Penari ini suka melakukan sesuatu ini. Dan rupanya dia berjangkit dengan neneknya dan akui dirinya penat kalau sering diusik.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Shah mula melatah sejak tahun 2016. Ada dalam kalangan kita seronok mengusik individu yang melatah, tapi bagaimana pula perasaan mereka? Menurut seorang penari dari Sabah, Mohd Shamizal Francif, 26, dia yang mula melatah sejak tahun 2016 kadang-kala sukar menjelaskan apa yang dialaminya itu. Mesra disapa Shah, dia bagaimanapun belajar menerima diri sendiri seadanya dan tidak pernah berasa malu.

“Bagi sesiapa yang melatah, jangan malu dengan diri sendiri. Belajar buka hati kita, belajar untuk orang terima kita seadanya. Lebih baik jadi diri sendiri, jangan munafiq. Tapi kadang-kala stres juga bila diusik. Bila dalam keadaan penat, akan termarah kawan. Tapi kawan saya pun tidaklah terlalu kerap mengusik. Kalau waktu kerja, kena serius,” ujarnya kepada mStar.

Video Shah melatah tular di TikTok.

Imbas Shah, dia mula melatah gara-gara ‘berjangkit’ selepas mengusik neneknya yang turut mengalami masalah itu. Malah, pernah berlaku beberapa insiden dia membaling objek gara-gara terkejut selepas diusik orang sekeliling. “Puncanya sebab suka usik nenek, dia memang latah. Kemudian saya jadi terikut-ikut.

Ini bukan kita minta atau buat-buat, ia original sudah ada dalam badan.

“Saya ni belum pernah sampai lempang orang, baling-baling barang tu ada. Antaranya terlempar props seperti kipas… saya kan penari. Nasihat saya kepada tukang usik ni, kena berpada-pada. Bukan all the time. Orang yang melatah pun ada masalah sendiri, kena cari waktu yang sesuai,” ujarnya lagi.

Menurut Shah, rakan-rakan turut memberi idea agar dia berkongsi video latah yang dirakam secara spontan menerusi aplikasi TikTok. Terkejut dirinya menjadi tular, Shah bagaimanapun bersyukur apabila semua komen yang ditinggalkan sangat positif.

Shah minat menari sejak kecil lagi.

“Kawan-kawan tempat kerja, mereka suruh saya kongsi video di TikTok. Tak sangka viral. Setakat ni belum ada kata-kata negatif. Kalau orang kata saya buat-buat, baik dia datang jumpa saya sendiri. Ini bukan kita minta atau buat-buat, ia original sudah ada dalam badan,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Shah merupakan artis di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sejak 2019. Menurut jejaka etnik Kadazan Dusun itu, dia minat menari sejak kecil lagi dan sudah menguasai lebih 10 jenis tarian tradisional.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Beri Ucapan Paling Bermakna Dan Tak Sangka Di Hari Perkahwinan. Perkongsian Ini Tular Selepas Seorang Ini Memalukan Mak Kutu Di Majlis Perkahwinan

Lain ‘mak kutu’ lain caranya. Ada yang prefer duit yang terkumpul itu dipindahkan ke akaun mereka terlebih dahulu dan ada juga yang prefer semua ahli terus transfer wang dekat individu mengikut ‘turn‘ masing-masing.

Tapi lain pula yang jadi di Indonesia apabila seorang ‘mak kutu’ dilaporkan membawa lari dan ‘senyap’ dengan wang ahli-ahli kumpulan kutu. Dek kerana degil dan tidak memulangkan wang tersebut, salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut menggunakan cara lain daripada yang lain untuk menuntut wang mereka.

Perkongsian ahli bernama Irena Junita Sari itu menjadi tular selepas dia memuat naik sebuah video menunjukkan cara bagaimana dia memalukan ‘mak kutu’ tersebut.Irena telah menghantar jambangan bunga dan board ucapan pada hari perkahwinan wanita berkenaan dan video itu mendapat perhatian warganet. Sehingga kini, ia telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan di TikTok.

Ucapan Irena berbunyi begini:Selamat menikah kakaknya Mia ****. Selamat menikmati uang haram 1M (1 juta Rupiah) hasil nilep arisan. Kapan nih dibayar shay?”Dah tagih wang, tapi keluarga cakap tak ada duit!Menurut Kumparan, Irena berkata hasil kutipan yang dibawa lari itu pada 23 Disember lepas adalah daripada hampir 300 ahli kumpulan Whatsapp dan dia mengambil keputusan untuk berbuat sedemikian pada yang perkahwinan ‘mak kutu’ berkenaan baru-baru ini.

Katanya sebelum ini wang tersebut sudah diminta banyak kali namun perlbagai alasan diberikan, malah keluarga juga berkata mereka masih belum ada duit untuk ganti semula. Tapi, tup tup! Mereka langsungkan perkahwinan kakak ‘mak kutu’ itu pula.Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya. Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya.”

Disebabkan itulah, Irena membuat keputusan untuk hantar bunga bersama ucapan ‘pedas’ tersebut di hari perkahwinannya. Board tersebut diletakkan terang-terangan di gerbang masuk majlis perkahwinan dan dilihat oleh para tetamu yang hadir.

Menerusi beberapa video lain yang turut dimuat naik di TikTok, Irena menjelaskan bahawa masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis namun masih juga belum selesai. Video-video dimuat naik Irena itu menunjukkan beberapa ahli kumpulan kutu tersebut berdepan dengan keluarga termasuklah bapa ‘mak kutu’ itu sendiri.

Tidak dinyatakan sama ada kes itu sudah selesai dan jika wang tersebut sudah dikembalikan, namun rata-rata warganet bersetuju serta terinspirasi dengan tindakan Irena kerana berani mengambil langkah sebegitu.  Ada yang berkata mereka juga akan menggunakan cara memalukan si penghutang supaya mereka sedar untuk pulangkan semula wang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *