarga saya, ayam goreng tu memang susah gila nak dapat,” ujar pengasas bersama Biscochiz, Ahmad Shahir Ismail sambil menjelaskan beliau bukan dilahirkan dalam keluarga berada. Bagaimanapun, anak kepada seorang guru wanita dan penjawat awam ini menjadikan pendidikan sebagai keutamaan dalam keluarga.

Pendek kata kalau tak score, habislah! Tidak minat belajar itu bukan perkara biasa, tetapi dididik sampai ada minat dan kesungguhan, itu yang luar biasa. “Kalau tak belajar, mak dan arwah ayah siap pegang rotan. Saya bukannya suka sangat belajar, tetapi ada benda memang kena paksa. Kalau boleh, saya nak main guli petang-petang, main (kereta) Tamiya dengan rakan-rakan,” ujar pemuda berusia 36 tahun itu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, keinginannya untuk bermain permainan video seperti rakan-rakan lain, Playstation turut diduga sebaik melangkah ke sekolah menengah.

Member saya masa kecil dulu tu ramai ada Playstation 1, tapi saya tak ada. Setiap kali balik dari rumah member, mesti saya tanya dekat mak, kenapa Shahir tak boleh ada Playstation? Kenapa kawan Shahir, mak bapa dia belikan? Sampaikan mak saya pun naik angin, dia kata ‘stop pergi rumah kawan tu’. Dulu, saya ingat mak ayah jenis tak sayang saya, tak boleh nak bagi apa yang saya nak,” kata beliau.

Kenangan… Ahmad Shahir (bulatan merah) bersama guru dan rakan-rakan.

Kerja keras

Namun realitinya, Ahmad Shahir berkata, dibesarkan dalam keluarga sebegitu membuatkan segala-galanya perlu dibuktikan dengan usaha, kesungguhan dan kejayaan.

“Nak ayam goreng, nak mainan, kena belajar rajin-rajin. Saya kena usaha keras daripada kecil lagi untuk mendapatkan sesuatu. Nasihat itu tanda sayang mak dan arwah ayah. Saya tahu mak dan arwah saya bekerja keras nak sara saya dan adik-beradik. Saya pernah tengok mereka balik kerja penat, ada banyak kali stay up malam-malam nak dapatkan duit lebih. Daripada situlah saya nampak kena kerja keras. Mak dan ayah pernah pesan, Kalau nak berjaya, respek cikgu, dengar cakap cikgu, jangan nak melawan. Jadi, itu yang saya amalkan sejak kecil. Selalu duduk depan. Cikgu suruh buat homework, saya buat. Kena marah dengan cikgu? Saya diam je, sebab itu memang salah saya sebab tak ikut cakap cikgu. Saya bangga mak ayah didik saya macam tu,” kata beliau sambil menambah ibunya yang kini berusia 60 tahun.

Dek kerana didikan ibu bapa yang mementingkan pendidikan dan respek pada guru-guru yang mendidik sehingga mendapat ‘straight A’, Ahmad Shahir bersyukur dapat menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Vanderbilt di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dengan biasiswa penuh selama empat tahun sehingga 2006.

“Saya dulu bukan reti speaking, tapi saya berusaha untuk belajar. Saya tak nak mak ayah kecewa. Saya tahu mak dan arwah ayah tak mampu nak sponsor saya belajar di luar negara macam keluarga lain. Itu sebab saya berusaha bersungguh-sungguh. Dan bila saya dah tamat pengajian di Universiti Vanderbilt, saya terharu sampai menangis bila mak dan ayah sanggup datang ke AS untuk meriahkan majlis konvokesyen saya. Mereka sanggup menyimpan selama berbulan-bulan untuk tanggung perbelanjaan terbang ke AS. Bukan sahaja mendidik, mereka juga berusaha untuk capai apa yang dihajati dan ia dibuktikan dengan bersama saya di bumi Amerika!” kata beliau dengan nada teruja.

Isteri Ahmad Shahir, Wan Nurasyikin bersama produk keluaran Biscochiz.

Berpengalaman menjadi jurutera selama dua tahun. Ahmad Shahir nekad untuk mencuba nasib dalam pelbagai bidang jualan dan pemasaran sejak 2008. Pernah merasai kesusahan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, ternyata banyak mengajar beliau mengenai erti kehidupan yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *