Pakcik Kasim kini tidak boleh berniaga dadih seperti biasa. Tak sangka rupanya dah tiga tahun dia hidup sebegini.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized

Haze dan rakan yang lain bertemu Pakcik Kasim yang sudah tiga tahun tidur di surau dan masjid di kawasan Shah Alam, Selangor. Sesusah mana pun hidup kita, bersyukurlah kerana ada yang jauh lebih susah. Wabak Covid-19 ternyata memberi tamparan hebat kepada masyarakat di seluruh dunia lebih-lebih lagi yang sebelum ini sememangnya bergelut untuk mencari rezeki.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram seorang pemuda, dia berkongsi kisah seorang warga emas yang telah tinggal di masjid selama hampir tiga tahun. Lebih memilukan, dia juga terpaksa berhenti berniaga dadih selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

“Saya biarkan video ini berbicara. Bersyukurlah dengan sekecil-kecil rezeki walaupun terperuk sorok dalam PKP, masih ada tempat tinggal, ” tulisnya di laman Instagram. Berkongsi cerita, Mohamed Hazeman Huzir berkata, hanya beberapa jam sebelum PKP 2.0 bermula, dia dan beberapa rakan mendapat panggilan memaklumkan seorang warga emas selama ini hidup merempat dan kini hilang punca pendapatan. Lebih mesra disapa Haze, dia yang merupakan seorang YouTuber dan pengacara TV Al-Hijrah pada mulanya ingin menemubual warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Pakcik Kasim untuk sebuah rancangan.

Perkongsian video TikTok Haze mengenai pakcik Kasim tular dan meraih perhatian ramai.

“Masa tu saya bersama team lain ada di Ampang untuk bantu sebuah keluarga Asnaf di sana. Tiba-tiba dapat maklumat mengenai Pakcik Kasim yang tiga tahun tiada tempat tinggal dan menumpang di masjid. Kami terus gerak ke sebuah surau di Shah Alam untuk berjumpa dan bantu pakcik ini, ” ujarnya mengimbas detik awal pertemuan dengan Pakcik Kasim pada Selasa. Tambah pemuda berusia 33 tahun ini, ketika sampai di surau tersebut kira-kira jam 5 petang, dia melihat warga emas itu ini sedang tidur di atas kerusi plastik.

Manusia ni perlukan tiga benda asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bercerita lanjut mengenai kehidupan Pakcik Kasim, Haze berkata lelaki itu juga mengalami masalah sakit lutut dan kaki bengkak. “Memang tak sampai hati tengok dia, sebak sangat. Dah lama dia tidur di masjid dan sebelum ini cari rezeki pun tumpang kedai kawan untuk buat dadih sebelum pergi jual. Di Shah Alam, ramai yang kenal dia. Kadang-kadang dia di masjid dan kalau rasa ada orang yang tak selesa dengan kehadiran dia, dia akan pindah ke masjid atau surau yang lain, ” jelasnya.

Sebelum mendapat panggilan Pakcik Kasim, Haze membantu sebuah keluarga Asnaf di Ampang.

Haze yang aktif dalam kerja-kerja amal berpandangan Pakcik Kasim harus dibantu dari segi kelangsungan hidup, bukan bantuan secara ‘one off’. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan masjid atau surau yang menjadi lokasi Pakcik Kasim berlindung kerana tidak mahu ramai yang pergi mencari warga emas ini selain bimbang ia membahayakan diri semua orang dalam keadaan kes Covid-19 yang meningkat. Pakcik Kasim ada bagitahu sebelum ini dia ada dapat bantuan tetapi bantuan one-off.

“Pendapat saya kalau bantuan seperti itu kurang berkesan untuk jangka masa panjang. Saya rasa lebih baik kita cari tempat yang selesa. Manusia ni perlukan tiga benda asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pakcik Kasim pun boleh masak jadi apa kata kita bantu dari segi tempat tinggal, mana tahu dia boleh bangun semula menyara hidup sendiri lepas ni, ” ujarnya. Haze bersama-sama Hijrah Prihatin dan Kita Fund sedang berusaha mencari dana untuk membantu Pakcik Kasim ini untuk hidup lebih selesa.

Tular Satu Video Di Kedai Ini Yang Sanggup Berniaga Walaupun Di Tengah Banjir. Ramai Warganet Yang Luahkan Rasa Simpati Dan Ada Sempat Berjenaka.

Musibah banjir yang berlaku di beberapa buah negeri memberikan kesan yang amat mendalam terutamnya kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Hal ini disebabkan, keadaan rumah mereka yang dinaiki air dan mereka tidak dapat kembali bekerja seperti biasa. Walaupun musibah itu berlaku, itu tidak mematahkan ‘semangat’ peniaga kedai roti canai yang tetap beroperasi seperti biasa.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai MighaPiljah di laman Twitternya.

Tetap berniaga

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, menunjukkan sebuah kedai yang dipercayai beroperasi sewaktu pagi kerana menyediakan roti canai sebagai menu utama. Dapat dilihat, lelaki itu ‘asyik’ menebar dan membakar roti canai walaupun kawasan tersebut banjir.

Tambahan pula, paras air ketika itu mencecah di paras betis, dan kelihatan beberapa orang rider penghantar makanan sedang menunggu di luar kedai. Ketika kejadian, tiada sebarang pelanggan kelihatan di dalam kedai tersebut. Namun, lokasi kedai tersebut tidak dapat dikenal pasti, tetapi dari segi ‘loghat’ yang digunakan seolah-olah kedai tersebut terletak di Kelantan.

Kesian diorang

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib peniaga ini yang ‘terpaksa’ berniaga walaupun sedang diuji dengan keadaan yang banjir demi mencari rezeki yang halal.

Sempat berjenaka

Tidak berakhir di situ, warganet sempat juga membuat ‘jenaka’ berdasarkan situasi yang berlaku ketika itu. Sumber: MighaPiljah

Dua Ekor Sahaja Dapat Diselamatkan Dan Satu Pergi Buat Selamanya. Pakcik Ini Sanggup Lalui Banjir Paras Pinggang Demi Selamatkan 2 Ekor Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *